Manjakan diri anda dengan minum petang high tea 🍵
Anda teringin nak manjakan diri dengan sesuatu yang indah atau mencari tempat yang tenang dan menarik untuk berborak bersama kawan-kawan, keluarga atau orang yang tercinta? Kami ada senaraikan beberapa tempat minum petang terbaik di KL untuk anda nikmati petang anda dengan sandwic, skon, macaroon dan teh wangi!
Tempat minum petang di sekitar KL & PJ 🍵
1. THIRTY8, Grand Hyatt Kuala Lumpur
THIRTY8 semestinya salah satu tempat minum petang kegemaran kami di KL. Terletak di tingkat 38 di Grand Hyatt Kuala Lumpur, lokasi ini lengkap dengan tingkap besar, ruang yang luas dan cahaya matahari semula jadi.
Nikmati set 3-tier minum petang dengan hidangan yang enak (daripada puding mangga kepada tart badam strawberi, eclair pistasio dan dimsum) bersama kopi dan teh tanpa had. Anda boleh nikmati bufet minum petang pada hujung minggu dan cuti umum!
- Alamat: Grand Hyatt Kuala Lumpur, 12, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur
- Harga: dari RM168 (tempah di sini)
2. Altitude di Banyan Tree Kuala Lumpur
Terletak di tingkat 53 di Banyan Tree Kuala Lumpur, Altitude menawarkan Sky Afternoon Tea yang popular dengan pemandangan langit yang menakjubkan. Minum petang di sini menghidangkan sandwic salmon bakar, skon kismis, mousse coklat, tart meringue lemon, sandwic truffle telur dan puding tofi likat.
Yang kami suka tentang Altitude adalah mereka sentiasa sediakan menu bermusim dari masa ke semasa, seperti Sakura Spring Afternoon Tea masa terhad pada awal tahun ini yang menawarkan menu pencuci mulut khas yang dihidang dalam kotak bento hanami!
- Alamat: No. 2, Level, 53, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur
- Harga: RM179 seorang (dapatkan diskaun 10% di Klook)
3. Lobby Lounge di New World Petaling Jaya Hotel
Set minum petang klasik New World Petaling Jaya Hotel dihidang dalam penghidang tiga tingkat dengan beberapa jenis hidangan seperti sandwic mini, quiche bayam, eclair berisikan krim pastri vanila, macaroon pisang berkaramel, meringue serikaya lemon dan banyak lagi. Nikmati pengalaman yang indah bersama ruang istirahat yang dihiasi dengan elegan dan tingkap besar.
- Alamat: New World Petaling Jaya, Tingkat 2, Paradigm, 1, Jalan SS7/26A, 47301 Petaling Jaya, Selangor
- Harga: RM128 untuk 2 orang (tempah di sini)
4. OneSixFive Lounge, InterContinental Kuala Lumpur
Terletak di antara taman tropika dan air terjun, OneSixFive Lounge adalah ruang di InterContinental Kuala Lumpur yang menawarkan pengalaman minum petang ditemani keindahan taman.
Menu Secret Garden Afternoon Tea di OneSixFive Lounge menawarkan hidangan seperti sandwic ciabatta ayam, kek karamel coklat masin, tart badam pic dan kek opera kopi oren! Sambil-sambil itu, bermalamlah di hotel ini juga.
5. Atmosphere 360 di KL Tower
Terletak di ketinggian 282m, Atmosphere 360 adalah restoran moden dan elegan yang terletak di Menara KL ikonik, menawarkan pemandangan seluruh langit KL secara 360 darjah.
Nikmati pengalaman minum petang di tempat yang tinggi dari restoran paling tinggi di KL. Minum petang di Atmosphere 360 sebenarnya berpatutan apabila dibandingkan dengan tempat lain di KL - anda cuma perlu bayar RM88 apabila anda menempah baucar bufet minum petang anda di Klook! Selain minum petang, anda juga boleh makan tengah hari atau makan malam di Atmosphere 360.
- Alamat: Atmosphere 360, TH02, Menara Kuala Lumpur, 2, Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur
- Harga: dari RM58 (tempah di Klook)
6. Link Café di Sheraton Petaling Jaya Hotel
Nikmati minum petang mewah dengan orang yang tersayang di Hotel Sheraton Petaling Jaya, hotel mewah 5 bintang di PJ. Ingin minum petang sambil menderma?
Untuk bulan Kesedaran Kanser Payudara, Hotel Sheraton Petaling Jaya menawarkan set minum petang bersama beberapa jenis hidangan merah jambu - mereka akan menderma RM5 untuk setiap set bagi membantu Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA). Selain daripada set minum petang, hotel ini juga menawarkan bufet minum petang sepanjang hujung minggu!
- Alamat: Lorong Utara C, Pjs 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor
- Harga: RM140 untuk 2 orang (tempah di sini)
7. The Living Room di The Westin Kuala Lumpur
Nak minum petang dengan hidangan tempatan? Minum petang di The Westin Kuala Lumpur menawarkan hidangan seperti Roti Jala Serunding Ayam, Macaroon Matcha, Blini, Pie Tie dan banyak lagi.
Yang bestnya, minum petang di The Westin Kuala Lumpur buka sepanjang hari dari 10:30 pagi ke 10 malam! Suasana di sini pasti memberi anda pengalaman yang seronok untuk minum petang sambil berbual dengan kawan-kawan dan keluarga.
- Alamat: Tingkat UG, The Westin Kuala Lumpur, 199, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
- Harga: RM88 untuk dua orang (tempah di sini)
8. Latitude 02 di Le Méridien Putrajaya
Latitude 02 terletak di Le Méridien Putrajaya - kalau anda tak kisah memandu jauh sikit, anda wajib datang ke sini. Pengalaman minum petang di Latitude 02 adalah salah satu tempat yang berpatutan di Lembah Klang.
Anda juga boleh dapat diskaun tambahan sebanyak 49% apabila anda tempah baucar anda di Klook. Jangan lupa pesan eclair di sini. Kami dengar ia hidangan paling popular untuk minum petang di Latitude 02!
- Alamat: Le Meridien Putrajaya, Ioi Resort, Putrajaya, Selangor, Malaysia
- Harga: RM61.50 untuk dua orang (dapatkan diskaun 49% di Klook)
9. Lobby Lounge di Shangri-La Hotel
Lobby Lounge di Hotel Shangri-La adalah sebuah lagi tempat popular untuk minum petang di KL. Walaupun ia tak ada pemandangan skyline KL macam di tempat lain dalam senarai ini, kami suka suasana indah yang ditemani taman air, suasana tenang dan hiburan muzik secara langsung di sini.
Pada bulan Oktober ini, tunjukkan sokongan anda untuk kesedaran kanser payudara dengan minum petang bertemakan merah jambu seperti macaroon raspberi, tart beri merah, skon kranberi merah jambu, koktail udang dan banyak lagi.
- Alamat: Tingkat Lobby, Hotel Shangri-La, No 11, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
- Harga: RM80 seorang (dapatkan diskaun 9% di Klook)
10. The Orchid Conservatory, The Majestic Hotel KL
Anda nak minum petang sambil dikelilingi orkid? Hotel The Majestic Kuala Lumpur menawarkan minum petang di konservatori orkid mereka yang pasti memberi pengalaman indah! Ia memang unik di Malaysia, di mana mereka mempamerkan pokok orkid gantung yang cantik (biasanya mereka pamerkan orkid phalaenopsis mengikut musim) di dalam atrium kaca. Ia sememangnya tempat minum petang yang paling indah di KL.
11. The Lounge at Four Seasons Hotel
The Lounge di Hotel Four Seasons menawarkan minum petang untuk dua jam setiap hari - selain daripada macaroon dan skon, anda juga boleh cuba hidangan unik ala Malaysia. Kami dengar Sago Mangga dan Tiramisu Four Seasons wajib dicuba! Selain daripada minum petang, anda juga boleh nikmati sarapan, makan tengah hari, makan malam dan juga minum-minum petang di sini.
12. The Drawing Room di St. Regis
The Drawing Room di The St. Regis Kuala Lumpur adalah ruang berkelas yang terkenal dengan arca kuda gergasi oleh artis terkenal Colombia, Fernando Botero dan candelier kristal 5-tingkat di siling. Nikmati minum petang yang mewah di ruang yang cantik, diinspirasi oleh bukit tanaman teh di Malaysia!
Lebih banyak tempat makan menarik di sekitar KL!
💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini: