Tarikan, makanan & aktiviti menarik di Singapura
Singapura mungkin kecil, tetapi negara kosmopolitan ini menawarkan pelbagai aktiviti untuk diterokai. Malah, sistem pengangkutan yang disediakan juga memudahkan pelancong untuk bergerak ke destinasi mereka! Untuk merancang percutian anda ke Kota Singa ini, baca panduan percutian yang memperincikan beberapa tarikan, makanan dan aktiviti kegemaran kami di Singapura. Teruskan membaca untuk mendapatkan idea percutian daripada kami!
Jadual perjalanan lengkap percutian 3H2M ke Singapura
Hari pertama
1. Lapangan Terbang Jewel Changi
Pada tahun 2019, lapangan terbang bertaraf dunia Singapura iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Changi memperkenalkan Jewel Changi. Jika ini kali pertama anda ke Singapura sejak pembukaan Jewel Changi, kompleks membeli-belah dan hiburan 10 tingkat yang berkonsepkan keindahan hijau ini memang wajib dikunjungi! Singgah ke sini sebelum berjalan-jalan di bandar dan nikmati air terjun setinggi 40 meter, hutan hijau dalam bangunan, dan makan tengahari di salah satu restoran di sini. Anda boleh mendapatkan Pas Tarikan Lapangan terbang Jewel Changi melalui Klook untuk menikmati diskaun di pelbagai destinasi menyeronokkan.
2. Daftar masuk ke Hotel
Sudah melawat semua tarikan di Jewel Changi? Anda boleh daftar masuk ke hotel sebelum berjalan-jalan di Singapura. Kalau anda inginkan cadangan berkenaan hotel dan tawaran yang ada, Klook menawarkan beberapa hotel dengan kadar diskaun. Anda boleh memilih daripada hotel 5 bintang sehingga butik hotel dan rumah tamu mampu milik. Anda pasti puas hati dengan hotel yang telah kami senaraikan.
3. Makan tengahari di Lau Pa Sat
Mulakan percutian anda dengan mencuba juadah orang Singapura! Kalau anda ingin merasa makanan tempatan, singgahlah ke kedai Lau Pa Sat yang terletak di tengah-tengah kawasan kewangan Singapura. Selain terkenal sebagai kedai makan, Lau Pa Sat ialah mercu tanda terkenal Singapura yang diangkat sebagai monumen negara pada tahun 1973. Makan di bawah bumbung oktagon yang unik sambil dikelilingi tiang berkonsepkan seni zaman Viktoria, gerbang tinggi, dan menara jam yang indah. Kedai ini menghidangkan pelbagai hidangan seperti mi bebola ikan, nasi ayam, masakan India, mi Hokkien dan sate.
4. Gardens by the Bay
Gardens by the Bay Singapura adalah salah satu tarikan kegemaran kami di Kota Singa ini. Nikmati keindahan belantara Supertree dan bersiar-siar di dua rumah pemuliharaan iaitu Flower Dome yang dipenuhi bunga-bunga indah sepanjang tahun, termasuklah bunga bermusim seperti bunga sakura, bunga matahari dan lavendar yang ditayangkan pada bulan berbeza sepanjang tahun. Selain itu, ada juga Cloud Forest, sebuah ruang santai yang menempatkan salah satu air terjun dalam bangunan terbesar di dunia. Anda juga boleh mengunjungi tempat ini pada waktu malam untuk menonton pertunjukan cahaya dan bunyi Garden Rhapsody yang diadakan setiap malam!
5. Marina Bay Sands Skypark
Ingin menikmati pemandangan latar langit ikonik Singapura? Anda boleh menikmati pemandangan ini di Hotel Marina Bay Sands. Janganlah risau kerana anda tidak perlu menempah penginapan di sini untuk menikmati pemandangan bertaraf dunia. Anda boleh menaiki lif ke Marina Bay Sands Skypark, sebuah balai cerap yang terletak di tingkat 57 atas tiga menara Marina Bay Sands. Kami mencadangkan agar anda pergi pada waktu petang untuk melihat matahari terbenam sebelum bandar ini dihiasi cahaya.
6. Spectra: Pertunjukan Cahaya & Air
Kalau ini kali pertama anda di Singapura, janganlah terlepas peluang untuk menyaksikan keajaiban Spectra, sebuah pertunjukan cahaya dan air yang diadakan di sepanjang persiaran Marina Bay Sands. Pertunjukan selama 15 minit ini berlangsung pada setiap malam. Pengunjung boleh melihat simfoni yang menggabungkan air pancut, pertunjukan visual, laser, kabus dan lagu-lagu orkestra. Pastikan anda datang awal dan duduk di tangga di tepian air untuk menikmati pengalaman yang menyeronokkan.
7. Haji Lane
Lokasi terakhir kita untuk hari pertama ialah Haji Lane, sebuah kejiranan yang meriah pada waktu malam. Haji Lane bukanlah sebuah kawasan yang besar, tetapi pengunjung boleh bersantai di pelbagai tempat seperti butik, bar, kafe, dan restoran. Sama ada anda ingin menikmati koktel, piza, burger, atau aiskrim, semuanya ada di Haji Lane! Tempat terkenal lain yang ada di situ termasuklah Arab Street, Beach Road dan Bali Lane. Kalau anda peminat seni grafiti, anda boleh mengunjungi Haji Lane pada waktu siang untuk melihat seni-seni yang menghiasi lorong ini.
Hari Kedua: Jom cabar adrenalin
1. Sarapan di Ya Kun
Mulakan hari kedua dengan roti bakar kaya! Roti Bakar Kaya Ya Kun bermula sebagai gerai kecil yang dikendalikan sebuah keluarga pada tahun 1944. Kedai ini diangkat sebagai ikon budaya Singapura yang menghidangkan roti bakar, telur rebus, dan kopi. Jenama terkenal ini digemari oleh kebanyakan orang Singapura dan memang wajib dikunjungi. Malah, hidangan di sini tidak terlalu berat dan sesuai untuk dijadikan tempat untuk melapik perut sebelum berseronok. Tempah baucar set Ya Kun melalui Klook dan tebus dengan mudah di cawangan Ya Kun yang ada di seluruh negara.
2. Kunjungi Pulau Sentosa
Selepas selesai bersarapan, kunjungilah Sentosa, sebuah pulau di Singapura yang menawarkan pelbagai aktiviti menyeronokkan untuk semua peringkat umur. Berikut merupakan tarikan santai yang boleh dinikmati di Pulau Sentosa:
- Fort Siloso Skywalk
- Tanjong Beach
- Puncak Gunung Faber
Dapatkan Sky Pass Kereta Kabel Singapura melalui Klook dan nikmati pemandangan 360 darjah bandar ini ketika menuju ke Sentosa. Anda juga boleh mendapatkan pakej kombo yang termasuk tiket tarikan dan baucar makanan.
3. Universal Studios Singapore
Kalau anda suka pergi ke taman tema, jomlah berseronok di Universal Studios Singapura. Sesuai untuk datang bersama kawan-kawan atau keluarga, anda pasti puas berseronok di satu-satunya Universal Studio pertama di Asia Tenggara. Taman tema ini menawarkan 24 permainan, pertunjukan dan tarikan yang ada di tujuh zon bertema. Anda boleh mencabar kawan-kawan untuk menaiki coaster berkembar Battlestar Galactica, anda juga akan basah sedikit ketika menaiki permainan Jurassic Park, dan berjumpa dengan watak kegemaran anda daripada siri Sesame Street!
4. S.E.A Aquarium
Kalau anda masih ada masa (dan tenaga) selepas berseronok di Universal Studios Singapura, singgahlah ke S.E.A Aquarium, satu lagi tarikan terkenal yang terletak di Resorts World Sentosa. Pengunjung boleh mendekati lebih 100,000 haiwan marin seperti ikan lumba-lumba, ikan pari manta, jerung, obor-obor dan batu karang. Pastikan anda kunjungi habitat Open Ocean iaitu sebuah akuarium besar yang menjadi tarikan utama S.E.A Aquarium dan saksikan keindahan lautan di depan mata anda.
5. Makan malam di Coastes, Sentosa
Kemudian, anda boleh bersantai di Coastes, sebuah bar dan restoran yang terletak di sepanjang Pantai Siloso, Sentosa. Restoran ini menawarkan persekitaran yang santai dan sesuai untuk pengunjung yang ingin berehat dan menikmati tiupan angin sebelum pulang. Anda juga boleh mendengar bunyi hempasan ombak sambil mengenangkan detik-detik menyeronokkan tadi bersama orang tersayang. Restoran ini menghidangkan makanan seperti ikan dan kentang goreng, hidangan makanan laut, piza buatan sendiri, sandwic dan bir. Dapatkan baucar tunai Coaster di Klook.
Hari ketiga: Terokai kejiranan yang dipenuhi seni
1. Tiong Bahru
Mulakan hari ketiga di Tiong Bahru, sebuah kejiranan cantik yang mengekalkan keunikan peredaran masa. Tiong Bahru adalah salah satu kawasan perumahan unik yang jarang ditemui di Singapura kerana ia dihiasi dengan warisan klasik dan seni bina kontemporari. Anda boleh bersarapan di Tiong Bahru Food Centre yang menghidangkan juadah tempatan seperti jian bo shui kueh, bebola ikan Tiong Bahru, mi lor dan kek lobak merah. Selain itu, anda boleh ke Tiong Bahru Bakery, sebuah kedai roti hipster yang terkenal kerana menghidangkan croissants tersedap di Singapura. Selepas kenyang, bolehlah anda bersiar-siar di kejiranan ini yang penuh dengan mural, kedai-kedai menarik dan galeri seni yang unik.
2. Joo Chiat
Satu lagi kawasan kejiranan yang patut dikunjungi ialah Joo Chiat, sebuah 'permata tersembunyi' dan salah satu bandar warisan pertama di Singapura. Destinasi ini menawarkan pelbagai tarikan untuk dikunjungi seperti rumah kedai warisan tradisional, bar hipster dan kedai. Pastikan anda bergambar di Koon Seng Road, sebuah jalan yang menempatkan rumah kedai kaum Peranakan yang berwarna-warni dan dibina pada tahun 1920an (sebelum perang). Kalau anda masih lapar, singgahlah ke kedai 328 Katong Laksa untuk mencuba semangkuk laksa yang dianggap sedap oleh Gordon Ramsay dan padankannya dengan otak-otak. Akhir sekali, singgah ke Birds of Paradise untuk mencuba gelato yang disajikan dalam kon wafel.
3. ArtScience Museum
Teruskan menikmati karya seni di Muzium ArtScience, sebuah mercu tanda budaya ikonik di Singapura. Pengunjung dapat meluangkan pengalaman menarik dan menambah ilmu di 21 ruang galeri yang menempatkan karya seni, sains, budaya dan teknologi. Kalau anda ingin mengambil gambar untuk dimuat naik ke Instagram, sertailah pameran Future World: Where Art Meets Science! Kami suka mengambil gambar di Crystal Universe yang dihiasi 170,000 lampu LED. Anda akan berasa seolah-olah berada di planet lain.
4. Clarke Quay
Akhiri malam terakhir anda di Singapura dengan melawati Clarke Quay, sebuah kawasan yang terletak di tebing Sungai Singapura. Clarke Quay adalah salah satu pusat hiburan malam di Singapura, yang membolehkan pengunjung bersantai di pelbagai restoran, bar dan kelab. Anda boleh duduk di tepi sungai dan lihat matahari terbenam disebalik bangunan zaman kolonial yang berwarna-warni dan bot-bot yang sudah berlabuh. Untuk menikmati Singapura daripada perspektif berbeza, anda boleh menaiki kapal cruise selama 40 minit yang mula berlayar dari jeti Clark Quay!
5. Makan malam Chili Crab di Singapura
Akhiri percutian anda di Singapura dengan mencuba ketam cili. Ketam cili dimasak manis, pedas dan masam dianggap hidangan kebangsaan (walaupun tidak rasmi) Singapura. Hidangan ini ada dijual di seluruh negara, sama ada di gerai makanan, kedai makanan laut atau restoran mewah. Berikut adalah beberapa kedai yang menghidangkan ketam cili tersedap di Singapura, menurut penduduk tempatan:
- Jumbo Steamboat
- No Signboard Seafood Restaurant
- Uncle Leong Seafood
- House of Seafood
- Mellben Seafood
- Roland Restaurant
- Long Beach Seafood
- HolyCrab
Kalau anda datang ke Clarke Quay pada waktu petang (seperti yang kami cadangkan), anda boleh makan malam di Red House Seafood Restaurant atau House of Seafood yang terletak di kawasan ini. Nikmati diskaun jika anda menempah baucar makan malam melalui Klook!
Destinasi lain yang patut dikunjungi di Singapura
Ingin menikmati lebih banyak aktiviti menyeronokkan di Singapura? Lihat beberapa tarikan lain di bandar ini yang sesuai untuk percutian bersama kawan-kawan atau keluarga.
Tempat membeli-belah & berseronok pada waktu malam
- Orchard Road
- Bugis Street
- Chinatown
- Little India
Tarikan mesra keluarga
Tarikan & taman alam semulajadi
- Taman Botani Singapura
- Bukit Timah Nature Reserve
- Taman Tasik Jurong
- Taman Pantai Barat
- Pulau Ubin
- Taman Bishan-Ang Mo Kio
Galeri & muzium
- Esplanade - Teater di Teluk
- Mint Museum of Toys
- Muzium Tamadun Asia
💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini: