Jangan lupa tambah barang-barang ni dalam packing list anda ๐งณ
Bila nak bercuti ke luar negara, ramai akan risau nak mencari tempat makan halal atau tempat menunaikan solat. Tapi sebenarnya ada juga keperluan lain yang penting untuk memudahkan kita untuk travel di negara orang dengan lebih selesa sebagai muslim. Bila dah travel baru perasan kenapalah tak pack barang-barang ni!
Telekung travel ๐ง๐ป
Biasalah kan kalau para wanita ni mesti banyak barang nak dibawa dalam handbag. Macam-macam lah boleh jumpa! Nak bawa dompet, make-up, passport dan banyak lagi lah. Bag jadi berat dan lama-lama akan rasa tak selesa.
Mungkin ada ruang solat atau masjid di luar negara tak ada sediakan telekung, jadi anda pun nak bawak telekung sendiri. Jadi, lebih baik anda bawa telekung travel yang lebih ringan dan bag sebesar tapak tangan je. Tak ada lah makan ruang dalam handbag anda nanti! Ada pelbagai pilihan dan warna, antara beberapa yang anda boleh dapatkan serendah RM20.
Sejadah poket atau waterproof ๐
Selain dari telekung, anda juga mesti nak bawa sejadah yang kecil supaya anda boleh beribadah dengan selesa dan sempurna. Jadi, kami sarankan anda untuk bawa sejadah poket yang comel dan jika waterproof juga lebih baik kerana tak mudah kotor dan serap air. Anda boleh dapatkan sejadah poket serendah RM19 di sini atau sejadah waterproof pelbagai warna di sini.
Portable bidet ๐ง
Ini sangat penting ya! Kalau anda ke luar negara seperti Thailand, Korea, Jepun dan banyak lagi negara lain yang tak sediakan bidet atau paip di dalam tandas. Mereka hanya menyediakan tisu sahaja. Jadi, sebagai rakyat Malaysia, kita sangat memerlukan portable bidet ini, anda boleh dapatkan di sini dengan harga serendah RM4 sahaja.
Alas tempat duduk tandas ๐ฝ
Selain dari tisu, wet tissue dan sanitizer, anda juga boleh bawa alas tempat duduk tandas yang disposable ini. Lebih selesa untuk guna tandas duduk. Satu pek ada 10 alas, anda boleh dapatkan dengan harga serendah RM1 sahaja di sini.
Sabun sertu & sponge ๐งฝ๐งผ
Kadang-kadang bila kita pergi bercuti dan duduk di homestay, anda mungkin ada rasa was-was untuk menggunakan barangan memasak mereka seperti sudu garfu, periuk, senduk dan sebagainya. Zaman sekarang ni dah ada cara mudah untuk menyertu. Anda boleh beli sabun sertu dan basuh barangan 7 kali menggunakan air mutlak dan sekali menggunakan sabun sertu. Harga sabun sertu ini hanya serendah RM17 di sini. Jangan lupa untuk bawa satu sponge baru juga untuk digunakan.
Alatan memasak ๐ฝ๏ธ
Jika anda bercadang untuk masak sendiri semasa travel dan tak nak menggunakan alatan memasak yang disediakan di homestay kerana was-was, anda boleh membawa alatan memasak sendiri. Tetapi mungkin agak berat jika anda bawa terlalu banyak, jadi kami sarankan untuk anda bawa mini multicooker yang ada pelbagai fungsi untuk memudahkan anda memasak. Multicooker ini sangat comel dan bersaiz 1 litre sahaja, sesuai untuk menggoreng, memanaskan makanan, merebus dan macam-macam lagi. Harga bagi sebuah mini multicooker ni boleh dapat serendah RM20, anda boleh pilih yang mana paling bagus untuk dibawa travel.
Aplikasi wajib untuk dimuat turun untuk pelancong Muslim๐ฑ
Muslim Pro
Muslim Pro memang aplikasi yang wajib ada untuk pelancong Muslim. Ia dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri penting seperti waktu solat yang tepat mengikut lokasi, kompas Qibla, Quran dengan bacaan audio, dan juga boleh cari restoran halal berdekatan. Aplikasi ni boleh digunakan di mana-mana saja di dunia, so tak kira kat mana pun anda berada! Boleh download app di App Store & Google PlayStore.
Halal Trip
Halal Trip ni memang app yang bagus untuk pelancong Muslim. App ni membantu korang untuk cari maklumat pasal restoran halal, masjid terdekat, waktu solat, dan juga ada fungsi pencari arah kiblat. Ada banyak panduan perjalanan dan artikel yang sesuai untuk traveler Muslim. Aplikasi Halal Trip ni boleh digunakan di mana-mana negara, so memang berguna sangat lah bila travel ke negara yang majoriti penduduknya bukan Muslim. Kalau nak jaga amalan makanan halal dan solat waktu berjalan-jalan, aplikasi ni memang penyelamat! Boleh download app di App Store & Google PlayStore.
Halal Navi
Aplikasi untuk pelancong Muslim lain di negara-negara ini:
- Jepun ๐ฏ๐ต: Halal Gourmet Japan (App Store | Google PlayStore)
- Korea ๐ฐ๐ท: Mufko (App Store | Google PlayStore)
- Taiwan ๐น๐ผ: Halal Taiwan (App Store | Google PlayStore)
Lawatan mesra Muslim untuk percutian lebih sempurna ๐ฉ๏ธ
Ramai yang sukan plan trip sendiri secara DIY tapi mungkin memerlukan masa untuk buat research tentang availability tempat makan halal, masjid dan sebagainya. Kami sarankan anda untuk ambil pakej lawatan mesra Muslim di Klook. Setiap pakej lawatan menawarkan kelebihan yang berbeza, anda boleh lihat pakej-pakej mesra Muslim yang tersedia di Klook! ๐คณ๐ป๐งก
Buat masa sekarang, Klook menyediakan lawatan mesra Muslim ke Kuala Lumpur, Indonesia, Korea, Jepun dan Taiwan. Kami akan menambah lebih banyak pilihan akan datang! Jadi, jika anda merancang percutian ke mana-mana destinasi di bawah ini, jangan lupa dapatkan pakej ini untuk memudahkan lagi perjalanan anda!
๐ Lawatan mesra Muslim di Kuala Lumpur ๐ฒ๐พ
๐ Lawatan mesra Muslim di Indonesia ๐ฎ๐ฉ
๐ Lawatan mesra Muslim di Korea ๐ฐ๐ท
๐ Lawatan mesra Muslim di Jepun ๐ฏ๐ต
๐ Lawatan mesra Muslim di Taiwan ๐น๐ผ
Apa itu Klook? ๐คณ๐ป
Anda baru sahaja kenal aplikasi Klook? Merancang perjalanan dalam masa terdekat? Kami ada segala-galanya dari A hingga Z untuk anda! Tempah tiket masuk, hotel, lawatan, insurans perjalanan, pas perjalanan, dan semua keperluan di Klook hanya dengan beberapa klik. Gunakan kod <BETTERONAPP> untuk potongan 5% bagi tempahan pertama anda melalui aplikasi Klook! ๐ฑ
Inspirasi percutian Cuti-Cuti Malaysia!
๐ก Tip Klook ๐ก Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun ๐ฒ
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. ๐งก
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini: