10 Aktiviti bawah RM50 di KL 2024

Aisyah Farhanah
Aisyah Farhanah
Last updated 18 Jun 2024
BM Aktiviti bawah RM50

Jom berseronok dengan aktiviti bawah RM50!

Terdapat banyak tempat menarik yang anda boleh lakukan di Kuala Lumpur serendah RM50! Nak mudah, anda boleh book dengan Klook untuk dapatkan tawaran yang lebih murah dan berbaloi! Menarik kan?
Pelbagai aktiviti bawah RM50 yang anda boleh lakukan dengan kawan, keluarga atau pasangan anda. Jangan risau, kami dah senaraikan 10 aktiviti bawah RM50 di Kuala Lumpur 2024

Diskaun 5% untuk tempahan pertama anda 🧡

klook kod promo pengguna baru
Korang pertama kali dengar pasal Klook app? Berita baik! Kami ada diskaun 5% untuk tempahan pertama anda. Pastikan anda dah download Klook app terlebih dahulu, daftar dan tebus kod promo BETTERONAPP! Tunggu apa lagi, jom mengembara bersama Klook sekarang!
Muat turun Aplikasi Klook: App Store | Google Play

10 Aktiviti Bawah RM50 di Kuala Lumpur 2024

1. Utama Farm

Utama Farm
Jika anda mencari pengalaman santai yang seronok untuk sekeluarga, tidak ada tempat yang lebih baik untuk melawat haiwan di Utama Farm. Kat sini, korang bukan je boleh tengok haiwan-haiwan yang menarik, tetapi juga boleh berinteraksi dan bermain dengan lebih daripada 30 jenis haiwan yang mesra. Anda juga boleh buat aktiviti farming dengan memilih sayur organik sendiri tanpa perlu risau tentang racun perosak.
Utama Farm
Kat Utama Farm ni juga terdapat pengembaraan menarik iaitu memancing udang dan ikan di mana anda boleh menikmati hasil tangkapan anda dalam hidangan mewah yang sedap. Bagi mereka yang nak release stress, jangan lepaskan peluang untuk mencuba aktiviti baseball yang terdapat di Utama Farm ini.
Dengan pelbagai pakej yang ditawarkan, jangan lupa untuk pergi ke Utama Farm untuk pengalaman yang tidak akan anda lupakan!
  • Lokasi: Hotel & Shell Station, Between Avanté, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (12PM-1AM)
  • Harga : Serendah RM 9.5

2. Just Cats @ Just Pets Megastore

Just Cats @ Just Pets
Jika anda seorang pencinta kucing, Zoo Haiwan Peliharaan Dalaman Just Cats adalah destinasi yang sempurna untuk anda! Terletak di dalam pusat membeli-belah yang popular, tempat ini menawarkan pengalaman yang luas dan menyeronokkan bagi pengunjung. Anda tidak perlu risau tentang cuaca di luar kerana kawasan ini dilengkapi dengan penghawa dingin untuk keselesaan anda sepanjang lawatan.
Just Cats @ Just Farm
Di sini, anda boleh bermain dengan pelbagai jenis kucing yang ramah dengan ruang yang selesa, dan paling best, korang boleh angkat kucing ni untuk mendapatkan gambar-gambar yang comel! Kucing kat sini pun sangat manja! Ada banyak breed kat Just Cats ni tau. Antaranya Ragdoll, Maine Coon, Munchkin, British Short Hair, Golden British Short Hair, Siamese Cat dan banyak lagi.
Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk pergi ke Just Cats dan rasai pengalaman yang memuaskan bersama kucing sekiranya anda pencinta kucing!
  • Lokasi: Lot 1F-01, First Floor, Tropicana Gardens Mall, 2A, Persiaran Surian, Tropicana Indah, 47810 Petaling Jaya, Selangor
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (10AM-10PM)
  • Harga : RM 48

3. Museum Of Illusions

Museum Of Illusions KL
Sambutlah pengalaman unik di dunia ilusi apabila anda melawat Museum Illusi di Kuala Lumpur! Di sini, mata anda akan diperdayakan dengan pelbagai koleksi seni hologram yang menakjubkan dan helah-helah optik yang menarik.
Museum ini tidak hanya memberikan hiburan untuk seisi keluarga dan rakan-rakan, tetapi juga menawarkan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Nak pergi date pun boleh! Jangan lupa untuk membawa kamera anda dan merakam gambar-gambar menarik dari pelbagai paparan ilusi optik yang tersedia. Sertai kami di Museum Illusi untuk pengalaman yang memukau dan mendebarkan.
  • Lokasi: Level 1, Ansa Hotel, Wilayah Persekutuan Malaysia, 101, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (10AM-10PM)
  • Harga : RM45

4. KL City of Lights Tour with Hop-on Hop-Off

BM KL City of Lights hop on hop off bus tour best thing to do in Kuala Lumpur
Kredit: @klhoponhopoff
Jom sertai perjalanan malam ke Kuala Lumpur dan saksikan bandar metropolitan ini dari perspektif yang berbeza! Anda akan dapat menerokai tarikan paling terkenal di bandar tanpa gangguan orang ramai pada waktu siang. Nikmati perjalanan yang selesa di dalam bas dua tingkat dengan pemandu arah yang fasih berbahasa Inggeris.
Lawati mercu tanda terkenal di bandar ini termasuk Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, dan banyak lagi. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyertai lawatan KL City of Lights dengan Bas Hop-on Hop-off untuk pengalaman yang tidak akan terlupakan!
  • Lokasi: KL Hop-On Hop-Off kiost, Sg Wang Plaza, Jln Bukit Bintang, 55100 Wilayah Persekutuan
  • Harga : RM35

5. Farm in the City

Farm in the City
Nikmati hari yang penuh keseronokan di Farm in the City, sebuah taman menarik yang hanya terletak 30 minit dari Kuala Lumpur, Malaysia! Petting zoo bertemakan kampung tempatan di Seri Kembangan ini membolehkan anda untuk berinteraksi dengan pelbagai jenis haiwan, termasuk bermain dengan landak yang comel dan korang dapat belai kuda yang peramah.
Kat sini, anda boleh berbual dengan burung kakak tua yang pintar dan mengamati haiwan berkeliaran bebas di kawasan terbuka yang menyerupai persekitaran alam semula jadi tanpa dikurung dalam sangkar.
Farm in the City
Selain itu, anda juga boleh membelai dan memberi makan haiwan-haiwan seperti kura-kura gergasi, anak buaya yang menarik, burung berwarna-warni, dan alpaca di dalam kandang yang menyerupai habitat semula jadi. Terdapat lebih daripada 100 spesies haiwan eksotik dan 60 spesies tumbuhan dan sayuran yang boleh dipelajari dan ditemui di sini.
Rancang lawatan bersama anak-anak anda semasa cuti sekolah atau pada hujung minggu untuk pengalaman yang tidak akan terlupakan!
  • Lokasi: Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor
  • Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (10AM-6PM), Sabtu & Ahad (9:30AM-6PM)
  • Harga : RM37

6. VAR LIVE Theme Park

var live vr theme park mytown tickets price discount visit review
Mari dapatkan akses ke taman tema VR terbesar di Malaysia, VAR LIVE di Kuala Lumpur! Di sini, anda berpeluang memilih di antara 13 tarikan menarik seperti Overkill, Crazy Rush, Zombie Jail, dan banyak lagi! Nikmati pengalaman VR yang menyeronokkan melalui teknologi canggih.
Korang boleh bermain secara solo untuk lihat kemahiran korang sendiri atau melawan musuh dengan rakan korang di taman tema VR pelbagai deria ini untuk mendapatkan pengalaman yang lebih menyeronokkan!
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk melawat VAR LIVE dan rasai sendiri bagaimana dunia maya dapat menghidupkan impian dan pengembaraan anda!
  • Lokasi: L2-015, MyTOWN Shopping Centre, No.6, Jalan Cochrane, 55100 Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (10AM-10PM)
  • Harga : Serendah RM43

7. Spy Game in Breakout

Breakout escape room
Sambutlah pengalaman spy pertama di Malaysia di Breakout! Di sini, anda akan memainkan peranan sebagai spy yang menyelesaikan tugas-tugas serba mencabar dalam masa 30 minit sambil mengelakkan pengawal yang berada dalam jalan anda. Sebagai seorang spy, kemahiran menyelinap secara senyap adalah kunci kejayaan korang! Apa yang korang kena buat ialah bersembunyi dengan bijak, memperdaya pengawal, dan menyelesaikan misi tanpa ditangkap.
Jangan lupa untuk membawa bersama rakan-rakan anda dalam kumpulan 2-6 orang untuk cabaran yang lebih mendebarkan! Setiap misi spy membawa cerita unik, dari mencuri dokumen sulit hingga menyelamatkan kawan korang dari bahaya.
Nikmati pengalaman interaktif dengan pengawal NPC dan hadapi halangan fizikal yang mencabar. Jadi, jom sertai Spy Game di Breakout sekarang dan uji kemahiran serta keberanian anda dalam dunia spy yang serba menarik ini!
  • Lokasi: 256, Level 2, The Curve, 6, Jln PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (10AM-9PM)
  • Harga : RM48

8. Aquaria

MY BM tiket aquaria klcc
Kredit Foto: @brendakfx
Mari lawati Aquaria KLCC di Pusat Bandar Kuala Lumpur, Malaysia, yang merupakan salah satu daripada lima akuarium teratas di Asia! Kat sini, korang boleh terokai lebih daripada 5,000 spesies daratan dan lebih daripada 150 hidupan akuatik yang dipamerkan dalam akuarium tercanggih dengan laluan pejalan kaki bawah air sepanjang 90 meter.
Dalam pameran ini, anda akan dapat melihat pelbagai spesies hidupan marin termasuk jerung harimau yang menakutkan, ular laut, ikan pari blue ray yang menawan, ikan batu karang berwarna-warni, kuda laut, dan banyak lagi!
MY BM tiket aquaria klcc
Kredit Foto: @lasnoisenvoyage
Aquaria KLCC bukan hanya tempat untuk dilawati, tetapi juga menjadi platform untuk mempelajari tentang pelbagai projek pemuliharaan yang bertujuan untuk mengekalkan laut yang lebih sihat. Jadi, jom kunjungi Aquaria KLCC dan terokai keajaiban dunia bawah laut yang menakjubkan!
  • Lokasi:Kuala Lumpur Convention Centre, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (10AM-8PM)
  • Harga : RM45

9. Zoo Negara

Zoo Negara Oyen Capybara
Jom pergi Zoo Negara Malaysia, sebuah destinasi yang menakjubkan dengan konsep terbuka yang meliputi kawasan seluas 110 ekar. Terletak hanya 5 km dari pusat bandar Kuala Lumpur, zoo ini menjanjikan pengalaman yang mengasyikkan dengan lebih daripada 5,137 haiwan daripada 476 spesies yang termasuk mamalia, burung, reptilia, amfibia, dan ikan.
Di Zoo Negara Malaysia, anda akan menjumpai pelbagai zon yang menyerupai habitat semula jadi bagi spesies haiwan yang berbeza. Luangkan masa sepanjang hari di sini dengan mengunjungi tempat-tempat menarik seperti Bird Aviary untuk menikmati keindahan burung-burung yang beraneka ragam, Ape Centre untuk melihat kera-kera yang cerdik, Bear Complex untuk menghayati kehidupan beruang, dan Children's World untuk aktiviti menyeronokkan bagi kanak-kanak.
MY BM Zoo Negara Review
Pastikan untuk melawat Panda Centre dan berjumpa dengan dua panda besar, Xing Xing dan Liang Liang, yang pasti akan menjadi pengalaman yang tak terlupakan. Selain itu, jangan lepaskan pelbagai acara pertunjukan haiwan yang popular, serta sesi memberi makan haiwan yang menarik. Jadi, jom sertai kami di Zoo Negara Malaysia untuk satu hari yang penuh dengan pengetahuan, hiburan, dan kekaguman akan kepelbagaian alam haiwan!
  • Lokasi: Jalan Taman Zooview, Taman Zooview, 68000 Ampang, Selangor
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (9AM-5PM)
  • Harga : RM37

10. PETRONAS Twin Towers Ticket

1. PETRONAS Twin Towers
Where selfies reach new heights! Credits: Klook
Jom ketahui lebih lanjut tentang aktiviti yang menarik ini! Korang yang adore dengan KLCC, mesti kagum kan dengan reka bentuk dalaman dan luaran bangunan yang maju ni. Naik ke deck pemerhatian di aras 86 dengan menggunakan lif berkelajuan tinggi dan saksikan sendiri pemandangan panorama bandar yang menakjubkan dari Skybridge dan deck Pemerhatian.
Dengan perjalanan yang selesa ke Menara Berkembar dari mana-mana sahaja di Kuala Lumpur, anda boleh menikmati pengalaman yang mengagumkan tanpa perlu risau tentang pengangkutan. Tempah dengan Klook dan pastikan lawatan anda terjamin tanpa tekanan beratur panjang atau risiko tiket yang habis dijual!
Klook nak nasihatkan korang untuk tiba di pintu masuk 15-30 minit sebelum waktu lawatan kerana semua pelawat dikehendaki beratur untuk pemeriksaan keselamatan sebelum memasuki kawasan tersebut.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mengalami pemandangan yang menakjubkan dari Menara Berkembar dengan keselesaan dan keamanan yang terjamin!
  • Lokasi: Petronas Twin Towers, Floor 86, Persiaran Petronas, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: Ahad-Khamis (9AM-9PM) , Jumaat (9AM-1PM), (2:30PM-9PM)
  • Harga : RM49

Lebih banyak inspirasi perjalanan di Kuala Lumpur untuk anda ✨

💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu | 🔵Telegram