15 Spa & Urutan Terbaik di KL & PJ Yang Wajib Anda Cuba!

Aisyah Farhanah
Aisyah Farhanah
Last updated 11 Okt 2024
Spa & Urutuan Terbaik MY

Senarai 15 Spa & Urutan Terbaik di KL & PJ! 🌿🧴✨

Spa & Urutan Terbaik KL & PJ
Di dunia yang penuh dengan tekanan dan kesibukan, '' me time '' sangat penting tau! Salah satu cara terbaik untuk merasai ketenangan adalah dengan mengunjungi spa dan menikmati urutan yang menenangkan.
Di spa, anda akan dimanjakan dengan pelbagai rawatan yang khusus untuk menghilangkan stres dan pulihkan tenaga korang semula. Dari urutan tradisional hingga rawatan aromaterapi, rawatan muka dan rawatan rambut setiap pengalaman akan memenuhi keperluan anda.Paling best, banyak spa sekarang yang menawarkan pelbagai pakej menarik. Yang penting, anda boleh luangkan masa untuk diri sendiri dan terokai pelbagai pilihan yang ada.
Jadi, jika anda mencari cara untuk menghilangkan tekanan dan healing, kunjungi spa terdekat di KL & PJ dan rasai sendiri keindahan spa dan urutan terbaik. Mesti akan pulang dengan semangat baru dan kesegaran yang luar biasa!

Diskaun 5% untuk tempahan pertama anda 🧡

klook kod promo pengguna baru
Baru kenal Klook? Muat turun Aplikasi Klook dan gunakan kod <BETTERONAPP> untuk nikmati diskaun 5% untuk tempahan pertama anda di Klook!
Dari pakej hotel hingga tiket tarikan dan baucar makan, kami ada tawaran dan pengalaman terbaik khas untuk anda.
Muat turun Aplikasi Klook: App Store | Google Play

1. Spa dan Urutan di Lax. Retreat Kuala Lumpur

Lax. Retreat Kuala Lumpur
Lax. Retreat Kuala Lumpur merupakan spa yang perfect untuk pengalaman spa yang mewah dan refreshing. Sesuai untuk korang yang nak '''me time'' . Dengan design yang modern dan vibe yang menenangkan korang mesti akan dapat ketenangan yang tak boleh dilupakan!
Lax. Retreat Kuala Lumpur
Spa ini menawarkan pelbagai rawatan termasuk pakej istimewa untuk bakal ibu, seperti The Mama Glow dan Glow Within. Korang boleh pilih untuk urut badan selama 50 minit, 60 minit, 90 minit, 120 minit atau 135 minit! Menarik kan? Korang boleh pilih pakej yang ditawarkan sendiri dan nikmati urutan terbaik kat spa ni!
Lax. Retreat Kuala Lumpur
Lax. Retreat ini adalah pilihan ideal bagi individu yang suka dengan vibe aesthetic! Spa ni juga dilengkapi dengan kemudahan seperti bilik urut yang tertutup dan bilik mandi. Dengan staf yang terlatih dan profesional, anda pasti akan menikmati layanan yang mesra dan peribadi. Jadi tunggu apa lagi? kalau korang ada kat Kuala Lumpur dan cari tempat untuk memanjakan diri dengan pengalaman spa yang memuaskan, Lax. Retreat KL memang pilihan yang tepat.
  • Lokasi:  2-17, Level 2, The Linc KL, 360, Jln Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (10:00AM-8:00PM)
  • Harga : Bermula dari RM189

2. Wellness Retreat oleh Health Club dan The Spa di Shangri-La

Wellness Retreat Experience by Health Club and The Spa
Health Club dan The Spa di Shangri-La Kuala Lumpur menawarkan pengalaman retreat kesejahteraan yang luar biasa bagi pengunjung yang ingin memanjakan diri dan pulihkan semangat. Terletak di tengah-tengah bandar, spa ini menggabungkan kemewahan dan ketenangan dalam suasana yang elegan, menjadikannya tempat yang sempurna untuk melepaskan tekanan harian.
Wellness Retreat Experience by Health Club and The Spa
Kemudahan di Health Club dan The Spa ni juga sangat mengagumkan, termasuk kolam renang, sauna, dan bilik mandi stim. Ini membolehkan pengunjung menikmati pelbagai cara untuk merelaksasikan tubuh dan minda.
Wellness Retreat Experience by Health Club and The Spa
Pengalaman kat sini bermula dengan pelbagai rawatan yang fokus pada kesejahteraan fizikal dan mental. Dari urutan yang menenangkan hingga rawatan wajah dan badan yang menyegarkan, setiap sesi menggunakan bahan berkualiti tinggi dan teknik inovatif.
Urutan Sweden dengan tekanan rendah hingga sederhana ditawarkan untuk tenangkan fikiran korang. Nak lagi tenang, jangan lupa untuk pilih minyak aromaterapi semula jadi yang dapat tingkatkan pengalaman spa anda.
Wellness Retreat Experience by Health Club and The Spa
Dengan pekerja profesional yang terlatih, setiap pengunjung akan merasakan layanan yang peribadi dan mesra. Kalau korang tengah cari cara untuk seimbangkan kehidupan harian dan jaga kesejahteraan diri, Health Club dan The Spa di Shangri-La adalah pilihan yang paling tepat! Kunjungi tempat ini dan rasai sendiri pengalaman retreat yang tiada tandingan!
  • Lokasi: 11, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (7:00AM-10:00AM)
  • Harga : Bermula dari RM260

3. Spa dan Urutan di Lay. Retreat Petaling Jaya

Lay. Retreat Petaling Jaya
Lay. Retreat di Petaling Jaya menawarkan pengalaman spa yang menenangkan dan penuh dengan keunikan. Dengan suasana yang santai dan layanan mesra, tempat ini menjadi pilihan tepat bagi mereka yang ingin melarikan diri dari kesibukan harian.
Lay. Retreat Petaling Jaya
Spa ini menyediakan pelbagai rawatan, termasuk manicure dan pedicure! Kepada individu yang suka cantikkan kuku, kat sini la korang boleh cantikkan kuku korang! Kemudahan yang selesa dan ruang rawatan yang cantik mesti akan buat korang lebih tenang.
Lay. Retreat Petaling Jaya
Lay. Retreat PJ juga menawarkan pakej-pakej menarik yang menggabungkan pelbagai jenis rawatan, menjadikannya tempat yang sering dikunjungi ketika perayaan atau hari istimewa. Jika anda berada di Petaling Jaya, Lay. Retreat adalah destinasi spa yang wajib dikunjungi dapatkan ''me time'' yang paling best!
  • Lokasi: Lot G39C-01, The Curve, Jln PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (10:00AM-8:45PM)
  • Harga: Bermula RM119

4.[Eksklusif Klook] Rawatan Wajah di Herbaline di Lembah Klang

Facial Treatment at Herbaline in Klang Valley
Nikmati rawatan muka di Herbaline, sebuah pusat spa terkenal di Lembah Klang. Herbaline menawarkan rawatan wajah yang direka untuk mengembalikan kesegaran dan kelembapan kulit anda.
Facial Treatment at Herbaline in Klang Valley
Rawatan wajah di Herbaline menggunakan bahan-bahan semula jadi yang berkualiti tinggi, memastikan kulit korang bukan sahaja cantik tetapi sihat. Setiap sesi dimulakan dengan analisis kulit untuk menentukan keperluan khusus anda, diikuti dengan pembersihan mendalam, pengelupasan, dan penggunaan serum serta masker yang sesuai.
Facial Treatment at Herbaline in Klang Valley
Atmosfera yang tenang dan layanan profesional di Herbaline akan membuatkan korang rasa sangat santai dan nyaman. Dengan pilihan rawatan yang pelbagai, korang pasti akan temukan sesuatu yang sesuai dengan keinginan dan keperluan kulit anda.
Jangan lepaskan peluang anda untuk cuba rawatan wajah yang eksklusif di Klook! Tempah slot anda melalui Klook dan nikmati harga istimewa serta pengalaman spa yang luar biasa di Herbaline.
  • Lokasi: 1-3, Jalan Pandan Indah 4/2, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (10:30AM-8:30PM)
  • Harga: Bermula dari RM173

5. Essa Spa di Grand Hyatt Kuala Lumpur

Essa Spa Experience at Grand Hyatt
Essa Spa di Grand Hyatt Kuala Lumpur merupakan destinasi ideal untuk mereka yang mencari pengalaman spa yang mewah dan menyegarkan. Terletak di tengah-tengah bandar, spa ini menawarkan suasana yang tenang dan elegan, menjadikannya tempat yang sempurna untuk melarikan diri dari kesibukan harian.
Essa Spa Experience at Grand Hyatt
Di Essa Spa, anda akan disambut dengan layanan mesra dan profesional. Mereka menawarkan pelbagai rawatan yang direka khas untuk memenuhi keperluan individu, termasuk urutan aromaterapi, rawatan badan, dan rawatan wajah yang menyegarkan!
Essa Spa Experience at Grand Hyatt
Salah satu tarikan utama di Essa Spa adalah kemudahan yang canggih dan suasana yang menenangkan. Korang boleh nikmati bilik rawatan yang luas dengan pemandangan bandar yang menakjubkan. Selain itu, spa ini juga dilengkapi dengan sauna dan bilik mandi stim, yang memberikan pengalaman yang tidak boleh dilupakan.
Jadi, jika anda berada di Kuala Lumpur dan ingin merasai pengalaman spa yang luar biasa, Essa Spa di Grand Hyatt adalah destinasi yang wajib dikunjungi!
  • Lokasi: Grand Hyatt Kuala Lumpur, 12, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: Setiap hari (10:00AM-10:00PM)
  • Harga : RM399

6. Relaxing Head Spa di Pause Head Spa, Kuala Lumpur

 Pause Head Spa, Kuala Lumpur
Pause Head Spa di Kuala Lumpur menyediakan pengalaman head spa yang menenangkan dan menyegarkan. Dengan suasana yang cozy , setiap sesi dirancang untuk tenangkan fikiran anda dan menyegarkan kulit kepala.
 Pause Head Spa, Kuala Lumpur
Rawatan kat sini menggabungkan urutan lembut dengan teknik rawatan kepala yang menenangkan, membantu mengurangkan stres dan memberikan ketenangan kepada jiwa korang. Kalau korang cari tempat untuk melepaskan tekanan harian, Pause Head Spa adalah pilihan yang tepat!
 Pause Head Spa, Kuala Lumpur
  • Lokasi: 4, Jalan Kiara 1, Society, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: Setiap Hari kecuali Rabu (10:00AM-7:00PM)
  • Harga: Bermula dari RM252

7. Rawatan Spa dan Kesihatan Mewah di Serenity by Posh

 Serenity by Posh
Serenity by Posh menawarkan pengalaman spa dan kesejahteraan yang benar-benar mewah di Kuala Lumpur. Dengan suasana yang elegan dan tenang, tempat ini direka khas untuk memberikan pengunjung pengalaman yang luar biasa.
Dari saat anda melangkah masuk, anda akan merasakan suasana yang menenangkan, dilengkapi dengan aroma terapi yang lembut dan muzik santai.
 Serenity by Posh
Serenity by Posh menawarkan pelbagai rawatan yang memanjakan tubuh dan minda. Dari urutan klasik hingga rawatan inovatif yang menggabungkan teknik tradisional dan moden, setiap sesi direka untuk memenuhi keperluan unik anda. Rawatan signature mereka termasuk urutan aromaterapi, rawatan detox badan, dan terapi wajah yang menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi. Menarik kan?
 Serenity by Posh
Selain itu, spa ini juga menyediakan kemudahan lengkap seperti sauna, bilik mandi stim, dan kolam renang. Korang juga boleh nikmati urutan tersuai yang disesuaikan dengan keperluan kesihatan anda oleh ahli terapi pakar.
 Serenity by Posh
Serenity by Posh adalah pilihan yang sempurna bagi mereka yang ingin meluangkan waktu untuk diri sendiri dan merasai ketenangan jiwa. Kalau korang tengah cari spa di KL untuk memanjakan diri dengan pengalaman spa mewah di Kuala Lumpur, Serenity by Posh adalah destinasi yang tak boleh anda lepaskan!
  • Lokasi: 39 Floor, Element Kuala Lumpur, 8, Lrg Binjai, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (11:00AM-9:00PM)
  • Harga: Bermula dari RM499

8. Korean Headspa di Walking on Sunshine, Kuala Lumpur

Korean Headspa Experience at Walking on Sunshine
Walking on Sunshine di Kuala Lumpur menawarkan pengalaman Korean Headspa yang unik dan menyegarkan. Dengan pendekatan yang berfokus pada ketenangan dan kesejahteraan, rawatan ini menggunakan teknik urutan yang lembut dan produk berkualiti tinggi untuk merangsang kulit kepala dan mengurangkan ketegangan. Produk yang digunakan juga halal walaupun daripada Korea. Kalau korang yang stres dengan kerja, tempat ni sangat sesuai untuk mengurangkan tekanan!
Korean Headspa Experience at Walking on Sunshine
Suasana yang ceria dan perkhidmatan yang mesra menjadikan setiap sesi di sini sebagai pengalaman yang memuaskan, membolehkan anda merasai kelegaan dan ketenangan. Paling best, rawatan yang diberikan termasuk dengan buat rambut! Ehhh ada lagi best, tempat ni hijabi-friendly tau!
  • Lokasi: 1F-01,163, Retail Park, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (10:00AM-10:00PM)
  • Harga: Bermula dari RM162

9. Spa dan Urutan di Billion Onsen Kuala Lumpur

Billion Onsen KL
Billion Onsen di Kuala Lumpur memberikan anda pengalaman spa dan urutan yang memang lain daripada yang lain. Dengan konsep onsen Jepun, tempat ni campurkan elemen tradisional dan moden untuk bagi ketenangan kepada pengunjung.
Anda boleh nikmati pelbagai rawatan, dari urutan badan hingga mandian herba dan rawatan wajah yang menyegarkan. Kat sini ada pelbagai teknik urutan, termasuk aromaterapi dan refleksologi, semua untuk bantu kurangkan tekanan.Salah satu tarikan utama di Billion Onsen adalah kolam air panas yang diisi dengan mineral semulajadi, bagi pengalaman mandi yang super menenangkan. Lepas sesi urutan, anda boleh rehat di kawasan selesa, menjadikan lawatan anda lebih memuaskan.
Jadi, kalau korang cari tempat untuk hilangkan stres dan manjakan diri yang buka selama 24 jam, Billion Onsen di Kuala Lumpur adalah pilihan yang tepat.
  • Lokasi: 1st Floor, 33, Jalan Yap Kwan Seng, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (24 Jam)
  • Harga: Bermula dari RM150

10. Mandara Spa di Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur

Mandara Spa Experience at Sheraton Imperial
Mandara Spa di Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur menawarkan pengalaman spa yang mewah dan menyegarkan, menggabungkan tradisi spa Asia dengan sentuhan moden. Terletak di tengah-tengah bandar, spa ini merupakan tempat yang ideal untuk melarikan diri dari kesibukan harian dan menikmati momen relaksasi yang berharga.
Mandara Spa Experience at Sheraton Imperial
Mandara Spa Sheraton terkenal dengan pelbagai rawatan yang direka untuk memenuhi keperluan individu, termasuk urutan badan, rawatan wajah, dan terapi detox. Dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang berkualiti tinggi, setiap sesi dirancang untuk memanjakan tubuh dan minda.
Teknik urutan mereka, seperti urutan Bali yang terkenal, akan membawa anda ke tahap ketenangan yang baru. Boleh la feeling-feeling urut kat Bali!
Mandara Spa Experience at Sheraton Imperial
Suasana di Mandara Spa sangat menenangkan, dengan reka bentuk dalaman yang elegan dan pencahayaan lembut. Ruang rawatan yang luas dan privasi yang diberikan menjadikan setiap sesi terasa lebih intim dan eksklusif. Selain itu, korang juga boleh menikmati kemudahan tambahan seperti sauna dan bilik mandi stim.
Mandara Spa Sheraton juga menawarkan pelbagai pakej yang menarik, sesuai untuk mereka yang ingin menikmati pengalaman spa yang lengkap bersama pasangan atau rakan. Tunggu apa lagi? Luangkan waktu anda dan nikmati setiap saat di sini!
  • Lokasi: Jalan Sultan Ismail, Chow Kit, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Harga: Bermula dari RM220

11. Qi Odyssey Massage di Klang Valley

Qi Odyssey Massage Experience
Qi Odyssey di Klang Valley menawarkan pengalaman urutan yang unik dan menyegarkan, menggabungkan elemen tradisional dan moden untuk meremajakan tubuh dan minda. Dengan suasana yang tenang dan dekorasi yang harmoni, tempat ini menjadi pilihan ideal untuk semua golongan yang ingin berehat.
Qi Odyssey Massage Experience
Pengalaman di Qi Odyssey merangkumi pelbagai jenis urutan, termasuk urutan awan perak, urutan awan emas, urutan kaki monk dan banyak lagi! Setiap sesi dirancang untuk merangsang aliran tenaga dalam tubuh, membantu mengatasi ketegangan dan meningkatkan kesejahteraan keseluruhan. Terapi mereka juga menggunakan teknik yang berkesan dan bahan-bahan semulajadi, memastikan anda untuk dapatkan manfaat yang maksimum dari setiap rawatan.
Qi Odyssey Massage Experience
Kemudahan di Qi Odyssey dilengkapi dengan ruang rawatan yang selesa dan perkhidmatan yang mesra. Para terapis yang terlatih dan profesional akan memberikan perhatian penuh kepada keperluan anda. Menarik kan?
Qi Odyssey Massage Experience
Selain urutan, Qi Odyssey juga menawarkan pakej khusus yang menggabungkan pelbagai rawatan yang lain. Jadi kalau korang kat Klang Valley dan cari tempat untuk memanjakan diri dengan pengalaman urutan yang menenangkan, Qi Odyssey adalah spa yang korang kena cuba.
  • Lokasi: Lot CC-13, Concourse Floor, Tropicana Gardens Mall No. 2A, Persiaran Surian, Tropicana Indah, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (10:00AM-10:00PM)
  • Harga: Bermula dari RM73

12. The Spa by Grand Millennium Kuala Lumpur

The Spa by Grand Millennium
The Spa by Grand Millennium Kuala Lumpur menawarkan pengalaman spa yang mewah dan aesthetic, menjadikannya tempat yang disukai oleh para Gen Z! Terletak di lokasi yang strategik, spa ini menggabungkan keanggunan dengan suasana yang santai, memberikan pengunjung pengalaman relaksasi yang tiada tandingan.
The Spa by Grand Millennium
Di The Spa, anda boleh menikmati pelbagai rawatan, termasuk urutan aromaterapi, urutan badan, dan rawatan wajah yang menyegarkan. Setiap sesi menggunakan teknik yang berkesan dan bahan-bahan berkualiti tinggi, memastikan anda merasai manfaat maksimum dari setiap rawatan. Korang boleh cuba Heavenly Bali Massage! Mesti tenaaang sangat.
The Spa by Grand Millennium
Suasana di The Spa sangat menenangkan, dengan ruang rawatan yang luas dan reka bentuk yang elegan. Anda juga boleh menikmati kemudahan tambahan seperti sauna dan bilik mandi stim, memberikan pengalaman spa yang lebih menyeluruh.
The Spa juga menawarkan pakej-pakej istimewa yang direka untuk memenuhi keperluan individu, sama ada untuk pengunjung solo atau pasangan. Yang baru berkahwin, boleh lah pergi sini! Luangkan waktu anda di sini dan nikmati setiap detik ketenangan yang ditawarkan!
  • Lokasi: Grand Millennium, 160, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
  • Harga: Bermula dari RM328

13. Emmebi Italia Head Spa Kuala Lumpur

 Emmebi Italia Head Spa
Emmebi Italia Head Spa di Kuala Lumpur menawarkan pengalaman unik yang menggabungkan penjagaan rambut dan relaksasi. Untuk korang yang suka cantikkan rambut, korang boleh chill dan dapatkan rawatan penjagaan rambut kat sini dan alami spa rambut Jepun yang mewah dengan produk penjagaan rambut profesional Itali.
 Emmebi Italia Head Spa
Dengan teknik yang diilhamkan dari tradisi Itali, setiap sesi merangkumi rawatan rambut yang mendalam bersama urutan kulit kepala yang menenangkan. Suasana elegan dan layanan peribadi menjadikan pengalaman ini bukan sahaja memanjakan rambut, tetapi juga memberi ketenangan kepada minda.
Hmm bunyi macam tenang dan best kan? Tunggu apa lagi girls? Dapatkan rambut yang sihat sambil menikmati detik-detik relaksasi di Emmebi.
  • Lokasi: 33, Jalan Yap Kwan Seng, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (10:00AM-11:00PM)
  • Harga : Bermula dari RM199

14. Headspa di Mimpi Natural Headspa & Salon di Kuala Lumpur

Mimpi Natural Headspa KL
Mimpi Natural Headspa & Salon di Kuala Lumpur adalah destinasi sempurna untuk pengalaman headspa yang menenangkan. Dengan pendekatan semula jadi dan ramuan organik, mereka menawarkan rawatan yang bukan sahaja menyegarkan tetapi juga merawat kulit kepala dan rambut. Spa ni sesuai untuk korang yang nak healing!
Mimpi Natural Headspa KL
Suasana yang tenang dan terapis yang berpengalaman kat sini akan pastikan setiap sesi di Headspa Mimpi ni akan memuaskan anda. Nikmati ketenangan sambil merawat rambut anda dengan baik di Mimpi. Paling best, sangat budget-friendly!
  • Lokasi: G-31, PV128, Jalan Genting Kelang, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: Setiap Hari kecuali Isnin
  • Harga: Bermula RM39

15.Relaxing Head Spa di TTE Elephant Headspa, Kuala Lumpur

TTE Elephant Headspa, Kuala Lumpur
TTE Elephant Headspa di Kuala Lumpur menyediakan pengalaman head spa yang relaks dan unik. Dengan teknik urutan yang menyegarkan dan suasana yang santai, setiap sesi dirancang untuk mengurangkan ketegangan dan meningkatkan kesejahteraan.
TTE Elephant Headspa, Kuala Lumpur
Rawatan di sini menggabungkan aroma terapi dan perawatan kulit kepala yang akan memberikan pengalaman yang memuaskan dan menyegarkan. Spa ni juga merupakan spa yang hijabi-friendly! Kalau korang nak nikmati sesi spa yang lain dari lain, TTE Elephant Headspa adalah pilihan yang tepat!
TTE Elephant Headspa, Kuala Lumpur
  • Lokasi: UNIT NO 9-6 the boulevard mid valley city, Lingkaran Syed Putra, utara, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (10:00AM-7:00PM)
  • Harga: Bermula RM218

Lebih banyak inspirasi Spa & Urutan di Malaysia 🌸

Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu | 🔵Telegram
💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