30 Aktiviti Menarik di Kuala Lumpur yang Direkomen oleh Penduduk Lokal

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 22 Sep 2023
Kredit Foto: @jazelle.loo, @wellmaxed, Unsplash

Tempat tarikan yang wajib dikunjungi di Kuala Lumpur!

kl tower malaysia
Photo Credit: @alifhakeem_
Kuala Lumpur merupakan ibu kota Malaysia yang terkenal dengan bangunan pencakar langit, kepelbagaian budaya, makanan yang sedap dan pemandangan yang unik. Anda boleh cari street food, melawat tempat-tempat ikonik, taman tema air atau melarikan diri dari cuaca panas dengan lawatan balik hari ke Genting Highlands. Banyak yang boleh dicuba di ibu kota Kuala Lumpur ini!

Cuti Sekolah Dah Tiba, Jom Cuti Sekolah! (10 - 22 September)

Jom Cuti Sekolah
Cuti sekolah dah dekat, dan kami di sini untuk memudahkan perancangan percutian anda seluruh keluarga. Jika anda tidak pasti ke mana nak bawa anak-anak kali ini, lihat pilihan aktiviti terbaik di bawah RM50 di Malaysia yang kami sediakan. Anda boleh dapatkan tawaran ini dari 10 hingga 22 September, dan jangan lupa setkan jam anda untuk jualan Buy 1 Free 1 yang kembali pada 16 September!

Diskaun 5% untuk tempahan pertama anda 🧡

klook kod promo pengguna baru
Baru kenal Klook? Muat turun Aplikasi Klook dan gunakan kod <BETTERONAPP> untuk nikmati diskaun 5% untuk tempahan pertama anda di Klook! Dari pakej hotel hingga tiket tarikan dan baucar makan, kami ada tawaran dan pengalaman terbaik khas untuk anda.
Muat turun Aplikasi Klook: App Store | Google Play

Aktiviti untuk dilakukan di Kuala Lumpur bersama keluarga

1. Petrosains, KLCC

petrosains Malaysia visit guide kl
Photo Credit: @malaysiatopfive (Instagram)
petrosains Malaysia visit guide kl
Photo Credit: @syuross (Instagram)
petrosains Malaysia visit guide kl
Photo Credit: @amir_maf (Instagram)
Percutian boleh jadi lawatan sambil belajar yang menyeronokkan! Terletak di Menara Berkembar Petronas yang ikonik, Petrosains ialah pusat penerokaan sains interaktif seluas 7,000 meter persegi untuk anak-anak anda belajar tentang dunia sains dan teknologi yang menarik. Daripada pameran zaman angkasa lepas kepada teater mini dengan filem 3D, terdapat juga tunggangan yang membawa anda ke hutan hujan Malaysia yang tenang, zon Muzik dan Seni serta bahagian untuk kanak-kanak cuba berpakaian sebagai jurutera. Pusat ini mudah dinavigasi dan menjanjikan keseronokan selama beberapa jam. Kunjungi tempat ini selepas mengambil gambar di hadapan KLCC!

2. Zoo Negara

zoo negara visit guide exhibits ticket
Photo Credit: @carelyntan
zoo negara visit guide exhibits ticket
Photo Credit: @nanaelyna
zoo negara exhibits visit review guide panda
Photo Credit: @koolitao
Zoo Negara ialah Zoo Nasional Malaysia yang menempatkan lebih 400 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan! Zoo dengan konsep terbuka ini memiliki keluasan lebih 100 ekar tanah. Ia didedikasikan untuk pemuliharaan, rekreasi, pendidikan dan penyelidikan pelbagai jenis spesies haiwan serta tumbuhan termasuk spesies terancam juga spesies eksotik seperti orang utan, Harimau Malaya, tapir dan banyak lagi.
Tidak kira sama ada anda pelancong dari luar negara atau rakyat Malaysia yang mencari tempat percutian hujung minggu bersama anak-anak, tambahkan Zoo Negara ke dalam senarai untuk meluangkan masa yang takkan dilupakan bersama keluarga anda.

3. KidZania Kuala Lumpur

kidzania kl must visit kids family
kidzania kl must visit kids family
Selamat datang ke bandar interaktif kecil KidZania! KidZania terletak di Pusat Beli-belah Curve NX dan merupakan tempat anak-anak anda boleh mencuba pengalaman menjadi doktor, bomba, saintis, juruterbang atau mana-mana peranan lain yang mereka minati. Tarikan ini dibina untuk membantu kanak-kanak mengembangkan kebebasan, tanggungjawab dan keyakinan.
KidZania juga menawarkan peluang untuk mereka melakonkan peranan secara langsung dalam persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. Mungkin mereka akan belajar dan mengasah kemahiran hidup daripada sesi main peranan ini dan mendapat inspirasi untuk berusaha ke arah kerjaya tertentu pada masa hadapan!

4. Sunway Lagoon

sunway lagoon tickets visit guide
sunway lagoon tickets visit guide
sunway lagoon tickets visit guide
Jika anda hanya mempunyai masa untuk mencuba satu taman tema di Kuala Lumpur, anda perlu menuju ke Sunway Lagoon. Dengan lebih 90 tarikan dan tunggangan yang terletak di kawasan seluas 88 ekar, Sunway Lagoon menyediakan pengalaman taman tema terbaik dengan gelongsor air, roller coaster, kapal lanun dan rumah berhantu! Taman tema ini juga menempatkan Taman Bertema Nickelodeon pertama di Asia, kolam luncur air terbesar di dunia dan juga Taman Hidupan Liar yang menjadi habitat kepada lebih 150 spesies haiwan.

5. Aquaria KLCC

aquaria klcc tickets visit review
Photo Credits: @yazakka
aquaria klcc tickets
Photo Credits: @brendakfx
Aquaria KLCC ialah oseanarium bertaraf dunia di KL yang menempatkan lebih 5,000 hidupan akuatik dan darat termasuk ratusan ekor ikan berwarna-warni, jerung, ikan pari, obor-obor, memerang comel, penyu dan banyak lagi. Walaupun tempat ini sesuai untuk lawatan bersama keluarga, hampir semua orang yang yang menyukai keindahan dan keajaiban hidupan marin boleh melawat ke sini. Terowong bawah air sepanjang 90 meter di akuarium ini pastinya merupakan salah satu tempat kegemaran kami di sini! Dapatkan tiket berdiskaun dan bertarikh terbuka untuk Aquaria KLCC di Klook untuk lawatan tanpa kerumitan dan menyeronokkan.

Ikon yang wajib dilihat serta tarikan budaya

6. Menara KL

kl tower malaysia
Photo Credit: @alifhakeem_
kl tower malaysia
Photo Credit: @faizhairulazmy
Berdiri megah pada ketinggian 421 meter, Menara Kuala Lumpur (Menara KL) merupakan salah satu mercu tanda paling ikonik dan popular di Malaysia yang semegah Menara Berkembar Petronas (KLCC). Menara KL ialah menara berdiri bebas ke-7 tertinggi di dunia yang menawarkan pemandangan 360 darjah bandar yang menakjubkan dari sudut pandangan tertinggi di Kuala Lumpur!
Naiki lif berkelajuan tinggi ke dek tinjau di bahagian atas atau nikmati bufet makan tengah hari, makan malam atau minum petang di Atmosphere 360. Ia merupakan sebuah restoran berputar moden yang dilengkapi suasana seperti kapal angkasa dan pemandangan bandar yang menakjubkan dari tingkap lantai ke siling.

7. Menara Berkembar Petronas (KLCC)

klcc petronas twin towers kl malaysia
Photo Credit: @yasnit_joshua
klcc petronas twin towers malaysia kl
Photo Credit: @charlenegisele
Menara Berkembar Petronas mungkin merupakan salah satu mercu tanda yang paling ikonik di Kuala Lumpur dan Malaysia. Rupanya yang megah pada siang hari dan mempesonakan pada waktu malam akan membuat anda tidak mahu melepaskan peluang untuk menikmati pemandangan indah ini apabila menerokai bandar ini.
Bagi mereka yang mencari pemandangan yang baik dari atas, pergi ke Dek Tinjau di tingkat 86 atau Sky Bridge dua tingkat yang menghubungkan kedua-dua menara di tengah. Jika anda lebih suka mengambil gambar dari bawah, terdapat lokasi bergambar Menara Berkembar yang menarik dari pelbagai tempat di bandar ini. Salah satunya adalah dari Taman KLCC yang boleh diakses melalui pusat beli-belah Suria KLCC.

8. Batu Caves

Batu Caves Travel Malaysia
Photo Credits: @miamahsuri
batu caves kl must visit attractions
Gua batu kapur tersergam indah yang dikawal oleh patung monumen dewa Hindu Dewa Murugan yang setinggi 42 meter, Batu Caves tidak dinafikan menjadi satu tarikan ikonik dan mesti dilihat di Kuala Lumpur. Panjat 272 buah anak tangga berwarna-warni dengan ditemani oleh monyet nakal di sini - awasi beg dan kamera anda! #KlookTip: Batu Caves ialah tapak keagamaan, jadi, anda perlu berpakaian sopan (dengan seluar atau skirt/pakaian labuh di bawah lutut dan bahagian atas badan yang tidak terdedah) untuk ke puncak. Pakaian boleh disewa di tapak dengan bayaran sebanyak RM5 ($1.25).

9. Dataran Merdeka

Dataran Merdeka ini merupakan tempat negara memproklamasikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Lihat padang sepanjang 200m dengan salah satu tiang bendera tertinggi di dunia (berdiri pada ketinggian 95m dan mengibarkan bendera Malaysia) serta Kelab Diraja Selangor yang diilhamkan oleh Tudor British sebagai latar belakang dataran.
Untuk mempelajari tentang bandar raya Kuala Lumpur, kunjungi Galeri Bandar Raya Kuala Lumpur yang terletak betul-betul di sebelah Dataran Merdeka. Galeri ini menempatkan model bandar yang besar serta koleksi pameran yang mengagumkan dan inovatif. Pelancong juga boleh mengambil gambar kenangan di hadapan struktur ikonik "I Love KL" yang terletak di hadapan.

10. Bangunan Sultan Abdul Samad

sultan abdul samad building
Photo credit: IG @jazelle.loo
sultan abdul samad building
Photo credit: IG @lindsayvoitton
Terletak betul-betul di seberang jalan dari Dataran Merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan salah satu monumen paling penting di Malaysia. Bangunan ini dibina sepenuhnya daripada bata dengan gerbang yang anggun dan menara jam yang kelihatan seperti Big Ben mini! Ia dibina pada tahun 1897 dengan direka bentuk oleh arkitek yang sama bertanggungjawab untuk mereka bentuk Masjid Jamek yang sama cantik.
Kunjungi lokasi ini untuk mengambil gambar dan pelajari sejarah di sebalik bangunan ini jika anda seorang peminat sejarah.

11. Pasar Seni

central market kl attractions
Image credit: Central Market
Pasar Seni ialah pusat budaya yang ikonik Malaysia. Dibina pada tahun 1928 dan dicat dengan warna biru pastel, Pasar Seni telah diubah suai menjadi kedai kraf tangan selepas berkhidmat sebagai pasar basah pada suatu ketika dahulu. Pasar Seni ialah tempat terbaik untuk membeli-belah cenderamata kerana ia menempatkan kedai dan gerai cenderamata dengan pelbagai pilihan barangan tempatan dan barangan kraf tangan daripada cetakan batik asli Malaysia kepada makanan ringan tempatan, karya seni dan ukiran sulaman.
Setiap hujung minggu juga terdapat beberapa event menarik seperti Pasar Gadis yang sering menjadi tumpuang generasi Z pada masa kini. Boleh dikatakan setiap hujung minggu, pasti Pasar Seni akan dipenuhi ramai orang. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk melawat Pasar Seni yang baharu dan lebih moden ini.

12. River Of Life di Masjid Jamek

River of Life KL
Photo credit: IG @justyourmell
masjid jamek river of life malaysia kl
Photo Credit: @izzwnii
Projek River Of Life adalah inisiatif yang dilancarkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2012. Projek itu mengubah kawasan Masjid Jamek KL menjadi tempat bergambar santai yang hidup pada waktu malam. Acara yang boleh ditemui di sini termasuk Air Pancut Simfoni Tarian dengan muzik dan kesan visual! The River Of Life berjaya memasuki senarai Independent untuk "10 Kawasan Persisiran Terbaik Dunia" bersama tarikan popular lain di seluruh dunia seperti Shibuya Stream di Tokyo, Elizabeth Quay di Perth, Victoria Dockside di Hong Kong dan Clarke Quay di Singapura. Jangan lepaskan peluang untuk bersiar-siar di lokasi yang indah ini pada waktu malam sebab view kat sini sangat cantik!

13. Royal Selangor Visitor Centre

school of hard knocks royal selangor pewter workshop
school of hard knocks royal selangor pewter workshop
school of hard knocks royal selangor pewter workshop
Royal Selangor Visitor Centre merupakan tarikan tersembunyi di KL. Ruang seluas 40,000 kaki persegi ini merupakan tapak pameran interaktif pembuatan piuter dan menempatkan beberapa siri galeri, kilang dan kedai untuk jualan. Pusat ini direka bentuk dengan indah dan diurus dengan sangat baik. Lawatan berpandu percuma juga disediakan dalam beberapa bahasa.
Anda juga boleh menyertai salah satu bengkel unik mereka untuk belajar membuat pinggan atau aksesori piuter anda sendiri dari awal dengan menggunakan peralatan dan kelengkapan tradisional! Bengkel yang menarik ini dikendalikan oleh tenaga pengajar profesional yang mesra dan sesuai walaupun anda baru belajar. Pulang ke rumah selepas sesi menyeronokkan dengan karya agung anda, apron khas dan sijil tamat yang boleh ditunjukkan kepada rakan-rakan anda.

14. Little India

Dipenuhi dengan kedai dan restoran India, Little India adalah kawasan kejiranan yang mesti dikunjungi di tengah-tengah KL. Kunjungi pada waktu pagi atau semasa waktu makan tengah hari untuk mencuba sajian India yang lazat dan pada harga berpatutan (sajian kegemaran ramai termasuk nasi beralaskan daun pisang, nasi beriani dan tose!).
Kemudian, bakar semula kalori tersebut dengan melihat kedai-kedai yang menjual semua barangan tradisional India termasuk kain sari, rempah ratus, makanan tempatan dan kalungan bunga. Jalan di sini berturap dengan batu-bata dan dipenuhi dengan lampu jalan putih serta gerbang berwarna-warni. Cari penanda ini dan anda akan tahu anda sudah berada di kawasan itu!

15. Tugu Negara

tugu negara kl must visit attractions things to do
Photo Credit: @adrianaomar_
Tugu Negara dibina demi memperingati tentera yang gugur semasa memperjuangkan kemerdekaan di Malaysia dan merupakan salah satu tempat bersejarah yang paling penting di negara ini. Monumen setinggi 15.5m itu merupakan antara patung gangsa terbesar di dunia dan terdiri daripada 7 orang tentera yang mengibarkan bendera Malaysia.
Setiap askar mewakili satu daripada tujuh sifat kepimpinan: perintah, perpaduan, keberanian, kekuatan, kewaspadaan, penderitaan dan pengorbanan. Monumen dan kawasan di sekelilingnya cantik dan berbaloi untuk dikunjungi, tetapi jangan lupa untuk membawa payung atau memakai topi jika anda melawat pada waktu siang kerana lokasi ini tiada tempat berteduh!

16. Golden Triangle

bukit bintang kl
Kawasan ini dikenali sebagai hab komersial, membeli-belah dan hiburan Kuala Lumpur. Golden Triangle ini ialah tempat tiga jalan bergabung dan membentuk segi tiga yang bersempadan dengan keseluruhan kawasan Golden Triangle. Lokasi ini menempatkan bangunan pencakar langit yang menjulang tinggi, hotel bertaraf dunia serta koleksi pusat beli-belah popular di KL seperti Pavilion Kuala Lumpur, Plaza Low Yat, Plaza Sungei Wang, Lot 10 dan Berjaya Times Square.
Bagi mereka yang ingin membeli-belah (atau mencuci mata), kawasan yang meriah di KL ini menjadi lokasi wajib untuk dikunjungi! Tempat ini juga merupakan kawasan yang popular untuk bermalam jika anda melancong ke Kuala Lumpur kerana lokasinya di pusat bandar dan berdekatan dengan kebanyakan tarikan pelancong di sini.

Untuk kaki makan

17. Jalan Alor, Bukit Bintang

jalan alor petaling street kl must see attractions
Photo Credit: @wellmaxed
Jalan Alor adalah salah satu jalan yang paling terkenal di KL jika anda dalam perjalanan mencari makanan. Terletak di kawasan Golden Triangle dalam kawasan berdekatan dengan pusat beli-belah popular di bandar, Jalan Alor menjadi hidup pada waktu malam dengan gerai penjaja dan restoran makanan laut untuk anda menjamu selera. Terdapat pelbagai jenis menu termasuk kepak ayam BBQ, tomyam (terdapat deretan restoran makanan Thai jika anda menggemari makanan Thai berbanding masakan tempatan!), mi kari dan juga durian!

18. Chinatown Kuala Lumpur

lai Foong lala noodles petaling street kl food
Photo Credit: @eaterries (Instagram)
sweet potato balls petaling street kl food
Photo Credit: @milokopipeng (Instagram)
Bunn Choon egg tarts petaling street kl food
Photo Credit: @lavienenrose (Instagram)
Terletak tidak jauh dari Pasar Seni, Chinatown (juga dipanggil Petaling Street atau 'Chee Cheong Kai' dalam bahasa Cina) ialah kawasan terbaik untuk anda melihat sekilas budaya, warisan dan sejarah bandar ini. Daripada barangan tiruan hingga snek jalanan yang lazat, lokasi ini menjadi syurga pemburu barangan murah dan tempat yang sangat menyeronokkan untuk bersiar-siar. Ada banyak kafe dan restoran tempatan di kawasan sekitar! Daripada mi daging lembu hingga tart telur dan minuman kacang soya yang menyegarkan, mulakan pengembaraan makanan anda di sini.

19. Minum petang sambil menikmati pemandangan

altitude banyan tree kl hotel high tea
Photo Credit: @winnieeeeesia
THIRTHY8 Grand Hyatt high tea
Photo Cre: IG @ginny_leong
Ingin minum petang dengan pemandangan latar langit bandar KL? KL mempunyai pilihan tempat minum petang menarik yang menawarkan, pemandangan bandar yang indah, teh yang enak, sandwic lazat, skon dan makanan ringan yang lain. Kegemaran peribadi kami pastinya Thirty8 di Grand Hyatt (terletak di tingkat 38 hotel) dan Altitude di Banyan Tree Kuala Lumpur (terletak di tingkat 53 hotel). Kedua-dua lokasi ini menawarkan pemandangan bandar yang mengagumkan dari tingkap besar lantai ke silingnya. Kunjungi mana-mana lokasi ini untuk sesi minum petang dan rehatkan kaki anda seketika selepas bersiar-siar di siang hari!

20. Bangsar

Bangsar sememangnya salah satu tempat paling popular di Kuala Lumpur untuk melepak pada waktu malam. Daerah ini terdiri daripada jalan-jalan yang dipenuhi dengan restoran yang unik, kafe, kedai pencuci mulut, pub dan bistro yang sibuk dengan aktiviti pada waktu malam. Jika anda lebih suka masakan tempatan, Sri Nirwana Maju yang terletak antara restoran dan kafe lain yang lebih mewah menawarkan salah satu sajian nasi beralaskan daun pisang terbaik di bandar ini! Bersedia untuk beratur panjang jika anda datang semasa waktu makan. Sebagai alternatif, anda boleh mengelakkan waktu makan tengah hari dan makan malam untuk pengalaman menjamu selera yang kurang sesak. Akhiri hari anda dengan aiskrim atau segelas bir di salah sebuah pub di kawasan ini!

21. Pasar Malam

Tiada cara yang lebih baik untuk merasai makanan tempatan di Malaysia selain mengunjungi Pasar Malam! Pasar jalanan tradisional ini mula meriah pada waktu malam dan biasanya terletak di sepanjang jalan berdekatan kawasan kediaman yang dipenuhi dengan gerai menjual pakaian, aksesori, hiasan kecil, hidangan tempatan asli dan makanan ringan jalanan yang akan membuatkan anda terliur. Selami budaya pasar malam yang meriah dan cuba semua makanan yang kelihatan lazat - termasuk nasi lemak, burger, bubble tea dan snek jalanan lain yang lazat. Cari pasar malam yang terletak berhampiran anda kerana terdapat pasar malam yang berbeza di lokasi yang berbeza di KL sepanjang minggu.

Tempat keagamaan

22. Tokong Thean Hou

thean hou temple 天后宫
Photo credit: IG @seajoysa
thean hou temple 天后宫
Photo credit: IG @nabilazirus
Tokong Thean Hou adalah salah satu kuil tertua dan terbesar di Asia Tenggara dan merupakan tempat untuk aktiviti keagamaan dan pendaftaran perkahwinan. Dianggap sebagai salah satu tokong dengan hiasan paling meriah di Kuala Lumpur, seluruh ruang tokong ini dipenuhi dengan warna emas dan merah yang melambangkan tuah serta kebahagiaan. Tangkap gambar di bahagian luar reka bentuk enam tingkat, siling tinggi berhias, bumbung merah yang terang, tanglung merah dan tiang megah dengan ukiran halus. Tokong ini sememangnya menjadi lokasi impian jurugambar dan pastikan anda membawa kamera anda!

23. Masjid Wilayah 

Masjid Wilayah Malaysia
Photo Credits: @benjichia
Federal Territory Mosque
Photo credit: IG @lindsayvoitton
Malaysia menempatkan beberapa buah masjid yang menakjubkan tetapi Masjid Wilayah Persekutuan yang megah ini semestinya perlu diberikan perhatian. Masjid ini boleh menempatkan sehingga 17,000 orang jemaah pada satu masa dan seni binanya diilhamkan daripada reka bentuk banyak masjid lain yang mengagumkan di dunia termasuk Masjid Biru di Turki. Masjid ini mengalu-alukan pelawat beragama Islam dan bukan Islam. Terdapat sukarelawan yang mesra di lokasi yang akan menawarkan lawatan berpandu dan maklumat menarik. Pastikan anda berpakaian sopan semasa melawat!

24. Masjid Putra, Putrajaya

Putra Mosque
Photo credit: IG @ayda_june
Putra Mosque
Photo credit: @federicadinardo88 (Instagram)
Satu lagi masjid yang popular ialah Masjid Putra dengan binaan megah dalam granit berwarna merah jambu (sehingga memberikan warna merah jambu seakan-akan gurun yang ikonik). Dibina pada tahun 1999 dan menghadap Tasik Putrajaya yang indah, masjid ini kelihatan seolah-olah terapung di atas tasik apabila anda melihatnya dari jauh! Walaupun Masjid Putra terletak tidak jauh dari pusat bandar Kuala Lumpur (kira-kira 40 minit dengan memandu kereta), lokasi ini masih berbaloi untuk dikunjungi jika anda mempunyai masa lapang dalam jadual perjalanan anda. Semasa berada di Putrajaya, anda juga boleh melihat mercu tanda lain di kawasan tersebut seperti Perdana Putra (bangunan yang menempatkan kompleks pejabat Perdana Menteri Malaysia), Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (juga dikenali sebagai 'Masjid Besi'), Tasik Putrajaya dan Taman Botani Putrajaya.

Perjalanan satu hari

25. Genting Highlands

Genting Highlands
Photo Credits: @antungyau
Genting Highlands Skytropolis Theme Park
Photo Credits: @indahyz
Terletak hanya 50 minit dari Kuala Lumpur, Genting Highlands ialah destinasi lawatan balik hari yang sesuai untuk mereka yang ingin merasa angin sejuk dan udara segar! Digelar sebagai City of Entertainment, Genting Highlands ialah sebuah bandar peranginan yang terletak di tengah-tengah hutan hujan berusia 100 juta tahun yang megah. Naiki kereta kabel ke puncak gunung dan bersiap sedia untuk hari yang penuh keseronokan.
genting skyworlds new outdoor theme park tickets review
Kredit: @greg_pearn
Genting Highlands menempatkan taman tema dalam bangunan yang dipanggil Genting Skytropolis, ladang strawberi terbesar di Malaysia, kasino, pawagam, Tokong Gua Chin Swee dan banyak lagi. Jika anda ingin pergi membeli-belah, lawat Genting Premium Outlets atau pusat beli-belah SkyAvenue. Jangan lupa untuk pergi ke Taman Tema outdoor Genting Skyworlds yang bakal memberikan kegembiraan untuk anda

26. Kuala Selangor

sky mirror kuala selangor sekinchan malaysia
Photo Credits: @_ericlim
Terletak sejauh sejam pemanduan dari KL, Kuala Selangor ialah sebuah daerah di bahagian barat laut Selangor dan terkenal dengan kelip-kelip, taman alam semula jadi dan perkampungan nelayan. Kebanyakan pengunjung datang ke sini untuk melihat Sasaran Sky Mirror. Ia turut digelar sebagai "Salar de Uyuni of Malaysia" kerana penampilannya menyerupai dataran garam Bolivia yang popular dan cantik.
kuala selangor sky mirror
Photo credit: @sandaeka
Pastikan anda menjamu selera dengan makanan laut segar semasa berada di sini dan tunggu sehingga waktu malam supaya anda dapat melihat ribuan kelip-kelip yang bersinar di sepanjang tebing Sungai Selangor. Anda juga boleh menaiki cruise sungai dan menyaksikan air yang diterangi oleh cahaya pendarfluor biru dan menghasilkan fenomena blue tears ‘air mata biru’ bercahaya yang ajaib!

27. Sekinchan

sekinchan selangor paddy fields
Photo Credits: @doriskis
sekinchan paddy fields
Photo Credit: @jinxin__26
Sekinchan ialah sebuah perkampungan nelayan kecil di Selangor yang paling terkenal dengan kawasan sawah padinya yang luas. Datang pada masa yang tepat dan anda akan dikelilingi oleh padang hijau yang subur dengan latar langit biru terang! Pekan ini hanya sejauh 1.5 jam pemanduan dari KL dan sesuai untuk perjalanan balik hari jika anda tidak ingin bermalam.

28. Janda Baik 

tiarasa escapes nature retreat janda baik kl
Photo Credit: @sharonliwei
Tiarasa Escapes Glamping Janda Baik Malaysia
Photo Credits: @wafflenessa
Janda Baik ialah satu lagi destinasi lawatan balik hari popular yang menjanjikan udara segar dan angin sejuk! Terletak hanya satu jam pemanduan dari KL, lokasi ini merupakan tempat percutian alam semula jadi yang penuh dengan kehijauan dan pemandangan yang memukau. Minum kopi sambil menghadap bukit-bukau, berenang di air terjun atau lakukan pendakian alam semula jadi dengan pemandangan yang memuaskan di hujung denai. Walaupun anda boleh ke Janda Baik dan balik hari, kami mengesyorkan agar anda bermalam di salah satu pusat peranginan alam semula jadi yang indah atau tapak perkhemahan mewah (glamping) di kawasan ini.

29. Sungai Kuala Kubu Bharu

White Water Rafting Kuala Kubu Bahru
Photo Credits: @ariffin_tsw
kuala kubu bharu white water rafting
Photo Credit: @jidin
Lokasi ini juga terletak hanya sejam pemanduan dari KL. Sungai Kuala Kubu Bharu ini ialah sungai sepanjang 8 kilometer yang menjanjikan pengembaraan menyeronokkan bagi penggemar deruan adrenalin (dan sesuai untuk mereka yang sudah puas melihat bangunan pencakar langit dan pemandangan bandar!). Alami keseronokan melalui jeram yang mengalir pantas dan bersedia untuk dibasahi air yang sejuk dan jernih. Aktiviti rakit redah jeram ialah aktiviti yang merapatkan ikatan untuk kumpulan rakan atau keluarga dan anda akan dapat mempamerkan semangat kerja berpasukan yang hebat!

30. Pulau Ketam

Bagi mereka yang ingin melihat kehidupan di pulau kecil yang santai di Malaysia, Pulau Ketam adalah pilihan terbaik jika anda tidak mempunyai masa untuk keluar terlalu jauh dari bandar! Anda boleh sampai ke pulau kecil ini dengan mudah menaiki feri atau bot laju dari Pelabuhan Klang (yang berjarak 45 minit pemanduan dari pusat bandar KL) dan menempatkan perkampungan nelayan Cina dengan rumah tradisional yang dibina di atas kaki bajang serta pilihan restoran makanan laut yang hebat. Cara terbaik untuk meneroka pulau ini adalah dengan menyewa basikal!

Lebih banyak inspirasi untuk pengembaraan KL anda

💡 Petua Klook 💡Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk mendapatkan maklumat tawaran pelancongan yang terkini dan terbaik khas untuk anda! Anda juga akan mendapat diskaun 5% untuk tempahan aplikasi pertama anda apabila menggunakan kod promosi <BETTERONAPP>. Terma dan syarat dikenakan.
Tersedia untuk dimuat turun di App Store dan Play Store. Sudah ada pada peranti mudah alih anda? Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu | 🔵Telegram