Percutian hujung minggu tanpa perlu keluar dari bandar
Rindu bercuti selepas menghabiskan masa yang lama di rumah? Lihat senarai tempat penginapan dalam bandar terbaik kami yang terletak di Lembah Klang. Semuanya sesuai untuk percutian singkat jika anda memerlukan pemandangan baharu atau perubahan persekitaran. Perkara terbaik? Anda tidak perlu memandu ke luar bandar untuk ke tempat-tempat ini!
P/s: kami telah menyertakan pilihan hotel moden dan hotel butik santai yang sesuai untuk kadar bajet yang berbeza. Semak senarai ini dan anda pasti akan menemui sesuatu mengikut cita rasa anda!
Untuk senarai lengkap hotel yang boleh ditempah di Klook, klik di sini.
Diskaun 5% untuk tempahan pertama anda 🧡
Baru kenal Klook? Muat turun Aplikasi Klook dan gunakan kod <BETTERONAPP> untuk nikmati diskaun 5% untuk tempahan pertama anda di Klook! Dari pakej hotel hingga tiket tarikan dan baucar makan, kami ada tawaran dan pengalaman terbaik khas untuk anda.
Muat turun Aplikasi Klook: App Store | Google Play
Lokasi percutian terbaik di sekitar Lembah Klang
1. KLoe Hotel, Bukit Bintang
KLoe Hotel ialah sebuah hotel baharu di bandar ini yang hanya dibuka pada bulan Februari sejurus sebelum wabak Covid-19 melanda dunia. Hotel butik yang bergaya ini dihiasi dinding hijau yang mewah, laluan pejalan kaki terbuka, teres matahari yang cantik, kolam renang luar bangunan, katil yang selesa dan bilik dengan pemandangan latar langit bandar. Pemilik KLoe berbangga dengan ciptaan ruang yang merupakan "syurga bagi individu kreatif dan sentiasa ingin tahu". Mereka berjaya melakukannya dengan mencipta ruang yang bertujuan memberikan inspirasi kepada kreativiti dan membuatkan tetamu yang berkunjung berasa seperti di rumah sendiri.
- Alamat: 27, Bukit Bintang Street, Imbi, 55100 Kuala Lumpur
- Kadar Harga: $$ - serendah RM310
2. The KL Journal Hotel
Kuala Lumpur Journal Hotel ialah hotel butik dengan rekaan suasana retro yang santai dan bergaya. Hotel ini terletak di tengah-tengah Bukit Bintang dan boleh menjadi tempat rehat yang sempurna selepas anda meneroka pusat beli-belah, bar khusus, kafe dan restoran kerana semuanya terletak dalam jarak berjalan kaki sahaja dari hotel. Berenang atau hirup koktel yang menyegarkan di bawah sinar mentari dengan mengunjungi kolam renang infiniti dan bar di atas bumbung hotel.
- Alamat: 30, Jalan Beremi, Off, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50200, KL
- Kadar Harga: $$ - serendah RM280
3. The RuMa Hotel & Residences
Dipilih sebagai salah satu daripada 100 Hotel Paling Luar Biasa Di Dunia oleh Fodor's Travel 2020, The RuMa Hotel semestinya lebih baik daripada rumah anda sendiri. Hotel ini terdiri daripada bilik dan suite dengan hiasan minimalis serta mewah. Kebanyakan bilik dan suite di sini menawarkan pemandangan latar langit bandar KL dan menjadi tempat persembunyian yang tenang di tengah-tengah kesibukan pusat bandar. Bilik-bilik di sini juga dilengkapi dengan tab mandi untuk anda berendam (dan garam mandian percuma!) yang membolehkan anda menghilangkan kebimbangan dan keletihan akibat pandemik.
- Alamat: 170, Bukit Bintang Street, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
- Kadar Harga: $$$ - serendah RM720
4. Mandarin Oriental Kuala Lumpur
Mandarin Oriental Kuala Lumpur ialah hotel 5 bintang yang elegan, tak lapuk dek zaman dan mewah dengan bilik-bilik yang menawarkan pemandangan latar langit KL, Taman KLCC atau kolam renang hotel yang indah. Jika anda ingin memanjakan diri atau orang tersayang anda dengan penginapan berkelas dunia, kami amat mengesyorkan anda untuk menambah tempat penginapan klasik ini dalam senarai anda. Kemudahan yang terdapat di hotel ini termasuk spa dalaman, kolam renang luar bangunan yang indah, gelanggang tenis, 10 buah restoran yang telah memenangi anugerah dan pusat kecergasan untuk peminat kecergasan yang masih ingin kekal cergas semasa bercuti.
- Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur
- Kadar Harga: $$$ - serendah RM900
5. Imperial Lexis Kuala Lumpur
Temui kembali kota Kuala Lumpur dan rasakan suasana seperti di rumah di Imperial Lexis, hotel 5 bintang yang penuh dengan kehangatan dan layanan mesra. Terletak dalam bangunan kaca setinggi 53 tingkat, hotel ini memancarkan gaya dan keanggunan yang memikat. Setiap bilik yang luas datang dengan kolam renang peribadi, jadi anda boleh bersantai sambil menikmati pemandangan bandar yang menakjubkan.
Dari sini, anda dapat melihat pemandangan ikonik Kuala Lumpur, termasuk Menara Petronas, Menara KL, dan Merdeka 118. Imperial Lexis adalah tempat yang ideal untuk melarikan diri dari kesibukan seharian dan menikmati keselesaan serta kemewahan dalam suasana urban yang tenang.
- Alamat:15, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, 50450 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Kadar Harga: $$ - daripada RM250 seorang
6. Pavilion Hotel Kuala Lumpur Managed by Banyan Tree
Pavilion Hotel Kuala Lumpur ialah sebuah oasis dalam bandar dengan bilik dan suite berperabot menarik yang sesuai untuk percutian bandar hujung minggu penuh bergaya. Terletak di atas dan bersambung terus ke pusat beli-belah Pavilion, hotel ini tidak jauh dari lokasi beli-belah Bukit Bintang yang meriah, barisan restoran mewah, bar moden dan semua yang anda perlukan. Bagi penggemar tab mandi, kami mengesyorkan untuk menempah penginapan di Bilik Urban Studio Bilik Urban Studio yang dilengkapi dengan tab mandi bulat. Tab mandi ini cukup besar untuk memuatkan dua orang sekali gus (sesuai untuk pasangan!).
- Alamat: 170, Bukit Bintang Street, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
- Kadar Harga: $$ - daripada RM293 seorang
7. WOLO Kuala Lumpur
Anda mungkin pernah melihat WOLO Kuala Lumpur ini di sudut Jalan Bukit Bintang yang meriah. WOLO menawarkan bilik dengan reka bentuk moden yang berfungsi dan sangat selesa serta sempurna untuk anda tidur, bekerja, berehat, bermain dan meneroka. Koleksi bilik di WOLO direka bentuk untuk menarik perhatian dan dilengkapi dengan semua kemudahan yang anda perlukan untuk pengalaman cuti inap yang mengujakan. Selepas tidur yang nyenyak, anda hanya perlu mengambil beberapa langkah untuk pergi ke Bukit Bintang. Rehatkan minda dengan membeli-belah atau nikmati hidangan yang enak!
- Alamat: Corner of Jalan Bukit Bintang & Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 55100, KL.
- Kadar Harga: $ - serendah RM230
8. EQ Kuala Lumpur
EQ Kuala Lumpur ialah sebuah menara 52 tingkat yang indah dan berkilauan. Bangunan ini menawarkan 440 buah bilik dengan kemudahan mewah dan pemandangan bandar Kuala Lumpur yang indah. Selain bilik yang selesa dan luas, EQ mempunyai satu tingkat yang dikhaskan untuk kecergasan dan kesihatan termasuk gimnasium, spa, kolam infiniti 25 meter, sauna garam Himalaya dan juga bilik wap aromaterapi! Pastikan anda turut mengunjungi Sky51 iaitu sebuah restoran di tingkat 41 yang menawarkan masakan Eropah kontemporari. Jangan lupa juga untuk singgah di Blue, sebuah bar atas bumbung terbuka dengan ruang istirahat yang indah.
- Alamat: EQ, Equatorial Plaza, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur.
- Kadar Harga: $$ - serendah RM770
9. Avani Sepang Goldcoast Resort
Avani Sepang Goldcoast Resort memiliki pantai berpasir yang indah, sinaran matahari dan menyeronokkan. Resort ini hanya 90 minit pemanduan dari KL berdekatan kawasan pantai yang tenang di Kampung Bagan Lalang. Resort ini juga menjanjikan percutian yang takkan dapat dilupakan oleh pengunjung yang ingin bersantai atau inginkan pengembaraan. Ia merangkumi lebih 300 buah vila berinspirasikan Polinesia yang dibina di atas kaki bajang di atas ombak, kawasan pantai persendirian, kolam infiniti, spa dan pelbagai aktiviti rekreasi. Resort ini turut mempunyai vila yang luas dan sesuai untuk rakan-rakan atau keluarga!
- Alamat: 67 Jalan Pantai Bagan Lalang, Kg Bagan Lalang, Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek, Selangor.
- Kadar Harga $$ - serendah RM490
10. Villa Samadhi
Sukar dipercayai bahawa wujudnya oasis hijau yang damai seperti ini di tengah-tengah KL. Villa Samadhi ialah hotel mewah bertaraf 5 bintang yang diilhamkan daripada seni bina tradisional Melayu dan terletak beberapa minit sahaja dari KLCC. 21 buah vila dengan rekaan unik di sini direka bentuk dengan ciri kedesaan tetapi moden dan menjanjikan percutian yang menenangkan tanpa perlu memandu keluar dari bandar. Bahagian kegemaran kami di hotel ini pastinya kolam lagun luar bangunan yang menghubungkan seluruh resort. Anda boleh melompat terus ke kolam renang atau berjemur di balkoni anda!
- Alamat: No. 8, Jalan Madge, Off Persiaran Madge, Jalan U-Thant, 55000, KL
- Julat Harga: $$$ - serendah RM1,115
11. Sekeping Tenggiri, Bangsar
Sekeping Tenggiri pernah menjadi gudang seni tetapi telah diubah menjadi ruang percutian kecil yang terletak di pinggir bandar Bangsar. Tempat ini sangat sempurna untuk anda yang ingin mencari penginapan santai tanpa perlu meninggalkan bandar dengan binaan konkrit bercirikan desa dan dinding bata. Ia juga dilengkapi tingkap kaca besar yang membawa masuk cahaya matahari semula jadi dan kolam yang dikelilingi oleh tumbuhan hijau. Jika anda lebih suka tempat berinspirasikan alam semula jadi berbanding hotel bandar moden, anda wajib tambahkan hotel ini dalam senarai lokasi cuti inap anda.
- Alamat: No. 48, Off Kuala Lumpur, Jalan Tenggiri, 59100, KL
- Kadar Harga: $$ - daripada RM110 seorang
12. The Chow Kit
Hotel ini berada di kedudukan ke-20 dalam senarai 52 Tempat Untuk Dilawati oleh New York Times pada 2020! The Chow Kit ialah hotel butik menawan yang menawarkan kemewahan ringkas kepada tetamu melalui ruang dengan rekaan teliti yang diilhamkan oleh cerita rakyat tempatan dan bahan asli. Dengan tingkap dari lantai ke siling, lantai kayu, pancuran mandian hujan dan katil yang dibalut dengan linen mewah, hotel ini merupakan tempat penginapan yang sangat selesa (dan berbaloi kerana harga penginapan di sini sangat berpatutan. Siapa kata cuti inap perlu mahal?).
- Alamat: 1012, Jalan Sultan Ismail, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur
- Kadar Harga: $ - serendah RM130
13. Grand Hyatt Kuala Lumpur
Wahai pencinta tab mandi, lihatlah! Suite terpilih di Grand Hyatt Kuala Lumpur ini dilengkapi dengan beberapa tab mandi menakjubkan yang boleh didapati di hotel bandar raya KL. Anda juga boleh memandang Menara Berkembar Petronas yang megah sambil berendam dalam tab mandi bulat marmar di sini jika anda menempah Suite Pemandangan Menara. Tambah unsur mewah dengan sesi minum petang bersama orang tersayang di restoran mereka yang terletak di tingkat 38.
- Alamat: Grand Hyatt Kuala Lumpur, 12, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur.
- Harga: $$$ - serendah RM590
14. Banyan Tree Kuala Lumpur
Dapatkan masa rehat terbaik dari saat anda melangkah kaki ke pintu Banyan Tree Kuala Lumpur. Hotel ini adalah syurga sebenar di tengah-tengah kota metropolis yang sibuk dan tidak hairanlah hotel ini menjadi pilihan cuti inap yang popular di KL. Merancang percutian romantik untuk majlis istimewa? Tempah penginapan satu malam di salah satu suite mereka yang dilengkapi sama ada tab pusaran air yang besar atau kolam istirahat peribadi dengan pemandangan latar langit bandar KL.
- Alamat: Banyan Tree Kuala Lumpur, 2, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur.
- Harga: $$$ - from RM489 per person
15. citizenM Kuala Lumpur
citizenM ialah hotel pemenang anugerah penuh gaya yang direka untuk kemudahan dan keselesaan. Hotel ini dipenuhi nuansa seni dan suasana mewah (tanpa perlu mengeluarkan wang di hotel bertaraf 5 bintang). Hotel ini juga terkenal dengan katil bersaiz king XL dan MoodPad untuk melaraskan lampu, bidai, suhu dan suasana bilik (lebih suka suasana romantik, santai atau parti?) mengikut keinginan anda sendiri dalam hanya beberapa klik. Bilik-bilik di sini tidak besar tetapi sangat selesa dengan rekaan yang pintar!
- Alamat: 128, Jalan Pudu, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
- Harga: $ - serendah RM210
16. Indie Hotel
Hotel Indie sangat menarik dengan bangunan luarnya yang berwarna putih menawan. Hotel ini terletak di daerah Changkat Bukit Bintang dan dikelilingi oleh bangunan bersejarah era prapeperangan. Indie Hotel merupakan sebuah penginapan yang selesa dengan persekitaran estetik dan menyeronokkan tanpa memakan kos yang tinggi. Barisan bilik dengan hiasan minimalis namun bergaya di Indie memancarkan suasana santai dan turut menyediakan semua kemudahan yang anda perlukan untuk percutian bandar yang sempurna. Bilik terbesar mereka (yang dilengkapi dengan katil queen dan katil super king) berharga bawah RM200 setiap malam!
- Alamat: 9, Jalan Ceylon, Bukit Ceylon, 50200 Kuala Lumpur.
- Harga: $ - serendah RM130
17. New World Petaling Jaya Hotel
Menduduki tingkat atas menara yang menjulang tinggi, New World Petaling Jaya Hotel menawarkan pemandangan bandar nan indah dari restoran atas bumbung, bar dan kolam renang infiniti! Hotel ini terletak betul-betul bersebelahan Paradigm Mall dan bilik-biliknya direka dengan mengutamakan kemewahan, keanggunan dan keselesaan. Nikmati kadar eksklusif apabila anda menempah penginapan di Klook!
- Alamat: Paradigm, 1 Jalan SS7/26A, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor
- Julat Harga: $ - serendah RM420
18. Sofitel Kuala Lumpur Damansara
Sofitel ialah tempat penginapan yang popular untuk pasangan kerana menempatkan bilik dan suite mewah yang elegan. Terletak hanya dalam jarak berjalan kaki dari pusat bandar Damansara, anda boleh menghabiskan waktu pagi dengan berjalan-jalan menelusuri taman botani dan menikmati kopi atau pencuci mulut di salah satu kafe berdekatan. Sebagai alternatif, anda boleh berehat di teres yang disinari matahari, kolam renang luar bangunan hotel atau terus menyusup ke bawah cadar yang selesa di dalam bilik anda!
- Alamat: No 6, Jalan Damanlela, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur
- Price Range: $$ - serendah RM380
19. InterContinental Hotel Kuala Lumpur
InterContinental Kuala Lumpur merupakan salah satu hotel lima bintang terbaik di Kuala Lumpur. Terletak di tengah-tengah bandar, hotel ini menjanjikan keselesaan dan kemewahan dengan layanan yang sangat baik. Bilik-biliknya yang luas turut dilengkapi hiasan yang elegan. Pastikan anda pergi ke ruang istirahat mereka untuk Minum Petang Gaya Inggeris yang popular di ruang santai dengan suasana taman tropika.
- Alamat: 165 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Kadar Harga: $$ - serendah RM620
20. Sekeping Jugra, Old Klang Road
Terletak di kawasan kejiranan yang tenang di sepanjang Jalan Klang Lama, Sekeping Jugra merupakan permata tersembunyi yang menunggu untuk diterokai. Rumah satu tingkat ini dibina pada tahun 1950-an dan dibahagikan kepada beberapa ruang tamu dan ruang kerja yang bersambung melalui lorong sempit, laman dan taman. Ruang gaya desanya nampak ringkas namun tenang dan bahagian kegemaran kami ialah taman atas bumbung tempat anda boleh menuai makanan anda sendiri!
- Alamat: 3, Jalan Jugra, 58100 Kuala Lumpur
- Kadar Harga: $$ - from RM110 per person
💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini: