Busan, bandar kedua paling popular di Korea! ๐ฐ๐ทโจ
Busan, sebuah bandar yang sangat cantik di Korea Selatan. Mungkin ramai yang curious sebagai seorang Muslim traveller, adakah Busan ni muslim-friendly?
Jangan risau! Dengan adanya panduan perjalanan 3H2M mesra Muslim di Busan ini, anda boleh terokai bandar ini dengan penuh keyakinan! Busan ini bukan sahaja indah dari segi pemandangan, tapi ada banyak aktiviti menarik untuk dilakukan serta pilihan makanan mesra Muslim yang sedap!
Bayangkan jalan-jalan di tepi pantai Gwangalli sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa. Atau melawat Huinnyeol Culture Village yang warna-warni bangunannya, sangat instagrammable! Best, kan? Kami sedia membantu anda rancang perjalanan ke Busan yang bukan sahaja seronok, tapi juga memenuhi keperluan anda sebagai seorang Muslim.
Hari pertama di Busan
1. Penerbangan dari Malaysia ke Busan ๐ฉ๏ธ
Siap sedia untuk terokai Busan? Kita mulakan dengan flight pagi dari Malaysia ke Busan dengan AirAsia X yang perjalanannya mengambil masa kira-kira 6 jam. Siapkan playlist lagu kegemaran anda atau download drama Korea untuk layan dalam flight, okay?
Bila dah tiba di lapangan terbang Gimhae International Airport (๊นํด๊ตญ์ ๊ณตํญ), sekiranya dah masuk waktu untuk menunaikan solat, anda boleh ke surau yang tersedia di situ.
Bilik solat atau surau di airport ๐
- Di Gimhae International Airport (๊นํด๊ตญ์ ๊ณตํญ), anda boleh cari surau di Tingkat 3.
2. Makan tengahari di Wonjo Halmae Bokguk (์์กฐํ ๋งค๋ณต๊ตญ) ๐
Mesti dah tak sabar-sabar nak rasa makanan Korea kan? Jom kita ke Wonjo Halmae Bokguk, sebuah restoran terkenal dengan puffer fish di Busan yang sudah beroperasi selama 50 tahun. Restoran mesra Muslim ini terletak di Haeundae Beach dan menu wajib cuba ialah sup ikan.
Restoran ini popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong, dan sering sibuk terutama pada waktu makan tengah hari. Jadi, jika anda berada di Busan dan ingin merasai sesuatu yang unik dan lazat, Wonjo Halmae Bokguk adalah tempat yang kena kunjungi!
Status Halal: Makanan adalah mesra Muslim. Tidak menghidangkan daging dan lemak khinzir. Minuman alkohol ada dijual di restoran ini.
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali hari Chuseok dan Seollal, 7AM โ 9PM
Alamat: 1, Dalmaji-gil 62beon-gil, Haeundae-gu, Busan(๋ถ์ฐ ํด์ด๋๊ตฌ ๋ฌ๋ง์ด๊ธธ62๋ฒ๊ธธ 1)
3. Check-in hotel ๐๏ธ
Antara pilihan hotel yang anda boleh tempah semasa percutian anda di Busan:
- Griffin Bay Hotel: Dari RM170/semalam
- Ramada Encore by Wyndham Busan Station: Dari RM280/semalam
- Arban Hotel: Dari RM285/semalam
- Hermon Hotel Gangseo: Dari RM190/semalam
- Arban City Hotel: Dari RM250/semalam
- Browndot Seomyeon Business: Dari RM270/semalam
Anda boleh semak dengan pihak hotel tentang status halal makanan dan bufet yang mereka hidangkan.
4. Naiki Haeundae Blueline Park Sky Capsule (ํด์ด๋ ๋ธ๋ฃจ๋ผ์ธํํฌ) ๐
Salah satu aktiviti menarik di Busan, naik Haeundae Blueline Park Sky Capsule! Bayangkan naik kapsul ini sambil menikmati pemandangan pantai Haeundae yang indah! Perjalanan dari Mipo Station ke Cheongsapo Station ialah dua kilometer. Nikmati pengalaman romantis dengan pemandangan pantai yang cantik!
Jangan lupa ambil gambar banyak untuk rakam momen istimewa bersama orang tersayang. Pastikan anda tempah tiket lebih awal, sebab tiket memang cepat sold out! Anda juga boleh tempah lawatan seharian ke bandar Busan yang ada termasuk Haeundae Blueline Park Sky Capsule juga.
๐กTip Klook: Kalau anda nak tengok sunset yang cantik, datang pada pukul 4:30 petang. Waktu sunset berubah mengikut musim, dan biasanya queue untuk naik agak panjang. Jadi, datang awal sikit untuk pastikan anda tak terlepas momen sunset!
Waktu Operasi: Setiap hari, 9:30AM - 8:30PM
Alamat: 13 Dalmaji-gil 62beon-gil, Haeundae-gu, Busan, South Korea
5. Jalan-jalan di Haeundae Cheongsapo Railroad ๐ค๏ธ
Lepas naik skycapsule, anda boleh jalan-jalan di Haeundae Cheongsapo Railroad sambil menikmati keindahan pantai Haeundae. Bayangkan anda berjalan di atas landasan kereta api lama yang dah tak digunakan, dengan deburan ombak dan angin sepoi-sepoi sebagai teman. Macam scene dalam drama Korea tau! ๐๐
Oh jangan lupa bawa kamera sebab tempat ni memang syurga untuk penggemar fotografi ๐ธโจ Ada banyak spot cantik untuk bergambar, terutamanya bila matahari mula terbenam. Warna langit tu, memang menakjubkan! Jadi, pastikan anda masukkan Haeundae Cheongsapo Railroad ke dalam itinerary anda, okay? Anda juga boleh tempah lawatan seharian di Busan termasuk Gamcheon Culture Village & Haeundae Blueline Park!
6. Lihat pemandangan indah di Haeundae Cheongsapo Daritdol Observatory (์ฒญ์ฌํฌ ๋ค๋ฆฟ๋์ ๋ง๋) ๐ฉต
Seterusnya dalam itinerari, kita akan ke Haeundae Cheongsapo Daritdol Observatory! Anda akan berjalan di atas jambatan kaca yang tergantung di atas laut sambil menikmati view laut yang luas dan biru. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa, memang romantik kalau pergi dengan pasangan.
Kalau anda datang pada waktu petang, siap sedia untuk terpukau dengan pemandangan matahari terbenam yang sangat cantik! Anda boleh ambil peluang ni untuk snap gambar-gambar yang Instagrammable! Cheongsapo Daritdol Observatory menanti anda di Busan! ๐๐
Waktu Operasi: Setiap hari, 9AM โ 6PM
Alamat: 167, Cheongsapo-ro, Haeundae-gu, Busan ๋ถ์ฐ๊ด์ญ์ ํด์ด๋๊ตฌ ์ฒญ์ฌํฌ๋ก 167
7. Makan malam di Jagalchi Market (๋ถ์ฐ ์๊ฐ์น์์ฅ) ๐ฆ
Anda mesti try makan malam di Jagalchi Market. Tempat ni, syurga makanan laut! Di bahagian bawah bangunan ialah pasar segar yang jual segala jenis seafood segar dari laut! Di bahagian atas pula ialah kedai-kedai makan hidangan seafood. Inilah pengalaman anda untuk lihat sotong yang masih bergerak-gerak dimasuk terus ke dalam periuk! Suasana di Jagalchi Market waktu malam memang meriah, pengalaman yang sangat best.
Status Halal: Makanan adalah mesra Muslim. Tidak menghidangkan daging dan lemak khinzir. Minuman alkohol ada dijual di restoran ini.
Waktu Operasi: Setiap hari, 5AM โ 10PM
Alamat: 52 Jagalchihaean-ro, Jung-gu, Busan
Hari kedua di Busan
1. Makan sarapan pagi ๐ณ
Sebelum memulakan perjalanan ke bandar Tongyeong yang akan mengambil masa kira-kira 1 jam, anda boleh bersarapan di hotel dulu. Pastikan anda semak dengan pihak hotel jika bufet sarapan yang ditawarkan adalah mesra Muslim. Selain dari bufet sarapan, anda juga boleh dapatkan sarapan di kedai serbaneka terdekat. Ada banyak pilihan makanan sedia untuk dimakan seperti sandwich, buah dan sebagainya. Pastikan anda semak label dan bahan-bahan untuk pastikan makanan yang dibeli tiada daging atau lemak khinzir.
๐ก Tip Klook: Muat turun aplikasi MUFKO untuk semak status halal snek, minuman dan sebagainya di kedai-kedai serbaneka.
2. Tengok mural warna warni di Dongpirang Village (๋ํผ๋๋ง์) ๐จ
Dongpirang Village di Busan ni, tempatnya memang unik dan penuh warna! Anda akan nampak mural dan seni dinding yang kreatif sepanjang jalan. Memang sangat Instagrammable sebab penuh dengan lukisan yang ceria dan penuh makna! ๐จ Ada juga kedai-kedai kecil yang menjual souvenir, kafe, kedai makan dan sebagainya di sini.
Bukan tu je, di Dongpirang Village ni juga anda boleh nikmati pemandangan laut yang indah ๐ Ada spot-spot tertentu yang sempurna untuk ambil gambar dengan latar belakang laut dan langit biru. Anda mungkin kena naik tangga untuk ke kawasan lebih tinggi. Jadi, kalau anda ke Busan, jangan lupa singgah ke Dongpirang Village, tempat yang sempurna untuk explore, bersantai, dan tentunya, snap banyak gambar! ๐ทโจ
Anda boleh tempah lawatan seharian ke bandar Tongyeong di Klook yang termasuk dengan kereta kabel!
Alamat: 6-18 Dongpirang 1-gil, Dongho-dong, Tongyeong-si, Gyeongsangnam-do, South Korea
3. Naik Tongyeong Cable Car (ํต์์ผ์ด๋ธ์นด) ๐
Bila dah sampai di Tongyeong City, wajib naik Tongyeong Cable Car! Anda akan naik ke puncak tinggi di atas, sambil anda cuci mata dengan view yang sangat cantik. Laut yang biru, pulau-pulau kecil yang cantik, dan bukit-bukit hijau, semua boleh nampak dari atas sini. Memang rasa macam dalam scene drama Korea! ๐ ๐๏ธ
Bila dah sampai di atas boleh santai-santai, hirup udara segar, dan juga bergambar! ๐คณโจ Dari situ, anda boleh tengok panorama 360 darjah yang menakjubkan. Sesuai untuk family trip atau kawan-kawan, naik Tongyeong Cable Car ni memang pengalaman yang tak boleh dilepaskan!
Waktu Operasi: (Jan-Feb, Nov-Dec) 10AM - 4PM, (Mac) 10AM - 4:30PM, (Apr, Sept-Okt) 10AM - 5PM, (Mei) 9:30AM - 5:30PM, (Jun) 10AM - 5:30PM, (Ogos) 9AM - 6PM
Alamat: 205, Balgae-ro, Tongyeong-si, Gyeongsangnam-do ๊ฒฝ์๋จ๋ ํต์์ ๋ฐ๊ฐ๋ก 205
4. Makan tengahari di Dongpirang Jeonbok Maeul ๐
Nak rasa makan tengah hari yang lain daripada yang lain di Tongyeong? Kena cuba Dongpirang Jeonbok Maeul! Tempat ni glamer dengan menu bintang mereka, jeonbok, yang kita kenal sebagai abalone. Bayangkan duduk santai sambil menikmati abalone yang dimasak dengan pelbagai cara โ ada yang dibuat sup, ada yang jadi bahan utama dalam bibimbap. Setiap suapan penuh dengan rasa laut yang segar dan membangkitkan selera.
