Panduan perjalanan lengkap mesra keluarga ke Korea Selatan: Seoul, Busan & Jeju

Adhira Dianna
Adhira Dianna
Last updated 12 Mac 2024
family-friendly activities in south korea

Annyeong, South Korea!

Industri hiburan Korea terus berkembang dan bilangan pelancong yang berminat nak datang negara itu pun bertambah. Biasanya, kita tengok artis-artis glamor beraksi atas karpet merah, tapi Korea Selatan ada banyak lagi aktiviti menarik untuk anda. Dari makanan yang best dan kaya dengan budaya, sampai fesyen yang up-to-date dan view bandar yang cantik, memang ada macam-macam untuk semua orang. Kalau anda tengah fikir nak bawak family jalan-jalan di Korea, ni ada beberapa idea untuk trip anda!
KTO 2024
Sama ada korang merancang untuk pergi ke Seoul, Busan, Jeju, atau ketiga-tiganya, kami dah sediakan segalanya untuk korang. Korang boleh jimat sehingga RM400 untuk perjalanan seterusnya dengan menebus kod promosi ini!

Transport di Korea Selatan

Sistem pengangkutan awam Korea memang boleh diharap, senang, dan cekap, terutamanya di Seoul. Apa yang anda perlukan cuma aplikasi Naver untuk pandu arah, dan kad T-Money!
Tapi, kalau anda travel dalam kumpulan besar atau dengan anak-anak kecil, sewa kereta persendirian akan jadi pilihan yang paling selamat dan mudah. Pilihan lain adalah private tour dengan pemandu peribadi. Ni beberapa pilihan yang boleh anda lihat:

Seoul 🏙 

Bila fikir pasal Seoul, mungkin ramai akan bayangkan sebuah bandar dengan pencakar langit, ramai pekerja yang sibuk dan mengejar masa di stesen kereta api. Walaupun ibu kota Korea Selatan ni mungkin tempat "yang happening" untuk orang muda, ia juga penuh dengan tempat tarikan yang mesra keluarga.
Kos untuk melancong dengan kumpulan besar boleh jadi mahal. Kalau korang nak jimat sikit, tengok Pas Klook Seoul ni!

1. Terokai Pulau Nami yang sangat indah

nami island
Anda mesti pernah tengok gambar Pulau Nami, atau Namiseom di online. Pulau Nami terletak di Negeri Gangwon, kira-kira 1 1/2 hingga 2 jam jauhnya dari bandar melalui subway. Pokok-pokok hijau yang subur di pulau tu, jadi latar belakang yang sangat indah untuk ambil gambar dan berteduh dari matahari. Salah satu yang best tentang Pulau Nami (dan Korea Selatan secara umumnya), korang boleh lawat pulau tu pada bila-bila masa sepanjang tahun sebab setiap musim ada keunikannya tersendiri. Musim luruh membawa suasana hangat dengan daun-daun yang gugur, sementara musim bunga penuh dengan bunga sakura.
Nami Island
Credits: Daniel Bernard (Unsplash)
Fakta menarik: drama K-popular "Winter Sonata" difilemkan di sini! Ada patung watak-watak yang memberi peringatan kepada rancangan itu dan impaknya.
Kalau korang perbelanjaan lebih berbaloi, kami sangat cadangkan sertai lawatan Pulau Nami. Cara nak pergi ke pulau tu pun dah satu pengembaraan, dan dengan menyertai lawatan, pengangkutan akan disediakan. Tamabahan lagi, anda akan dapat bantuan dari pemandu pelancongan!

2. Jelajah sejarah Istana Gyeongbokgung

Gyeongbokgung Palace
Credits: Sam Dan Truong (Unsplash)
Dari sudut budaya dan sejarah, istana-istana di Seoul memang wajib dikunjungi! Yang paling besar dan kerap dilawati adalah Istana Gyeongbokgung, yang dibina semasa dinasti Joseon. Istana Gyeongbokgung ni tempat yang anda boleh dapat lihat sedikit tentang macam mana kehidupan di zaman itu melalui senibina Korea tradisional.
gyeongbokgung
Tempat ni memang hebat untuk memperkenalkan budaya dan sejarah Korea kepada anak-anak anda. Anda boleh sewa hanbok untuk betul-betul rasakan pengalaman tu. Sebab istana itu sangat besar, nak terokai seluruh istana mungkin ambil masa, jadi anda boleh tengok lawatan berpandu supaya anda tak terlepas tarikan-tarikan yang utama!

3. Rasakan keseronokan di Everland

klook 9 birthday promo
Bila berada di Korea Selatan, memang wajib luangkan seharian untuk rasai keseronokan di Everland. Taman tema ni besar sangat — selain dari banyak tarikan, ada 5 roller coaster, taman air, dan ` zoo! Memang ada sesuatu untuk semua orang kat Everland ni.
LimitedOfferEverland1DayTicketQRCodeDirectEntry 1
Walaupun Everland sebenarnya bukan dalam Seoul, ia masih mudah diakses dari bandar. Nak pergi ke sana guna pengangkutan awam memerlukan anda untuk tukar line metro, dan perlu ambil tren dan kemudian bas. Secara keseluruhannya, anda akan mengambil masa selama 2 jam. Tak lah terlalu susah, tapi boleh menjadi sikit leceh la untuk keluarga dengan anak-anak kecil. Berita baik, anda boleh skip semua tu dan terus naik shuttle bus! Alternatif lain, korang boleh dapatkan tiket sekali dengan perjalanan bas ke taman tema dengan Everland Day Tour.

Busan 🌊

Di Busan, pengunjung dapat yang terbaik dari dua dunia— sebuah bandar metropolitan (walaupun tak sesibuk Seoul) dan pemandangan tepi laut yang digabungkan dalam satu lokasi. Bandar ini terkenal dengan pantai-pantainya dan langit biru, serta kuil-kuil dan makanan laut segar. Kalau anda nak pergi Busan dari Seoul, boleh lihat servis kereta berserta pemandu peribadi untuk sehala atau dua hala yang akan membuat perjalanan anda lebih mudah.

1. Rasai keceriaan Gamcheon Culture Village

Woman sitting to watch the colorful houses in Gamcheon
Rumah-rumah berwarna-warni yang kelihatan seperti ditindan antara satu sama lain, mural, dan penduduk setempat yang mesra— inilah yang ditawarkan oleh Gamcheon Culture Village. Dulunya kawasan penempatan bagi pelarian semasa erang Korea kini telah menjadi salah satu tempat pelancongan yang paling banyak dikunjungi di negara itu, dan ada sebab yang baik untuk itu.
gamcheon culture village
Kini, bandar ini penuh dengan kafe-kafe kecil dan harta tersembunyi. Setiap sudut adalah peluang untuk sesi bergambar, jadi sediakan kamera korang! Beberapa spot bergambar utama termasuk patung Little Prince, tangga pelangi, dan mestilah rumah-rumah itu sendiri. Kalau anda peminat BTS, mungkin anda nak cari juga mural Jungkook dan Jimin!
Gamcheon Culture Village penuh dengan sudut-sudut kecil, jadi pastikan korang sentiasa perhatikan anak-anak anda! Ada juga banyak tangga dan anak tangga, menjadikan kebanyakan kawasan kampung tu tak mesra untuk pengguna kerusi roda.

2. Naiki Haeundae Sky Capsule 

Haeundae Blueline Park Sky Capsule Busan Muslim Friendly
Nak kagumi keindahan Haeundae tanpa pasir masuk dalam kasut? Jawapannya adalah naik Haeundae Blueline Park Sky Capsule, di mana anda akan duduk dalam kapsul yang bawa anda berjalan sepanjang garis pantai. Perjalanan anda akan bermula di Stesen Mipo dan berakhir di Stesen Cheongsapo yang berjarak 2km, jadi ada banyak masa untuk mengagumi langit biru cerah dan laut yang indah.
haeunday blueline park
Anda hanya boleh berkongsi satu kapsul dengan 4 orang, jadi pastikan anda merancang terlebih dahulu. Tambahan pula, hanya tiket satu hala yang tersedia. Kalau anda nak kembali ke titik permulaan, anda kena beli tiket lain.

3. Berkawan dengan hidupan akuatik di SEA LIFE Busan Aquarium

sea life busan
Setelah memerhati lautan dari jauh, akhirnya tiba masanya untuk anda belajar lebih mendalam tentangnya— khususnya penghuninya. SEA LIFE Busan Aquarium adalah rumah kepada lebih dari 10,000 haiwan marin dan 250 spesies akuatik; anak-anak anda akan terhibur melihat pelbagai jenis ikan berenang! Anda boleh tengok otter yang comel, penguin, penyu, dan lain-lain.
sea life busan
Akuarium ini agak popular, jadi kalau anda nak elakkan beratur panjang, anda boleh tempah tiket korang di Klook

Jeju 🏖

Jeju-do, yang lebih dikenali oleh pelancong sebagai Pulau Jeju, adalah destinasi wajib dikunjungi oleh semua orang. Landskap yang indah dan pantai-pantai yang cantik menjadikannya pilihan popular untuk keluarga dan juga pasangan yang sedang berbulan madu.
Walaupun Jeju mempunyai bas, cara paling mudah untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain adalah dengan kereta. Jeju adalah salah satu tempat yang paling best untuk dikunjungi, dan kami sarankan menyewa kereta supaya anda boleh meneroka dengan masa anda sendiri. Pastikan anda memohon lesen antarabangsa terlebih dahulu!

1. Kagumi keindahan Seongsan Ilchulbong

seongsan ilchulbong
Seongsan Ilchulbong, yang juga dikenali sebagai Puncak Matahari Terbit, adalah kawah gunung berapi yang meletus dari bawah air lebih dari 5,000 tahun yang lalu. Dari jauh, ia kelihatan seperti tebing gunung yang anda hanya lihat dalam filem, tapi dari dekat, ia lebih ajaib. Ramai orang memilih untuk mendaki Seongsan Ilchulbong untuk mendapatkan pandangan panorama penuh pemandangan romantis Jeju.
seongsan ilchulbong
Nasib baik, anda tak perlu buat macam tu kalau tak mahu. Ramai pengunjung lebih memilih untuk melawat tempat itu untuk mengagumi kawah dari jarak jauh. Di sini, anda juga boleh menonton pertunjukan penyelam wanita terkenal pulau itu di mana wanita-wanita akan menyelam ke dalam laut tanpa topeng oksigen untuk mengutip makanan laut!

2. Berlayar di sekitar Pulau Udo

udo island
Kalau ada satu tempat yang wajib untuk kunjungi di Jeju, tempat itu adalah Pulau Udo (juga dikenali sebagai U-Island atau Udo). Udo terletak di timur laut Jeju, dan walaupun ia adalah pulau terbesar di wilayah tersebut, anda masih boleh jelajah seluruh Udo dalam satu hari. Satu-satunya cara untuk sampai ke Udo adalah melalui feri dari Pelabuhan Seongsan atau Pelabuhan Jongdal. Anda boleh beli tiket untuk naik feri di pelabuhan itu sendiri.
udo island
Credits: Drew Bae
Ada beberapa cara untuk bergerak di sekeliling Udo, seperti bas shuttle atau dengan berjalan kaki, tapi anak-anak anda akan paling seronok kalau berbasikal! Pulau ini penuh dengan permata tersembunyi, termasuk pantai dengan air paling biru yang akan anda lihat, dan gua-gua yang menakjubkan. Anda akan temui banyak kafe dan restoran juga— caj semula tenaga dengan mi Udo dalam sos kacang hitam, dan jangan lepaskan peluang mencuba ais krim kacang terkenal pulau itu!

3. Woljeong-ri Beach

Woljeong-ri Beach at East Jeju Island itinerary
Selepas semua aktiviti mendaki dan meneroka, tiba masanya untuk bersantai di Pantai Woljeongri. Pantainya sendiri sangat menakjubkan dengan pasir putih lembut dan airnya yang berkilau biru kehijauan. Ingat! Bawa pakaian renang kalau anda nak join pengunjung lain menikmati air laut yang menyegarkan. Anda mungkin juga akan nampak sekumpulan surfer menangkap ombak!
woljeongri beach
Credits: @splashberrypop (Instagram)
Jalan sepanjang Pantai Woljeong-ri dipenuhi dengan kafe dan restoran. Kalau anda tak berminat untuk berenang, dapatkan secawan kopi dan bersantai di ruang luar yang disediakan oleh kafe-kafe. Kalau anda nak menikmati makanan ringan lebih dekat dengan pantai, ada bangku dan kerusi di lorong jalan.

Apa itu Klook? 🤳🏻

klook kod promo pengguna baru
Korang pertama kali dengar pasal Klook app? Berita baik! Kami ada diskaun 5% untuk tempahan pertama anda. Pastikan anda dah download Klook app terlebih dahulu, daftar dan tebus kod promo BETTERONAPP! Tunggu apa lagi, jom mengembara bersama Klook sekarang!
💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu | 🔵Telegram