20 Aktiviti Menarik dan Murah Bawah RM35 di KL & Selangor

Aisyah Farhanah
Aisyah Farhanah
Last updated 3 Sep 2024
Aktiviti bawah RM35

Temui aktiviti menarik dan murah di bawah RM35 yang sesuai untuk semua!

Dari pengalaman seronok hingga tempat menarik yang tidak akan membebankan bajet anda, ada banyak pilihan untuk masa lapang anda. Nikmati penjimatan hebat dan rasai pengalaman yang tidak dapat dilupakan tanpa perlu berbelanja lebih. Jangan lepaskan peluang untuk merancang aktiviti seronok dengan kos yang berpatutan!
Aktiviti bawah RM35

Diskaun 5% untuk tempahan pertama anda

🧡Baru kenal Klook? Muat turun Aplikasi Klook dan gunakan kod <BETTERONAPP> untuk nikmati diskaun 5% untuk tempahan pertama anda di Klook! Dari pakej hotel hingga tiket tarikan dan baucar makan, kami ada tawaran dan pengalaman terbaik khas untuk anda.
klook new user promo code
Muat turun Aplikasi Klook: App Store | Google Play

1. Utama Farm

Utama Farm
Nikmati pengalaman bercucuk tanam yang menyeronokkan di Utama Farm, destinasi pertanian yang ideal untuk keluarga. Kat sini ada pelbagai jenis tanaman seperti sayur-sayuran, korang boleh belajar bercucuk tanam kat sini! Lagi best, bila boleh pergi ke petting zoo dan bermain dengan haiwan-haiwan seperti kambing dan ayam. Anda juga boleh mempelajari teknik pertanian moden dan cara menjaga tanaman dengan betul.
Korang juga boleh makan cendol dan tangkap ikan serta udang tau kat sini! Menarik tak? Eh ada lagi menarik tau sebab Utama Farm juga ada tempat untuk korang main baseball serendah RM9.50 je! Boleh la lepaskan perasaan marah tu eh! Aktiviti ini sesuai sangat untuk semua peringkat umur. Tunggu apa lagi? Jom book Utama Farm dengan Klook!
  • Lokasi: Hotel & Shell Station, Between Avanté, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
  • Waktu Operasi: (Setiap Hari)

2.Farm Fresh

Farm Fresh
Farm Fresh membawa anda ke dunia tenusu dengan pengalaman yang unik. Kat sini, korang boleh tengok dan belajar cara pengeluaran susu dan produk tenusu dari ladang. Hmm menarik tak? Temui pelbagai jenis haiwan ternakan seperti lembu dan kambing, dan saksikan proses penghasilan susu yang segar.
Selalu korang minum susu sambil dip with cookies je kan! Ha time ni la boleh belajar. Aktiviti kat sini menawarkan peluang untuk belajar tentang pertanian tenusu. Paling boleh, korang boleh menikmati produk-produk tenusu berkualiti tinggi kat sini.
  • Harga: RM15
  • Lokasi: Jalan Maklumat, 43400 Serdang, Selangor
  • Waktu Operasi: (Setiap Hari)

3. Laser Battle

BM Laser Battle
Rasakan keseronokan pertempuran laser di Laser Battle, sebuah tempat hiburan yang menawarkan pengalaman permainan laser tag yang mendebarkan. Dengan teknologi laser terkini dan pelbagai strategi permainan, korang boleh mencabar rakan-rakan anda dalam pertempuran yang penuh aksi dan strategi.
Rasa macam main dalam game tau, ada muzik lagi. Kalau tengah stress, bosan atau nak exercise tapi malas bersenam, boleh la main Laser Battle ni! Memang best sangat. Aktiviti kat sini sangat sesuai untuk spend time dengan family, kawan - kawan dan buat team bonding! Kena book kat Klook sekarang okay!
BM Laser Battle
  • Harga : RM30
  • Lokasi: Central Zone, Level 7, Berjaya Times Square, 1, Jln Imbi, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: 10:00 AM - 8:00/9:00 PM (Setiap Hari)

4. KL Tower Ticket

kl tower admission tickets sky deck
Photo Credit: @i.am.govind
Dapatkan tiket KL Tower dan nikmati pemandangan menakjubkan Kuala Lumpur dari tingkat pemerhatian yang terletak 421 meter di atas tanah. Saksikan panorama bandar yang luas, termasuk menara ikonik dan kawasan sekeliling yang mempesona.
Pengalaman ini memberi anda peluang untuk melihat Kuala Lumpur dari sudut pandangan yang berbeza, terutamanya pada waktu malam apabila bandar bercahaya. Nak dating sambil tengok view yang cantik, kena pergi tau KL Tower ni! Jom beli tiket KL Tower dengan Klook sekarang!
  • Harga: RM15
  • Lokasi:2 Jalan Punchak, Off, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: 9:00 AM - 10:00 PM (Setiap Hari)

5. KL Hop on Hop Off

KL Hop-On Hop-Off Sightseeing Bus
Terokai Kuala Lumpur dengan cara yang paling fleksibel menggunakan perkhidmatan bas KL Hop on Hop Off. Bas ni korang boleh naik dan turun di pelbagai tempat menarik tau, korang boleh check kat mana korang nak turun. Dengan bas yang selesa dan ada aircond, anda boleh melawat destinasi-destinasi terkenal di bandar seperti KL Tower, Menara Petronas, dan banyak lagi tanpa perlu risau tentang pengangkutan.
Tips! Korang kena cepat untuk dapatkan tempat kat atas sekali. Tak panas pun! Angin kuat dan best sangat. Tunggu apa lagi? Jom book now with Klook untuk naik KL Hop On Hop Off! Murah je tau serendah RM25 je!
  • Harga: RM25
  • Lokasi: Sg Wang Plaza, Jln Bukit Bintang, 55100 Wilayah Persekutuan, Federal Territory of Kuala Lumpur

6. KL City Lights

BM KL City of Lights hop on hop off bus tour best thing to do in Kuala Lumpur
Kredit: @klhoponhopoff
Nikmati keindahan malam Kuala Lumpur dengan lawatan KL City Lights. Bila naik bas malam ni, korang boleh nikmati pemandangan lampu-lampu bandar yang bersinar dan suasana malam yang meriah. Aktiviti ini memberikan anda peluang untuk melihat keindahan Kuala Lumpur pada waktu malam sambil merasai suasana bandar yang sibuk dan penuh kehidupan. Time ni la korang boleh ambil gambar view KLCC! Best kan? Nak dating kat sini pun ons sangat.
  • Harga: RM35
  • Lokasi: Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

7. Wet World Shah Alam

Wet World Water Park Shah Alam Selangor best theme park in Malaysia
Wet World Shah Alam adalah destinasi hiburan air yang sesuai untuk seisi keluarga. Dengan pelbagai gelongsor air yang mendebarkan, kolam renang, dan kawasan permainan air, tempat ini menawarkan keseronokan tanpa henti. Anda boleh menikmati aktiviti basah sambil bersantai di kawasan yang selamat dan mesra keluarga.
  • Harga : RM35
  • Lokasi:3A, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
  • Waktu Operasi: 10:00 AM - 6:00 PM (Setiap Hari kecuali Rabu)

8.FunPark Gamuda Luge

FunPark attractions in Gamuda Gardens Skyline Luge
FunPark Gamuda Luge menawarkan pelbagai tarikan yang menarik. Ramai yang tak tahu, selain Skyline Luge, FunPark Gamuda Luge pun menarik sangat. Kat sini, ada banyak tarikan macam Ferris Wheel yang ada aircond, permainan taman tema dan macam - macam lagi! Korang kena cuba datang kat sini. Aktiviti ini sesuai untuk semua peringkat umur, memberikan anda pengalaman yang penuh adrenalin dalam suasana yang menyeronokkan. Paling penting, semua aktiviti kat sini memang harga yang berpatutan.
BM MY FunPark Gamuda Gardens Skyline Luge
  • Harga: RM24
  • Lokasi: 7HF2+7JQ Gamuda Luge Gardens, 48050 Rawang, Selangor

9. G2G Animal Garden

BM G2G Animal Garden
Di G2G Animal Garden, anda boleh berinteraksi dengan pelbagai jenis haiwan dalam suasana yang mesra keluarga. Nikmati pengalaman memberi makan haiwan, bermain dengan mereka, dan belajar tentang pelbagai spesies haiwan. Taman ini memberikan peluang untuk anak-anak dan dewasa belajar tentang haiwan dengan cara yang menyeronokkan dan mendidik.
  • Harga: RM30
  • Lokasi: Jalan MAEPS 4/1, Fasa 3 Presint 9, 43400 Serdang, Selangor
  • Waktu Operasi: 10:00 AM - 6:00 PM (Setiap Hari kecuali)

10. IOI Skating Experience

IOI Skating Experience
Alami keseronokan meluncur di gelanggang skating IOI yang luas dan moden. Gelanggang ini sesuai untuk semua peringkat umur, menyediakan pelbagai aktiviti skating termasuk gelongsor dan permainan. Dengan suasana yang selamat dan mesra, anda boleh menikmati masa bersama keluarga dan rakan-rakan sambil meluncur dengan bebas.
  • Harga: RM33
  • Lokasi: IOI City Mall, Ioi Resort, 62502, Putrajaya
  • Waktu Operasi: 10:00 AM - 10:00 PM (Setiap Hari)

11. Farm in the City

Farm in the City
Farm in the City menyediakan pengalaman pertanian yang unik di tengah bandar. Kat sini, korang boleh berinteraksi dengan pelbagai haiwan, melihat tanaman yang sedang membesar, dan mempelajari tentang kehidupan luar bandar. Tempat ini menawarkan suasana yang santai dan mendidik, sesuai untuk keluarga yang ingin memperkenalkan anak-anak kepada dunia pertanian. Tiket masuk ke Farm in The City serendah RM37 je tau! Nak dapatkan bawah RM35, korang kena download app Klook untuk dapat 5% off! Jom book now with Klook.
MY BM farm in the city seri kembangan kl malaysia zoo
Kredit Foto: @abeeraisy
  • Harga: RM37
  • Lokasi: Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor
  • Waktu Operasi: 9:00 AM - 5:00 PM (Setiap Hari)

12. Fireflies Boat Cruise Experience

fireflies night boat cruise experience at Kuala Selangor
Pengalaman Boat cruise merancang untuk ke Kuala Selangor, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk melihat keajaiban kelip-kelip pada waktu malam di Sungai Selangor. Bayangkan suasana malam yang tenang dengan ribuan kelip-kelip bercahaya, berkelip-kelip dalam gelap di ekosistem bakau yang magis di tengah-tengah hutan subur. Memang pemandangan yang menakjubkan dan sukar untuk dilupakan!
Selain itu, korang boleh menikmati landskap Kuala Selangor yang indah sambil mendekatkan diri dengan alam semula jadi. Jika anda sedang mencari pengalaman yang sama menarik, jangan lupa untuk lawati Sungai Bercahaya 'Blue Tears' pada perjalanan anda yang seterusnya!
  • Lokasi: Jalan Club, Kampung Kuantan, 45000 Kuala Selangor, Selangor
  • Waktu Operasi: 7:45PM-10:00PM (Setiap Hari)

13. Blue Tears Experience

Blue Tears Experience Selangor
Saksikan keajaiban alam semula jadi dengan Blue Tears Experience, di mana anda boleh melihat fenomena bioluminesen yang menarik. Cahaya biru yang bersinar di pantai dan sungai ni sangat rare di Malaysia, jadi jangan lepaskan pengalaman untuk menikmati keindahan alam yang memukau dalam suasana yang tenang.

14. Butterfly Garden

Butterfly Garden & Insectarium Ticket in Kuala Selangor
Terokai Butterfly Garden dan temui pelbagai jenis rama-rama yang berwarna-warni. Taman ini menawarkan pemandangan indah dengan rama-rama yang bebas terbang di sekeliling anda. Aktiviti ini memberikan peluang untuk belajar tentang hidup rama-rama dan menikmati suasana yang tenang dan damai di tengah-tengah bandar.
Butterfly Garden & Insectarium Ticket in Kuala Selangor
  • Harga: RM20
  • Lokasi: Rooftop Level 4, No.12, Jalan Peninsula Utama 1, Peninsular Park, 45000 Kuala Selangor, Selangor
  • Waktu Operasi : 10:00AM-6:00PM (Setiap Hari)

15. Racing Simulation Experience

Racing simulation game at Cove Esports Hub best thing to do at night in KL
Rasakan pengalaman perlumbaan sebenar dengan Racing Simulation Experience. Gunakan simulator perlumbaan untuk merasai keseronokan berlumba dalam persekitaran yang realistik. Aktiviti ini menyediakan pengalaman perlumbaan yang intens dan menyeronokkan dengan teknologi terkini untuk para peminat sukan permotoran. Nak race kat jalan bahaya, jadi korang kena main simulator perlumbaan kat sini okay!
Racing simulation esports hub best place to visit at night in KL
  • Harga : RM29
  • Lokasi: No.7, Jalan PJS 11/7, Bandar Sunway, 46150 Subang Jaya, Selangor
  • Waktu Operasi: 12:00PM - 2:00AM (Setiap Hari)

