Art & Symphony: The Immersive Journey Kini Tiba di KL pada September 2024!

Aisyah Farhanah
Aisyah Farhanah
Last updated 5 Sep 2024
Art and Symphony
MY Art & Symphony
Terokai dunia dan karya hebat Van Gogh, Mozart, Beethoven dan Monet di Art dan Symphony. Dari 7 September hingga 7 November 2024, pameran imersif yang menarik ini ada di Fahrenheit Bukit Bintang, Malaysia! Ini adalah perjalanan yang memukau di mana muzik klasik dan seni visual bergabung dalam simfoni keseronokan deria. Menarik dan luar biasa kan!
Anda akan menikmati melodi Mozart, simfoni Beethoven, karya impresionisme Monet, dan karya emosional Van Gogh, semuanya melalui teknologi canggih dan paparan interaktif. Teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut tentang pameran ini dan bagaimana cara mendapatkan tiket untuk alami pengalaman ini sendiri!

Apakah itu Art and Symphony: The Immersive Journey?

MY Art & Symphony
Art and Symphony: The Immersive Journey adalah pameran imersif yang menggabungkan seni visual dan muzik klasik dalam satu pengalaman deria yang unik. Diadakan di Malaysia buat pertama kali, pameran ini sedikit berbeza daripada tahun lepas iaitu Van Gogh Alive kerana ia menampilkan paparan seni digital dan pemasangan muzik interaktif yang diinspirasikan oleh karya-karya agung dari artis seperti Mozart, Beethoven, Monet, dan Van Gogh.
Pameran ini membawa pengunjung meneroka harmoni muzik dan keindahan seni visual secara menyeluruh, memberikan pengalaman yang luar biasa dan mengagumkan.

Berbaloi ke pergi Art & Symphony?

Berbaloi sangat! Dengan harga RM69, korang boleh menikmati 4 karya orang hebat. Setiap artis mempunyai bilik yang tersendiri dan terlalu banyak pameran untuk anda tangkap gambar! Yang paling penting, anda akan terpegun dengan karya hebat mereka. Tak percaya? Hmm Klook dah pergi dan rasai sendiri dah! Tiba masanya untuk korang pula cuba!
MY Art & Symphony
MY Art & Symphony

Apa yang boleh anda lihat di Art and Symphony: The Immersive Journey?

MY Art & Symphony
Di Art and Symphony: The Immersive Journey, anda boleh menjangkakan pengalaman deria yang menyeluruh dengan gabungan seni visual dan muzik klasik. Pameran ini menawarkan paparan seni digital dan pemasangan muzik interaktif yang diinspirasikan oleh karya-karya agung daripada Mozart, Beethoven, Monet, dan Van Gogh. Diringkaskan, pameran ini menggabungkan muzik dan seni!
MY Art & Symphony
Dengan menggunakan teknologi canggih, pameran ini membawa anda meneroka harmoni muzik dan keindahan seni visual dalam suasana yang hidup dan menyeronokkan. Bersedia untuk meluangkan masa sekitar 1 hingga 2 jam untuk benar-benar merasai dan menikmati setiap aspek pameran ini.
Pameran ini juga pasti akan menjadi dating spot! Kat sini juga korang boleh ambil gambar di photobooth dan boleh save gambar menggunakan QR! Cantik sangat tau, korang juga boleh menggunakan AI untuk berinteraksi dengan semua karya seni kat Art & Symphony. Memang berbaloi sangat tau, korang kena cuba. Tengok la gambar Klook pergi!
MY Art & Symphony
Bersiaplah untuk pengalaman yang benar-benar mengagumkan! Rasai kehebatan Beethoven dengan berinteraksi melalui elemen-elemen interaktif yang membolehkan anda menyelami simfoni yang diatur sendiri oleh Ludwig van Beethoven. Nikmati keanggunan Mozart ketika muzik Wolfgang Amadeus Mozart membawa anda ke dunia seni yang menakjubkan dengan kemahiran muzik yang tiada tandingan dan emosi yang mendalam.
MY Art & Symphony
Anda juga boleh alami keindahan Claude Monet dengan mengunjungi landskap karya impresionisme yang memukau, seolah-olah anda berada di tengah-tengah dunia ciptaannya. Dan jangan ketinggalan, pergi ke dalam dunia penuh warna dan ekspresif Vincent Van Gogh, yang menawarkan penerokaan mendalam terhadap karya ikonik dan visi kreatifnya. Setiap segmen pameran ini menjanjikan pengalaman yang luar biasa dan tak boleh dilupakan! Macam dalam gambar ni, bila korang nyanyi je kain tu akan naik! Eh bestnya!

Cafe Art & Symphony

MY Art & Symphony
Lepas tengok pameran, anda juga boleh makan dan minum di Cafe Art & Symphony. Air yang dihidangkan mengikut artis kesukaan anda! Hmmm menarik kan? Lagi menarik bila korang boleh lukis kat atas cake tau! Rugi kalau anda tak cuba cafe kat Art & Symphony. Minuman bermula RM20 dan cake bermula dari RM30. Masih berbaloi tau sebab seni yang dipamerkan memang menarik! Contoh ada di gambar bawah :
MY Art & Symphony

Bagaimana cara untuk mendapatkan tiket Art & Symphony?

MY Art & Symphony
Anda juga boleh ambil gambar di photobooth! Gambar anda juga akan dipamerkan begini!

🎟Berapa harga tiket? 🎟

Dewasa (Berumur 13 Tahun & Ke Atas)
Kanak-kanak (Berumur 4-12 Tahun)

Cara membeli tiket

Art & Symphony
Ikuti langkah mudah ini untuk mendapatkan tiket ke Art & Symphony dan sedia untuk pengalaman yang menakjubkan:
  1. Pilih Pakej Anda: Semak pilihan pakej tiket yang menarik di Klook dan pilih yang paling sesuai dengan keinginan anda.
  2. Tentukan Jumlah Tiket: Pilih berapa banyak tiket yang anda perlukan untuk menyertai pameran ini.
  3. Klik 'Tempah Sekarang': Tekan 'Tempah Sekarang' dan teruskan ke pembayaran untuk mengesahkan tempahan anda!
Berita baiknya, tiket adalah bertarikh terbuka! Ini bermakna anda boleh tempah tiket terlebih dahulu dan pilih tarikh yang anda suka untuk melawat kemudian, asalkan anda ingat untuk menggunakan tiket anda sebelum pameran berakhir pada awal November.
MY Art & Symphony

Waktu Operasi dan Lokasi

📆Tarikh: 7 September 2024 - 7 November 2024 ⏰ Waktu Operasi : Setiap hari dari 10:00 pagi hingga 9:45 malam. Masa kemasukan terakhir adalah pada pukul 9:00 malam.
📍Lokasi : Fahrenheit 88, Tingkat 3, Jalan Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur.

Diskaun 5% untuk tempahan pertama anda 🧡

Baru kenal Klook? Muat turun Aplikasi Klook dan gunakan kod <BETTERONAPP> untuk nikmati diskaun 5% untuk tempahan pertama anda di Klook! Dari pakej hotel hingga tiket tarikan dan baucar makan, kami ada tawaran dan pengalaman terbaik khas untuk anda.
klook kod promo pengguna baru
Muat turun Aplikasi Klook: App Store | Google Play

Lebih banyak aktiviti menarik di KL ⋆。°•☁︎

Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu | 🔵Telegram
💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