Percutian Bajet 3H2M di Bandung: Tempat best, aktiviti popular dan tempat makan halal

Aisyah Farhanah
Aisyah Farhanah
Last updated 4 Apr 2024
Bandung HeadBanner

Jom pergi tempat menarik di Bandung!

Bukit Moko Bandung
Kredit: Michael Tanujaya via Shutterstock
Sekarang, korang tak perlu pening - pening untuk plan cuti di Bandung sebab korang boleh je ikut itinerari Bandung yang disediakan oleh Klook ni. Bandung ada banyak tempat menarik. Dengan adanya itinerari Bandung mesra poket yang disediakan oleh Klook, anda mesti gembira untuk terokai tempat-tempat menarik kat Bandung dalam masa 3 hari dan 2 malam.
Yang lebih seronok lagi, tiket masuk yang terdapat dalam itinerari Bandung ini anda boleh dapatkan dengan harga diskaun yang hanya boleh anda cari di Klook.

Persediaan ke Bandung :

1) Transport ke Bandung

Ada beberapa pilihan transport yang boleh korang pilih ke Bandung :
i) Anda boleh menggunakan pengangkutan awam seperti bas sekiranya anda dari Jakarta.
ii) Anda boleh menyewa kereta sewa untuk dibawa ke Bandung sekiranya anda dari Lapangan Terbang Husein Sastranegara.
Malas untuk memandu atau tak nak guna public transport ke Bandung? Letih? Jangan risau, korang boleh tempah kereta sewa, yang dah termasuk dengan pemandu berpengalaman yang akan membawa anda semua ke Bandung! Yang lebih menarik, minyak petrol sudah termasuk dalam pakej ini!
Bandung
Kredit: @AbdulRidwan on Unsplash

2) Sewa kereta di Bandung

Untuk berjalan-jalan kat Bandung, anda perlukan pengangkutan. Kat Bandung, sewa kereta lebih murah daripada naik teksi, lagi-lagi kalau korang nak berjalan jauh dari bandar.
Harga sewa kereta berbeza-beza bergantung sama ada korang nak pilih yang ada driver atau tak. Harga juga berbeza bergantung kepada jenis kereta yang disewa.
Kalau korang nak ada driver, biasanya boleh sewa kereta dengan harga tertentu untuk pakej yang dah disediakan tetapi belum termasuk kos minyak dan makanan driver. Ada juga kemungkinan tambahan kos kalau korang pergi ke destinasi di luar kawasan yang ditetapkan.

3. Hotel di Bandung

Terdapat banyak hotel yang korang boleh cuba di Bandung. Dari harga yang murah hingga mahal semuanya pasti akan membuatkan anda puas hati! Yang paling penting selesa! Baca sampai bawah untuk tengok beberapa pilihan hotel di Bandung!

Hari Pertama

1. Tiba di Bandung & Breakfast!

Selepas tiba di Bandung, anda boleh penuhkan perut anda dan keluarga dengan sarapan di Jalan Braga. Jalan ni best untuk korang pergi pada waktu pagi lepastu korang boleh pergi ke Kopi Toko Djawa, yang ada pelbagai jenis roti, pastri, dan kek, dari Almond Croissant, Cinnamon Roll, Oreo Choco Brownies, hingga Canele. Makanan kat sini muslim friendly!
Kopi Toko Djawa Braga - @ilimaaa_
Kredit: @ilimaaa_ on Instagram
Lagi best bila minum Piccolo atau Latte, untuk bagi korang semangat berjalan hari pertama kat Bandung ni!
  • Lokasi: Jl. Braga No.79, Braga, Kec. Sumur Bandung, Kota Bandung, Jawa Barat 40111, Indonesia

2. Lawati Dago Dream Park

Dago Dream Park - Spot Foto Instagramable 3
Dago Dream Park adalah antara tempat pelancongan baru yang tengah popular kat Bandung! Kat sini banyak spot bergambar yang menarik untuk korang post kat Instagram. Dago Dream Park juga memiliki banyak kawasan permainan untuk kanak-kanak, jadi ia juga merupakan tempat yang sesuai untuk anda pergi dengan keluarga.
Dago Dream Park - Wisata Bandung 3
Tiket kemasukan juga sangat murah iaitu bermula dengan RM7.99 di Klook manakala hanya RM 35.49 untuk semua akses kat sini! Menarik dan mesra poket sangat ni, jadi jangan lepaskan peluang anda untuk melawat Dago Dream Park ketika di Bandung.
  • Lokasi: Mekarwangi, Jl. Dago Giri No.Km. 2.2, Pagerwangi, Kec. Lembang, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40135, Indonesia
  • Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9:00AM - 4:00PM)

3. Makan tengahari di Sa Sederhana Masakan Padang

Restoran Sa Sederhana Masakan Padang adalah salah satu restoran yang mempunyai banyak cawangan di seluruh Indonesia. Ia juga merupakan pilihan restoran yang popular dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong asing. Yang paling penting, halal!
Kalau korang nak makan makanan padang Indonesia, korang boleh makan sepuas-puasnya kat sini. Konsep makan kat restoran ni ialah setiap hidangan yang disediakan adalah dalam piring kecil. Bayaran akan dikenakan sekiranya piring tersebut disentuh atau telah dimakan.
  • Lokasi: Jalan W.R. Supratman, No. 41, Cihapit, Bandung
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (8:00AM- 10:00PM)

4. Check-in di Hotel Aryaduta Bandung

Aryaduta Bandung Hotel - Swimming Pool
Lepas dah kenyang, anda boleh check-in di Aryaduta Bandung. Yang paling best, 7 minit je dari kedai makan tadi. Kedudukan hotel ini strategik tau sebab hotel ni terletak tengah-tengah bandar dan bersebelahan dengan Bandung Indah Plaza iaitu shopping mall besar di Bandung. Seronok kan? Sebab hotel ni tepi shopping mall, hotel ni mudah je diakses dari shopping mall tu. Bilik-bilik kat hotel ni juga luas dan selesa.
  • Lokasi: Jl. Sumatera No.51, Citarum, Kec. Bandung Wetan, Kota Bandung, Jawa Barat 40115, Indonesia

Lebih banyak pilihan hotel yang menarik untuk anda ✨

Hari Kedua

1. Melawat Rusa-Rusa di Kampung Cai Ranca Upas

Panduan Ranca Upas Bandung - Blog Cover ID
Kredit: Fadil Iqbal (Kiri), Jonathan Aristo (Tengah), Arya Praditya (Kanan) via Unsplash
Selepas breakfast di hotel, korang kena teruskan perjalanan ke Rancabali! Kampung Cai Ranca Upas asalnya adalah salah satu tempat perkhemahan yang paling terkenal kat Bandung dan yang paling istimewa, tempat pelancongan ini mempunyai banyak rusa! Rusa-rusa kat sini yang membuatkan Kampung Cai Ranca Upas menjadi viral dan dikenali kat Instagram.
Kampung Cai Ranca Upas - @ayuseptiputri on Instagram
Kredit: @ayuseptiputri on Instagram
Tempat ni agak jauh, iaitu kira-kira 1.5 jam dari Bandung. Tapi kat area Ranca Upas ni, terdapat banyak tempat pelancongan lain di Bandung yang popular, seperti Kawah Putih, Kebun Teh Rancabali, dan juga Glamping Lakeside. Jadi, anda boleh mengunjungi tempat-tempat pelancongan lain di kawasan yang terkenal dengan nama Ciwidey ini. Harga masuk ke sini juga murah dan paling penting mesti la instagrammable!
  • Lokasi: Jl. Camp Ranca Upas, Patengan, Kec. Rancabali, Kabupaten Bandung, Jawa Barat 40973, Indonesia
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (24 Jam)

2. Makan tengahari di Pinisi Resto

Pinisi Resto Bandung
Selepas seronok ambil gambar dengan rusa di Kampung Cai Ranca Upas, korang boleh singgah ke Pinisi Resto, sebuah restoran yang unik di Rancabali yang terletak di atas sebuah kapal yang sangat besar!
Pinisi Resto Situ Patenggang Bandung
Kredit: Fikri Rasyid on Unsplash (Kanan)
Pinisi Resto ni terletak di tepi Danau Situ Patenggang, yang juga merupakan kawasan terkenal untuk glamping iaitu glamping lakeside. Sambil menikmati makanan kat Pinisi Resto, anda boleh menikmati pemandangan sekitar Danau Situ Patenggang yang boleh buatkan anda healing sambil feeling atas kapal!
  • Lokasi:Jalan Ciwidey Situ Patenggang Rancabali km.38, Patengan, Kec. Rancabali, Kabupaten Bandung, Jawa Barat 40973, Indonesia
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (10:00 AM - 8:00/9:00 PM)

3. Explore Kawah Putih yang cantik!

Panorama Kawah Putih Ciwidey Bandung
Lepas dah feeling-feeling duduk kat kapal atas laut dan ambil gambar kat Pinisi Resto, it's time to go to Kawah Putih! Tempat ni dah jadi destinasi yang popular kat Bandung. Kawah Putih mempunyai sebuah tasik kawah dengan warna putih atau kadang-kadang hijau yang membuatkan ia nampak seperti magic. Pemandangan kat tasik ni sangat unik sampai tempat ni dah jadi salah satu tempat pelancongan yang sangat instagramable kat Bandung.
Sunrise Kawah Putih Ciwidey
Disebabkan tempat ini semakin popular, kemudahan kat Kawah Putih ini telah ditingkatkan untuk pastikan semua pengunjung kat sini lebih selesa. Jadi luangkan masa selama 1-2 jam di sini untuk menikmati pemandangan atau mengambil gambar-gambar cantik sebagai kenangan. Jangan lupa post Instagram dan Tiktok sebab tempat ni cantik sangat. Tiket masuk pun murah!
  • Lokasi: West Java

4. Makan malam di Angkringan De Blank On

On the way balik ke Bandung, korang boleh pergi makan kat Angkringan De Blank On. Restoran ini terletak kat atas bukit yang mempunyai ruang indoor dan outdoor. Sambil dinner sambil tengok pemandangan cantik. Best kan? Makanan kat sini juga semuanya muslim friendly.
Bandung Angkringan De Blank On
Kredit: de BlankOn - Langit Jingga
Kalau korang nak tahu Angkringan tu bermaksud food street. Ada pelbagai menu yang anda boleh cuba. Kat restoran ni juga ada mural Javanese yang korang boleh tengok. Menarik sangat kedai makan ni, jadi anda semua kena datang sini okay!
  • Lokasi: Jl. Baru Laksana No.75, Pagerwangi, Kec. Lembang, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40391, Indonesia

Hari Ketiga

1. Pergi ke Pasar Terapung Lembang

Floating Market Lembang
Kredit: Everything You Need on Shutterstock
Hari ketiga, korang boleh pergi ke Pasar Terapung Lembang untuk rasa pengalaman pasar terapung yang unik di atas tasik. Kat sini, korang boleh nikmati pemandangan gunung yang cantik dan snap banyak gambar best dalam pelbagai taman tema macam Kota Mini, Rainbow Garden, dan Kampung Kyotoku.
Ada jugak bot kecil untuk anda naik kat tasik. Paling best, korang boleh isi perut dengan masakan tradisional Indonesia kat sini sebelum balik. Beli tiket anda sekarang kat Klook dengan harga serendah RM 10.55 je. Book kat Klook kan senang?
  • Lokasi: 5JJ9+484, Lembang, West Bandung Regency, West Java 40391, Indonesia

2. Melawat Orchid Forest Cikole

Orchid Forest Cikole - @bey0nd_limit on Instagram
Kredit: @bey0nd_limit on Instagram
Next, korang boleh pergi ke Orchid Forest Cikole di Lembang! Tempat ni best and famous sebagai taman orkid terbesar di Indonesia. Korang akan suka tengok kecantikan orkid, pokok-pokok yang tersusun cantik, dan udara segar yang menyegarkan. Ajaklah keluarga dan kawan-kawan, confirm seronok!
Orchid Forest Cikole - @agnesoryza on Instagram
Kredit: @agnesoryza on Instagram
Kat sini ada banyak lagi tarikan menarik, macam jambatan kayu yang trendy, flying fox, naik kuda, dan istana orkid yang memukau! Jangan lupa jalan-jalan dalam hutan seluas 12 hektar, ada lebih dari 150 jenis orkid cantik dari seluruh dunia! Beli tiket kat Klook dengan harga serendah RM 27.95 je! Murah kan?
  • Lokasi: Genteng, Cikole, Kec. Lembang, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40391, Indonesia

3. Farmhouse Lembang

Farmhouse Lembang Tempat Wisata di Bandung
Lepas dah tengok orchid, korang boleh pergi ke Farmhouse! Farmhouse ni tawarkan pengalaman Eropah yang unik untuk keluarga dan kawan-kawan anda. Kat sini, korang boleh amik gambar banyak-banyak, terutama kat pameran Hobbiton yang macam kampung dalam Lord of the Rings!
Sambil berjalan-jalan kat taman, anda boleh menikmati susu segar, dan yes, dah termasuk dalam harga tiket. Senang kan? Budak-budak mesti excited nak main-main kat zoo mini, boleh bagi makan haiwan macam kambing dan arnab.
Jangan lupa, beli tiket korang kat Klook sekarang untuk dapat harga paling best. Jom plan outing ke Farmhouse untuk chill dengan family dan kawan-kawan di Bandung!
  • Lokasi: Jl. Raya Lembang No.108, Gudangkahuripan, Kec. Lembang, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40391, Indonesia

Diskaun 5% untuk tempahan pertama anda 🧡

klook kod promo pengguna baru
Baru kenal Klook? Muat turun Aplikasi Klook dan gunakan kod <BETTERONAPP> untuk nikmati diskaun 5% untuk tempahan pertama anda di Klook! Dari pakej hotel hingga tiket tarikan dan baucar makan, kami ada tawaran dan pengalaman terbaik khas untuk anda.
Muat turun Aplikasi Klook: App Store  | Google Play

Lebih banyak aktiviti murah dan menarik Bandung di sini!

Inspirasi percutian di Indonesia

💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu | 🔵Telegram