Percutian 5H4M ke Tokyo: Makanan, Tarikan & Aktiviti untuk Pelancong Baru

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 5 Nov 2024
tokyo japan itinerary guide

Panduan menerokai Tokyo untuk first-timer!

tokyo japan
Bagi yang pernah mengunjungi Tokyo pasti tahu bandar metropolis ini memang penuh dengan tarikan dan aktiviti. Pada hari yang sama, anda boleh melawat taman tema menarik, kuil purba, bangunan pencakar langit, berendam di onsen, atau menaiki kereta api peluru untuk ke kawasan luar bandar. Pilihlah yang mana-mana pun!
Kalau ini kali pertama anda merancang untuk ke Tokyo, kami boleh membantu. Jom tengok panduan percutian 5H4M ke Tokyo. Kami akan kongsikan beberapa tarikan yang wajib dikunjungi, makanan yang patut dicuba dan tip melancong! Teruskanlah membaca! 🇯🇵
💡 Bukan saja melancong ke Tokyo? Dapatkan Pas JR untuk mengembara ke seluruh Jepun!

Jadual perjalanan lengkap percutian 5H4M ke Tokyo, Jepun

So you've finally landed in Tokyo, either at Narita Airport or Haneda Airport. But how do you get to Tokyo city itself? Depending on your budget and the size of the traveling group, we've put together two easy guides that will help you decide the best fit for you to travel between the airport and Tokyo!

Hari pertama: Jelajah bandar

tokyo japan Shimokitazawa
Disebabkan penat kerana penerbangan, kami nasihatkan agar anda tidak melakukan terlalu banyak aktiviti pada hari pertama. Mulakan percutian anda dengan menjelajahi bandar ini! Salah satu kejiranan kegemaran kami di bandar ini ialah Shimokitazawa. Suasana di sini santai dan penuh dengan kedai vintaj, kafe kraf, kedai roti, live house (kelab muzik), galeri, kedai buku dan bar izakaya. Fakta menarik: adakah anda tahu Shimokitazawa dikenali sebagai "Daerah Kari" Jepun? Mereka menganjurkan Pesta Kari tahunan pada setiap bulan Oktober. Jadi, anda patut makan tengahari di mana-mana restoran kari di sini. Malah, ada sebuah restoran yang menghidangkan kari dengan gelato berempah!
harajuku tokyo japan
Kemudian, anda boleh singgah ke Harajuku, kejiranan Tokyo yang meriah dan menyeronokkan. Anda boleh menaiki kereta api selama 15 minit dari Shimokitazawa. Memang banyak aktiviti dan makanan yang boleh dicuba di sini kerana anda boleh meluangkan masa di butik fesyen, kedai cenderahati comel, kafe comel, kedai istimewa dan restoran unik. Tempahlah lawatan berjalan melalui Klook untuk menerokai tarikan menarik di Harajuku!
Kalau anda suka benda-benda manis, jangan terlepas daripada menikmati pencuci mulut dan makanan jalanan yang terkenal di Harajuku, terutamanya krep, aiskrim unik, dan gula-gula kapas besar. Selepas makan, pergilah bersiar-siar di Taman Yoyogi, salah satu taman bandar terbesar di Tokyo yang berada di Harajuku.
yomiuriland tokyo japan theme park
hana biyori flower park tokyo japan
Tidak suka membeli-belah? Anda boleh mengunjungi kawasan luar bandar untuk merasai kelainan! Kunjungilah Inagi yang terletak 30 minit dari pusat bandar Tokyo. Meskipun kurang dikenali, Inagi sebenarnya sebuah tempat yang menyeronokkan. Selepas tiba di Inagi, singgahlah ke Yomiuriland Amusement Park, sebuah taman tema menarik dengan lebih 40 tarikan seperti roller coaster dan permainan kanak-kanak. Pada musim sejuk, Yomiuriland Amusement Park dihias cantik dengan nyalaan lampu berwarna-warni pada waktu malam!
Selain itu, Taman Bunga "HANA・BIYORI" adalah satu lagi tarikan di kawasan ini. Tempat yang menempatkan pelbagai jenis bunga ini baru saja dibuka pada tahun 2020. Pengunjung boleh menikmati persembahan seni digital dan bersiar-siar melalui candelier bunga yang dibuat daripada lebih 300 pasu bunga! Taman ini juga terkenal kerana Starbucks berkonsepkan taman botani yang diterangi cahaya matahari, dipenuhi bunga dan keindahan hijau.
shinjuku ichiran ramen restaurant tokyo japan
shinjuku restaurant food
Untuk makan malam, kami syorkan agar anda pergi ke Shinjuku. Jalan-jalan di Shinjuku meriah pada waktu malam. Di sini, ada banyak tempat makan yang menjual sushi, ramen, tonkatsu, shabu-shabu, BBQ Jepun dan macam-macam lagi. Harga di sini juga pelbagai. Jadi, anda boleh saja makan sedap-sedap meskipun dengan bajet yang sedikit atau banyak.
Berikut adalah restoran terkenal yang muslim friendly tapi tiada sijil halal di Shinjuku untuk dicuba:
  • Himawari Sushi
  • Tempura Tsunahachi
  • Yoshiya (makanan tradisional Jepun)
japan tokyo bar yakitori alley
Kalau anda nak minum-minum selepas penat seharian melancong, kunjungilah Golden Gai, sebuah lorong belakang yang tersembunyi di Shinjuku. Lorong ini menempatkan beberapa bar dan restoran kecil. Golden Gai memang tempat yang patut dikunjungi untuk merasai kehidupan malam Tokyo.
shibuya sky tower tokyo japan
Akhir sekali, tamatkan malam anda dari puncak Shibuya Sky Observation Deck! Anda boleh menikmati panorama malam 360 darjah yang memukau dari balai cerap ini. Beberapa tarikan ikonik yang boleh dilihat dari sini ialah Tokyo Skytree, persimpangan Shibuya, Bukit Roppongi dan banyak lagi. Anda juga boleh singgah ke Sky Gallery untuk melihat paparan seni digital yang cantik.

Hari kedua: Nikmati seni dan budaya

tokyo meiji shrine
tokyo meiji shrine
Jom jelajahi dua sisi bandar Tokyo - daripada tradisi dan budaya terpeliharanya, sehinggalah sisi futuristik dan moden. Sama ada anda peminat tempat bersejarah atau seni moden, Tokyo adalah sebuah bandar metropolis yang menawarkan kedua-dua dunia ini. Berikut merupakan tarikan yang wajib anda kunjungi pada hari kedua:
  • Kuil Meiji: didedikasikan untuk maharaja pertama Jepun moden, Kuil Meiji ialah tarikan yang wajib dikunjungi di bandar ini. Kawasan kuil yang sering dikunjungi pelancong ini luas, dilengkapi laluan pejalan kaki yang menenangkan, kawasan hutan yang dipenuhi 100,000 batang pokok, bangunan kuil purba dan Muzium Meiji Jingu yang baru dibuka.
  • Bersiar-siar di daerah tradisional Asakusa: untuk menikmati suasana bandar Tokyo yang lama, kunjungilah Asakusa. Terkenal dengan Kuil Sensoji dan Nakamise Shopping Street (sebatang jalan yang dipenuhi kedai kudap-kudap tempatan dan cenderahati), Asakusa mudah diakses dan menawarkan pelbagai keseronokan. Daerah ini juga menjadi hab untuk perayaan budaya dan acara tradisional Jepun. Kalau bernasib baik, bolehlah anda melihat sendiri perayaan mereka. Untuk dapatkan gambar yang cantik, anda boleh menyewa baju kimono sambil berjalan-jalan di Asakusa!
  • Nikmati udara segar di Taman Negara Shinjuku Gyoen: Shinjuku Gyoen adalah salah satu taman terbesar dan paling terkenal di Tokyo. Pengunjung datang ke sini untuk bersiar-siar, berkelah di bawah pokok, atau berehat daripada kesibukan bandar. Kalau anda datang pada musim bunga atau musim luruh, bawalah tikar dan kudapan supaya anda boleh bersantai di bawah pokok bunga sakura dan dikelilingi dedaunan musim luruh.
tokyo tower japan
teamLab Planets TOKYO DMM
teamlab borderless digital art museum tokyo japan
  • Lihat seni digital di teamLabs Planets: Kalau anda meminati seni digital, anda pasti suka dengan teamLabs Planets! Muzium seni digital moden ini menempatkan pelbagai karya Insta-worthy di empat ruang yang luas dan dua taman. Salah sebuah tamannya dihiasi lebih 10,000 kuntum bunga orkid! Nikmatilah karya seni yang boleh bergerak, berinteraksi dan berubah bentuk.
  • Nikmati keindahan bandar ini dari tingkat atas Tokyo Tower: Kalau anda suka melihat pemandangan dari atas, Tokyo Tower memang wajib dikunjungi. Menara setinggi 333 meter ini terletak di tengah-tengah bandar Tokyo. Pengunjung boleh melihat bandar Tokyo dari balai cerapnya. Malah, pada hari yang cerah, pengunjung juga boleh melihat Gunung Fuji dari kejauhan. Anda juga boleh menikmati pemandangan indah bandar ini dari Roppongi Hill Observation Deck atau Tokyo Skytree.
  • Terokai jalan-jalan di Akihabara: Kalau anda peminat anime, manga atau permainan Jepun, 'Pekan Elektrik’ Tokyo ini boleh dianggap seperti syurga. Akihabara terkenal kerana kawasan ini dipenuhi kedai elekronik, arked, Maid Cafe, dan pelbagai jenis restoran bertema. Tempat ini sering dikunjungi untuk membeli barangan elektronik, permainan video, manga dan barangan anime yang berdiskaun. Nak berseronok dan cipta memori bermakna? Terokailah jalan-jalan di Akihabara dengan menaiki go-kart!

Hari ketiga: Kunjungi taman tema atau tarikan menarik di Tokyo

tokyo disneyland disneysea japan
tokyo disneyland disneysea japan
Photo Credit: @jessicachaw
Kalau anda peminat Disney atau taman tema, janganlah pulang dari Tokyo tanpa meluangkan masa di Tokyo Disneyland. Sebenarnya, ada dua Taman Disney di Tokyo - Tokyo Disneyland dan Tokyo DisneySea. Kedua-dua taman tema ini mempunyai keunikan tersendiri dan menawarkan pelbagai tarikan dan permainan unik untuk semua peringkat umur. 
Untuk merasai pengalaman klasik di taman tema Disney, anda boleh memilih Disneyland. Tapi, kalau nak melawat taman Disney yang khas untuk orang dewasa, anda pasti sukakan DisneySea. Kalau boleh, kunjungilah kedua-duanya!
group of people posing in front of hogwarts express
Photo Credit: Warner Bros. Studio Tour Tokyo - The Making of Harry Potter
Untuk peminat Harry Potter pula, jom ikut kami ke dunia sihir! Anda boleh kunjungi beberapa set ikonik seperti Great Hall, Diagon Alley dan Hogwarts Express di Platform 9 ¾ yang ditawarkan oleh Warner Bros. Studio Tour Tokyo - The Making of Harry Potter!
Ketahui rahsia disebalik Dunia Sihir dan nikmati pelbagai aktiviti menyeronokkan. Pengunjung boleh bergaya untuk potret Hogwarts dan sertai orang ramai dalam pertarungan Quidditch. Anda juga boleh mencuba Butterbeer di bar Butterbeer terbesar di dunia atau minum teh yang diinspirasikan oleh Profesor Umbridge. Sama seperti Warner Bros. Studio Tour London - the Making of Harry Potter, studio ini juga akan menampilkan beberapa set eksklusif yang hanya tersedia di lokasi ini saja. Ini akan menjadi tarikan dalam bangunan Harry Potter terbesar di dunia dan anda mungkin memerlukan empat jam untuk menerokai satu-satunya Warner Bros. Studio Tour di Asia.
Klook Tip: Pastikan anda menempah tiket sebelum mengunjungi Warner Bros. Studio Tour Tokyo. Tiket tidak dijual di lokasi.

Hari keempat: Lawatan sehari ke Gunung Fuji

mount fuji from tokyo japan
mount fuji from tokyo japan
Gunung Fuji adalah salah satu simbol paling ikonik di Jepun dan menjadi tempat yang ingin dikunjungi ramai. Kalau anda ingin melihat gunung ini dari jarak dekat, luangkanlah sehari penuh untuk mengunjungi Gunung Fuji. Anda boleh menempah lawatan bersama pemandu pelancong atau pergi sendiri dengan menaiki kereta api, bas atau kereta yang selalunya mengambil masa selama 2 ke 3 jam untuk sampai ke destinasi.
Kalau tak mahu risau, anda boleh menempah lawatan eksklusif sehari Klook ke Gunung Fuji dan Hakone! Lawatan ini termasuk perhentian di Stesen Ke-5 Gunung Fuji, Gotemba Premium Outlets, bandar Hakone, serta perjalanan menaiki kereta kabel Hakone Ropeway dan pelayaran menaiki Kapal Lanun Hakone.
hakone from tokyo japan
mount fuji hakone from tokyo japan
💡 Terokai sendiri bandar bergunung Hakone dan nikmati perjalanan tanpa had menaiki lapan jenis pengangkutan dengan Hakone Freepass! Pas ini bukan saja boleh digunakan untuk kereta api, bas, kereta kabel dan kapal persiaran di Hakone, tapi turut menawarkan diskaun untuk lebih 70 tempat tarikan di Hakone.

Hari kelima: Membeli-belah & bersiar-siar

Jom luangkan pagi hari terakhir anda di Pasar Ikan Toyosu, sebuah pasar borong besar khas untuk penjualan makanan laut, buah-buahan dan sayur-sayuran. Pasar ini terkenal kerana ikan tuna akan dilelong pada waktu pagi. Kalau bangun awal, bolehlah anda lihat sendiri jualan ini!
Ikan tuna dilelong setiap hari antara pukul 5.30 pagi hingga 6.30 pagi dan boleh dilihat dari tingkap sepanjang koridor yang menghadap kawasan lelongan ini. Kalau anda suka makan makanan laut, anda boleh singgah ke restoran di pasar ini yang menghidangkan pelbagai makanan dari sushi sehinggalah ramen. Pastikan anda datang awal kerana kebanyakan restoran tutup pada pukul 2 petang.
odaiba tokyo japan
odaiba tokyo japan gundam statue
Selepas mengunjungi pasar ikan ini, anda boleh menuju ke Odaiba dengan menaiki kereta api selama 20 minit. Odaiba ialah destinasi menarik yang terletak di pulau buatan manusia di Teluk Tokyo. Kawasan tepi laut ini menawarkan pelbagai aktiviti hiburan untuk semua peringkat umur.
Beberapa tarikan menarik di sini ialah:
  • Jambatan Pelangi, yang menghubungkan pulau ini dengan tanah besar Tokyo. Jambatan ini lebih cantik apabila dihiasi lampu pada waktu malam!
  • Pelayaran bas air antara Asakusa dan Odaiba
  • Muzium seni digital, teamLab Borderless & teamLab Planets Tokyo Toyosu
  • Roda Ferris gergasi setinggi 115m
  • Miraikan, Muzium Sains dan Inovasi Jepun
  • Patung Gundam Unicorn
  • Tokyo Joypolis, sebuah taman hiburan dalaman yang pakar dalam permainan berkonsepkan pengalaman realiti maya
  • Aqua City Odaiba, kompleks yang menempatkan lebih 100 kedai dan pusat hiburan
shibuya tokyo japan
Kalau anda tidak cukup masa untuk membeli-belah, anda boleh luangkan hari terakhir di Tokyo dengan mengunjungi kawasan yang dipenuhi gedung serbaneka, butik, kedai vintaj, dan kedai runcit mewah. Pastikan anda tahu lokasi kedai yang ingin dikunjungi dan rancang masa anda dengan baik. Kalau anda tidak pasti dan ingin berjalan-jalan, pergilah ke Shibuya, Shinjuku, Harajuku, Ikebukuro dan Ginza.

Pelbagai inspirasi untuk percutian ke Jepun

💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu | 🔵Telegram