Jadual Perjalanan 4H3M Bali yang Anda Perlukan untuk Percutian Pulau Sempurna pada Tahun 2023

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 27 Nov 2023
MY BM Jadual Perjalanan 4H3M Bali

Rancang percutian sempurna ke Bali pada tahun 2023!

bali borders reopening travel malaysia malaysian
Discover the best of Bali in just 4 days
Photo Credit: @mrssippybali (Instagram)
Bali ialah pulau syurga di Indonesia yang menjadi tumpuan ramai! Bali dipenuhi barisan kelab pantai yang meriah, gunung-ganang indah untuk didaki, vila dengan kolam renang peribadi pada harga berpatutan dan makanan yang lazat. Kami telah meninjau beberapa tempat terbaik di pulau itu dan menyusun jadual perjalanan selama 4 hari yang sesuai untuk percutian hujung minggu yang panjang!
The Complete 4D3N Bali Itinerary
Bali boleh dibahagikan kepada 6 wilayah berbeza – Kepulauan Selatan, Tengah, Utara, Barat, Timur dan Tenggara. Untuk jadual perjalanan ini, kami akan meliputi Bali Selatan (Seminyak) dan Bali Tengah (Ubud) serta salah satu pulau di bahagian Tenggara - Nusa Penida.

Jadual perjalanan lengkap 4H3M ke Bali

Hari Pertama: Ubud

1.30am - 9.30am: Pendakian matahari terbit ke Puncak Gunung Batur

Sunrise Trek up Mount Batur 4D3N bali itinerary
Mount Batur Sunrise Trek 4D3N bali itinerary
Ya, masanya agak awal tetapi anda pasti tidak mahu terlepas untuk menyaksikan pemandangan matahari terbit yang indah di Gunung Batur! Pendakian ke Gunung Batur ialah cara terbaik untuk memulakan percutian anda sambil menikmati pemandangan indah di puncak gunung pada hari yang cerah sambil menghirup air koko panas. Pendakian ini memakan masa selama 2 hingga 3 jam serta melibatkan kawasan yang curam dan berbatu jadi beberapa tahap kecergasan diperlukan untuk menakluki Gunung Batur. Untuk tiba pada masa sebelum matahari terbit, anda perlu meluangkan banyak masa mendaki dalam kegelapan dan memerlukan lampu suluh serta malim gunung yang arif dengan laluan pendakian. #TipKlook: Cuaca mungkin sangat sejuk di bahagian atas jadi pastikan anda membawa jaket!
Tempah awal pendakian matahari terbit ke Gunung Batur di Klook dan biarkan malim gunung menunjukkan jalan kepada anda. Anda juga akan diberikan lampu suluh, tongkat mendaki serta sarapan pagi dan air untuk keperluan pendakian anda.
Kami juga mengesyorkan anda untuk menambah pakej ke pengalaman pendakian anda yang termasuk kemasukan ke Mata Air Panas Semula Jadi Batur atau tiket ke Jungle Swing.
  • Alamat: Gunung Batur, Batur Selatan, Kecamatan Kintamani, Kabupaten Bangli, Bali

9.30am - 11.30am: Bersantai di Toya Devasya Hot Spring Wellness Resort

Toya Devasya Hot Spring Waterpark 4D3N bali itinerary
Photo Credit: Toya Devasya Hot Spring Waterpark (Facebook)
Selepas pendakian, legakan otot anda di Toya Devasya Hot Spring Wellness Resort! Berendam dalam mata air panas sambil menikmati pemandangan landskap indah Gunung Batur di belakang anda. Kolam air panas semula jadi ini mengandungi mineral yang dikatakan mempunyai sifat penyembuhan. Sekiranya anda bukan peminat mata air panas, anda boleh menikmati teh ais atau air kelapa di kafe berdekatan untuk menghilangkan dahaga.
  • Alamat: Batur Tengah, Kintamani, Kabupaten Bangli, Bali, Indonesia
  • Waktu Operasi: 7 pagi – 7 petang, dibuka setiap hari

11.30am - 1.00pm: Makan tengah hari di Cafe Wayan and Bakery

 Lunch at Cafe Wayan and Bakery 4D3N bali itinerary
Photo Credit: Cafe Wayan & Bakery (Facebook)
Cafe Wayan and Bakery 4D3N in bali itinerary
Photo Credit: Cafe Wayan & Bakery (Facebook)
Cafe Wayan yang terletak di luar Jalan Hutan Monyet di Ubud ialah tempat percutian yang tenang serta menawarkan sajian kulinari Bali dan Indonesia yang lazat termasuk pencuci mulut yang baru dibakar! Kafe ini juga menganjurkan kelas memasak untuk mereka yang berminat untuk mempelajari cara mencipta semula hidangan ini di rumah. Salah satu hidangan mereka yang paling popular ialah Nasi Campur yang dihidangkan bersama sate, nasi dan pelbagai jenis lauk seperti telur goreng, kari juga sayur-sayuran!
  • Alamat: Monkey Forest Street, Ubud, Gianyar, Bali 80571, Indonesia
  • Waktu Operasi: 8 pagi – 10.30 malam, dibuka setiap hari

1.00pm - 3.00pm: Membeli-belah di Pasar Ubud

Shopping at Ubud Market 4D3N bali itinerary
Tunjukkan bukti bahawa anda sudah tiba di Bali dengan membawa pulang salah satu beg bakul anyaman ini! Beg ini berfungsi sebagai aksesori kecil yang sempurna untuk pakaian anda dan sangat popular! Beg anyaman ini datang dalam pelbagai bentuk dan saiz dan boleh didapati di banyak kedai di Bali. Dapatkannya di Pasar Ubud dan pastikan anda menawar harga yang lebih baik sebelum membeli!
  • Alamat: Jalan Raya Ubud, Ubud, Kecamatan Ubud, Kabupaten Gianyar, Bali 80571, Indonesia
  • Waktu Operasi: 6 pagi – 6 petang, dibuka setiap hari

3.00pm - 5.00pm: Melawat Kelab Sungai D’Tukad

D’Tukad River Club 4D3N itinerary in bali indonesia
Photo Credit: Dtukad River club Bali (Facebook)
D’Tukad River Club 4D3N bali itinerary
Photo Credit: Dtukad River club Bali (Facebook)
Lupakan tentang barisan panjang di Bali Swing, kini ada banyak tempat lain yang menawarkan pengalaman yang sama tanpa perlu beratur. D'Tukad River Club menawarkan buaian yang merentasi air terjun! Kelab pantai sungai ini mempunyai suasana yang nyaman. Cuba koktel mereka dan nikmati deruan air terjun sebelum menaiki buaian.
  • Alamat: Desa Wisata Blangsinga, Saba, Kecamatan Blahbatuh, Kabupaten Gianyar, Bali 80581, Indonesia
  • Waktu Operasi: 11 pagi – 7 petang, Khamis hingga Ahad sahaja

7.00pm- 9.00pm: Makan malam di Bebek Bengil

Dinner at Bebek Bengil 4D3N bali itinerary
Photo Credit: @bebekbengilrestaurant (Instagram)
Dinner at Bebek Bengil 4D3N itinerary in bali indonesia
Photo Credit: @bebekbengilrestaurant (Instagram)
Bebek Bengil yang diterjemahkan sebagai Itik Kotor menjadi sajian kegemaran setempat yang wajib dicuba! Hidangan ini terdiri daripada seketul itik yang telah dikukus dalam perapan rempah-ratus asli Indonesia sebelum digoreng untuk tekstur yang garing. Anda boleh memilih untuk makan bersama lauk sampingan kentang lecek atau nasi!
  • Alamat: Jalan Hanoman, Ubud, Kecamatan Ubud, Kabupaten Gianyar, Bali 80571, Indonesia
  • Waktu Operasi: 10 pagi – 9 malam, dibuka setiap hari

Hari ke-2: Aktiviti air

8.00am- 2.00pm: Berakit Meredah Jeram di Telaga Waja

Telaga Waja White Water Rafting 4D3N bali itinerary
Sungai Telaga Waja White Water Rafting 4D3N in bali itinerary
Alami keseronokan dengan menghidupkan semula naluri deruan adrenalina anda di Bali! Sungai Telaga Waja merupakan lokasi rakit redah jeram terkenal yang terletak di kawasan tenang yang dikelilingi oleh landskap panorama yang indah. Anda akan disambut oleh udara segar dari gunung dan burung eksotik liar semasa anda melalui air terjun, sawah padi dan cenuram batu.
Jantung anda bagai nak jatuh saat meluncur laju menuruni tebing tetapi jangan risau kerana keselamatan anda akan dijaga! Buat tempahan awal untuk pengalaman rakit redah jeram anda di Klook yang termasuk:
  • - Peralatan berakit yang dijamin selamat
  • - Pemandu rakit Bali profesional
  • - Pergerakan pergi dan balik dari hotel anda
  • - Makan tengah hari dan minuman disediakan
  • - Insurans asas
  • - Bilik mandi dan tuala
  • Alamat: Sungai Telaga Waja, Menanga, Kecamatan Rendang, Kabupaten Karangasem, Bali 80863, Indonesia

2.00pm - 5.00pm: Waterbom Bali

Waterbom Bali 4D3N bali indonesia itinerary
Photo Credit: @waterbombali (Instagram)
Waterbom Bali waterpark in Bali Indonesia 4D3N itinerary
Photo Credit: @waterbombali (Instagram)
Waterbom Bali terkenal sebagai taman air nombor 1 Asia dengan pelbagai tunggangan untuk penggemar dan orang takutkan cabaran. Taman ini mudah untuk dikunjungi kerana terletak di tengah-tengah Pantai Kuta dan mesra keluarga! Jangan lepaskan peluang untuk mencuba The Climax (kegemaran kami untuk membuat jantung anda berdegup kencang!), The Constrictor dan Boomerang.
Rujuk panduan Waterbom Bali kami untuk beberapa petua rahsia!
  • Alamat: Jalan Kartika Plaza, Tuban, Kecamatan Kuta, Kabupaten Badung, Bali 80361, Indonesia
  • Waktu Operasi: 10 pagi – 5 petang, dibuka setiap hari

7.00pm – 9.00pm: Makan malam di Barbacoa

Barbacoa adalah salah satu restoran paling popular di Bali kerana 2 sebab – makanan yang sedap dan reka bentuk dalamannya yang menakjubkan. Anda boleh makan daging barbeku lembut yang dipanggang di atas kayu api, taco yang dihidangkan di atas pinggan desa yang besar dengan pengaruh Amerika Latin yang sesuai untuk dikongsikan dalam sajian berkumpulan. Restoran ini ditempatkan di gudang yang besar dengan siling tinggi, kayu kitar semula, lantai berjubin mozek dan perabot kulit yang cantik. Makluman: Barbacoa ditutup buat sementara waktu dan akan dibuka semula pada 20 Mei 2022!
  • Alamat: Jalan Petitenget No.14, Kerobokan Kelod, Kuta Utara, Kabupaten Badung, Bali 80361, Indonesia
  • Waktu Operasi: 5.30 petang – 11 malam, dibuka setiap hari

Hari ke-3: Nusa Penida

6.30am- 5.00pm: Terokai Nusa Penida Barat

Nusa Penida 4D3N bali itinerary
Nusa Penida ialah lokasi paling terkenal di Bali! Lokasi ini merupakan tempat percutian yang sempurna kerana menempatkan kolam dengan air berwarna hijau zamrud, formasi batu yang menakjubkan dan perairan biru jernih dengan banyak hidupan laut!
Nusa Penida 4D3N in bali indonesia itinerary
Beberapa tarikan utama pulau ini termasuk:
  • Tebing yang indah di sepanjang Pantai Kelingking
  • Air yang jernih untuk selam snorkel di Crystal Bay
  • Pembentukan batu yang menakjubkan di Broken Beach
Anda perlu menaiki bot untuk ke sana kerana pulau ini terletak di luar pantai Bali. Buat tempahan awal untuk lawatan sehari ke Nusa Penida Barat anda di Klook yang termasuk menaiki bot pergi dan balik serta pemandu untuk membawa anda mengelilingi pulau. Percayalah anda pasti tidak mahu meredah jalan berliku yang tidak berturap itu sendirian!

7.00pm – 9.00pm: Makan malam di Radja Seafood Cafe Jimbaran

Radja Seafood Cafe Jimbaran 4D3N bali itinerary
Photo Credit: @radja_bytebacafe (Instagram)
Selepas seharian bersiar-siar, nikmati makanan laut segar di Rajda Seafood Cafe di Jimbaran! Luangkan malam terakhir anda di Bali dengan makan malam dari tempat duduk yang menghadap pantai dan makanan laut barbeku yang lazat.
  • Alamat: Jalan Pantai Muaya, Jimbaran, Kabupaten Badung, Bali 80361, Indonesia
  • Waktu Operasi: 2PM – 10PM, dibuka setiap hari

Hari ke-4: Kelab Pantai & Bersantai

10.00am - 1.00pm: Bersantai di Mrs Sippy Beach Club

Mrs Sippy Beach Club 4D3N bali itinerary
Photo Credit: @mrssippybali (Instagram)
Mrs Sippy Beach Club 4D3N in bali indonesia itinerary
Photo Credit: @mrssippybali (Instagram)
Adakah percutian ke Bali anda akan lengkap jika belum melawat ke kelab pantai? Mrs Sippy Beach Club menjadi destinasi yang wajib dikunjungi semasa anda berada di sini. Lokasi ini menempatkan kolam air masin terbesar di Bali, platform menyelam dan barisan kerusi berjemur untuk anda bersantai. Pesan koktel dan tapas dan nikmati persembahan DJ secara langsung yang memutarkan lagu-lagu terhangat dan habiskan hari terakhir anda di Bali dengan penuh keseronokan.
  • Alamat: Jalan Taman Ganesha, Gang Gagak 8 Kerobokan Kelod Kuta Utara Kerobokan Kelod, Seminyak, Kecamatan Kuta Utara, Kabupaten Badung, Bali 80361, Indonesia
  • Waktu Operasi: 10 pagi – 9 malam, dibuka setiap hari

Menuju ke lapangan terbang

Akhir sekali, tamatkan perjalanan anda dengan selesa ke lapangan terbang menggunakan khidmat angkut lapangan terbang Klook! Biarkan pemandu membawa anda pergi dengan selamat dan tepat pada masanya untuk penerbangan anda.

Dapatkan insurans perjalanan anda untuk ke Indonesia!

Travel Guard AIG covid travel insurance from RM56 Malaysia
Melancong dengan tenang ke Bali apabila menggunakan insurans perjalanan! Kami telah bekerjasama dengan AIG Malaysia untuk membolehkan anda membeli insurans di Klook dengan beberapa klik sahaja. Untuk pelan yang meliputi kos berkaitan COVID dan memenuhi semua keperluan insurans mandatori, kami mengesyorkan agar anda mendapatkan pelan Superior yang boleh dibeli dengan harga serendah RM60 untuk setiap perjalanan.
💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu | 🔵Telegram