Restoran Dongpirang Jeonbok Maeul ni bukan sahaja tawarkan makanan yang sedap, tapi pemandangannya pun cantik sangat. Korang boleh lepak sambil makan, menikmati keindahan laut yang terbentang luas di depan mata. Tempat ni memang sesuai untuk sesiapa saja, sama ada keluarga atau berkumpul dengan kawan-kawan. Percayalah, pengalaman makan di sini bukan sahaja mengenyangkan perut tapi juga memberi ketenangan pada jiwa. Jadi, jangan lepaskan peluang makan tengah hari di Dongpirang Jeonbok Maeul bila korang ada kat Tongyeong, okay? ๐๐ฝ๏ธ๐
โจ
Status Halal: Makanan adalah mesra Muslim. Tidak menghidangkan daging dan lemak khinzir. Minuman alkohol ada dijual di restoran ini.
Waktu Operasi: 9AM - 9PM
Alamat: ๊ฒฝ๋จ ํต์์ ํด์ก์ 2๊ธธ 29 ๋ํ๊ด 2์ธต 2nd floor of Daepunggwan, 29, Haesongjeong 2-gil, Tongyeong, Gyeongsangnam-do
5. Petang yang santai di Suryuk Coastal Walks ๐
Kalau korang ke Korea Selatan, jangan lupa untuk merasai keindahan Suryuk Coastal Walks. Tempat ni memang sempurna untuk menyelami kecantikan alam dengan latar belakang laut yang biru dan langit yang cerah. Sambil berjalan di tepi pantai, korang akan disambut dengan deburan ombak dan angin laut yang menyejukkan. Jalan setapak ini, yang mengiringi garis pantai, adalah tempat terbaik untuk melepaskan penat dan menikmati ketenangan alam.
Selain itu, Suryuk Coastal Walks juga syurga bagi penggemar fotografi. Setiap langkah di sini menawarkan peluang untuk mengambil gambar yang akan mengagumkan siapa saja yang melihatnya. Dengan pemandangan yang mempesona, korang pasti akan dapat mengambil gambar-gambar yang akan membuat kenangan di Suryuk Coastal Walks ini tak terlupakan. Jadi, sedia kan kamera dan saksikan sendiri keajaiban alam di sini, di mana keindahan dan ketenangan berpadu sempurna! ๐๐ค๏ธ๐ธโจ
Alamat: 72-9 Yeongun-ri, Sanyang-eup, Tongyeong-si, Gyeongsangnam-do
6. Lihat pemandangan matahari terbenam di Dara Park (๋ฌ์๊ณต์) ๐
Dara Park, sebuah taman yang cantik dan tenang, adalah tempat yang wajib dikunjungi kalau korang ada di Korea Selatan. Tempat ni terkenal sebagai spot yang sempurna untuk melihat matahari terbenam. Bayangkan duduk di atas bukit hijau sambil menunggu langit berubah warna. Dari sini, korang boleh lihat matahari terbenam dengan pemandangan yang memukau, di mana langit berubah jadi pelbagai warna merah jingga dan ungu. Sesuai untuk sesiapa yang nak lepas dari hiruk-pikuk bandar dan nikmati ketenangan alam.
Biasanya, waktu terbaik untuk tangkap momen matahari terbenam di Dara Park adalah sekitar jam 6 petang hingga 7 malam, bergantung pada musim. Korang boleh bawa kamera untuk abadikan saat indah ini. Selain tu, taman ini juga menyediakan ruang yang luas untuk berkelah atau sekadar bersantai. Jadi, kalau korang plan untuk meluangkan masa petang yang indah dan menenangkan, jangan lupa untuk singgah ke Dara Park dan saksikan sendiri keajaiban matahari terbenam yang tak akan korang lupakan! ๐
๐ณ๐ทโจ
Alamat: 1115, Sanyangilju-ro, Tongyeong-si, Gyeongsangnam-do ๊ฒฝ์๋จ๋ ํต์์ ์ฐ์์ ์ฐ์์ผ์ฃผ๋ก 1115
7. Makan malam di Tongyeong Haemul Cheonguk ๐
Bila di Tongyeong, anda kena cuba Tongyeong Haemul Cheonguk, restoran seafood yang terkenal di sana. Tempat ni memang syurga bagi peminat makanan laut! Dengan pelbagai pilihan seafood segar seperti kepah, sotong, dan udang dan banyak lagi. Anda boleh rasai keenakan seafood Korea yang sebenar di sini. Suasana restorannya juga santai dan selesa, sesuai untuk makan bersama keluarga atau kawan-kawan.
Selain dari keenakan makanannya, Tongyeong Haemul Cheonguk juga menawarkan pengalaman makan yang unik. Pekerja restoran akan tolong buangkan kulit, cengkerang dan sebagainya untuk anda nikmati makanan sepenuhnya. Jangan lupa untuk cuba sup seafood khas mereka, yang pasti akan memanjakan selera korang. Makan di Tongyeong Haemul Cheonguk ni bukan sekadar tentang makanan yang sedap, tapi juga tentang alami budaya orang Korea. ๐ค๐๐ฒโจ
Status Halal: Makanan adalah mesra Muslim. Tidak menghidangkan daging dan lemak khinzir. Minuman alkohol ada dijual di restoran ini.
Waktu Operasi: Setiap hari, 10AM-9:30PM
Alamat: 198-6, Donam-dong, Tongyeong-si, Gyeongsangnam-do
8. Alami pengalaman digital di taman tema DPIRANG (๋ํผ๋)โจ
Seterusnya, anda akan lawatai DPIRANG Night Theme Park. Tempat ni bukanlah taman tema biasa, ia adalah taman tema malam yang menawarkan pengalaman unik dengan pemandangan malam yang memukau. Anda akan berjalan-jalan di bawah lampu-lampu yang berkelipan dan instalasi seni yang kreatif. Setiap sudut di DPIRANG dipenuhi dengan cahaya dan warna, menjadikan suasana malam tu lebih hidup dan ajaib! Sesuai untuk semua peringkat umur, tempat ini pasti akan mencipta memori indah di hati korang.
Apa yang menarik tentang DPIRANG Night Theme Park, ia bukan hanya tentang lampu-lampu cantik, tapi juga tentang pengalaman interaktif. Ada pelbagai pertunjukan cahaya, muzik, dan kegiatan interaktif yang anda boleh alami. Sama ada untuk date night atau datang bersama keluarga, DPIRANG Night Theme Park adalah destinasi yang sempurna untuk menghabiskan malam yang penuh keajaiban dan keceriaan! ๐โจ
Waktu Operasi: Mac-Apr, Sept: 7:30PM - 12PM, Mei-Ogos: 8PM - 12PM, Okt-Feb: 7PM - 12PM
Alamat: 29 , Nammanggongwon-gil, Tongyeong-si, Gyeongsangnam-do
Hari ketiga di Busan
1. Mulakan hari terakhir anda dengan melawati Taejongdae Cliffed Coast (ํ์ข ๋) ๐ก
Taejongdae Park di Busan adalah tempat yang wajib dikunjungi kalau anda sukakan alam semula jadi. Taman ini terkenal dengan tebing batu kapurnya yang tinggi dan pemandangan laut yang menakjubkan. Anda boleh berjalan kaki mengelilingi taman atau naik tren untuk menikmati keindahan alam. Jangan lupa untuk singgah di Yeongdo Lighthouse, tempat terbaik untuk tangkap gambar yang cantik! Tapi anda akan banyak naik dan turun tangga, jadi pastikan anda pakai kasut yang selesa.
Waktu Operasi: Mac-Apr, Sept: 7:30PM - 12PM, Mei-Ogos: 8PM - 12PM, Okt-Feb: 7PM - 12PM
Alamat: 181, Jeonmang-ro, Yeongdo-gu, Busan ๋ถ์ฐ๊ด์ญ์ ์๋๊ตฌ ์ ๋ง๋ก 181
2. Terokai Huinnyeoul Culture Village (ํฐ์ฌ์ธ๋ฌธํ๋ง์)๐
Huinnyeol Culture Village di Busan menawarkan pengalaman unik dengan seni jalanan dan pemandangan laut yang. Kampung ini dipenuhi dengan mural dan karya seni yang menarik, sempurna untuk anda yang suka fotografi. Selain itu, kampung ini juga menawarkan pemandangan laut yang menenangkan, jadi jangan lupa untuk ambil masa dan nikmati keindahan alam.
Apa yang menjadikan Huinnyeol Culture Village istimewa adalah cerita di sebalik seni jalanan tersebut. Setiap lukisan dan mural menceritakan kisah penduduk kampung. Ini menjadikan jalan-jalan di kampung ini lebih bermakna dan menarik.
Alamat: 379 Huinnyeoul-gil, Yeongdo-gu, Busan ๋ถ์ฐ๊ด์ญ์ ์๋๊ตฌ ํฐ์ฌ์ธ๊ธธ 379
3. Makan tengahari di Okcheon Seafood Restaurant ๐ฆ
Bila di Korea, kena makan makanan laut puas-puas! Anda boleh cuba Okcheon Seafood Restaurant. Restoran ini terkenal dengan hidangan seafoodnya yang segar dan lazat. Dari sup seafood hingga makanan laut panggang, semuanya disediakan dengan sempurna untuk memuaskan selera korang.
Keunikan Okcheon Seafood Restaurant terletak pada suasana tradisional Korea dan layanan mesra. Sambil menikmati hidangan, korang juga boleh merasai budaya Korea yang kaya. Jadi, kalau korang di Busan dan mencari pengalaman makan seafood asli Korea, Okcheon Seafood Restaurant adalah pilihan yang tepat.
4. Lihat pemandangan yang biru di Oryukdo Skywalk (์ค๋ฅ๋ ์ค์นด์ด์ํฌ) โ
Oryukdo Skywalk di Busan adalah salah satu tempat tarikan yang menawarkan pengalaman berjalan di atas laut. Jalan tapak kaca ini terletak di atas tebing, memberi anda pandangan 360 darjah yang menakjubkan terhadap laut. Ini adalah tempat yang sempurna untuk mereka yang mencari pengalaman yang mendebarkan dan pemandangan yang indah.
Waktu Operasi: 9AM - 6PM
Alamat: 137, Oryukdo-ro, Nam-gu, Busan ๋ถ์ฐ๊ด์ญ์ ๋จ๊ตฌ ์ค๋ฅ๋๋ก 137
5. Minum kopi dan makan pastri di P. Ark Cafe and Bakery (ํผ์ํฌ ์นดํ ์ค ๋ฒ ์ด์ปค๋ฆฌ) ๐ฉ
P.ark Cafe di Busan adalah tempat yang sempurna untuk berehat dan menikmati kopi. Kafe ini menawarkan suasana yang santai dengan dekorasi yang stylish dan kontemporari. Sambil menikmati kopi atau teh, anda juga boleh menikmati pemandangan laut yang menenangkan.
Yang menarik tentang P.ark Cafe adalah variasi menu mereka, dari kopi khas hingga pencuci mulut yang unik. Memang rambang mata nak pilih! Pelbagai jenis, warna, bentuk dan rasa.
Waktu Operasi: 9AM - 6PM
Alamat: 4F, 180, Haeyang-ro 195beon-gil, Yeongdo-gu
6. Beli-belah di Goraesa Fish Cake Shop Haeundae ๐ข
Selepas tu kita jalan-jalan di Haeundae! Tempat wajib singgah iaitu, Goraesa Fish Cake Shop. Kedai fish cake terbesar ini menawarkan pelbagai jenis fish cake (eomuk) yang sedap dan segar. Fish cake di sini dibuat menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi! Anda boleh makan di situ atau beli vacuum packed untuk dibawa pulang ke Malaysia. Ada macam-macam jenis fish cake yang diperbuat dari sotong, udang, ikan dan banyak lagi.
Waktu Operasi: Ahad - Khamis 9:30AM - 9:30PM, Jumaat & Sabtu 9:30AM - 10PM
Alamat: 14 Gunam-ro, Haeundae-gu, Busan, South Korea
7. Makan malam di Namaste Haeundae ๐
Kalau anda mencari makan malam yang berbeza di Busan, Namaste Haeundae adalah pilihan yang tepat. Restoran ini menawarkan masakan India yang autentik dan penuh perisa. Dari briyani hingga curry, semua hidangan disediakan dengan rempah yang kaya dan menggugah selera. Namaste Haeundae juga menawarkan suasana yang hangat dan mesra. Staf di sini ramah dan bersedia membantu anda memilih hidangan yang sesuai dengan selera. Wajib cuba butter chicken dan teh masala!
Status Halal: Makanan adalah mesra Muslim. Tidak menghidangkan daging dan lemak khinzir. Minuman alkohol ada dijual di restoran ini.
Waktu Operasi: Setiap hari, 11AM-11:30PM
Alamat: 7 Haeundaehaebyeon-ro 265beon-gil, Haeundae-gu, Busan, South Korea
8. Jalan-jalan sambil healing di Gwangalli Beach (๊ด์๋ฆฌํด์์์ฅ)๐ด
Gwangalli Beach di Busan adalah salah satu pantai yang paling terkenal di Korea Selatan. Dengan pasir yang lembut dan pemandangan Gwangan Bridge yang spektakuler, pantai ini adalah tempat yang sempurna untuk bersantai dan menikmati keindahan alam.
Pada malam hari, Gwangalli Beach berubah menjadi tempat yang lebih meriah dengan lampu-lampu dan live busking yang menyanyi di situ. Pemandangan Gwangan Bridge yang diterangi lampu pada malam hari sangat cantik. Ini adalah tempat yang sempurna untuk berehat-rehat sambil mendengar bunyi ombak!
Waktu Operasi: Ahad - Khamis 9:30AM - 9:30PM, Jumaat & Sabtu 9:30AM - 10PM
Alamat: 14 Gunam-ro, Haeundae-gu, Busan, South Korea
Keperluan percutian Busan anda
1. Kad SIM & WiFi ๐ถ
Pastikan anda sentiasa terhubung dengan menggunakan kad SIM 4G atau peranti WiFi mudah alih untuk Korea Selatan! Dapatkan produk pilihan anda dengan mudah di lapangan terbang semasa anda tiba di Korea!
2. Pemindahan lapangan terbang ๐
Mencari cara untuk pergi dan pulang dari lapangan terbang? Untuk jadikan semuanya lebih mudah, kami cadangkan anda buat tempahan pemindahan lapangan terbang peribadi di Klook! Dengan keperluan perjalanan ini, anda secara automatik dah selesaikan masalah utama setiap pelancong sebaik mendarat.
3. Penyewaan kereta peribadi & kereta sewa ๐
Kami cadangkan untuk anda sewa kereta peribadi, bersama pemandu profesional sendiri untuk bawa anda berjalan-jalan di Busan, anda lebih fleksibiliti dan kemudahan untuk meneroka mengikut jadual perjalanan anda.
Pandu sendiri di Busan juga merupakan pilihan yang popular. Lebih mudah untuk anda sewa kereta di Busan dan membuat itinerari anda sendiri mungkin merupakan pilihan terbaik untuk menikmati semua yang ditawarkannya.
Aktiviti menarik di Korea ๐ฐ๐ท
Inspirasi percutian ke Korea ๐ฐ๐ท
๐ก Tip Klook ๐ก Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun ๐ฒ
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. ๐งก
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini: