10 App Anda Wajib Ada Sebelum Travel ke China!
Rakyat Malaysia sekarang dah makin ramai plan nak travel ke China, especially lepas kerajaan China bagi pengecualian visa 30 hari tu — best, kan? Tapi sebelum korang excited sangat nak packing, ada satu benda penting kena buat dulu: pastikan phone korang ada apps yang wajib untuk survive kat sana.
Dari bab bayar guna Alipay, naik teksi guna DiDi, sampailah nak cari makan halal atau translate bahasa — semua ni memang penting untuk mudahkan korang sepanjang trip. Dalam artikel ni, kita share 10 app yang confirm akan buat percutian korang jadi lebih smooth dan chill.
So, jom tengok app apa yang korang patut install sebelum fly ke China. Trust me, ini boleh jadi penyelamat bila korang sampai sana nanti! ✈️📱🇨🇳
1. WeChat (微信): Super App Paling Lengkap di China 📲
WeChat bukan sekadar app mesej — ia ibarat “app serba boleh” untuk semua benda kat China. Anda boleh guna untuk:
- Chat dengan pemandu pelancong atau hotel
- Order makanan & minuman
- Bayar barang kat kedai & restoran
- Tempah teksi (guna DiDi)
- Scan QR code untuk menu & servis
Bayar guna WeChat Pay sangat mudah — link saja kad debit/kredit anda, buka WeChat dan scan QR code. Tak perlu bawa tunai langsung!
💡 Tip: Jangan guna kamera biasa untuk scan QR, guna fungsi ‘Scan’ dalam WeChat sendiri. App ni juga ada fungsi translate dalam chat — berguna masa nak berkomunikasi dengan locals.
2. Dianping (大众点评): Untuk Cari Makanan Halal & Port Local 🍽️
Kalau anda jenis suka makan & nak rasa makanan tempatan, Dianping ialah “rahsia” rakyat China untuk cari tempat makan yang best. Ia macam Google Maps + TripAdvisor + Instagram untuk makanan!
- Boleh tengok review bergambar
- Ada rating & harga per kepala
- Cari ikut jenis makanan, jarak & harga
- Sesetengah tempat boleh buat tempahan terus dalam app
💡 Tip: Walaupun app ni mostly dalam Bahasa Cina, anda boleh guna Google Translate atau scan menu dalam gambar. Tengok review bergambar pun dah cukup nak tahu sedap ke tidak.
3. Meituan (美团): Bila Malas Keluar, Order Je Makanan Ke Hotel 🚚
Meituan ni macam GrabFood versi China — tapi lebih luas fungsi. Selain makanan, anda boleh guna untuk:
- Order bubble tea, dim sum, fast food
- Cari kedai berdekatan
- Track makanan secara live
- Dapat review & gambar menu
Sangat berguna bila penat gila balik dari berjalan, jet lag atau hari hujan. Tapi anda perlukan nombor telefon China untuk delivery – kalau tak ada, minta tolong hotel reception orderkan guna nombor mereka. Kebanyakan hotel dah biasa dengan permintaan ni.
4. DiDi (滴滴出行): App E-Hailing Untuk Naik Teksi & Kereta Persendirian 🚕
DiDi ialah “Grab” versi China, dan sangat penting kalau anda tak fasih Mandarin. Tak semua pemandu teksi boleh faham Bahasa Inggeris — jadi DiDi bantu anda:
- Masukkan destinasi dalam English
- Pilih jenis kereta ikut bajet
- Bayar dalam app (guna WeChat Pay / Alipay)
- Chat dengan pemandu guna auto-translate
💡 Tip: Kalau susah buka akaun DiDi, anda boleh tempah terus melalui app WeChat atau Alipay. Tak perlu download banyak app pun!
5. Baidu Maps (百度地图): Navigation Yang Lebih Tepat Dari Google Maps 🗺️
Google Maps tak berapa tepat kat China sebab sekatan kerajaan. Guna Baidu Maps untuk:
- Rancang perjalanan naik MRT, bas atau jalan kaki
- Dapat info waktu sebenar
- Tahu pintu keluar masuk stesen
- Elak jalan sesak
💡 Tip: Icon sangat mudah difahami. Untuk teks dalam Cina, guna Google Translate camera mode untuk baca arahan.
6. Klook: Tempah Tiket, Tour & Aktiviti Dengan Harga Diskaun
Nak skip barisan panjang atau beli tiket awal? Klook memudahkan anda:
- Tempah tiket theme park (cth: Universal Studios Beijing)
- Cari pakej tour harian
- Beli SIM card/eSIM, airport transfer
- Dapat e-ticket terus dalam app
Semua urusan dalam Bahasa Melayu/Inggeris dan boleh bayar guna Ringgit. Sangat user-friendly untuk pelancong Malaysia!
