Bersedia untuk mengembara di Bangkok?
Woohoo! Jom ke Bangkok untuk menikmati servis urutan badan yang murah, membeli-belah di pasar jalanan dan yang paling saya suka, pulut mangga!
Jika anda sedang merancang percutian ke negara yang mesra, anda pasti gembira apabila tahu terdapat beberapa perubahan di ibu kota Thailand yang meriah, termasuk pembukaan baharu yang menarik, kafe dan banyak lagi. Teruskan membaca untuk dapatkan lebih banyak inspirasi untuk melancong ke Bangkok!
10 Aktiviti baru untuk dilakukan di Bangkok
1. JODD FAIRS
Bangkok ialah negara yang ada banyak pasar malam, dan jika anda terlepas peluang (Selamat tinggal Artbox dan Train Night Market Ratchada), jangan risau! JODD Fairs ialah lokasi yang anda boleh kunjungi! Jalan ke kedai-kedai yang menjual segala-galanya seperti cenderahati comel, pakaian dan butik yang bergaya. Terdapat juga gerai-gerai makanan yang menjual snek jalanan yang wajib dihantar ke dalam Instagram serta manisan. Jangan risau sebab anda boleh cari makanan yang halal di sini. Terdapat juga ruang makan yang ditetapkan untuk anda menikmati semua makanan - jadi makan, beli-belah dan berehat sahaja.
- Alamat: Rama IX Rd, Huai Khwang, Bangkok 10310, Thailand
- Waktu Operasi: Setiap hari, 11am hingga 12am
- Stesen terdekat: Stesen MRT Phra Ram 9
2. Trek E-Gokart Bangkok
Sudah singgah ke semua pasar malam dan mencari aktiviti lain untuk dilakukan di Bangkok pada waktu malam? Cubalah aktiviti gokart! Gokart Elektrik yang digunakan di sini memenuhi keperluan golongan muda dan tua kerana kelajuan boleh dilaraskan pada setiap kart. Jadi aktiviti ini sesuai jika anda melancong bersama anak-anak kecil. Jika anda pergi bersama rakan-rakan, perlumbaan gokart pasti akan berlaku (sesiapa yang kalah akan belanja makan!) - siapa yang bakal belanja? Selepas anda selesai beraktiviti, jangan lupa pergi ke sudut foto iaitu tempat anda boleh mengambil beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan!
- Alamat: Banthat Thong Rd., Alley, Wang Mai, Pathum Wan District, Bangkok 10330, Thailand
- Stesen terdekat: Stesen MRT Hua Lamphong
3. RakDok LaLagoon
RakDok Lagoon ialah percutian pantas dari bandar Bangkok yang terdiri daripada pameran bunga di luar serta kafe dan gerai makanan. Di sini, anda boleh menikmati pemandangan tasik yang menakjubkan di sebelah kawasan tersebut. Think Gardens by the Bay dengan pelbagai zon pameran yang bertujuan untuk mewujudkan suasana dan pengalaman yang berbeza. Setiap zon adalah unik dengan cara tersendiri dan tempat ini pastinya merupakan syurga bagi penggemar Instagram, Tiktok dan #OOTD! Masuk adalah percuma jika anda membeli minuman tetapi anda perlu membayar 150baht/seorang jika anda tidak membeli minuman.
- Alamat: 894 Jalan Maitrijit, Sam Wa Tawan Ok, Khlong Sam Wa, Bangkok 10510
- Lokasi: 1 jam perjalanan menaiki kereta dari pusat bandar Bangkok, sebaiknya memandu sendiri atau menyewa kereta sewa persendirian. Sebagai alternatif, anda boleh menaiki teksi dari Stesen BTS KuKot
4. Stesen Ichiba
Stesen Ichiba ialah pasar malam bertemakan Jepun di Bangkok. Memandangkan negara Jepun masih belum dibuka kepada pelancong antarabangsa, apa kata kita merasai suasana Jepun di Bangkok? Lihat jalan-jalan yang dihiasi dengan dekorasi Jepun, serta gerai yang menjual makanan Jepun seperti ramen, tonkatsu, nasi kari, sushi dan sashimi. Terdapat juga persembahan muzik secara langsung setiap hari, menjadikannya (sama seperti setiap pasar malam di BKK) tempat bersantai yang sangat baik untuk melepak pada waktu malam! Pastikan anda check status halal setiap makanan dan elakkan membeli makanan seperti ayam dan daging melainkan ada status halal!
- Alamat: 489 3 Ram Inthra Rd, Ram Inthra, Khan Na Yao, Bangkok 10230, Thailand
- Waktu Operasi: Setiap hari, 5 petang hingga 11 malam
- Stesen terdekat: Stesen BTS 11th Infantry Regiment (naik teksi atau bas dari stesen ke pasar malam)
5. Let’s Relax Onsen and Spa
Bercakap tentang pengalaman Jepun di Thailand, tahukah bahawa anda boleh berendam di onsen ketika di Bangkok? Mari ke Let’s Relax Onsen and Spa di Thonglor, sebuah pengalaman spa Jepun yang melegakan dan memanjakan diri anda dengan pelbagai pakej seperti rawatan muka, urutan badan serta skrub yang menenangkan. Manjakan diri anda dengan sesi onsen selepas seharian membeli-belah, makan dan bersiar-siar. Anda boleh menempah dengan hanya RM85 di Klook!
- Alamat: Centre Point Sukhumvit 55, 300 Sukhumvit Soi 55 (Thonglor) Sukhumvit Road, Kwang Klongton Nua, Khet Wattana, Bangkok 10110
- Waktu Operasi: 10am hingga 10pm
- Stesen Terdekat: Stesen BTS Thong Lo
6. Pengalaman Rush B Laser Game
Jika anda melancong bersama rakan-rakan, ini adalah aktiviti yang menyeronokkan untuk dicuba selepas selesai membeli-belah dan menjamu selera. Tiket masuk ke Rush B Laser Game di Bangkok adalah untuk kemasukan sehari bagi mengalami sendiri rasa seronok dengan aktiviti seperti tag laser, mainan berpapan dan permainan video. Pilih antara pakej hari bekerja atau pakej hujung minggu dan bergembiralah sepanjang hari dengan permainan tanpa had!
- Alamat:122 Soi Yu Omsin, Khwaeng Bang Yi Khan, Khet Bang Phlat, Bangkok 10700
- Stesen terdekat: Stesen MRT Bang Yi Khan
7. Taman Hutan Benjakitti
Taman Hutan Benjakitti ialah skywalk dan ruang hijau baharu yang baru dibuka pada 2021. Kaya dengan denai alam semula jadi, laluan untuk berjoging dan berbasikal serta banyak tempat semula jadi seperti paya, tasik serta lebih 7,000 pokok! Pencinta alam atau tidak, di sini adalah tempat yang bagus untuk menikmati kehijauan alam semula jadi, berkelah dan mengambil gambar #OOTD.
- Alamat: Ratchadaphisek Rd, Khlong Toei, Bangkok 10110, Thailand
- Waktu Operasi: Setiap hari, 5am hingga 9am
- Stesen terdekat: Stesen MRT Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit, Stesen MRT Sukhumvit dan Stesen BTS Asok
8. Alpaca Hill
AlpacaHill ialah ladang pembiakan alpaka yang pertama dan satu-satunya di Thailand. Selain alpaka, anda juga akan mendapat peluang untuk mendekati haiwan comel lain seperti kapibara dan walabi. Alpaka berkeliaran dengan bebas di kawasan ini, dan anda berpeluang untuk memberi mereka makan dengan tangan serta mengambil gambar bersama mereka!
- Alamat: 357 Moo8, Phapok-Tako Land Rd, Suanphung Ratchaburi 70180, Thailand
- Lokasi: 3 jam perjalanan menaiki kereta dari pusat bandar Bangkok, sebaiknya memandu sendiri atau menyewa kereta sewa persendirian.
9. Ong Ang Walking Street
Jika anda menyukai mural seni jalanan, Ong Ang Walking Street adalah tempat yang wajib anda singgah di Bangkok! Lihatlah seni dinding jalanan, bersiar-siar sambil menangkap gambar #OOTD anda, dan menikmati semua kedai dan gerai makanan di kawasan itu.
- Alamat: PGV3+X7P, Wang Burapha Phirom, Phra Nakhon, กรุงเทพมหานคร 10200, Thailand
- Stesen terdekat: Stesen MRT Sam Yot
10. Starbucks Reserve ICONSIAM
Starbucks Reserve di ICONSIAM bukanlah sesuatu yang baharu, tetapi ia adalah pembukaan baharu pada tahun lepas semasa pandemik. Ruang seluas 1,260 meter persegi ini menghadap ke Sungai Chao Phraya yang indah dan kini merupakan kafe Starbucks terbesar di Thailand. Kafe ini memaparkan beberapa perincian seni bina yang mengagumkan, seperti tingkap besar dari lantai ke siling, tangga berpusing, mural yang jelas, juruadun minuman di bar dan ruang tempat duduk atas bumbung yang menawarkan pemandangan panorama sungai ikonik Bangkok.
- Alamat: Tingkat 7, ICONSIAM, 299 Charoen Nakhon Rd, Khlong Ton Sai, Khlong San, Bangkok 10600, Thailand
Lakukan Lawatan Seharian dan Terokai Kawasan Sekitar Bangkok
Ingin menerokai ke luar bandar? Terdapat begitu banyak perkara untuk dilihat dan dilakukan! Berikut ialah beberapa tempat untuk dikunjungi jika anda melancong lebih lama di Thailand dan ingin meneroka lagi.
Ayutthaya
Pencinta sejarah dan budaya mesti berkunjung ke bandar bersejarah Ayutthaya, sebuah Pusat Warisan Dunia UNESCO. Bersiar-siar ke kuil dan keagungan silam yang disenaraikan oleh UNESCO. Pastikan anda tangkap gambar patung Buddha terkenal yang sedang mengintip dari celah pokok.
Perkara yang mesti dilihat dan dilakukan di Ayutthaya termasuk:
- Wat Mahathat (Temple of the Great Relic): Patung Buddha di dalam pokok, seni bina tradisional Khmer
- Wat Lokaya Sutha: Tempat patung Buddha gergasi berbaring di satu sisi
- Melawat ke pasar seperti Pasar Chai Phrom: Pasar tempatan yang menjual hasil produk segar dan makanan jalanan
Jika anda lebih suka pelancongan yang dicarter, Ancient Ayutthaya Tour mempunyai pelbagai pakej pelancongan yang memenuhi minat berbeza-beza. Anda boleh memilih antara World Heritage Day Tour, Easy Day Tour atau Cultural Day Tour.
Khao Kho
Destinasi ini sedikit jauh, tetapi sangat berbaloi untuk ke sana! Kira-kira 5-6 jam perjalanan menaiki kereta dari Bangkok ialah sebuah bandar yang terletak di atas awan, Khao Kho! Di sini anda akan dapat menikmati lautan awan yang amat luas dan meluangkan masa bersama alam semula jadi. Jika anda lebih suka untuk mengadakan lawatan, anda juga boleh menempah lawatan Khao Kho dari Bangkok yang termasuk perjalanan pergi balik hotel! Lawatan tersebut hadir dalam pakej 3H2M atau 5H4M untuk memenuhi keperluan yang berbeza serta bergantung pada jumlah masa yang anda ingin luangkan di sana.
Khao Yai
Khao Yai ialah sebuah bandar indah yang terletak 3 jam dari Bangkok. Disebabkan oleh cuaca yang sejuk, anda akan temui beberapa tarikan menarik dan unik yang tidak disangkakan di Thailand.
Perkara yang mesti dilihat dan dilakukan di Khao Yai termasuk:
- Primo Piazza: Dikenali sebagai “little Italy” iaitu tempat anda boleh memberi makan kambing biri-biri dan alpaka.
- PB Wine Valley: Ladang anggur Khao Yai iaitu tempat anda boleh merasai wain
- Taman Negara Khao Yai: Tempat yang sesuai untuk mendaki dan melihat air terjun
💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini: