32 Aktiviti Cuti Sekolah yang Budget-Friendly dan Menarik di KL & Selangor!

Aisyah Farhanah
Aisyah Farhanah
Last updated 21 Dis 2024
BM Aktiviti Cuti Sekolah

Aktiviti Cuti Sekolah yang Budget-Friendly dan Menarik di KL & Selangor!

BM Aktiviti Cuti Sekolah
Klook dah senaraikan sebanyak 32 Aktiviti Cuti Sekolah yang Budget-Friendly dan Menarik di KL & Selangor yang menawarkan pelbagai pilihan yang seronok dan berpatutan untuk keluarga. Yang paling best, mudah je! Korang boleh book kat Klook dan dapatkan diskaun. Tak perlu pening-pening, tinggal pilih je!

Diskaun 5% untuk tempahan pertama anda 🧡

klook kod promo pengguna baru
Baru kenal Klook? Muat turun Aplikasi Klook dan gunakan kod <BETTERONAPP> untuk nikmati diskaun 5% untuk tempahan pertama anda di Klook! Dari pakej hotel hingga tiket tarikan dan baucar makan, kami ada tawaran dan pengalaman terbaik khas untuk anda.
Muat turun Aplikasi Klook: App Store | Google Play

Dapatkan Pas Klook untuk lebih jimat!


1. Farm in the City

Farm in the City
Nikmati hari yang penuh keseronokan di Farm in the City, sebuah taman menarik yang hanya terletak 30 minit dari Kuala Lumpur, Malaysia! Petting zoo bertemakan kampung tempatan di Seri Kembangan ini membolehkan anda untuk berinteraksi dengan pelbagai jenis haiwan, termasuk bermain dengan landak yang comel dan korang dapat belai kuda yang peramah.
Kat sini, anda boleh berbual dengan burung kakak tua yang pintar dan mengamati haiwan berkeliaran bebas di kawasan terbuka yang menyerupai persekitaran alam semula jadi tanpa dikurung dalam sangkar.
Farm in the City
Selain itu, anda juga boleh membelai dan memberi makan haiwan-haiwan seperti kura-kura gergasi, anak buaya yang menarik, burung berwarna-warni, dan alpaca di dalam kandang yang menyerupai habitat semula jadi. Terdapat lebih daripada 100 spesies haiwan eksotik dan 60 spesies tumbuhan dan sayuran yang boleh dipelajari dan ditemui di sini.
Rancang lawatan bersama anak-anak anda semasa cuti sekolah atau pada hujung minggu untuk pengalaman yang tidak akan terlupakan!
  • Lokasi: Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor
  • Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (10AM-6PM), Sabtu & Ahad (9:30AM-6PM)
  • Harga : RM37

2. Bomb Battle

i. Bomb Battle Elite

Klook Kreator Bomb Battle Elite
Siapa yang tidak suka permainan strategi yang mengujakan? Dengan Bomb Battle Elite, korang akan merasai sendiri adrenalin yang mengalir apabila bertempur dalam arena bersemangat. Rancang taktik, bekerjasama, dan elakkan serangan "bom" lawan. Ini bukan sekadar permainan, tetapi satu pengalaman yang akan menyatukan pasukan korang dengan gelak tawa dan sorakan ideal untuk mencipta kenangan bersama rakan sekerja atau kawan-kawan Memang best!
  • Lokasi: Atria Shopping Gallery, T22, T23 & T23A, 3rd Floor, Jalan SS 22/23, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor
  • Harga: RM38
bomb battle elite

ii. Bomb Battle Experience

Du-lich-Kuala-Lumpur-ve-dem
Kalau korang nak rasa pengalaman yang lebih santai namun tetap mendebarkan, Bomb Battle Experience adalah pilihan yang sesuai. Aktiviti ini sesuai untuk semua peringkat umur, jadi tidak ada alasan untuk tidak mencubanya!
Nikmati moment seronok sambil membina ikatan yang lebih kukuh dalam pasukan, sambil merasakan keakraban yang semakin erat ketika menyelesaikan misi yang diberikan! Jangan kena bomb tau. Eh Klook tengah buat Buy 3 Free 1 tau! Book dengan Klook cepat.
  • Lokasi: Lot 07-96, Level 7, East wing, Berjaya Times Square, Shopping Mall, 1, Jln Imbi, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Harga: RM38
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (10:00 AM-9:30PM)
Bomb Battle 室內好去處 復活節好去處 室內遊樂場 親子好去處

3. Lawatan KL City of Lights

KL hop on hop off night bus tour best thing to do in Kuala Lumpur
Kredit: @klhoponhopoff
BM KL City of Lights hop on hop off bus tour best thing to do in Kuala Lumpur
Kredit: @klhoponhopoff
Secara peribadi, Klook tak dapat bayangkan cara lain untuk menikmati keindahan KL pada waktu malam selain dengan Lawatan KL City Of Lights . Naik bas hop-on hop-off sambil dibawa mengelilingi bandar dengan perjalanan yang selesa untuk melihat semua landmark unik dan tarikan terkenal di Kuala Lumpur, sambil diterangi dengan cahaya indah pada waktu malam.
#TipKlook: Tempat duduk bas adalah terhad dengan mengikut prinsip ‘’siapa cepat dia dapat’’, jadi kami sangat mengesyorkan anda agar sampai tepat pada masanya atau lebih awal untuk sesi yang anda tempah demi mendapatkan tempat duduk di atas dek terbuka.
  • Lokasi : Plaza Sungei Wang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.
  • Harga: RM35

4. Skyline Luge Gamuda Gardens! 🛷

BM MY Skyline Luge Gamuda Gardens akan dibuka pada 9 Disember 2023
Skyline Luge 🛷 yang sangat popular di Sentosa, Singapura kini dibuka di Malaysia tau! Terletak sekitar 45 minit dari bandar Kuala Lumpur, Skyline Luge ini dibina di Gamuda Gardens, Rawang. Kalau anda nak tahu, tarikan ini juga ada dibuka di Busan dan Tongyeong di Korea Selatan menjadikan Malaysia lokasi keempat! 🤩
Skyline Luge Gamuda Gardens Rawang review
Ramai dah share pengalaman mereka menaiki skyline luge ini di social media. Ada juga yang share video-video yang mereka cuba skyline luge ini di luar negara membuatkan ramai orang tertanya sama ada tarikan ini dah sedia dibuka kepada umum ke? 🤔
Jawapannya... belum lagi! Tapi, jangan risau sebab dalam beberapa hari lagi anda juga boleh rasakan pengalaman menaiki Skyline Luge! 🛷 Wohoo, anda mesti dah tak sabar-sabar kan?
  • Harga: RM70
  • Lokasi: 7HF2+7JQ Gamuda Luge Gardens, 48050 Rawang, Selangor
  • Waktu Operasi: Setiap Hari kecuali Rabu (10.00AM - 10.00PM)

5. Taman Tema Fun Park

BM MY FunPark Gamuda Gardens Skyline Luge
Selain daripada Skyline Luge, ada juga taman tema FunPark yang boleh anda kunjungi bersama keluarga! Ada banyak aktiviti yang mesra-keluarga untuk anda cuba seperti:
BM MY FunPark Gamuda Gardens Skyline Luge
FunPark ni taman hiburan outdoor yang menyeronokkan untuk kanak-kanak! Terletak di dalam Gamuda Luge Gardens, FunPark ini ada 6 aktiviti best, termasuk Jellycup Twist, Jumpshot, Fruity Frenzy dan Carousel. Kesemua permainan ini berwarna-warni dan sangat comel. Memang anak-anak akan excited bila ke FunPark! 🎠
BM MY FunPark Gamuda Gardens Skyline Luge
Anda boleh dapatkan tiket kombo bersama Skyline Luge juga untuk satu hari penuh keseronokan bagi seisi keluarga. Ada beberapa permainan tambahan yang akan dibuka tak lama lagi, FunPark adalah tempat tarikan yang wajib untuk dikunjungi di Lembah Klang!
  • Harga tiket: Dari RM8 bagi satu aktiviti (Tiket kombo bersama Skyline Luge di Klook, akan datang!)
  • Waktu operasi hari biasa (Tutup setiap hari Rabu): 12PM - 9PM
  • Waktu operasi hujung minggu, cuti umum, cuti sekolah: 10AM – 10PM

6. Ferris Wheel, Eye of Gardens🎡

Ferris Wheel Skyline Luge
Ferris Wheel merupakan tarikan yang baru dibuka pada pertengahan 2024, tarikan ini merupakan Ferris Wheel tertinggi di Malaysia. View daripada Ferris Wheel ini akan membuatkan anda terpegun dengan kecantikan view yang menampakkan seluruh Skyline Luge.
Yang menarik, Ferris Wheel kat sini ada aircond. Best kan? Anda disarankan untuk pergi ke sini pada waktu malam kerana view malam lebih cantik pada waktu siang.

7. Utama Farm

Utama Farm
Kalau korang tengah cari pengalaman santai yang seronok untuk sekeluarga, tidak ada tempat yang lebih baik untuk melawat haiwan di Utama Farm.
Kat sini, korang bukan je boleh tengok haiwan-haiwan yang menarik, tetapi juga boleh berinteraksi dan bermain dengan lebih daripada 30 jenis haiwan yang mesra. Anda juga boleh buat aktiviti farming dengan memilih sayur organik sendiri tanpa perlu risau tentang racun perosak.
Utama Farm
Kat Utama Farm ni juga terdapat pengembaraan menarik iaitu memancing udang dan ikan di mana anda boleh menikmati hasil tangkapan anda dalam hidangan mewah yang sedap. Bagi mereka yang nak release stress, jangan lepaskan peluang untuk mencuba aktiviti baseball yang terdapat di Utama Farm ini.
Dengan pelbagai pakej yang ditawarkan, jangan lupa untuk pergi ke Utama Farm untuk pengalaman yang tidak akan anda lupakan!
  • Lokasi: Hotel & Shell Station, Between Avanté, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (12PM-1AM)

8. Just Cats @ Just Pets Megastore

Just Cats @ Just Pets
Jika anda seorang pencinta kucing, Zoo Haiwan Peliharaan Dalaman Just Cats adalah destinasi yang sempurna untuk anda! Terletak di dalam pusat membeli-belah yang popular, tempat ini menawarkan pengalaman yang luas dan menyeronokkan bagi pengunjung.
Korang tak payah risau tentang cuaca di luar kerana kawasan ini dilengkapi dengan penghawa dingin untuk keselesaan anda sepanjang lawatan.
Just Cats @ Just Farm
Kat sini, korang boleh bermain dengan pelbagai jenis kucing yang ramah dengan ruang yang selesa, dan paling best, korang boleh angkat kucing ni untuk mendapatkan gambar-gambar yang comel! Kucing kat sini pun sangat manja! Ada banyak breed kat Just Cats ni tau. Antaranya Ragdoll, Maine Coon, Munchkin, British Short Hair, Golden British Short Hair, Siamese Cat dan banyak lagi.
Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk pergi ke Just Cats dan rasai pengalaman yang memuaskan bersama kucing sekiranya anda pencinta kucing!
  • Lokasi: Lot 1F-01, First Floor, Tropicana Gardens Mall, 2A, Persiaran Surian, Tropicana Indah, 47810 Petaling Jaya, Selangor
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (10AM-10PM)
  • Harga : RM48

9. Aquaria KLCC

MY BM tiket aquaria klcc
Kredit Foto: @brendakfx
Jom ke Aquaria KLCC di Pusat Bandar Kuala Lumpur, Malaysia, yang merupakan salah satu daripada lima akuarium teratas di Asia! Kat sini, korang boleh terokai lebih daripada 5,000 spesies daratan dan lebih daripada 150 hidupan akuatik yang dipamerkan dalam akuarium tercanggih dengan laluan pejalan kaki bawah air sepanjang 90 meter.
Dalam pameran ini, anda akan dapat melihat pelbagai spesies hidupan marin termasuk jerung harimau yang menakutkan, ular laut, ikan pari blue ray yang menawan, ikan batu karang berwarna-warni, kuda laut, dan banyak lagi! Wajib bawak anak-anak datang sini semasa cuti sekolah tau!
MY BM tiket aquaria klcc
Kredit Foto: @lasnoisenvoyage
Aquaria KLCC bukan hanya tempat untuk dilawati, tetapi juga menjadi platform untuk mempelajari tentang pelbagai projek pemuliharaan yang bertujuan untuk mengekalkan laut yang lebih sihat. Jadi, jom kunjungi Aquaria KLCC dan terokai keajaiban dunia bawah laut yang menakjubkan!
  • Lokasi:Kuala Lumpur Convention Centre, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (10AM-8PM)
  • Harga : RM45

10. Zoo Negara

Zoo Negara Oyen Capybara
Jom pergi Zoo Negara Malaysia, sebuah destinasi yang menakjubkan dengan konsep terbuka yang meliputi kawasan seluas 110 ekar. Terletak hanya 5 km dari pusat bandar Kuala Lumpur, zoo ini menjanjikan pengalaman yang mengasyikkan dengan lebih daripada 5,137 haiwan daripada 476 spesies yang termasuk mamalia, burung, reptilia, amfibia, dan ikan.
Di Zoo Negara Malaysia, anda akan menjumpai pelbagai zon yang menyerupai habitat semula jadi bagi spesies haiwan yang berbeza. Luangkan masa sepanjang hari di sini dengan mengunjungi tempat-tempat menarik seperti Bird Aviary untuk menikmati keindahan burung-burung yang beraneka ragam, Ape Centre untuk melihat kera-kera yang cerdik, Bear Complex untuk menghayati kehidupan beruang, dan Children's World untuk aktiviti menyeronokkan bagi kanak-kanak.
MY BM Zoo Negara Review
Pastikan untuk melawat Panda Centre dan berjumpa dengan dua panda besar, Xing Xing dan Liang Liang, yang pasti akan menjadi pengalaman yang tak terlupakan. Selain itu, jangan lepaskan pelbagai acara pertunjukan haiwan yang popular, serta sesi memberi makan haiwan yang menarik. Jadi, jom sertai kami di Zoo Negara Malaysia untuk satu hari yang penuh dengan pengetahuan, hiburan, dan kekaguman akan kepelbagaian alam haiwan!
  • Lokasi: Jalan Taman Zooview, Taman Zooview, 68000 Ampang, Selangor
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (9AM-5PM)
  • Harga : RM37

11. Laser Battle

BM Laser Battle
Selamat datang ke dunia laser tag! Di Laser Battle, korang akan merasai detik-detik mencemaskan ketika melawan pasukan lawan menggunakan senjata laser yang canggih. Dengan suasana yang gelap dan berlampu neon, setiap sudut adalah peluang untuk strategi dan kerjasama.
Aktiviti kat sini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga mengajar korang pentingnya komunikasi dan kerjasama dalam mencapai kemenangan. Paling best, masa lari tu korang akan tergelak tengok colleague korang berlari! Cepat buat aktiviti ni dengan kawan korang.
  • Lokasi: Central Zone, Level 7, Berjaya Times Square, 1, Jln Imbi, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Harga: RM40
  • Waktu Operasi: Isnin-Ahad (10:00AM-8/9:00PM)
BM Laser Battle

12. SuperPark Malaysia

SuperPark Malaysia theme park kuala lumpur
Bawa keceriaan ke dalam pasukan dengan pelbagai aktiviti di SuperPark! Dari trampolin hingga laluan halangan, tempat ini adalah syurga bagi pencinta aktiviti fizikal. Nikmati permainan sambil berpeluh dan ketawa, dan pastikan korang mencuba setiap sudut untuk pengalaman yang penuh keseronokan! Ini adalah peluang untuk mengukuhkan ikatan sambil bersenam.
  • Lokasi: Unit 4-1, Level 4, Avenue K, Shopping Mall, 156, Jln Ampang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Harga: RM60
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (10:00AM-7:00PM)
SuperPark Malaysia best indoor playground theme park in KL

13. Good Times DIY Baking

MY Good Times DIY Baking
Suka baking? Di Good Times Baking, anda boleh belajar membuat kek sambil menikmati masa bersama. Dengan suasana yang ceria, korang akan menikmati setiap langkah dalam proses membakar. Bayangkan betapa seronoknya melihat hasil karya korang dan berkongsi rasa dengan rakan-rakan! Aktiviti ini akan mencipta kenangan manis yang akan terus diingat.
  • Lokasi: MyTown Shopping Mall, Tropicana Gardens Mall, Pavilion Bukit Jalil
  • Harga: RM130
MY Good Times DIY Baking

14. Good Times DIY Tufting

tufting @ goodtimes
Keluarkan kreativiti dalam diri di Good Times Tufting! Aktiviti ini membolehkan korang mencipta carpet unik sambil berbual dan berkongsi idea. Ini bukan sahaja tentang seni, tetapi juga tentang mengukuhkan ikatan dalam pasukan melalui kreativiti bersama. Tuftining adalah salah satu cara yang hebat untuk berkolaborasi dan mengenali satu sama lain dengan lebih baik! Menarik kan?
  • Lokasi: MyTown Shopping Mall, Tropicana Gardens Mall, Pavilion Bukit Jalil
  • Harga: RM121
tufting @ goodtimes

15. Good Times DIY Pottery

MY Good Times DIY Pottery
Kalau korang sukakan seni, aktiviti pottery di Good Times adalah pilihan yang ideal. Belajar membuat seramik sambil berinteraksi dengan rakan-rakan. Tiada pengalaman diperlukan,hanya keseronokan dan kreativiti! Aktiviti ini memberi peluang kepada pasukan untuk berkolaborasi dan berkongsi idea sambil menghasilkan karya seni yang unik.
  • Lokasi: MyTown Shopping Mall, Tropicana Gardens Mall, Pavilion Bukit Jalil
  • Harga: RM105
MY Good Times DIY Pottery

16. Escape Room

Breakout escape room
Adakah korang cukup bijak untuk selesaikan teka-teki dan melarikan diri? Escape Room menawarkan pengalaman yang penuh cabaran di mana korang perlu berfikir secara kreatif dan bekerjasama untuk memecahkan misteri sebelum masa tamat.
Ini adalah cara yang hebat untuk memperkuat hubungan dalam pasukan sambil mengasah minda dan ketangkasan! Kat sini la boleh flex dengan kawan korang siapa yang paling pandai! Hahaha cepat book aktiviti ni kat Klook.
  • Lokasi: L4-09A, Level 4, Nu Sentral, Sambathan,, 201, Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur
  • Harga: RM48

17. Hauntu

Du-lich-Kuala-Lumpur-ve-dem
Nak merasai pengalaman seram yang tak terlupakan? Hauntu adalah tempat di mana ketakutan dan keseronokan bergabung. Masuklah ke dalam dunia misteri dan hadapi pelbagai cabaran menakutkan bersama pasukan.
Pastikan korang saling support each other dan bersedia untuk kejutan yang mendebarkan! Aktiviti kat sini pasti akan menjadi perbualan hangat di pejabat selepas itu. Korang mesti nak bahan kawan korang yang penakut! Klook dah cuba dan memang best tau. Jadi jangan lepaskan peluang anda.
  • Lokasi: 360, Jln Tun Razak, Pudu, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Harga: RM59
  • Waktu Operasi: Setiap Hari
Hauntu Haunted House Experience LINC KL best escape room game
Photo Credit: @ruhainies7 (Instagram)

18. Spy Game Breakout

MY Spy Game breakout
Uji minda dan ketangkasan dalam Spy Game Breakout! Kat sini, korang akan dibahagikan kepada pasukan dan diberikan misi rahsia. Siapa yang dapat menyelesaikan tugas dengan cepat dan berstrategi? Aktiviti ini bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga mengajar pentingnya kerjasama dan komunikasi yang berkesan.
  • Lokasi: 256, Level 2, The Curve, 6, Jln PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
  • Harga: RM48
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (10:00AM-9:00PM)

19. Jump Street Trampolline Park

Jump Street
Jika korang suka melompat, Jump Street Trampolline Park adalah tempatnya! Dengan trampolin besar dan pelbagai aktiviti menarik, korang pasti akan terhibur. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga membantu meningkatkan kecergasan sambil berseronok bersama!
  • Lokasi: 8A, Jln 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor
  • Harga: RM38
  • Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin
Jump Street Asia Trampoline Park best indoor attraction in KL Malaysia
Photo Credit: @guibooo (Instagram)

20. District 21

MY District 21
Cabaran fizikal dan mental menanti di District 21! Dari aktiviti halangan hingga perlumbaan, ini adalah tempat yang sesuai untuk menguji had diri dan membina semangat kerjasama dalam pasukan. Siap sedia untuk bersenam dan bersaing. Ini adalah cara terbaik untuk menambah semangat kerja di pejabat!
  • Lokasi: Level 1, AT 6, City IOI City Mall, Ioi Resort, 62502 Putrajaya
  • Harga: RM60

21. VAR Live

var live vr theme park mytown tickets price discount visit review
Alami pengalaman permainan video dengan teknologi terkini di VAR Live. Dengan pelbagai pilihan permainan, pastikan pasukan korang bersedia untuk bersaing dan berseronok dalam dunia maya yang mendebarkan. Aktiviti ini adalah cara yang bagus untuk mengeratkan hubungan antara rakan sekerja. Yang suka main game kat office tu, ha boleh bawa dorang ke sini!
  • Lokasi: L2-015, MyTOWN Shopping Centre, No.6, Jalan Cochrane, 55100 Kuala Lumpur
  • Harga: RM43
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (10:00AM-10:00PM)
var live vr theme park mytown tickets price discount visit review

22. Wet World Water Park, Shah Alam

wet world water park shah alam
Photo Credit: @zaanuar
Wet World Water Park Shah Alam best theme parks in kl
Photo Credit: @nisha_shaaa (Instagram)
Wet World Water Park Shah Alam best theme parks in kl
Photo Credit: @alifeady (Instagram)
Wet World Malaysia menawarkan keseronokkan kepada semua orang dengan Wet World Water Park. Terletak di Shah Alam, taman tema bertemakan Caribbean ini sesuai untuk anda beriadah beramai-ramai bersama keluarga mahupun kawan-kawan!
Anda pasti berseronok di Taman Tema Air Wet World dengan pelbagai jenis tarikan air seperti Super Hurricane, Kiddy Typhoon Lagoon, Caribbean Rider dan banyak lagi! Menawarkan pelbagai jenis tempat makan dan tempat beriadah, taman tema ini juga sesuai jika anda hanya mahu bersantai.
  • Harga: RM35
  • Lokasi:  3A, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
  • Waktu Operasi: Setiap Hari kecuali Khamis (10:00AM-6:00PM)

23.Taman Burung KL

kl bird park taman tema kl
Kredit: @neadhaniya
kl bird park taman tema kl
Kredit: @nabeelarahim
Taman Burung KL, yang terletak di Kuala Lumpur, adalah sebuah destinasi ekopelancongan yang terkenal dan rumah kepada lebih dari 200 spesies burung yang berbeza. Taman burung ini, yang merangkumi kawasan seluas 21 ekar, adalah salah satu daripada taman burung terbesar di dunia di mana burung-burung boleh terbang bebas. Pengunjung boleh melihat pelbagai spesies burung seperti Kakatua Sulfur-Crested, Bangau Paruh-Kuning, dan Merpati Mahkota, spesies merpati terbesar di dunia.
Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk sertai aktiviti beri makan burung. Taman ini juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan sehala dari penginapan di pusat bandar Kuala Lumpur ke taman. Jadi, KL Bird Park adalah tarikan yang sempurna bagi peminat burung dan pencinta alam!
  • Harga: RM56
  • Lokasi: 920, Jalan Cenderawasih, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (9:00AM-6:00PM)

24. Sunway Sk8te City

Roller blading at Sunway Sk8te City in Sunway Putra Mall
Sunway Sk8te City di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur, menawarkan pengalaman bermain roller skate yang seronok dan bergaya! Di sini, pengunjung akan disambut dengan lagu-lagu nostalgia dari era 80-an, lampu neon, dan bola disko yang buat suasana seperti pesta menari! Sesi roller skating ini sesuai untuk semua umur, sama ada anda seorang beginner atau advanced.
Korang boleh sewa roller skate dan korang perlu pakai atau bawa stokin sendiri. Bagi mereka yang baru belajar, ada juga bantuan skating untuk disewa. Tempat ini sempurna untuk meluangkan masa yang menyeronokkan dengan keluarga dan kawan-kawan sambil meluncur di atas gelanggang yang bergaya. Jadi, jika anda mencari aktiviti yang menyenangkan dan berbeza di Kuala Lumpur, Sunway Sk8te City adalah pilihan yang tepat!

25. Sunway Lagoon

sunway lagoon tickets visit guide
sunway lagoon tickets visit guide
sunway lagoon tickets visit guide
Sunway Lagoon ialah taman tema yang wajib dikunjungi di Malaysia! Terletak di Bandar Sunway, hanya 20 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur, Sunway Lagoon menawarkan pengalaman taman tema yang hebat dalam enam zon yang berbeza.
Sama ada anda peminat roller coaster, luncur air atau rumah hantu, taman tema ini pasti memberikan anda keseronokan penuh jeritan dan gelak ketawa. Taman tema dengan pelbagai tarikan ini mempunyai jambatan gantung paling panjang di dunia dan taman tema air Nickelodeon Asia pertama yang sesuai untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak kecil!
  • Harga: RM50
  • Lokasi: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor
  • Waktu Operasi: Setiap Hari kecuali Selasa (10:00AM-6:00PM)

26. Kidzania Kuala Lumpur

taman permainan kl kidzania
Photo Credit: @emilynn233
kids indoor playgrounds activities kl
kids indoor playgrounds activities kl
Selamat datang ke bandar interaktif kecil KidZania Kuala Lumpur! Di sini, anak-anak anda boleh pilih beberapa jenis kerjaya dan rasai pengalaman menjadi seorang doktor, penulis ruang surat khabar, bomba dan banyak lagi! Anak-anak anda dapat bersedia untuk dunia sebenar dengan menjadi berdikari, bertanggungjawab dan yakin dalam setiap kerjaya dalam suasana yang menyeronokkan ini.
Kidzania KL best theme parks in kl
Photo Credit: @sincerelyshe2210 (Instagram)
kids indoor playgrounds activities kl
Anak-anak anda juga akan dapat bayaran dan boleh membelanjakannya untuk perkhidmatan atau membeli-belah di sini! Tak kira kerjaya apa yang dipilih, mereka pasti pulang bersama kemahiran daripada aktiviti-aktiviti ini di mana mereka pasti bersedia untuk masa depan.
  • Lokasi: Pusat Beli-Belah Curve NX, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, 47810 Selangor.
  • Harga: RM69
  • Waktu beroperasi: 10AM - 5PM setiap hari (tutup pada hari Isnin dan Jumaat, kecuali pada cuti sekolah atau cuti awam)

27. KL Tower Ticket

kl tower admission tickets sky deck
Photo Credit: @i.am.govind
Dapatkan tiket KL Tower dan nikmati pemandangan menakjubkan Kuala Lumpur dari tingkat pemerhatian yang terletak 421 meter di atas tanah. Saksikan panorama bandar yang luas, termasuk menara ikonik dan kawasan sekeliling yang mempesona.
Pengalaman ini memberi anda peluang untuk melihat Kuala Lumpur dari sudut pandangan yang berbeza, terutamanya pada waktu malam apabila bandar bercahaya. Nak dating sambil tengok view yang cantik, kena pergi tau KL Tower ni! Jom beli tiket KL Tower dengan Klook sekarang!
  • Harga: RM20
  • Lokasi:2 Jalan Punchak, Off, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: 9:00 AM - 10:00 PM (Setiap Hari)

28. KL Hop on Hop Off

KL Hop-On Hop-Off Sightseeing Bus
Terokai Kuala Lumpur dengan cara yang paling fleksibel menggunakan perkhidmatan bas KL Hop on Hop Off. Bas ni korang boleh naik dan turun di pelbagai tempat menarik tau, korang boleh check kat mana korang nak turun. Dengan bas yang selesa dan ada aircond, anda boleh melawat destinasi-destinasi terkenal di bandar seperti KL Tower, Menara Petronas, dan banyak lagi tanpa perlu risau tentang pengangkutan.
Tips! Korang kena cepat untuk dapatkan tempat kat atas sekali. Tak panas pun! Angin kuat dan best sangat. Tunggu apa lagi? Jom book now with Klook untuk naik KL Hop On Hop Off! Murah je tau serendah RM29 je!
  • Harga: RM29
  • Lokasi: Sg Wang Plaza, Jln Bukit Bintang, 55100 Wilayah Persekutuan, Federal Territory of Kuala Lumpur

29. Splash Mania

SplashMania Gamuda Cove water park in Selangor
SplashMania water theme park in Gamuda Cove Selangor officially opened
Splash Mania adalah taman tema air yang seronok dan penuh dengan pelbagai aktiviti air. Terletak berhampiran skyline luge, taman tema ini sesuai sangat untuk bawa anak-anak semasa cuti sekolah. Ada banyak kolam yang berbeza-beza, termasuklagb kolam ombak yang besar dan gelongsor air yang tinggi.
Paling best, mereka juga ada kawasan khas untuk kanak kanak kecil yang nak main air dalam keadaaan yang lebih selamat.n Selain itu, tempat ini memang luas, jadi kalau nak rehat atau makan, ada banyak pilihan kedai dan tempat duduk. Sesuai sangat untuk seisi keluarga yang nak berendam sambil hilangkan penat.
  • Harga: RM99
  • Lokasi: Jalan Cove Sentral 4, Bandar Gamuda Cove, 42700 Dengkil, Selangor
  • Waktu Operasi: Setiap Hari kecuali Rabu

30. Cyberstrike

BM Cyberstrike MY
Alami pengalaman mendebarkan yang menggabungkan permainan digital dan fizikal di Cyberstrike, destinasi terbaik untuk aktiviti cuti sekolah yang menyeronokkan! Dari cabaran Memory Matrix hingga Neon Assault dan Digi Havoc, setiap permainan direka untuk menguji ketangkasan, strategi, dan pemikiran pantas anda.
Sesuai untuk kumpulan 2 hingga 8 orang, ini adalah peluang terbaik untuk mengasah kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan sambil berseronok. Aktiviti ini sesuai untuk semua peringkat umur, menjanjikan kenangan manis dan ketawa tanpa henti. Ajak keluarga atau rakan-rakan anda dan nikmati hari penuh keterujaan di Cyberstrike!
  • Harga: RM60
  • Lokasi: T-216C, 3rd Floor, The Gardens Mall, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (10:00AM-9:30PM)

31. Just Farm

Just Farm by Just Pets
Just Farm adalah zoo haiwan peliharaan dalaman terbesar di Malaysia, terletak di sebuah pusat membeli-belah yang memberikan pengalaman unik dan selesa tanpa mengira cuaca. Tempat ini menawarkan pelbagai jenis haiwan comel seperti alpaca, walabi, capybara, kambing, racoon dan banyak lagi.
Dengan suasana yang sejuk kerana mempunyai aircond, korang boleh menikmati pengalaman berinteraksi dengan haiwan-haiwan ini dalam persekitaran yang selesa. Paling menarik pengunjung boleh menyuap, membelai, dan bermain dengan haiwan - haiwan ini, mencipta kenangan manis yang pasti membuatkan semua orang tersenyum.
Just Farm juga menyediakan pemandu pelancong yang mesra dan berpengetahuan untuk berkongsi maklumat tentang haiwan - haiwan di sana dan memastikan pengalaman lawatan korang selamat dan menyeronokkan. Tempat ini memang sesuai untuk seisi keluarga, termasuk anak-anak yang suka haiwan dan pasti memberi pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
  • Harga: RM43
  • Lokasi: Lot 1F-02, First Floor Tropicana Gardens Mall, 2A, Persiaran Surian, Tropicana Indah, 47810 Petaling Jaya, Selangor
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (10:30AM-8:30PM)

32. Farm Fresh

Farm Fresh
Farm fresh adalah satu konsep ladang yang menggabungkan aktiviti pertanian dengan produk organik yang segar. Terletak di Seremban, tempat ini menawarkan pengalaman yang sangat berbeza dari destinasi bercuti biasa. Kat sini, korang boleh tengok haiwan ternakan macam lembu, kambing, dan ayam serta belajar cara-cara produk tenusu dihasilkan. Farm Fresh juga ada kedai jualan produk tenusu yang sangat berkualiti. Tipu la kalau semua orang tak kenal Farm Fresh kan? Tempat ni bukan je best, tapi boleh mendidik tentang pentingnya pertanian dan makanan yang sihat.
  • Harga: RM15
  • Lokasi: Jalan Maklumat, 43400 Serdang, Selangor
  • Waktu Operasi: Setiap Hari

Lebih banyak inspirasi perjalanan di Kuala Lumpur untuk anda

💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu | 🔵Telegram