Dari matahari terbenam hingga ke puncak di Sabah 🌅⛰
Sabah merupakan destinasi utama bagi tempat menyelam terbaik di dunia, pulau tropika yang menakjubkan, pemandangan matahari terbenam yang indah, habitat orang utan liar dan puncak gunung suci. Sabah adalah negeri yang penuh dengan keseronokan untuk anda terokai di Malaysia. Kami dah satukan senarai aktiviti terbaik di Sabah yang boleh dimasukkan ke dalam jadual perjalanan anda! Teruskan membaca untuk terus terinspirasi. ✨
Aktiviti terbaik di Sabah ⛰️
1. Takluki Gunung Kinabalu ⛰️
Berdiri pada ketinggian yang megah sebanyak 13,435 kaki, Gunung Kinabalu adalah gunung suci di Sabah. Jika anda seorang pendaki berpengalaman, tempahlah lawatan berpandu anda dan daki puncak untuk pengalaman mendaki yang tak terlupakan. Bagi mereka yang kurang yakin, sebenarnya ada banyak taman dan laluan pendek melalui hutan untuk anda teroka dan berpeluh!
Permudahkan pengalaman mendaki anda dengan membuat tempahan pengalaman mendaki Gunung Kinabalu yang dipandu sepenuhnya di Klook yang termasuk perkhidmatan ulang-alik hotel pergi balik, pilihan penginapan, pemandu berpengalaman, sarapan, makan tengah hari, dan makan malam!
2. Saksikan matahari terbenam Sabah yang terkenal di dunia 🌄
Tahukah anda bahawa Sabah merupakan antara lokasi terbaik di dunia untuk melihat matahari terbenam? Saksikan panorama matahari melakar langit dengan rona kuning, oren serta merah jambu yang indah tatkala terbenam ke ufuk laut. Berikut merupakan beberapa tempat kegemaran kami untuk menyaksikan matahari terbenam di Sabah:
- Menara Balai Cerap Signal Hill
- Bukit Padang
- Sutera Harbour
3. Hirup udara segar di Kundasang ⛅
Sebuah santuari yang tenang jauh dari kota, Kundasang akan memukau anda dengan padang hijau yang subur, rumah-rumah kayu kecil, dan latar belakang gunung yang megah. Kunjungi Desa Dairy Farm (dikenali sebagai New Zealand di Malaysia!) dan nikmati ais krim gelato segar dalam angin sejuk; menikmati teh terbaik Sabah sambil memandang kebun teh yang luas di Sabah Tea Garden; dan dapatkan buah-buahan segar dan bunga di pasar segar menarik Kundasang.
Tempah lawatan sehari di Klook yang termasuk perkhidmatan ulang-alik pergi balik dari hotel anda, makan tengah hari, pemandu berbahasa Inggeris, yuran masuk, dan banyak lagi!
4. Nikmati pengalaman berakit meredah jeram di Sungai Kiulu
Terletak 1.5 jam dari bandar Kota Kinabalu, Sungai Kiulu menawarkan keseronokan yang mendebarkan untuk semua peringkat umur (selamat dan cukup tenang untuk golongan kanak-kanak dan orang tua!). Sungai ini merupakan laluan berakit meredah jeram terpanjang di Borneo dengan jarak perjalanan sehingga 15km. Tempah pengalaman berakit meredah jeram di Klook untuk detik-detik menyeronokkan yang tidak akan dilupakan!
Kawasan sekeliling Kiulu juga menyediakan ruang yang sempurna untuk pengalaman luar yang menarik seperti zip lines, laluan halangan dan juga berbasikal di desa, jadi jangan lupa untuk alami penalamannya semasa anda berada di sini!
5. Bermesra dengan Orang Utan di Pusat Pemulihan Sepilok
Pusat Pemulihan Sepilok yang terletak 25km di barat Sandakan telah ditubuhkan pada tahun 1964. Semenjak itu, pusat pemulihan ini telah menjadi habitat bagi orang utan yang masih muda, tidak berkeluarga dan mesra. Rancang lawatan anda di sekitar waktu makan dan lihat renjer memberi makan pisang dan susu!
6. Lawati Gipsi Laut 🌊
Rasai budaya menarik masyarakat Bajau Laut - juga dikenali sebagai gipsi laut - yang tinggal di pondok atau bot panjang di perkampungan terapung yang terletak di Semporna. Orang Bajau menghabiskan sebahagian besar daripada masa mereka di atas dan di bawah laut. Mereka adalah penyelam pakar dan nelayan yang hebat! Desas-desus mengatakan bahawa kebanyakan daripada mereka boleh menahan nafas melebihi 5 minit di dalam air dan boleh turun jauh ke dalam laut dengan hanya menggunakan sepasang gogal yang diperbuat daripada kayu.
7. Menyelam di Pulau Sipadan 🥽
Pulau Sipadan merupakan sebuah pulau kecil di Sabah yang memperoleh status dilindungi pada tahun 2002 dan dikatakan sebagai salah satu tempat menyelam terbaik di dunia. Anda perlu menaiki kapal terbang, kereta dan bot untuk sampai ke pulau ini tetapi percayalah bahawa perjalanan yang terumbang-ambing serta bergelombang itu sangat berbaloi.
Sudah bertahun-tahun lamanya pulau ini menutup semua pusat peranginan untuk memelihara ekologinya yang sensitif maka anda tidak boleh bermalam di sini (kebanyakan pelawat atau pelancong menginap di Mabul atau Semporna dan menaiki bot di sini untuk perjalanan balik hari).
8. Kunjungi Fireflies Safari Cruise 🦁
Menyusuri Sungai Klias dengan menaiki bot terbuka dan terokai hutan paya bakau yang menakjubkan di Sabah! Ini merupakan salah satu pengalaman yang amat kami syorkan ketika berada di Kota Kinabalu. Sertai lawatan pelayaran dan anda mungkin berpeluang untuk melihat kelibat Monyet Proboscis serta kelip-kelip yang akan menyinari waktu malam apabila langit menjadi gelap.
Tempah lawatan anda di Klook yang merangkumi perjalanan pergi dan balik dari hotel, pertukaran bot, pemandu pelancong yang bertutur bahasa Inggeris, minum petang serta bufet makan malam!
9. Kunjungi Perkampungan Budaya Mari Mari
Perkampungan Budaya Mari Mari yang terletak jauh dari pusat bandar adalah sebuah muzium hidup yang mengekalkan budaya etnik Borneo. Kampung ini terdiri daripada 5 suku kaum berbeza dan memiliki matlamat untuk berkongsi pengetahuan mengenai tradisi, sejarah serta budaya Borneo bersama para pengunjung. Rasa masakan tempatan yang berlainan dan tonton persembahan tradisional termasuk pembuatan sumpit serta demonstrasi menyalakan api semasa lawatan berlangsung.
Tempah tiket lawatan separuh hari anda ke Perkampungan Budaya Mari Mari di Klook dan menikmati lawatan berpandu melalui kampung tersebut, serta makan tengah hari atau teh petang.
10. Ikuti pelayaran matahari terbenam
Saksikan latar langit matahari terbenam dengan warna-warna yang menakjubkan di atas kapal! Rasakan hembusan angin sejuk dan lihatlah langit malam yang dipenuhi bintang apabila malam menjadi gelap.
Tempah pengalaman pelayaran dua jam anda di Klook yang merangkumi makan malam, minuman percuma serta hiburan secara langsung! Tetapi jika anda mencari keseronokan tambahan, sertai party cruise yang temasuk akses kepada aktiviti air seperti naik bot pisang dan kayak, serta makan malam bufet!
11. Selam snorkel 🤿
Lakukan aktiviti selam snorkel di perairan biru yang jernih dan berenang bersama ikan tropika serta batu karang yang cantik apabila berada di Sabah. Antara tempat selam snorkel terbaik di Sabah terletak di Taman Laut Tunku Abdul Rahman (Sapi, Manukan, Gaya, Mamutik, dan Sulug).
Tempah lawatan pengembaraan Kepulauan Sapi dan Manukan di Klook yang merangkumi perjalanan pergi dan balik, pemandu pelancong, makan tengah hari, semua peralatan yang diperlukan serta bayaran masuk!
12. Terokai Pulau Tiga, Pulau Survivor
Pulau Tiga merupakan sebuah pulau yang terbentuk daripada letusan gunung berapi seratus tahun yang lalu dan terletak tidak jauh dari Kota Kinabalu. Pulau ini telah dipaparkan dalam siri TV yang sangat terkenal iaitu - 'Survivor'! Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini termasuklah selam snorkel, menyelam, melihat hidupan liar dan banyak lagi. Perkara yang perlu dilakukan apabila berada di pulau tersebut adalah pergi berendam ke Mandian Lumpur Gunung Berapi yang terkenal. Mandi lumpur diketahui dapat membantu melegakan rasa lenguh dan kesakitan serta dapat menenangkan seperti yang biasanya anda rasai apabila melakukan rawatan di spa kesihatan.
13. Berjalan-jalan di Pasar Minggu Jalan Gaya
Pasar Ahad Jalan Gaya telah memberi khidmat kepada penduduk Kota Kinabalu selama lebih seratus tahun! Kunjungi pasar ini sebagai terapi runcit atau sekadar merasai suasana meriah dan beli-belah untuk pelbagai barangan daripada buah-buahan hinggalah kraf tangan, barangan antik, cenderamata, herba, bunga-bungaan, pakaian dan segala macam barangan yang boleh didapati di bawah pokok rendang serta payung besar. Pasar ini ialah tempat melepak hari Ahad yang terkenal bagi orang-orang Sabah!
14. Berendam di Kolam Air Panas Poring
Bersantai dengan berendam dalam mandian sulfur panas di Kolam Air Panas Poring yang terkenal. Ia merupakan sebuah tempat percutian tropika yang terletak di daerah Ranau, kira-kira dua jam pemanduan dari Kota Kinabalu. Mata air ini terkenal dengan sifat terapeutiknya untuk melegakan kelenguhan otot!
Tempah lawatan popular yang akan membawa anda ke mata air panas ini agar anda tidak perlu runsing memikirkan cara untuk sampai ke sana dengan sendiri. *kenyit mata*
15. Dapatkan pemandangan bandar dari platform Platform Observatory Signal Hill
Platform Observatory Signal Hill merupakan titik tertinggi di bandar ini dan menawarkan pemandangan panorama Kota Kinabalu dari tempat tinggi. Balai Cerap ini dibina di tepi tebing dan dilengkapi dengan barisan bangku di sepanjang platform sekiranya anda mahu duduk serta mengagumi pemandangan bandar yang indah. Kami syorkan agar anda melawat pada waktu petang supaya dapat melihat matahari terbenam atau menyaksikan bandar bertukar hidup dengan lampu yang berkelip menjelang waktu malam. Sila ambil perhatian bahawa anda perlu mendaki jarak dalam yang pendek untuk sampai ke puncak!
16. Nikmati Mi Tuaran
Mi Tuaran ialah mi kegemaran orang Sabah. Ia setara dengan Char Kuey Teow bagi orang Pulau Pinang dan Mi Kolo bagi orang Sarawak. Kebiasaannya ia digoreng dan dihidangkan bersama char siew dan sayur-sayuran - mi ini berbau harum, kenyal dan sungguh enak! Anda boleh mendapatkan hidangan Mi Tuaran di kedai-kedai kopi di sekitar Sabah. Pastikan anda menambah menu ini dalam senarai hidangan perlu dicuba semasa melawat.
17. Cuba Rasa Butod (Ulat Sagu) 🪱
“Apabila melancong, makanlah seperti orang tempatan." Untuk benar-benar menyelami budaya tempatan, cubalah beberapa masakan asli Sabah dan makanan tempatan yang akan mencuit selera anda!
Salah satu hidangan yang mesti anda cuba ialah butod (juga dikenali sebagai ulat sagu). Butod ialah makanan istimewa tempatan yang akan membuat bulu roma anda berdiri tetapi sebenarnya makanan yang sangat berkhasiat. Beranikan diri dan masukkan ulat sagu yang menggeliat ini ke dalam mulut anda - jika anda tidak mahu memakannya hidup-hidup, butod juga boleh digoreng, direbus dan dibakar untuk rasa yang lebih sedap.
18. Nikmati makanan-makanan laut 🦞
Sabah terkenal dengan makanan lautnya yang segar. Anda boleh menikmatinya di kebanyakan restoran makanan laut di seluruh negeri. Pilih makanan laut segar (udang galah, ketam, udang, kerang, ikan!) dan minta restoran memasaknya mengikut cita rasa anda!
Bergerak di sekitar Sabah 🚗
Bersiar-siar di sekitar Kota Kinabalu tanpa kerumitan dengan perkhidmatan pengangkutan mudah yang kami sediakan! Tempah kereta sewa persendirian atau skuter dari hanya RM230 sehari untuk memulakan pengembaraan anda.
Inspirasi percutian anda ke Sabah
💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini: