Jom melancong ke Ipoh?
Ipoh ialah sebuah bandar di Malaysia yang kaya dengan pelbagai makanan, budaya, dan seni tempatan. Selain terkenal dengan kopi putih Ipoh, taufu fa dan mural, Ipoh turut menempatkan gunung batu kapur, gua dan kolam air panas! Jom kami kongsikan Panduan Percutian 3H2M di Ipoh untuk anda menikmati makanan dan tarikan pelancong di bandar ini.
Nak bercuti ke Ipoh? Tempahlah kenderaan melalui Klook! Anda boleh menempah kereta kompak, van komersial, SUV atau trak pikap, bergantung kepada saiz penumpang dan pilihan anda. Ketahui lebih lanjut di sini!
Hari Pertama
Nam Heong White Coffee
Mulakan hari anda dengan bersarapan tart telur dan kopi putih Ipoh di Nam Heong White Coffee! Kopitiam ini adalah salah satu perintis kopi putih Ipoh, malah telah menjadi inspirasi syarikat terkenal OldTown White Coffee. Kopi yang disajikan di sini berbuih. Rasa manis dan pahitnya pula cukup seimbang. Nak lagi sedap, nikmatilah kopi ini dengan beberapa tart telur atau roti bakar kaya dan mentega.
- Alamat: 2, Jalan Bandar Timah, 30000 Ipoh, PerakWaktu Operasi: 7 pagi - 5:30 petang, tutup pada Isnin
New Hollywood Canning Garden (halal)
Kalau nak merasai masakan Cina yang halal dan asli di Ipoh, inilah tempatnya! Kedai ini terkenal dengan hidangan chee cheong fun Hong Kong yang dimasak dengan udang atau ayam segar. Antara hidangan sedap lain termasuklah mi wantan, cakoi dan mi kari. Pastikan anda datang awal sebelum kedai ini padat dengan pelanggan. Kalau tak, terpaksalah anda beratur!
- Alamat: Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak
- Waktu Operasi: 7 pagi - 10 malam
Ipoh Street Art
Pada tahun 2014, seorang artis Lithuania iaitu Ernest Zacharevic telah memperindahkan bangunan-bangunan lama di Ipoh dengan lukisan mural yang unik dan berkonsepkan tempatan. Karya agungnya menghiasi bandar ini, di lorong dan belakang bangunan. Untuk mencari karya-karyanya, anda boleh dapatkan peta di Pusat Maklumat Pelancong!
Antara mural yang wajib dikunjungi:
- Kopi O Ikat Tepi (tempat letak kereta di Jalan Tun Sambanthan)
- Pak Cik Tua Minum Kopi (bertentangan Pusat Maklumat Pelancong Ipoh)
- Lelaki Dengan Beca (di sudut Jalan Market)
- Burung Madu Kuning (di Jalan Panglima)
- Kanak-kanak Menaiki Kapal Terbang Kertas (di Jalan Tun Sambanthan)
Concubine Lane & Market Lane
Dua jalan ini memang wajib dikunjungi kalau anda berada di Ipoh! Di sepanjang jalan, anda akan disambut dengan kedai butik comel, kafe santai, kedai pencuci mulut dan hiasan-hiasan indah. Bawalah kamera untuk mengambil gambar dengan latar belakang menarik di sini. Pastikan anda tidak terlepas pandang beberapa mural dan seni jalanan di situ!
Yasmin Ahmad Museum
Terokailah seni dan budaya dengan mengunjungi Muzium Yasmin Ahmad yang terletak di Kong Heng. Muzium kecil dan unik ini dibina dengan tujuan untuk mendidik dan memberi inspirasi kepada pengunjung agar mencipta filem dan skrip iklan sendiri, sama seperti Allahyarhamah Yasmin. Ruang kecil ini dipenuhi puisi, filem dan gambar nostalgia.
- Alamat: 91, Jalan Sultan Yusof, 30000 Ipoh, Perak
Kong Heng Square
Memandangkan anda sudah di sini, kunjungilah Kong Heng Square, sebuah tempat yang menempatkan gerai-gerai perhiasan, cenderamata dan kraf. Kalau nak hilangkan dahaga disebabkan panas, belilah ais kepal daripada Bits & Bobs!
Funny Mountain Tau Fu Fah
Taufu fa (kacang soya) ialah pencuci mulut yang wajib dicuba ketika di Ipoh! Taufu fa di sini dikatakan dibuat dengan air mata air di Ipoh, menjadikan rasa dan teksturnya unik. Kedai taufu fa kegemaran kami ialah Funny Mountain, sebuah kedai milik keluarga yang menghidangkan taufu fa sedap selama lebih 60 tahun. Mereka juga menyediakan khidmat "pandu lalu" supaya anda boleh makan di dalam kereta!
- Alamat: 50, Jalan Mustapha Al-Bakri, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak
- Waktu Operasi: 10 pagi - 7:30 malam, tutup pada Selasa
Lou Wong Bean Sprout Chicken
Tamatkan hari anda dengan menikmati hidangan nasi ayam di Lou Wong Bean Sprout Chicken. Ini adalah salah satu kedai nasi ayam paling terkenal di Ipoh! Kalau anda suka makan tauge, pesanlah sepinggan besar tauge untuk dinikmati dengan nasi ayam. Anda juga boleh memesan hor fun (kuetiau), kalau tidak berapa sukakan nasi.
- Alamat: 49, Jalan Yau Tet Shin, Taman Jubilee, 30000 Ipoh, Perak
- Waktu Operasi: 10 pagi - 10 malam
Hari Kedua
Ming Court Hong Kong Dim Sum
Jom mulakan hari kedua dengan hidangan sarapan dim sum! Kedai dim sum kegemaran kami tentunya Ming Court Hong Kong Dim Sum. Sampai saja di sini, anda akan disambut oleh meja antik dan lantai bermozek. Pelanggan yang saling tidak mengenali pula berkongsi meja dan pelayan bersesak-sesak sambil membawa dulang berisi dim sum. Pastikan anda datang awal kerana kedai ini cepat dipenuhi pelanggan! Ia dibuka seawal 6 pagi dan sangat sesak pada hujung minggu.
- Alamat: 36, Jalan Leong Sin Nam, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak
- Waktu Operasi: 6 pagi - 12:30 tengahari, tutup pada Khamis
Mee Kari Kak Yah (halal)
Restoren Mee Kari Kak Yah yang menawarkan pelbagai hidangan ialah tempat sarapan terkenal di Ipoh! Sama ada anda teringinkan mi kari, bihun sup, cheong fun, nasi lemak, roti bakar, atau kuih muih, pasti anda dapat memuaskan selera di restoran ini.
- Alamat: Jalan Jelapang Selatan 1, Kampung Tengku Husin Hujong, 30020, IpohWaktu Operasi: 7 pagi - 12 tengahari, 5 petang - 10 malam (kecuali Ahad), tutup pada Isnin
Lost World Of Tambun
Selepas puas menikmati dim sum, jomlah berseronok di Lost World Of Tambun, salah sebuah tarikan mesra keluarga di Malaysia! Taman tema ini menawarkan pelbagai aktiviti luar di tengah-tengah landskap yang indah. Anda boleh menaiki roller coaster, berendam di dalam kolam air panas, dan melawat rakun di zoo! Kami mengesyorkan agar anda berseronok sehingga malam untuk menikmati suasana yang diterangi cahaya dan persembahan api.
- Alamat: 1, Persiaran Lagun Sunway, Sunway City, 31150 Ipoh, Perak
- Dapatkan tiket diskaun di sini
Banjaran Hotsprings Retreat
Anda tidak sukakan taman tema? Jomlah bersantai dalam keindahan menghijau! Banjaran Hotsprings Retreat ialah tempat merawat kesihatan dan kecergasan yang dikelilingi alam semulajadi. Terletak di lembah seluas 22.7 ekar di Perak, ia dikelilingi gua batu kapur yang wujud selama lebih 400 juta tahun.
Anda boleh berendam di dalam kolam air panas, bermeditasi di dalam gua kristal dan menyertai salah satu kelas yoga harian di Banjaran! Ketahui lebih lanjut:
Hari Ketiga
Nasi Ganja At Kedai Kopi Yong Suan (halal)
Nasi Ganja sebenarnya Nasi Kandar, panggilan yang digunakan penduduk tempatan kerana rasanya yang menagihkan. Mulakan hari ketiga dengan menikmati nasi ganja paling sedap di Kedai Kopi Yong Suan, sebuah kedai kopi yang beroperasi selama lebih 60 tahun. Walaupun kadang-kadang kedai ini agak ramai, perkhidmatannya cepat dan efisien. Jadi, tak perlulah risau kalau barisannya panjang (lagipun, kebanyakan pelanggan beratur untuk membungkus makanan mereka)! Anda boleh mencuba nasi ganja, ditambah dengan ayam merah, telur masin, sayur, dan kuah kari 'menyengat'.
- Alamat: 2, Jalan Yang Kalsom, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Negeri Perak
- Waktu Operasi: 9:30 pagi - 6 petang
Taman Rekreasi Gunung Lang
Taman Rekreasi Gunung Lang terletak 5km dari pekan Ipoh dan dikelilingi keunikan batu kapur yang cantik dijadikan tempat bergambar. Anda boleh menikmati tasik yang cantik, pemandangan alam semulajadi di atas menara, air terjun, dan kemudahan lain seperti taman permainan, tapak perkhemahan dan zoo mini.
- Alamat: Jalan Damai, 30100 Ipoh, Negeri PerakWaktu Operasi: 8.30 pagi - 6 petang
Kellie's Castle
Sambung percutian anda dengan mengunjungi Kellie's Castle, sebuah tarikan terkenal di Ipoh yang dipenuhi keindahan, misteri dan tragedi. Istana ini dibina oleh seorang peladang berbangsa Scottish untuk isteri kesayangannya (sama seperti kisah di sebalik Taj Mahal!). Malangnya, istana ini terbengkalai kerana kematian beliau. Selama bertahun-tahun, istana ini dikatakan diselubungi misteri, tiga terowong rahsia telah ditemui, dan ada pelbagai khabar angin bahawa ia berhantu.
- Alamat: 31000 Batu Gajah, Perak
- Waktu Operasi: 9 pagi - 5.30 petang (hari minggu), 9 pagi - 6 petang (Jumaat & hujung minggu)
Gua Tempurung
Kalau anda inginkan pengembaraan, kunjungilah Gua Tempurung! Gua ini ialah salah satu gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia. Ia terletak di Gopeng, kira-kira 24km selatan Ipoh. Gua ini terkenal dalam kalangan peminat gua. Para pengunjung boleh menyertai pelbagai tour dengan jarak dan kesukaran yang berbeza. Gua ini terdiri daripada kubah besar, laluan sungai yang sempit, kebuk besar, dan beberapa batu berbentuk unik yang hanya boleh ditemui di sini.
- Alamat: Pusat Pelancongan Gua Tempurung, 31600 Gopeng, Negeri Perak
Tempah Penginapan di Ipoh melalui Klook
Lengkapkan percutian di Ipoh dengan penginapan di hotel 5 bintang! The Haven Resort adalah salah satu resort kegemaran kami di Malaysia. Ia dilengkapi kolam renang infiniti yang dikelilingi cenuram batu kapur dan penginapan berkonsepkan pangsapuri. Resort ini sesuai untuk percutian keluarga dan kawan-kawan.
Inspirasi Cuti-Cuti Lain
💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini: