Panduan Perjalanan ke Khao Yai 2024: Kembara Jalan Raya yang Indah Hanya 3 Jam dari Bangkok

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 27 Okt 2023
Panduan Perjalanan ke Khao Yai 2022: Kembara Jalan Raya yang Indah Hanya 3 Jam dari Bangkok

Panduan untuk melawat Khao Yai yang terletak hanya 3 jam dari Bangkok

khao yai from bangkok car rental tour itinerary
Photo Credit: @jessicachaw
Terletak hanya 3 jam perjalanan menaiki kereta dari Bangkok, bandar Khao Yai yang indah ini tidak jauh bezanya dengan ibu kota Thailand yang sibuk. Selain daripada perkampungan Eropah yang unik, ladang bunga matahari yang terbentang luas dan beberapa pilihan penginapan yang luar biasa, Khao Yai juga merupakan destinasi taman negara terbesar di Thailand iaitu tempat gajah liar berkeliaran bebas.
Bahagian paling menarik? Anda boleh membuat tempahan sendiri menerusi Klook kereta sewa persendirian dicarter dengan mudah untuk melawat sekitar kawasan ini pada waktu lapang dengan harga daripada RM150 seorang setiap hari! Sedang mencari apa yang boleh dilihat dan dilakukan di Khao Yai? Kami akan bantu anda.

Cara untuk pergi ke Khao Yai

Tidak pasti cara untuk ke Khao Yai? Jangan risau kerana terdapat banyak pilihan yang mudah untuk ke sana memandangkan lokasinya yang berdekatan dengan Bangkok. Kami amat mengesyorkan sama ada menempah lawatan peribadi bebas kerumitan atau menyewa kereta jika anda ingin melakukan kembara jalan raya! Kedua-dua pilihan boleh ditempah di Klook dan sesuai untuk pelbagai jenis pelancong:

Pilihan pengangkutan

Kebaikan

Harga

Lawatan Tersuai Sewa Kereta Persendirian Dicarter

Lawatan ini termasuk perkhidmatan kereta sewa dicarter selama 12 jam (dengan pemandu persendirian), insurans termasuk semua bayaran tol dan minyak kereta. Anda boleh mencipta jadual perjalanan anda sendiri dan duduk serta berehat sambil berkeliling kota tanpa perlu memandu sendiri. ✨

Daripada RM563/hari (setiap kereta)

Kembara Jalan Raya Pandu Sendiri

Sewa kereta dan mulakan kembara jalan raya bersama orang tersayang! Pilihan ini sesuai jika anda suka memandu sendiri dan tidak kisah akan perkara yang perlu dilakukan serta tempat berhenti. Boleh pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Daripada RM85/hari (setiap kereta)

Tidak kira sama ada mahu menyewa kereta atau menempah lawatan peribadi, anda boleh memilih daripada kereta bersaiz kecil, SUV atau van komersial yang luas bergantung pada saiz kumpulan anda.

Waktu yang sesuai untuk melawat Khao Yai

khao yai from bangkok car rental tour itinerary
Cuaca di Khao Yai secara amnya lebih dingin berbanding Bangkok dan menjadikannya tempat percutian yang sempurna untuk mengelak daripada cuaca panas di Malaysia. Ingat, walaupun kawasan ini penuh dengan perkara yang menyeronokkan sepanjang tahun, beberapa tarikan bermusim seperti Ladang Bunga Matahari Saraburi, Ladang Jim Thompson dan aktiviti memetik strawberi hanya dibuka pada bulan-bulan yang lebih sejuk.
Masa terbaik untuk melawat Khao Yai adalah antara bulan November hingga April. Anda akan dapat menikmati langit cerah, cuaca sejuk dan hujan yang kurang. Kami mengesyorkan supaya anda elakkan datang pada musim hujan (Mei - Oktober) jika ingin memanfaatkan percutian sepenuhnya tanpa gangguan hujan.
#TipKlook: Cara terbaik adalah dengan duduk dan tentukan tempat tarikan yang ingin anda lawati. Pastikan tempat itu buka sebelum anda memilih tarikh lawatan! Lihat beberapa sorotan Khao Yai di bawah.

Aktiviti terbaik di Khao Yai

1. Menikmati keindahan ladang bunga yang terbentang luas

khao yai from bangkok car rental tour itinerary
Anda tidak perlu pergi jauh ke Provence untuk bersantai di ladang lavender kerana semuanya ada di Khao Yai! The Bloom ialah destinasi pelbagai flora dan fauna yang mekar sepanjang tahun. Jadi anda tidak perlu risau mengenainya apabila tiba di Khao Yai. Pelancong juga boleh memilih untuk menginap di The Bloom jika mereka mahu dan boleh memilih pelbagai bilik yang mempunyai tema berbeza. Ini adalah alternatif yang sesuai untuk Saraburi Sunflower Fields atau Jim Thompson Farm jika anda melawat ke tempat ini semasa ia tutup (Perlu diketahui bahawa tempoh bunga mekar adalah mengikut musim, jadi pastikan anda ingat untuk buat semakan sebelum ke mana-mana ladang bunga!).
  • Alamat: Phaya Yen, Daerah Pak Chong, Nakhon Ratchasima 30320, Thailand

2. Nikmati minum petang diraja di Thames Valley

khao yai from bangkok car rental tour itinerary
Thames Valley ialah tempat yang sesuai untuk peminat London dengan seni bina istana, parit dan juga pondok telefon yang ikonik. Jambatan dan bangunan ikonik hanya boleh diakses oleh tetamu hotel tetapi anda masih boleh menikmati Set Teh Petang Mellow Meadow di restoran hotel. Set teh didatangkan bersama sandwic, kek dan seteko teh yang sesuai untuk dikongsi bersama rakan karib anda. Selain makanan, restoran ini juga dipenuhi dengan rak buku dan kutleri mewah bak impian setiap puteri!
the thames hotel khao yai
khao yai from bangkok car rental tour itinerary
💡Jika anda sedang mencari tempat penginapan di Khao Yai, Thames Valley ialah pilihan yang tepat! Hotel bertaraf 4 bintang yang indah ini sesuai untuk percutian santai dan terletak berhampiran dengan banyak tempat tarikan di Khao Yai, dan berjarak hanya 10 minit dari Taman Negara Khao Yai.
  • Alamat: 999 Moo 4, Moosi, Pakchong,Nakorn Ratchasima 30130

3. Menginap di dalam khemah gelembung atau karavan pegun di Casa De Montaña

Teringin menginap di dalam karavan tetapi tidak tahu memandu? Realisasikan impian anda di Casa de Montana! Pengunjung boleh memilih untuk tinggal di salah satu daripada pelbagai karavan pegun yang menghiasi taman, semuanya dilengkapi dengan katil yang muat untuk 2 orang, dapur kecil, tandas dan sofa! Jika anda bimbang tentang cuaca Thailand yang panas terik, jangan risau! Setiap karavan dilengkapi dengan pendingin hawa.
Aktiviti menginap di dalam karavan adalah sesuatu yang baharu dan mengujakan. Namun begitu, pernahkah anda mencuba khemah gelembung Casa de Montana? Khemah untuk aktiviti perkhemahan mewah yang cantik ini ada dua gaya - Bubble Igloo dan Camp Igloo.
Bubble Igloo menawarkan pengalaman yang lebih peribadi manakala Camp Igloo terdiri daripada empat khemah gelembung yang terletak berdekatan antara satu sama lain. Setiap khemah dilengkapi dengan kemudahan seperti TV Pintar 49", pembancuh kopi dan juga jakuzi tertutup supaya anda boleh 'berkhemah' dengan bergaya!
  • Alamat: Mu Si, Daerah Pak Chong, Nakhon Ratchasima 30130, Thailand

4. Realisasikan semua fantasi Lord of the Rings anda

Bersembunyi di dalam lubang hobbit anda sendiri di Hotel Hobbit, yang juga dikenali sebagai Baan Suan Noi! Middle Earth terletak hanya 45 minit perjalanan dengan kereta apabila anda berada di Khao Yai. Pemilik telah memberikan perhatian terperinci dan mencipta semula hotel seperti dalam filem Lord of the Rings yang popular.
Kunjungi tavern, atau cuba memakai kostum yang ada pelbagai pilihan. Jika anda bukan peminat LOTR, anda boleh berpakaian seperti Harry Potter atau Elsa dalam filem Frozen, tetapi kami tidak tahu jika kostum ini sesuai dipakai di Pekan Hobbit yang kecil ini!
  • Alamat: 292 Moo 15, Tambon Lat Bua Khao, Sikhio, Nakhon Ratchasima, 30340, Thailand

5. Bermesra dengan haiwan di Primo Piazza

khao yai from bangkok car rental tour itinerary
Photo Credit: @jessicachaw
Primo Piazza adalah salah satu tarikan utama Khao Yai. Tempat ini terkenal dengan pemandangan yang menakjubkan dan seni bina Itali yang elegan. Selain dapat bersiar-siar di dataran bertemakan kampung Tuscan yang indah, anda juga boleh meluangkan masa dengan haiwan berbulu di ladang kecil di sini. Tiket masuk berharga kira-kira 200 Baht untuk memberi makanan kepada alpaka, biri-biri merino dan keldai. Anda juga berpeluang mengambil gambar dengan rakan haiwan baharu anda!
  • Alamat: Mu Si, Daerah Pak Chong, Nakhon Ratchasima 30130, Thailand

6. Makan tengah hari di Museum Restaurant

khao yai from bangkok car rental tour itinerary
Jika anda minat hal-hal vintaj dan retro, anda wajib berkunjung ke Baan Mai Chat Nam! Terletak di tepi sungai, Baan Mai Chat Nam ialah restoran, hotel dan muzium unik tiga dalam satu. Ia turut dipenuhi barangan retro dan barang antik yang akan membawa anda kembali ke zaman kanak-kanak. Restoran ini merupakan muslim-friendly jadi jangan lupa untuk sentiasa check makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan.
Selain daripada suasana vintaj yang unik, Baan Mai Chat Nam juga terkenal dengan masakan Thai yang lazat dan autentik. Anda akan ditawarkan dengan pelbagai pilihan menu seperti tom yam, kek ikan goreng, salad betik, kari hijau dan banyak lagi!
  • Alamat: 21 หมู่บ้านเกาะแก้ว Pak Chong, Nakhon Ratchasima 30130, Thailand

7. Lihat anak gajah di Night Safari

Setakat ini, salah satu tarikan terbesar Khao Yai ialah peluang untuk melihat gajah liar Asia yang megah berkeliaran bebas di habitat semula jadi mereka! Walaupun di Khao Yai sahaja sudah ada hampir beberapa ribu gajah namun masih sangat jarang untuk dapat peluang melihat haiwan ini.
Terdapat juga kuil gajah di Taman Negara Khao Yai sebagai tanda kemuliaan dan penghormatan penduduk tempatan terhadap haiwan yang luar biasa ini. Cara terbaik untuk melihat gajah di sini adalah dengan menempah lawatan Night Safari di pusat pelawat yang terletak di Taman Negara. Pemandu pelancong zoo juga sangat berpengetahuan dengan mata bak helang yang dapat mengenal pasti mana-mana haiwan yang bergerak dalam gelap seperti musang, landak dan rusa.

8. Makan malam di Midwinter Green

Jamu selera dengan piza lazat dan hidangan Barat lain dalam suasana istana yang indah di Midwinter Green. Kawasan yang luas ini mempunyai beberapa menara kecil dan dinding batu bata seakan-akan istana Scotland di desa.
Kakitangan sangat mengesyorkan Piza Midwinter dengan inovasi mereka sendiri pada hidangan popular Itali itu – piza dilipat dan dihidangkan dengan cara yang serupa dengan roti pita. Di sini juga merupakan tempat yang sesuai untuk majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan – tempat yang anda boleh pertimbangkan jika anda mencari cara unik untuk menyambut sebarang majlis!
  • Alamat: Nong Nam Daeng, Daerah Pak Chong, Nakhon Ratchasima 30130, Thailand

9. Lawatan ke kafe-kafe

Yellow Submarine Coffee Tank. Sumber.
Dengan persekitarannya yang cantik, tidak hairanlah Khao Yai juga tidak ketinggalan dengan kafe-kafe yang sering dimuat naik di Instagram. Salah satu kegemaran kami yang perlu dilawati ialah Yellow Submarine Coffee Tank. Kafe ini merupakan kafe bertema perindustrian yang hebat dan bukan sahaja menyajikan minuman serta pencuci mulut yang enak bahkan setiap sudut kafe ini ialah tempat bergambar yang mengagumkan.
  • Alamat: 149 Mu Si, Daerah Pak Chong, Nakhon Ratchasima 30130

Sudah sedia untuk kembara jalan ke Khao Yai?

Tempah lawatan peribadi anda di Klook untuk sebuah pengembaraan sekali seumur hidup! Dengan lawatan selama beberapa hari yang tersedia (1 - 5 hari) dan pelbagai jenis kenderaan untuk memenuhi kumpulan pelancongan besar atau kecil, ini adalah cara yang paling mudah untuk menerokai kawasan yang indah.
Lawatan peribadi Klook termasuk:
  • Bayaran tol
  • Bayaran minyak kereta
  • Insurans disediakan oleh pengendali
  • Lawatan peribadi yang boleh disesuaikan
  • Kad SIM (pilihan)
  • Kenderaan dengan pendingin hawa
  • Perkhidmatan carter 12 jam (sehari)
  • Tempat duduk kanak-kanak
  • Pengangkutan pergi dan balik dari hotel anda

Diskaun 5% untuk tempahan pertama anda 🧡

Baru kenal Klook? Muat turun Aplikasi Klook dan gunakan kod <BETTERONAPP> untuk nikmati diskaun 5% untuk tempahan pertama anda di Klook! Dari pakej hotel hingga tiket tarikan dan baucar makan, kami ada tawaran dan pengalaman terbaik khas untuk anda.
klook kod promo pengguna baru
Muat turun Aplikasi Klook: App Store | Google Play

💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu | 🔵Telegram