Keinginan untuk mengembara!
Walaupun sempadan antarabangsa telah dibuka, masih ramai antara kita yang memilih untuk melancong secara domestik sahaja. Kalau anda ada keinginan untuk mengembara dan terlalu merindui Jepun, ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan! Tak perlu susah-susah merancang percutian hujung minggu, kami telah senaraikan tempat-tempat yang ada suasana Jepun tapi hanya di dalam Malaysia. Percaya atau tidak?
Berikut adalah 10 tempat dan pengalaman yang menyeronokkan untuk ditambah pada senarai aktiviti hujung minggu anda! Daripada bunga 'sakura' yang boleh dijumpa di Malaysia hingga pembukaan Taman Persahabatan Selangor-Jepun yang tenang di Shah Alam dan Don Don Donki pertama di Malaysia.
Alami suasana Jepun hanya di dalam Malaysia di 10 tempat ini 🌸
1. Sakura di Malaysia 🌸
Bunga sakura 🌸 dianggap sebagai simbol pembaharuan dan peringatan tentang sekejapnya kehidupan. Ia mekar di Jepun setiap musim bunga dan menarik orang dari seluruh dunia untuk melihat kecantikan bunga merah jambu. Walaupun musim sakura di Jepun masih menjadi impian yang sukar dicapai buat masa ini, adakah anda tahu bahawa terdapat juga sakura di Malaysia? Dikenali dengan mesra oleh penduduk tempatan sebagai Sakura Kedah atau Sakura Pulau Pinang, bunga merah jambu ini jelas bukan bunga sakura sebenar, namun tetap indah.
Bunga merah jambu, putih dan ungu tergolong dalam pokok Tecoma (pokok tabebuia rosea) yang cantik, juga dipanggil "pokok kertas tisu" oleh penduduk tempatan kerana tekstur dan kelopak bunga yang nipis. Bunga ini mekar semasa bulan paling kering dalam setahun, iaitu antara Februari dan April, dan boleh dilihat di sepanjang beberapa jalan di Pulau Pinang (Bayan Lepas, Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan Kedah (Sungai Petani, Jalan Kuala Kedah, Jalan Langgar). Sesetengah rakyat Malaysia juga telah melihat bunga merah jambu ini di Johor, Terengganu, Melaka, dan KL (di Setapak, Kepong, Mont Kiara dll!), jadi pastikan anda memerhati di sekeliling anda ketika berada di luar!
2. Don Don Donki, Lot 10 🛍️
Salah satu kenikmatan Jepun akhirnya tiba di Malaysia pada tahun 2021. Bagi mereka yang pernah melancong ke Jepun, Don Don Donki pastinya bukan nama yang asing. Kedai rangkaian besar dengan maskot penguin biru yang ikonik dan comel ini mempunyai lebih 160 kedai di seluruh Jepun. Kesemuanya dipenuhi dengan rak-rak makanan ringan Jepun, barangan makanan segar, barangan runcit, produk kecantikan dan semua jenis barangan. Kedai Don Don Donki pertama di Malaysia akhirnya dibuka di Lot 10, Bukit Bintang pada 19 Mac, menarik barisan panjang rakyat Malaysia yang teruja untuk mendengar lagu tema Don Don Donki.
Pergi ke kedai tiga tingkat yang dibahagikan kepada banyak bahagian berbeza, di sini anda boleh menemui apa sahaja yang diperlukan dan diidamkan. Daripada strawberi yang diimport dari Jepun hingga ke sashimi segar, hirisan daging wagyu premium, pelbagai jenis ramen, rak yang penuh dengan makanan ringan Jepun, barangan penjagaan kulit, produk elektronik, dan juga peralatan memasak.
3. Japanese Village, Bukit Tinggi 🏯
Senarai ini tidak akan lengkap tanpa menyebut Perkampungan Jepun yang tenang terletak di tengah-tengah hutan hujan yang subur di Bukit Tinggi, Pahang. Direka dan dibina oleh sepasukan arkitek dan jurutukang dari Jepun, Perkampungan Jepun di Bukit Tinggi adalah ruang tenang yang dipenuhi dengan laluan berliku, air terjun, taman yang indah berinspirasikan Zen, dan juga Japanese Tea House serta spa berkonsepkan Jepun. Naik taraf lawatan anda dengan menyewa kimono yang disediakan untuk mengambil gambar-gambar yang menarik semasa anda bersiar-siar di kawasan perkampungan. Semasa anda berada di sana, jangan lupa untuk melihat Colmar Tropicale untuk merasai 'percutian' ke Perancis juga. Mesti seronok sekali dapat merasai percutian tipu-tipu ke dua negara dalam masa sehari.
4. Staycation gaya Jepun di Bunk & Bilik
Walaupun perjalanan ke Jepun masih bukan dalam perbincangan, ini tak bermakna anda tak boleh merancang percutian yang akan memberi anda suasana Jepun yang utama. Dengan bilik bergaya minimalis yang memancarkan pesona zen berinspirasikan Jepun, Bunk & Bilik ialah hotel butik yang selesa. Anda pasti akan berasa seperti di rumah sendiri. Bilik persendirian di sini direka dengan teliti dengan tona yang disenyapkan, hiasan yang elegan, dan tilam yang selesa untuk tidur malam yang nyenyak dan santai.
Bawa buku kegemaran anda, muat turun beberapa filem atau pergi bersama orang tersayang untuk mengelak dari hiruk-pikuk bandar dan mengecas semula tenaga pada hujung minggu. Pilih daripada pelbagai penginapan termasuk katil dua tingkat gaya asrama dan bilik suite keluarga yang sesuai untuk kumpulan yang lebih besar. Hotel ini juga menempatkan kawasan umum yang terang, lapang dan selesa. Hidangan ringan percuma disediakan, selain pelbagai kemudahan yang menarik seperti dobi layan diri dan wifi percuma 24/7. Tempah penginapan Bunk & Bilik anda di cawangan Jalan Ipoh atau Sri Petaling!
5. Taman Persahabatan Selangor-Jepun, Shah Alam 🐛
Ini adalah tambahan yang agak baharu pada senarai! Taman Persahabatan Selangor-Jepun ialah taman berinspirasikan Jepun yang serba baharu terletak di Shah Alam. Saiznya merangkumi 3 padang bola sepak dan dibina untuk memperingati persahabatan dan hubungan diplomatik antara Selangor dan Jepun. Taman ini terdiri daripada 5 zon pemandangan dan dibuka kepada orang ramai setiap hari dengan kemasukan percuma.
Bersiar-siar di sepanjang laluan yang terawat rapi, pokok yang rimbun, kolam zen dan pintu masuk torii berinspirasikan Jepun di seberang taman. Terdapat banyak bangku serta meja berkelah di sini, anda boleh merehatkan kaki dan bersantai setelah letih berjalan. Masa untuk hari keluarga di Shah Alam, mungkin?
6. Seirock-Ya Ramen
Penggemar ramen akan sukakan Seirock-Ya Ramen yang menyajikan semangkuk mi enak yang penuh dengan rasa dan keenakan. Rekaan hiasan restoran ini juga seperti di Jepun, anda akan berasa seolah-olah anda melangkah ke izakaya (bar Jepun tidak rasmi) asli. Seirock-Ya Ramen menawarkan menu yang cukup luas dengan bukan sahaja ramen klasik yang enak tetapi juga makanan panas Jepun, kari Jepun, gyoza dan banyak lagi. Masa untuk melepak dengan rakan-rakan sambil menikmati hidangan yang memuaskan!
7. Onsen Spa di Urban Retreat
Rindukan mata air panas di Jepun? Tahukah anda bahawa di KL juga anda boleh merasainya? Terletak di 163 Retail Park, Mont Kiara, Urban Retreat Onsen Spa akan membolehkan anda merealisasikan impian onsen Jepun anda sementara percutian antarabangsa kekal sebagai impian yang sukar digapai. Spa berinspirasikan Jepun ini memancarkan suasana yang menenangkan, mesra dan menarik, serta menawarkan perkhidmatan spa, urutan dan terapi badan tradisional untuk mereka yang ingin bersantai dan berehat.
Bintang kepada Urban Retreat merupakan pengalaman spa onsen Jepun mereka yang membolehkan anda berendam dalam tab mandi onsen untuk kegunaan seorang (diimport dari Jepun!) di dalam bilik peribadi. Tutup mata anda dan rasakan tekanan dan kebimbangan anda hilang apabila melangkah ke dalam mandian air panas.
8. Onsen Kering di Ki To Wellness
Alternatif kepada spa onsen di Urban Retreat, terdapat satu lagi permata tersembunyi di Lembah Klang yang anda boleh merasai versi onsen yang berbeza. Terletak di Phileo Damansara, Ki To Wellness merupakan pusat kesihatan yang menawarkan Terapi Batu Onsen Yunohana Hokutolite yang unik, pengalaman onsen kering yang menampilkan mineral kristal padat. Onsen ini diekstrak daripada mata air panas di Tamagawa Onsen, Jepun.
Berbaring di atas katil seperti kapsul yang akan menutupi anda dari leher ke kaki, dan tunggu sehingga badan anda bertindak balas terhadap haba dan tenaga yang lembut dan berterusan. Rawatan onsen menawarkan pelbagai manfaat termasuk detoksifikasi, ketenangan yang mendalam, peremajaan kulit, dan kesakitan berkurangan! Mungkin inilah masanya untuk merancang hari penjagaan diri anda?
9. Permata Terpakai di 2nd Street Bundle Shop
Inginkan keseronokan yang jimat cermat? Rakyat Malaysia yang suka berjimat cermat sepatutnya pernah mendengar tentang 2nd Street. Dengan 5 cawangan di seluruh Lembah Klang, 2nd Street ialah syarikat yang diasaskan Jepun (dengan lebih 650 kedai di Jepun) yang mengimport pakaian terpakai berkualiti tinggi dari Jepun ke Malaysia. Jika anda menyelam dengan sabar anda mungkin dapat menjumpai permata tersembunyi di sini seperti beg berjenama terpakai, pakaian bergaya, kasut cantik dan banyak lagi dengan tanda harga diskaun yang tinggi.
10. Omakase di Hanare Japanese Restaurant
Jika anda merindui bar sushi yang unik dan bercahaya malap di Jepun, bagaimana pula dengan menjamu diri anda dan orang tersayang dengan hidangan omakase? Frasa Jepun omakase, yang biasa digunakan semasa memesan sushi di restoran Jepun bermaksud "Saya akan serahkan kepada anda". Makanan Omakase sering dianggap sebagai pengalaman yang mesti dicuba di Jepun kerana unsur kejutan dan hidangan yang selalunya indah digabungkan dengan hanya bahan-bahan paling segar dan premium.
Walaupun sukar untuk mencari omakase yang autentik di Malaysia beberapa tahun lalu, ia telah menjadi semakin popular di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bagi mereka yang ingin mencubanya, buat tempahan di Hanare Japanese Restaurant - anda juga boleh tempah di Klook! Makanan laut yang digunakan dalam hidangan itu dipilih sendiri dan diterbangkan dari Pasar Ikan Toyosu yang terkenal di Tokyo, dan diolah menjadi hidangan unik dan berkualiti tinggi oleh cef profesional dengan pengalaman bertahun-tahun di bawah kendalian mereka.
💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini: