Lawatan balik hari terbaik Bangkok
Mengapa tinggal di Bangkok sedangkan terdapat banyak tempat untuk diterokai hanya dengan beberapa jam perjalanan? Anda akan terkejut dengan jumlah bandar menarik dan wilayah unik yang boleh dikunjungi dari Bangkok melalui kembara jalan raya yang menyeronokkan serta mudah (malah lawatan balik hari juga!).
Jika anda ingin keluar dari bandar, pilihlah lawatan balik hari 18 hari ini dari Bangkok dengan pelbagai tawaran seperti landskap yang menakjubkan, perairan biru dan kuil purba.
Sewa kereta di Klook untuk kembara jalan raya anda
🚗 Maklumat penting untuk kembara jalan raya: sewa kereta melalui Klook dari serendah RM103/hari! Anda boleh memilih untuk mengambil kereta tersebut di lapangan terbang atau di mana-mana lokasi yang sesuai untuk anda. Pilihlah jenis kereta yang sesuai untuk anda seperti kereta kompak yang selesa, SUV yang luas malah van komersial jika anda melancong bersama rakan dan keluarga.
1. Samut Prakarn
Tempoh pemanduan: 30 minit dari Bangkok
Tidak mahu memandu terlalu lama? Samut Prakarn ialah destinasi lawatan balik hari yang baik jika anda ingin melarikan diri seketika daripada kesesakan lalu lintas dan kesibukan Bangkok. Terletak di selatan Bangkok iaitu di muara Sungai Chao Phraya, Samut Prakan ialah wilayah yang menarik untuk diterokai.
Di sini, anda akan temui Ancient City luas yang menampilkan replika mercu tanda tempat terkenal Thailand mengagumkan, restoran tempatan yang menyajikan makanan laut segar, Muzium Erawan yang megah dan jeti yang menawarkan pemandangan matahari terbenam indah di tepi laut. Selain ke sini dengan ke sini dengan menaiki kereta, anda juga boleh ke Samut Prakarn melalui BTS Skytrain!
2. Nonthaburi
Tempoh pemanduan: 30 minit dari Bangkok (hanya 15 minit dari Chatuchak juga!)
Selami budaya tempatan di Nonthaburi, destinasi kepada muzium, pulau tembikar, dan sudah tentulah, pantai berpasir. Lawati Ko Kret, sebuah pulau buatan manusia yang dicipta daripada terusan yang terkenal dengan tembikarnya. Bagi individu yang mencari pinggan mangkuk yang unik, atau minat dengan seni tembikar, anda akan temui barang-barang tersebut di sini selain pasar terapung dan pelbagai jenis makanan.
Muzium Nonthaburi juga mempamerkani artifak budaya menarik dan memberi anda gambaran terperinci tentang sejarah kota tersebut.
3. Dream World (daerah Thanyaburi)
Tempoh pemanduan: 45 minit dari Bangkok
Mahu melakukan aktiviti mencabar setelah makam tom yam dan pulut mangga? Pergi ke Dream World, yang dikenali sebagai Disneyland versi Thailand! Terletak di daerah Thanyaburi hanya 40km dari Bangkok, Dream World menawarkan 40 tunggangan mendebarkan, tarikan mesra keluarga, pertunjukan memukau dan pelbagai aktiviti menarik untuk semua peringkat umur. Anda tidak perlu berbaris di kaunter tiket dengan tempahan tiket masuk Dream World menerusi Klook
4. Nakhon Pathom
Tempoh pemanduan: 45 minit dari Bangkok
Nakhon Pathom ialah satu lagi destinasi lawatan balik hari yang berdekatan dengan Bangkok, juga boleh sampai melalui pemanduan selama 45 minit dari pusat bandar. Terkenal sebagai destinasi stupa emas tertinggi di dunia, pagoda terbesar di Thailand, serta sebuah biara Buddha purba. Nakhon Pathom ialah permata tersembunyi walaupun terletak begitu dekat dengan ibu kota Thailand yang meriah.
Terdapat banyak tarikan lain di sini, termasuk Kuil Wat Samphran megah yang menampilkan arca naga merah jambu yang membelit kuil setinggi 17 tingkat (anda boleh naik ke puncak kepala naga untuk melihat pemandangan indah!) seperti Muzium Thai Human Imagery, beberapa pasar terapung serta pasar tempatan kecil yang telah wujud selama lebih 100 tahun.
5. Ayutthaya
Tempoh pemanduan: 1 jam dari Bangkok
Mahukan lawatan balik hari yang pantas? Pergi ke bandar purba Ayutthaya, Tapak Warisan Dunia UNESCO yang terletak hanya satu jam pemanduan dari pusat bandar Bangkok. Bandar bersejarah Thai ini terkenal dengan tinggalan purba serta sejarah yang kaya.
Anda akan temui banyak monumen, istana dan kuil yang dibina beberapa dekad yang lalu berdiri teguh dan menantikan kunjungan oleh orang ramai. Anda boleh pergi ke Ayutthaya melalui kembara jalan raya persendirian, atau dengan menempah lawatan balik hari yang selesa di Klook sekiranya anda tidak mahu bimbang tentang cara untuk sampai ke sini.
6. Ratchaburi
Tempoh pemanduan: 1 jam 30 minit dari Bangkok
Terletak di tengah-tengah Thailand di sebelah barat Bangkok, Ratchaburi ialah wilayah tenang yang paling terkenal dengan Pasar Terapung Damnoen Saduak yang ikonik. Anda boleh menaiki bot kayu tradisional serta melalui terusan yang dipenuhi dengan penjual yang mempunyai segala-galanya seperti makanan, kraftangan dan cenderahati.
Selain pasar terapung, Ratchaburi juga merupakan destinasi kepada banyak tempat bersejarah dan alam semula jadi seperti Bo Khlueng Hot Stream, Taman Kembara Khao Ngu dan AlpacaHill, iaitu ladang pembiakan alpaka yang pertama dan satu-satunya di Thailand!
7. Kanchanaburi
Tempoh pemanduan: 2 jam dari Bangkok
Jika anda sangat menyukai tempat yang penuh dengan sejarah dan alam semula jadi, anda pasti akan jatuh cinta dengan Kanchanaburi. Dihiasi dengan pemandangan mempesona termasuk 'Death Railway' (dibina oleh tahanan Jepun dan buruh hamba semasa Perang Dunia Kedua) dan muzium perang, Kanchanaburi menawarkan pengetahuan yang menarik tentang masa lalunya yang gelap.
Anda juga boleh mendekatkan diri dengan alam semula jadi di taman negara yang dipenuhi dengan air terjun yang indah, gua, hutan kehijauan, dan tebing batu kapur.
Sedang mencari lawatan mudah untuk ke Kanchanaburi? Lihatlah maklumat ini!:
8. Nakhon Nayok
Tempoh pemanduan: 2 jam dari Bangkok
Salah satu perkara yang menjadikan Nakhon Nayok unik dan berbaloi untuk dikunjungi ialah destinasi ini mempunyai air terjun sembilan tingkat, selain daripada kafe dengan panorama mengagumkan dan makanan tempatan yang lazat. Air Terjun Sarika yang tinggi dan mengagumkan merupakan sebuah pemandangan memukau ketika anda melihat air turun dari tebing yang tinggi, dan terus mengalir ke dalam kolam yang boleh anda berenang juga.
Terdapat juga Kuil Chulabhorn Wanaram, yang terkenal dengan laluan pejalan kaki rumpun buluh estetik yang hampir serupa dengan yang ada di Kyoto! Apabila anda berada di sana, jangan lupa untuk menyaksikan matahari terbenam dari Empangan Khun Dan Prakarn Chon, dengan pemandangan gunung dan laut yang terindah!
9. Pattaya
Tempoh pemanduan: 2 jam dari Bangkok
Jika anda peminat seni, sejarah dan aktiviti berkaitan alam semula jadi, Pattaya ialah salah satu destinasi yang anda tidak boleh tinggalkan. Taman Tropika Nong Nooch yang luas anda wajib pergi, dengan 2.4 kilometer persegi landskap kehijauan indah, termasuk beberapa elemen kejutan seperti arca dinosaur dan replika Stonehenge.
Kemudian bermesra dengan harimau di Taman Harimau Pattaya, tempat anda boleh berpelukan dengan anak harimau yang comel dan menonton haiwan megah ini bermain. Selepas menikmati masa di hutan tropika, sejukkan diri dan singgah ke kubah ais FROST Magical Ice of Siam yang sesuai untuk gambar Instagram, tempat anda boleh meneroka arca ais yang menggambarkan cerita rakyat Thai serta makhluk prasejarah.
10. Khao Yai
Tempoh pemanduan: 2 jam 30 minit dari Bangkok
Pernah menjadi permata yang tidak diteroka, Khao Yai telah menjadi destinasi kembara jalan raya yang popular dari Bangkok sejak beberapa tahun lalu, dan mudah untuk kita tahu sebabnya. Pekan santai ini mempunyai daya tarikan yang ringkas dan dipenuhi dengan pemandangan indah, seperti ladang bunga matahari, taman negara yang mengagumkan, serta kampung-kampung indah yang dipenuhi dengan seni bina Eropah.
Untuk pengembaraan yang lancar, tempah Lawatan Tersuai Khao Yai di Klook supaya anda boleh duduk dan berehat di dalam kenderaan persendirian dengan pendingin hawa sambil meneroka keindahan Khao Yai.
11. Suan Phueng
Tempoh pemanduan: 2 jam 30 minit dari Bangkok
Suan Phueng ialah destinasi lawatan balik hari mesra keluarga yang kurang dikenali dan terletak berhampiran Bangkok (secara teknikalnya daerah dalam Ratchaburi). Kawasan ini dipenuhi dengan ladang alpaka, agropelancongan Jepun, taman arca batu dan banyak lagi! Temui alpaka yang comel di Alpaca Hill, dan singgah ke zoo untuk melihat itik, biri-biri dan haiwan comel lain secara lebih dekat atau pergi ke Ladang Scenery Vintage untuk meluangkan masa dengan kambing biri-biri.
Anda juga tidak boleh ketinggalan untuk singgah ke Coro Field, sebuah ladang bertemakan Jepun dengan tempat bergambar estetik dan sudah tentulah, hasil tanaman tempatan yang boleh anda cuba di kafe mereka. Taman Batu Khao Ngu ialah satu lagi tempat unik untuk dikagumi, formasi batuan menakjubkan yang tercipta selepas ia terbentuk daripada letupan. Dapatkan lawatan peribadi dan terokai tarikan terbaik Suan Phueng!
12. Hua Hin
Tempoh pemanduan: 3 jam dari Bangkok
Mahu cuba kedua-duanya sekali gus, berjalan-jalan di bandar yang meriah dan pantai yang tenang? Pandu selama 3 jam dari Bangkok ke Hua Hin (atau tempah lawatan tersuai kereta sewa dicarter peribadi di Klook), resort tepi laut tertua di Thailand.
Hua Hin secara amnya lebih sejuk berbanding destinasi pantai popular lain seperti Phuket, dan sesuai jika anda ingin menikmati percutian pantai yang menenangkan. Selain bersantai di tepi pantai, jangan lupa juga untuk melihat pelbagai tarikan di bandar seperti kuil dan pasar tempatan.
13. Khao Kho
Tempoh pemanduan: 5 jam dari Bangkok
Khao Kho dikenali sebagai bandar ajaib di atas awan, berada lebih jauh dari Bangkok tetapi (pada pendapat kami) berbaloi dengan pemanduan selama 5 jam tersebut. Daerah pergunungan di wilayah Phetchabun ini menawarkan pemandangan luar biasa dan keindahan mistik dengan hutan tebal, sungai dan pemandangan dari puncak yang menakjubkan.
Kawasan ini juga mempunyai iklim yang sejuk hampir sepanjang tahun, menjadikannya destinasi percutian menyegarkan bagi mereka yang berharap dapat melarikan diri daripada cuaca panas tropika Asia Tenggara. (Semasa kami ke sini dahulu, suhu pada waktu siang mencecah sehingga 16ºC!)
14. Lampang & Lamphun
Tempoh pemanduan: 8 jam dari Bangkok
Pernah ke Lampang dan Lamphun (dan menikmati susu soya serta doh goreng di sini) - kami sentiasa mengesyorkan anda untuk menggabungkan lawatan ke tempat-tempat ini jika anda merancang untuk pergi ke Chiang Mai, atau ingin memandu dari Bangkok ke utara Thailand (seperti yang kami lakukan dan akan lakukannya sekali lagi).
Lagun biru tersembunyi yang dikelilingi oleh hutan yang penuh dengan pokok adalah salah satu daripada pelbagai permata tersembunyi di Lampang. Pemandangan di sini benar-benar tiada tandingannya dengan tempat seperti Wat Chaloem Phra Kiat Phrachomklao Rachanusorn, yang juga dikenali sebagai kuil di awan.
Lamphun, yang hanya 3 jam perjalanan dari Lampang, juga destinasi kepada Air Terjun Koh Luang, air terjun hebat setinggi 7 tingkat yang boleh anda berenang, atau meneroka sistem gua di kawasan itu. Jangan lupa dapatkan kek longan yang terkenal di sini juga!
Sedang mencari lawatan mudah ke Lampang dan Lamphun? Lihat maklumat ini!:
15. Chiang Mai
Tempoh pemanduan: 9 jam dari Bangkok
Tahukah anda bahawa anda boleh memandu dari Bangkok ke Chiang Mai? 😯 Pandu ke utara dalam kembara jalan raya yang benar-benar tidak dapat dilupakan dari Bangkok (telah dicuba dan dilakukan secara peribadi!). Anda akan melalui bandar yang menarik (sesuai untuk berehat seketika, pengembaraan tambahan di sepanjang jalan atau bermalam) sebelum anda sampai ke bandar yang indah dari Chiang Mai.
Destinasi kepada 300 kuil Buddha dan landskap yang menakjubkan, Chiang Mai dipenuhi dengan pemandangan mengagumkan (helo, Doi Inthanon dan Doi Ang Khang), penduduknya yang mesra, makanan yang lazat, serta pasar malam dengan banyak barang-barang kreatif! Tambahan pula, terdapat seramik unik dari hanya SG$0.80 (20 baht).
16. Nan
Tempoh pemanduan: 9 jam dari Bangkok
Semasa menghias kuku di pasar malam di Bangkok beberapa tahun lalu, jururias tangan dan kuku Thai tempatan tersebut berkongsi bahawa Nan adalah tempat kegemarannya untuk melancong di Thailand dan tidak hairanlah. #kisahbenar
Pandu kereta anda melalui landskap hijau indah dan terokai budaya, sejarah serta tradisi yang kaya. Lawati Muzium Negara Nan untuk mengetahui tentang komuniti etnik, amalan agama dan khazanah sejarah Nan.
Di kuil Wat Phra That Khao Noi, anda boleh melihat patung Buddha emas setinggi 9 meter yang ikonik, atau melawati Wat Phumin, sebuah kuil dari abad ke-19, yang merupakan salah satu pemandangan paling menarik Nan, dan pukau diri anda dengan mural yang menggambarkan kehidupan harian di sana semasa anda menerokai kota ini!
17. Chiang Rai
Tempoh pemanduan: 11 jam dari Bangkok
Selepas tiba di Chiang Mai, anda juga boleh meneruskan perjalanan ke Chiang Rai (atau menempah lawatan sehari dari Chiang Mai melalui Klook), sebuah pekan yang sering dilupakan oleh pelancong yang memerlukan tambahan 3 jam perjalanan.
Destinasi kepada kuil yang megah dan seni bina terperinci - kuil putih Wat Rong Khun dan kuil biru Wat Rong Suea Ten (kuil yang bagaikan ikan duyung wajib dilihat sendiri seperti arca dalam gambar di atas!) - Taman Singha yang indah, Ladang Teh Choui Fong (teh oolong osmanthus terbaik yang pernah wujud), dan Doi Tung yang menawan...
Chiang Rai penuh dengan pemandangan indah dan pengalaman hebat yang menunggu untuk diterokai!
18. Pai
Tempoh pemanduan: 11 jam 30 minit dari Bangkok
Teruskan lebih jauh ke utara dari Chiang Rai dan anda akan menemui Pai, permata hipi rahsia dengan suasana santai dan bohemian. Kawasan ini sungguh menarik untuk diterokai dengan tempat seperti Kampung Santichon, sebuah perkampungan Cina yang lebih kelihatan seperti istana Cina, dan Pai Walking Street (pelbagai makanan jalanan yang luar biasa dan cenderamata!).
Jika tidak, luangkan masa ke sawah padi subur dan lorong-lorong unik yang jauh dari kesibukan kota Bangkok, dan pastikan anda melihat kemegahan Pai Canyon, yang dikenali sebagai Grand Canyon versi Thailand!
💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini: