Makanan Halal di Seoul: 13 Restoran Mesra Muslim untuk Percutian Seoul Anda Yang Seterusnya

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 7 Nov 2023
MY BM Makanan halal di Seoul

Tempat makan halal di Seoul, Korea 🇰🇷

yang good bbq seoul korea restoran makanan halal
Kredit Foto: @yanggood
Oh Korea 🇰🇷, negara K-pop yang menagihkan, K-drama yang penuh air mata, dan semestinya, masakan yang membuat anda terliur!😋 Walaupun anda boleh jumpa restoran Korea yang disahkan Halal dengan mudah di Malaysia, anda perlu berusaha sedikit untuk mencari restoran yang Halal di Seoul. Tetapi jangan risau, sedikit pencarian dan persediaan terlebih dahulu akan menyelesaikan masalah ini.Bagi membantu anda, ini adalah panduan kami untuk 13 restoran mesra Muslim di dalam dan sekitar Seoul!

Restoran halal terbaik di Seoul, Korea Selatan 🇰🇷

1. EID – 이드 Makanan Korea Halal

EID Makanan Korea Halal seoul korea
Kredit Foto: Halaman Facebook EID
Apabila bercakap tentang makanan Halal dan Seoul 🇰🇷, satu nama yang anda akan lihat sering muncul ialah EID.Terletak berdekatan dengan Masjid Pusat Seoul (Seoul Central Mosque), restoran yang dikendalikan oleh keluarga Korea yang beragama Islam ini adalah kegemaran ramai pengembara Muslim. Terokai masakan asli Korea mereka seperti bibimbap, bulgogi dan banchan (hidangan sampingan) tanpa had! 🍜
  • Alamat: 67 Usadan-ro 10-gil, Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul, South Korea

2. Restoran Makan Halal

Selang beberapa kedai dari restoran EID, anda akan temui sebuah lagi restoran mesra Muslim dengan nama Restoran Makan Halal. Kedai makan Itaewon ini menampilkan pilihan kegemaran tempatan seperti bulgogi daging lembu, dakdoritang (ayam direbus dalam kuah pedas), mulnaengmyeon (mi sejuk) dan banyak lagi, serta dosirak (bekal makan tengah hari Korea yang dibungkus) jika anda lebih gemar untuk bawa pulang.
  • Alamat: 52, Usadan-ro 10 gil, Yongsan-gu, Seoul, South Korea 140-911

3. HAJJ Korea Halal Food

HAJJ Makanan Halal Korea seoul restoran makanan halal
Terletak tidak jauh dari Masjid Itaewon, Hajj Korea Halal Food sangat sesuai untuk hidangan enak selepas solat. Restoran ini menawarkan menu lazat yang bukan sahaja masakan Korea seperti samye-tang (sup ayam ginseng), kimchi jjigae, nasi bulgogi, dan bindae-tteok (penkek kacang hijau), tetapi juga hidangan Malaysia seperti ayam bakar nasi goreng dan teh tarik, sekiranya anda merindui cita rasa rumah.
  • Alamat: South Korea, Seoul, Yongsan-gu, Hannam-dong, Usadan-ro 10-gil, 39 1층

4. Restoran Kampungku

Restoran Kampungku  makanan korea halal seoul korea
Kredit Foto: @kampungkuseoul
Restoran Kampungku restoran makanan korea halal seoul korea
Kredit Foto: @kampungkuseoul
Mengidam ayam goreng Korea yang sedap? Restoran Kampungku merupakan salah satu tempat terbaik untuk mendapatkannya. Terletak hanya beberapa langkah dari Stesen Myeongdong, Restoran Kampungku juga menawarkan menu asli yang terdiri daripada masakan Korea serta Malaysia. Kami dengar ayam goreng Korea mereka sedap! Nota sampingan: restoran ini juga mempunyai ruang solat yang luas untuk sesiapa sahaja yang perlu solat atau berehat - anda dialu-alukan untuk menggunakannya walaupun anda sedang menjamu selera, baik betul mereka, bukan? 🥺
  • Alamat: 16-4 Namsandong 2(i)-ga, Jung-gu, Seoul, South Korea

5. Busan Jib Halal Food

Selepas seharian letih membeli-belah di Myeongdong, pastinya anda ingin menikmati keselesaan hidangan yang lazat. Sungguhpun namanya Busan Jib, restoran yang terletak di tengah-tengah Seoul ini menawarkan menu hidangan tempatan yang selesa! Kebanyakan orang datang ke sini untuk BBQ Halal yang lazat. Kami dengar bos wanita itu juga sangat peramah dan bertimbang rasa, jadi itu pastinya satu kelebihan.
  • Alamat: 11-4 Myeongdong 8-gil, Myeong-dong, Jung-gu, Seoul, South Korea

6. Halal Kitchen Korea

Terletak di perkampungan yang kaya dengan budaya menawan di Kampung Bukchon Hanok, Halal Kitchen Korea adalah tempat persinggahan yang sempurna selepas penat mendaki cerun bukit yang ekstrem. Bertempat di hanok tradisional Korea yang selesa, anda boleh temui hidangan seperti dakgalbi, bulgogi, bibimbap, dan banyak lagi. Makanan yang sedap, pemandangan yang indah dan suasana yang menakjubkan, tidak hairanlah restoran ini mendapat sambutan hangat!
  • Alamat: 86-2 Samcheong-ro, Samcheong-dong, Jongno-gu, Seoul, Republic of Korea, South Korea

7. Chunja Daegutang

Di tengah-tengah kesibukan jalan Hongdae, anda boleh temui kedai makan yang pakar dalam membuat sup ikan kod. Chunja Daegutang menggunakan ikan kod sebagai ramuan istimewanya dan diubah menjadi hidangan yang menyelerakan seperti daegu-ppoljjim (cod cheeks kukus) kepada daegu-jeongol (satu periuk makanan panas ikan kod). Jadi, jika anda berada di kawasan itu, pastikan anda singgah ke restoran ini.
  • Alamat: 375-44, Seogyo-dong, Mapo-gu, Seoul

8. Yang Good BBQ

yang good bbq seoul korea restoran makanan halal
Kredit Foto: @yanggood
Apalah ertinya lawatan ke Korea jika anda tidak ber-BBQ? Agak mustahil untuk mencari restoran yang mesra halal, namun kita masih ada harapan! Yang Good BBQ di Gangnam menggunakan daging yang disahkan Halal yang diimport dari Australia. Daging kambing mereka ada yang diperap dan tidak diperap. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa kerana restoran ini juga popular dalam kalangan penduduk tempatan, mereka juga menyajikan minuman keras.
  • Alamat: 15, Nonhyeon-ro 95-gil, Gangnam-gu, Seoul, South Korea

9. The Halal Guys Itaewon

The Halal Guys Itaewon seoul restoran makanan halal
Kredit Foto: @thehalalguyskorea
Jika anda telah menikmati makanan Korea autentik dan mengidam sesuatu yang berbeza, kami cadangkan anda supaya meletakkan The Halal Guys pada senarai kedai makan anda! Dengan permulaan operasi yang sederhana daripada trak makanan di New York City, anda boleh mendapatkan falafel yang terkenal, gyros dan sandwic ayam di The Halal Guys. Mereka juga menjual nasi dan mangkuk ayam yang sangat mengenyangkan, lazat, dan boleh didapati pada harga yang berpatutan. Semua bahan yang digunakan adalah 100% disahkan halal serta popular dalam kalangan vegetarian dan vegan di Seoul.
  • Alamat: South Korea, Seoul, Yongsan-gu, Itaewon-ro, 187 이태원역 2번출구 2층

10. Osegyehyang

Sumber: Visit Korea
Osegyehyang bukanlah restoran yang diperakui Halal secara eksplisit, namun ia merupakan restoran vegan berasaskan soya.Terletak di Insadong, anda boleh menjamu selera dengan selesa dan mencuba beberapa hidangan berasaskan tumbuhan mereka seperti ttukbulgui (daging sayur mangkuk batu), bulgui deopbap (nasi daging sayuran) dan banyak lagi. Anda pasti akan berasa selesa selepas makan kerana mereka menggunakan protein soya berkualiti tinggi dan minyak perilla dalam ramuannya
  • Alamat: 14-5 Insadong 12-gil, Jongno-gu, Seoul

11. Balwoo Gongyang

Sumber: Visit Korea
Satu lagi restoran berasaskan tumbuhan yang sangat berbaloi untuk dikunjungi di Seoul ialah Balwoo Gongyang. Mengikuti prinsip agama Buddha dan masakan tradisional Korea, mereka hanya menggunakan makanan vegetarian organik dalam masakan mereka. Restoran ini juga mengecualikan penggunaan sayur-sayuran pedas seperti daun bawang, bawang merah, daun kucai, lik dan bawang putih. Walaupun tidak banyak yang dinyatakan di atas kertas, makanannya pasti sedap seperti yang boleh dibuktikan oleh panduan Michelin.
  • Alamat: 56 Ujeongguk-ro, Jongno 1(il).2(i).3(sam).4(sa), Jongno-gu, Seoul, South Korea

12. BoA Travel House

Walaupun ia bukan sebuah restoran yang lengkap, rumah tamu di Hongdae ini terkenal dengan dosirak halal buatan sendiri (bekal makan tengah hari Korea yang dibungkus). Bukan sahaja memenuhi pelanggan Muslim BoA Travel House, tetapi anda juga boleh menjamu selera di restoran rumah tamu atau memesan dosirak bungkus!
  • Alamat:15, Sinchon-ro 1-gil, Seodaemun-gu, Seoul, South Korea 120836

13. Dongmoon di Pulau Nami

Sumber: namisum.com
Pulau Nami tidak berada di Seoul, namun kebanyakan pelancong yang melawat bandar ini berkemungkinan besar akan melawat ke tempat terkenal ini. Memang banyak restoran dan kafe di Pulau Nami, namun mencari tempat Halal mungkin sedikit mencabar. Di Dongmoon, anda boleh temui pilihan kegemaran tempatan serta masakan Asia yang lain.
  • Alamat: 198 Bangha-ri, Namsan-myeon, Chuncheon, Gangwon-do, South Korea

Mulakan pengembaraan meneroka Seoul anda! 🇰🇷

Sudah kenyang dengan makanan? Pastikan anda menempah pengalaman Seoul, keperluan perjalanan dan aktiviti anda di Klook untuk percutian yang tidak dapat dilupakan!

💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu | 🔵Telegram