16. Roller Light Wangsa Walk

Roller Light in Wangsa Walk Mall indoor roller skating in KL
Bersenang-senang dengan Roller Light di Wangsa Walk, sebuah destinasi hiburan yang menawarkan pengalaman roller skating dengan pencahayaan yang berwarna-warni. Aktiviti ini sesuai untuk semua peringkat umur dan menawarkan suasana yang meriah dengan muzik dan cahaya yang menyeronokkan.
  • Harga: RM29
  • Lokasi:Lot 1-39 & 1-40, Ground Floor, Wangsa Walk Mall, Jalan Wangsa Perdana 1, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: 10:30 AM - 9:30 PM (Setiap Hari)

17. Roller Skating

Roller skating at Fun Factory in The Mines Shopping Mall family friendly activity
Alami keseronokan roller skating dengan pelbagai trek dan gelongsor yang direka khas. Gelanggang skating ini sesuai untuk semua peringkat umur, menyediakan ruang yang luas dan selamat untuk anda meluncur dan bermain. Aktiviti ini menawarkan keseronokan dan latihan fizikal dalam suasana yang menyeronokkan.
  • Harga : RM10
  • Lokasi: L4, The Mines Shopping Fair, Lot 2A-2B, Jalan Dulang, Mines Wellness City, 43300 Seri Kembangan, Selangor
  • Waktu Operasi: 10:00 AM - 10:00 PM (Setiap Hari)

18. Ur-Mu Ticket

Ur-Mu Bukit Bintang
Dapatkan tiket Ur-Mu dan nikmati akses ke acara atau pertunjukan eksklusif. Tiket ini memberikan anda peluang untuk menyaksikan art yang menarik dengan kemudahan yang selesa. Nak pergi dating kat sini boleh sangat! Murah pula tu, serendah RM20.
  • Harga: RM20
  • Lokasi: 3, Jalan Bedara, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: Bergantung pada acara

19. Min Nature Malaysia

MinNature Malaysia
Min Nature Malaysia menawarkan pameran model miniatur yang mengagumkan dengan reka bentuk yang terperinci. Jelajahi replika miniatur landskap dan bangunan yang menakjubkan dalam suasana yang menarik. Aktiviti ini sesuai untuk mereka yang meminati seni reka miniatur dan ingin melihat dunia dalam skala kecil. Sebelum pergi Legoland, korang kena pergi sini dulu okay! Serendah RM27 je. Jom beli tiket masuk di Klook sekarang.
  • Harga: RM27
  • Lokasi: Level 1, Green Zone above Giant Supermarket, Sungei Wang Plaza, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: 10:00 AM - 6:00 PM (Setiap Hari)

20. Batik Coloring

learn how to do traditional batik colouring at Jadi Batek Kuala Lumpur
Sertai aktiviti Batik Coloring dan pelajari seni batik tradisional. Kat sini, korang boleh mewarna dan reka corak batik dengan kreativiti anda sendiri dalam sesi yang menyeronokkan ini. Aktiviti ini memberikan peluang untuk mendalami teknik batik dan menghasilkan karya seni batik yang unik. Walaupun harga bengkel ini RM38, anda boleh dapatkan 5% off sekiranya anda gunakan promo kod Klook! Haaa sebab tu la kena download app Klook! Tunggu apa lagi? Jom!
  • Harga: RM38
  • Lokasi: 30, Jalan Inai, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: 9:00 AM - 5:30 PM (Setiap Hari)

Diskaun 5% untuk tempahan pertama anda

🧡Baru kenal Klook? Muat turun Aplikasi Klook dan gunakan kod <BETTERONAPP> untuk nikmati diskaun 5% untuk tempahan pertama anda di Klook! Dari pakej hotel hingga tiket tarikan dan baucar makan, kami ada tawaran dan pengalaman terbaik khas untuk anda.
klook new user promo code
Muat turun Aplikasi Klook: App Store | Google Play

Lebih banyak aktiviti murah & menarik

Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu | 🔵Telegram
💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