Merancang percutian ke Langkawi?
Langkawi adalah destinasi percutian yang sempurna untuk percutian di pulau. Berseronoklah bersama orang tersayang dengan keindahan matahari terbenam di pantai atau dengar kicauan burung di tengah-tengah hutan tebal di pagi hari. Kalau anda inginkan tempat percutian di syurga tropika, kami senaraikan hotel dan resort terbaik di Langkawi, jadi bersedialah untuk bercuti.
11 Hotel dan Resort terbaik di Langkawi
1. Berjaya Langkawi Resort
Resort ini adalah resort pantai di tengah-tengah hutan hujan tropika yang tebal. Terkenal dengan suasana terpencil dan tenang, Berjaya Langkawi Resort menawarkan chalet individu yang dibina dengan gaya elegan di atas laut. Hutan yang mengelilingi resort ini dijaga rapi sehingga sekarang dan kekal sebagai habitat haiwan liar termasuklah monyet, kandau dan pelbagai jenis burung!
Anda boleh pilih antara bilik studio yang menawan atau chalet gaya kampung yang terletak di tengah-tengah hutan hujan atau chalet di atas air - kami pasti akan pilih Premier Suite atas Air, lengkap dengan tab luar bilik dengan pemandangan laut yang menawan. Anda juga boleh menikmati harga diskaun eksklusif apabila anda tempah penginapan anda melalui Klook!
- Alamat: Karung Berkunci 200 Burau Bay, 07000 Langkawi, Kedah
- Harga: $$$ - dari RM540 semalam
2. Tanjung Rhu Resort
Tanjung Rhu Resort adalah tempat menawan yang terletak di utara Langkawi yang sempurna bagi percutian romantik atau percutian keluarga. Dikelilingi Pokok Ru dan salah satu pantai terbaik di pulau ini, resort yang memenangi anugerah ini menawarkan keselesaan dan ketenangan di pantai yang terasing.
Lokasi strategiknya memberi kemewahan kepada tetamu yang mahukan ketenangan, tapi anda juga boleh memandu ke lokasi popular di Langkawi sejauh 25 minit dari sini.
- Alamat: Mukim Ayer Hangat, 07000 Langkawi, Kedah
- Harga: $$$ - dari RM700 semalam
3. The Ritz-Carlton Langkawi
Nikmati percutian mewah di The Ritz-Carlton Langkawi, sebuah hotel mewah dan kontemporari dengan elemen alam semula jadi yang menawan bersama hiasan gaya Malaysia.
Walaupun cuma sehari bersantai di bilik tetamu dan villa Ritz-Carlton, anda pasti akan dapat merasai landskap alam semula jadi di sekeliling anda, dengan rekaan konsep terbuka dan warna-warna diinspirasi oleh alam semula jadi. Nikmati matahari terbenam sambil bersantai di kolam vila peribadi anda atau di kolam infiniti resort.
- Alamat: Jalan Pantai Kok, Teluk Nibung, 07000 Langkawi, Kedah
- Harga: $$$$ - dari RM1500 semalam
4. Ambong-Ambong Rainforest Retreat
Terletak di lokasi indah di Langkawi, Ambong-Ambong Langkawi Rainforest Retreat adalah kawasan tenang yang terletak di tengah-tengah hutan hujan pulau ini, yang menggambarkan namanya. Hilangkan rasa risau anda seketika apabila anda jejak ke syurga tropika ini. Berbeza daripada kawasan pantai biasa di Langkawi, resort butik ini dikelilingi udara segar dan kehijauan bersama bunyi-bunyi alam semula jadi.
Unit-unit di sini dihias dengan elok, memberikan suasana rumah pokok yang mewah yang dikelilingi pokok-pokok. Tempah penginapan anda di Klook dan nikmati harga diskaun bagi bilik pilihan anda! Pilihlah Studio Hutan Hujan atau Kanopi atau unit Suite yang lebih luas bersama balkoni indah (dan tab mandi kayu yang kami gemari!)
- Alamat: Jalan Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah
- Harga: $$$ - dari RM720 semalam
5. Four Seasons Resort
Bersantai dan nikmati percutian pantai eksklusif di Four Seasons Resort Langkawi. Destinasi mewah ini terletak di sepanjang lanskap tropika indah, rekaan dalaman inspirasi Morocco dan beberapa pulau peribadi untuk tetamu. Terbahagi kepada dua bahagian, anda boleh pilih percutian keluarga yang mesra keluarga di sebelah utara atau menginap di sebelah selatan yang tenang, yang lebih sesuai bagi pasangan dan orang dewasa saja.
Resort ini menawarkan sebanyak 91 astaka dan vila yang indah, lengkap dengan pemandangan lanskap yang menawan dan kemudahan lima bintang untuk keselesaan anda sepanjang anda berada di sini.
- Alamat: Jalan Tanjung Rhu, 07000 Langkawi, Kedah
- Harga: $$$$ - dari RM1900 semalam
6. Ramada by Wyndham Langkawi Marina
Terletak di sepanjang marina Kelab Kapal Pesiar Diraja Langkawi Malaysia, Ramada by Wyndham Langkawi Marina adalah hotel butik yang dihias mewah bersama bilik-bilik yang berdepan dengan dok yang menawan.
Berendam di dalam kolam sambil menikmati pemandangan matahari terbenam atau bersantai di dok sambil anda melihat kapal-kapal pesiar mewah terapung di atas laut biru. Terletak cuma 5 minit dari pusat bandar pulau Kuah, anda juga boleh membeli-belah di kedai bebas cukai sepuas hati!
- Alamat: Jalan Dato' Syed Omar, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
- Harga: $$$ - dari RM190 semalam
7. The Datai Langkawi
Senarai ini pasti tak lengkap tanpa salah satu hotel mewah Langkawi, The Datai Langkawi. Resort perdana ini terletak di tengah-tengah hutan hujan pulau ini yang berusia 10 juta tahun, kawasan tenang yang mengekalkan keindahan alam semula jadi di sekelilingnya. Bersiar-siarlah di laluan peribadi resort ini yang membawa anda ke tempat terbaik resort ini - pantai pasir putih Teluk Datai yang cantik.
Lengkapkan percutian anda dengan menikmati kemudahan dan pengalaman percutian di sini, kemudian akhiri hari anda dengan tidur lena di suite eksklusif dan vila peribadi mereka, lengkap dengan beranda untuk anda menikmati keindahan pemandangan di pantai daripada matahari terbit sehingga matahari terbenam.
- Alamat: Jalan Teluk Datai, 07000 Langkawi, Kedah
- Harga: $$$$ - dari RM2400 semalam
8. Vivanta Langkawi
Bercutilah di pulau peribadi di Vivanta Langkawi, sebuah destinasi percutian tropika yang menawan di Pulau Rebak yang sesuai untuk pengembara santai. Dengan dikelilingi alam semula jadi, anda boleh menikmati pantai terasing dan hutan tropika tebal di sekeliling resort ini.
Nikmati makan malam romantik bersama orang tersayang di Moon Deck romantik di resort ini atau bersantai di bawah payung teduh sambil menikmati angin laut di pantai, tanpa rasa risau bersesak dengan orang ramai.
- Alamat: Rebak Island, 07000 Langkawi, Kedah
- Harga: $$$ - dari RM400 semalam
9. The Danna
Nikmati pagi hari dengan pemandangan Laut Andaman dan dikelilingi hutan hujan di The Danna, bangunan moden indah yang dibina dengan seni bina inspirasi kolonial. Ruang mewahnya direka dalam gaya kolonial yang sesuai dengan lanskap semula jadi di sekelilingnya dan memberikan suasana mewah bagi percutian sempurna anda. Nikmati hidangan gastronomi di salah satu daripada tiga tempat makan atau bawa anak anda bermain-main di kolam mereka yang cantik.
Pilih penginapan di salah satu daripada 135 bilik atau suite dengan rekaan elegan berwarna-warni dan tingkap yang luas. Nak lagi mewah? Menginaplah di salah satu daripada vila depan pantai mereka yang dilengkapi oleh pemandangan laut yang indah dan kolam infiniti peribadi.
- Address: Pantai Kok, 07000 Langkawi, Kedah
- Harga: $$$$ - dari RM1100 semalam
10. Dash Resort Langkawi
Berseronoklah dengan percutian Langkawi anda di Dash Resort Langkawi, resort butik depan pantai yang meriah, terletak di tepi pantai Pantai Tengah. Menawarkan pemandangan panorama Laut Andaman, memang seronok untuk bersantai di resort ini, sama ada sambil melayan muzik DJ kelab atau dengan melihat matahari terbenam.
Selain daripada kelab pantai dan hiasan yang ceria, resort ini juga mempunyai bilik berwarna terang dan kemudahan mewah untuk anda nikmati percutian santai dengan orang yang tersayang.
Bilik pilihan kami tak lain tak bukan, Dash Premium Jacuzzi, lengkap dengan tab panas peribadinya dan dek taman dengan pemandangan laut yang menawan!
- Alamat: Jalan Teluk Baru, Jalan Pantai Tengah, Mukim, 07000 Langkawi, Kedah
- Harga: $$$ - dari RM400 semalam
11. PARKROYAL Langkawi Resort
Jika anda mencari penginapan mewah dan selesa di Langkawi, kami sangat mengesyorkan PARKROYAL Langkawi Resort. Resort yang menakjubkan ini terletak di lokasi pantai yang indah dan menawarkan pengalaman syurga tropika yang tidak dapat ditandingi kepada para tetamu. Nikmati pemandangan yang menakjubkan dari Laut Andaman sepanjang penginapan anda!
Jika anda ingin menerokai pulau tersebut, PARKROYAL Langkawi Resort terletak berdekatan dengan tarikan popular seperti Kereta Kabel Langkawi, Langkawi Wildlife Park, dan Underwater World Langkawi. Anda boleh menempah penginapan anda di PARKROYAL Langkawi Resort ini dengan mudah di Klook!
- Alamat: Lot 60199, Pantai Tengah Pulau Langkawi, Bandar Padang Matsirat, 07000, Kedah
- Harga: $$$ - dari RM570 semalam