Percutian healing di Hat Yai: 10 Hotel yang best & selesa di Hat Yai bawah RM300 semalam

Aisyah Farhanah
Aisyah Farhanah
Last updated 16 Apr 2024
hat yai

Rancang percutian anda ke Hat Yai!

Floating market
Hat Yai adalah sebuah bandar yang menawan dengan kepelbagaian budaya, warisan tradisi yang kaya, makanan yang lazat, dan tempat-tempat melancong yang berpatutan. Destinasi ini sangat diminati oleh pelancong dari pelbagai negara, termasuk pelancong Muslim. Hat Yai juga merupakan salah satu destinasi popular untuk bercuti pada cuti sekolah dan hari perayaan.
Di bandar ini, anda akan menemui pelbagai jenis makanan Thai yang sedap dan halal untuk dinikmati. Untuk dapatkan percutian yang sempurna anda pasti nak duduk di hotel yang murah, selesa dan dekat dengan tempat menarik di Hat Yai. Jangan risau, Klook akan sediakan hotel terbaik yang murah dan selesa untuk anda!

Senarai hotel di Hat Yai


1. Centara Hotel Hat Yai

Centara Hotel Hat Yai
Centara Hotel Hat Yai adalah salah satu hotel yang mendapat rating tinggi dari para pelancong. Kalau anda nak tahu, Hat Yai Railway Station, dalam 600m je dari hotel. Jadi, kalau korang nak explore bandar Hat Yai, memang senang!
Dari airport pun, tak lah jauh sangat, dalam 11.3km je. Sebab kat sini ada servis pengambilan dan penghantaran ke lapangan terbang dan stesen bas/kereta api, walaupun ada caj tambahan.
Kat hotel ni banyak tempat menarik yang anda boleh explore. Contohnya, Odean Shopping Mall, Lee Gardens Plaza Shopping Mall, Bangkok Thai Massage, Asean Night Bazaar, Hat Yai City - Kim Yong Market, Penang Plaza. Senang sangat, dekat je semua!
Centara Hotel Hatyai
Bilik kat hotel ni selesa dan nampak cantik kan? Yang paling best, harga bermula dari RM223 satu malam je. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menginap di Centara Hotel Hat Yai masa korang datang Hat Yai tau.

2. Richman Resort Hotel HatYai

Hat Yai Richman
Richman Resort Hotel merupakan salah satu hotel mewah di Hat Yai tapi korang jangan risau sebab harga dia tak semahal hotel - hotel hebat di tempat lain. Hotel ni hanya 13.3km je dari lapangan terbang.
Kalau korang suka shopping, boleh je jalan kaki ke Greenway Night Market, Lotus’s Hat Yai, atau Makro Hat Yai, semua dalam jarak 2km je dari hotel. Kalau nak merasa makanan sedap-sedap, ASEAN Night Bazaar yang famous tu pun dekat, dalam 1.4km. Best kan?
Hat Yai Richman
Yang paling penting, harga bermula dari RM278 satu malam. Murah kan berbanding hotel-hotel mewah dan cantik ? Bilik di hotel ni juga luas dan selesa. Plus, WiFi kat sini free guys! Jadi, jom book sekarang, plan trip korang ke Hat Yai!

3. Lee Gardens Hotel Plaza Hat Yai

Lee Gardens Plaza Hotel
Kredit: @leegardensplazahotel
Lee Gardens Plaza Hotel merupakan hotel yang terletak di daerah Hat Yai downtown. Hotel ini sangat strategik sebab berdekatan dengan tempat- tempat menarik di Hat Yai. Jarak antara Hat Yai Railway Station juga hanya 650 meter.
Hat Yai
Harga kat hotel ni bermula dengan RM192 satu malam di Klook. Bilik pun selesa dan cantik! Best kan? Dekat je kalau korang nak jalan - jalan! Paling best hotel ni sangat dekat dengan Lee Garden Night Market!

4. HatYai Signature Hotel

Hat Yai HatYai Signature Hotel
HatYai Signature Hotel ini merupakan hotel yang terletak hanya 2.0km dari Hat Yai Railway Station. Kalau anda naik train dari Malaysia, dekat je dengan hotel ni! Dari airport pun senang, Hat Yai International Airport cuma dalam 9.8km je. Kalau drive, dalam 18 minit dah sampai.
So, tak payah risau pasal timing flight korang okay! Kalau korang nak relax-relax, jangan lupa cuba Kamyan Hatyai Massage yang cuma 1.7km dari hotel ni. Shopping pun tak jauh, Central Festival Watson exit dalam 2.0km je. Dekat kan kalau anda nak shopping? Strategik sangat hotel ni!
Hat Yai HatYai Signature Hotel
Bilik di hotel ni juga cantik dan selesa. Paling best harga hotel ni bermula dengan RM97 je satu malam. Murah kan? Jadi, apa lagi? Book sekarang and enjoy your stay!

5. Siam Mansion

Siam Mansion HatYai
Ada satu lagi pilihan penginapan yang menarik iaitu Hotel Siam Mansion! Lokasinya dekat dengan Hat Yai Railway Station, dalam 1.5km je dari hotel. Jadi, kalau korang nak explore bandar Hat Yai naik train, memang senang! Kalau dari airport, pun taklah jauh sangat, dalam 12.4km je.
Kat sini ada banyak tempat famous kat Hat Yai yang korang boleh explore tau. Contohnya, ASEAN Night Bazaar, Lee Gardens Plaza Shopping Mall, Hatyai Thailand, Odean Shopping Mall, Bangkok Thai Massage dan Kim Yong Market. Dekat je semua ni, best kan?
Siam Mansion Hat Yai
Bilik kat sini bukan selesa dan cantik je, tapi ada WiFi percuma tau. Boleh la korang upload Tiktok kat sini. Harga hotel ni bermula dari RM128 satu malam je. Jadi, jangan lupa book Hotel Siam Mansion untuk penginapan korang di Hat Yai tau!

6. Leevana Hotel Hat Yai

Leevana Hotel Hat Yai
Leevana Hotel Hat Yai ni sangat strategik sebab hotel ni terletak 11.5km dari airport Hat Yai. Kalau korang nak pergi Wat Hat Yai Nai pun dekat je dari hotel ni. Yang bestnya, hotel ni juga dekat dengan Hat Yai City - Kim Yong Market, dalam 1.9km je. Kalau lapar atau nak shopping boleh je pergi ke Kim Yong Market yang famous tu! Banyak makanan sedap dan benda best.
Leevana Hotel Hat Yai
Harga kat hotel ni mampu milik. Kalau budget anda bawah dari RM 100, anda boleh book kat sini dengan Klook. Harga bermula dari RM82 satu malam. Jadi, kalau korang plan nak melancong ke Hat Yai, jangan lupa consider Leevana Hotel Hat Yai tau!

7. Grand Pink Hotel HatYai

Grand Pink
Kalau korang nak tahu, Grand Pink Hotel HatYai ni dekat tau dengan banyak tempat menarik. Dari Hat Yai Railway Station je, dalam 600m je. Lagi best, kalau korang nak shopping or jalan-jalan, Grand Pink ni sangat strategik. Ada banyak tempat menarik dalam radius yang dekat je.
Apa yang lagi best ialah Lee Gardens Plaza Shopping Mall dalam 100m dari hotel je. Lepas tu, banyak tempat menarik yang tak sampai 1km pun. Contohnya, Odean Shopping Mall, Bangkok Thai Massage Hatyai , Asean Night Bazaar , Penang Plaza dan Hat Yai City - Kim Yong Market. Best sangat duduk sini! Semua dekat dan boleh jalan kaki je.
Grand Pink HatYai
Bilik kat sini pun ada pelbagai pilihan dan harganya mampu dimiliki. Harga bermula dari RM154 satu malam. Jadi korang jangan pening - pening, book je dengan Klook dan plan trip anda ke Hat Yai sekarang.

8. Crystal Hotel Hat Yai

Hat Yai Crystal Hotel
Crystal Hotel di Hat Yai ni dekat dengan banyak tempat menarik. Kat sini ada servis pengambilan dan penghantaran ke lapangan terbang, stesen bas, dan stesen kereta api, walaupun ada caj tambahan. Jadi korang tak payah pening - pening kalau takda transport.
Lokasi dia pun memang strategik. Hat Yai International Airport dalam 11.9km, dekat je dengan Central Hat Yai, dalam 200m je dari hotel. Nak shopping, jalan-jalan pun senang. Central Festival Watson exit, ASEAN Night Bazaar, Makro Hat Yai, Greenway Night Market, semua dalam radius yang dekat.
Hat Yai Crystal Hotel
Bilik kat hotel ni cantik dan selesa kan? Ada pelbagai pilihan yang anda boleh pilih. Harga kat sini bermula dengan RM195 satu malam. Tunggu apa lagi? Jom book hotel ni!

9. Wungnoy Hotel

Wungnoy Hotel Hat Yai
Wungnoy hotel ni dekat sangat dengan Hat Yai Railway Station, dalam 700m je dari hotel. So, kalau korang naik train dari Malaysia, memang sesuai sangat duduk sini. Kalau dari airport pun tak jauh sangat, dalam 11.8km je. Nak ke mana-mana pun senang, sebab Wungnoy Hotel ni memang strategik!
Dekat sini pun banyak tempat menarik nak explore. Contohnya, Bangkok Thai Massage Hatyai, Lee Gardens Plaza Shopping Mall, Hatyai Thailand, Asean Night Bazaar, Penang Plaza, Odean Shopping Mall, Hat Yai City - Kim Yong Market, semua dalam jarak yang dekat. Boleh la jalan kaki kalau nak shopping atau makan.
Wungnoy Hotel Hat Yai
Bilik kat hotel ni cantik dan selesa kan? Yang paling best, harga bermula dari RM170 satu malam je. Memang berbaloi kan? Jadi, kalau korang nak stay dekat Hat Yai, jangan lupa book kat Wungnoy Hotel tau.

10. S Hadyai Hotel

S Hadyai Hotel
S HadYai Hotel ni tak jauh dari Hat Yai Railway Station, dalam 1.5km je dari hotel. Jadi, kalau korang suka naik train, senang je nak ke sana. Kalau dari airport pun, tak lah jauh sangat, dalam 12.4km je. Lagipun, kalau korang dah sampai sana, kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan memang berbaloi.
Dekat dengan hotel ni pun banyak tempat menarik nak explore. Contohnya, Asean Night Bazaar, Lee Gardens Plaza Shopping Mall, Hatyai Thailand, Odean Shopping Mall, Bangkok Thai Massage Hatyai, Penang Plaza, Lotus’s Hat Yai, Greenway Night Market, semuanya dalam jarak yang dekat.
S Hadyai Hotel
Yang paling best, ada WiFi percuma. Boleh la upload kat Instagram! Harga bermula dari RM166 satu malam je. Jadi, jangan lupa pertimbangkan S HadYai Hotel untuk penginapan korang di Hat Yai!

Nak perjalanan lebih smooth untuk ke Hat Yai? Anda boleh ambil pakej pemindahan peribadi bersama Klook! ✨

Pakej Pemindahan Peribadi Ke Hat Yai

Diskaun 5% untuk tempahan pertama anda 🧡

klook kod promo pengguna baru
Baru kenal Klook? Muat turun Aplikasi Klook dan gunakan kod <BETTERONAPP> untuk nikmati diskaun 5% untuk tempahan pertama anda di Klook! Dari pakej hotel hingga tiket tarikan dan baucar makan, kami ada tawaran dan pengalaman terbaik khas untuk anda.
Muat turun Aplikasi Klook: App Store | Google Play

Lebih banyak inspirasi perjalanan di Thailand untuk anda! ✨

💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu | 🔵Telegram