7. Xiaohongshu (小红书): “Instagram” Versi Lokal, Penuh Tip Hidden Gem
App ni antara rahsia pelancong China cari tempat hipster dan ‘rare’. Macam mix antara Instagram + Pinterest + Google Maps. Anda boleh:
- Cari lokasi trending ikut hashtag (contoh: #halalfoodshanghai)
- Tengok review dari locals & influencers
- Jumpa tempat makan cantik & aesthetic
💡 Tip: Guna auto-translate & scroll gambar. Kadang jumpa tempat hidden gem yang tak ada pun kat Google!
8. Alipay (支付宝): Alternatif WeChat Pay Untuk Bayaran Tanpa Tunai 💰
Kalau tak nak guna WeChat Pay, anda boleh guna Alipay Tourist Wallet — khas untuk pelancong luar negara.
- Link kad Visa / Mastercard antarabangsa
- Bayar terus guna QR code
- Dapat promo khas pelancong
Sangat mesra pengguna & diterima hampir semua kedai, restoran dan tempat pelancongan di China.
9. ExpressVPN: Akses Semua App & Website Yang Disekat di China
China sekat banyak laman popular macam:
- Google (Maps, Gmail, Translate)
- WhatsApp, Facebook, Instagram
- YouTube
Dengan ExpressVPN, anda boleh bypass semua sekatan. Download & setup SEBELUM anda sampai China. Lepas tu, tap & connect. Mudah!
10. Waygo: Translate Menu, Signboard & Label Guna Kamera
Waygo sangat berguna bila:
- Menu tak ada English
- Label makanan semua tulisan Cina
- Tak ada internet
App ni berfungsi offline — scan guna kamera dan terus dapat terjemahan perkataan dalam Bahasa Inggeris.
11. Touch N Go
Kalau anda dah ada Touch ‘n Go eWallet (TNG eWallet), anda boleh terus guna aplikasi ini untuk buat bayaran di kedai yang terima AliPay di China! Tak perlu muat turun app baru atau daftar dengan nombor China. Ini kerana TNG kini bekerjasama dengan AliPay+, membolehkan pengguna buat transaksi rentas sempadan secara terus melalui QR code.
Apa yang buatkan TNG eWallet praktikal di China?
- ✅ Guna app yang anda dah kenal: Tak perlu daftar app baru, tak perlu proses pengesahan yang rumit—semua dalam satu app yang anda dah biasa guna.
- 📲 Bayaran mudah dengan imbasan QR: Di kedai, restoran, atau stesen pengangkutan yang guna AliPay, anda hanya perlu buka TNG dan imbas kod QR.
- 🌐 Sokongan transaksi rentas sempadan: TNG eWallet kini boleh buat pembayaran terus melalui AliPay+—memastikan transaksi anda lancar di China.
- 🔒 Selamat dan boleh jejak: Semua transaksi direkod dalam aplikasi, jadi anda sentiasa tahu ke mana duit anda pergi.
- 💡 Tak perlu kad fizikal atau tunai: Dalam banyak kawasan di China, kad dan tunai makin jarang digunakan. Dengan TNG, anda tak perlu risau.
🌟 Bonus: Wajib Download Sebelum Naik Flight!
Top 5 Apps Kami Paling Recommend:
- ✅ WeChat – Wajib untuk segala urusan
- ✅ Dianping – Cari makan local & jimat
- ✅ Baidu Maps – Navigation dalam bandar
- ✅ Alipay – Bayar dengan mudah
- ✅ Xiaohongshu – Cari hidden gem & tempat cantik untuk bergambar
🧳Travel Lebih Lancar Bila Ada App Yang Betul
Dengan apps ni, anda tak perlu risau nak survive kat China walaupun tak tahu cakap Mandarin. Semuanya di hujung jari — dari makan sampai ke destinasi!
Diskaun 5% untuk tempahan pertama anda 🧡
Baru kenal Klook? Muat turun Aplikasi Klook dan gunakan kod <BETTERONAPP> untuk nikmati diskaun 5% untuk tempahan pertama anda di Klook! Dari pakej hotel hingga tiket tarikan dan baucar makan, kami ada tawaran dan pengalaman terbaik khas untuk anda.
Muat turun Aplikasi Klook: App Store | Google Play
Inspirasi Klook!
Nak pergi bercuti ke negara yang muslim-friendly? ✨
💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini: