Jadual Perjalanan 3H2M Langkawi 2023: Perkara Terbaik Untuk Dilihat, Dimakan dan Dilakukan Di Langkawi

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 21 Ogs 2023
MY BM langkawi 3h2m jadual perjalanan

Kredit Foto: @qannchin, @tildamead

Jadual perjalanan 3H2M yang sempurna untuk percutian Langkawi anda 🌴

MY BM Yellow Cafe Langkawi
Kredit Foto: @yellowbeachcafe
MY BM Langkawi UNESCO Global Geopark
Kredit Foto: unsplash
Langkawi ialah syurga tropika yang terdiri daripada 99 pulau di pantai barat Semenanjung Malaysia, sesuai untuk anda yang inginkan percutian santai atau pengembaraan yang penuh dengan adrenalin.
Kami dah kumpulkan beberapa tempat, aktiviti dan restoran yang menjadi kegemaran kami di Langkawi untuk senarai semak perjalanan anda! Lihat panduan jadual perjalanan 3H2M Langkawi kami jika anda perlukan bantuan dalam merancang percutian pulau anda!

Jom kita Cuti-Cuti Langkawi 🌴🌊

BM MY Cuti Cuti Langkawi
Tengah rancang percutian akhir tahun anda sekeluarga? Jom kita Cuti-Cuti Langkawi! Nikmati diskaun sebanyak 10% untuk semua aktiviti di Langkawi, ada macam-macam aktiviti yang menyeronokkan menanti anda tau 🌴🌊
Anda juga boleh dapatkan Pas Klook Langkawi untuk dapatkan akses dari 2 hingga 6 aktiviti best di sana! Tak perlu tempah aktiviti secara berasingan kalau anda boleh gunakan satu pas sahaja 🎟️

3 hari di Langkawi: Inspirasi jadual perjalanan anda!

Hari 1

Daftar masuk ke hotel

MY BM PARKROYAL Langkawi Resort @myjpeg52
Kredit Foto: @myjpeg521 (Instagram)
MY BM PARKROYAL Langkawi Resort @afiqahhh
Kredit Foto: @afiqahhh (Instagram)
Apabila anda tiba di Langkawi, perkara pertama yang anda lakukan adalah mendaftar masuk ke hotel dan memulakan percutian anda dengan lancar! Kami sangat mengesyorkan untuk anda menginap di PARKROYAL Langkawi Resort. Pilihan yang tepat untuk penginapan yang selesa dan mewah di pulau yang serba indah ini. Resort mewah ini terletak di lokasi tepi pantai yang menakjubkan, anda pasti akan dapat merasai pengalaman syurga tropika. Dan dengan Klook, anda boleh menempah penginapan dengan mudah serta memastikan anda mendapat tawaran dan diskaun tersedia yang terbaik.
MY BM PARKROYAL Langkawi Resort
Kredit Foto: PARKROYAL Langkawi Resort
Salah satu ciri yang menonjol di PARKROYAL Langkawi Resort adalah kemudahan dan aktivitinya yang pelbagai. Resort ini mempunyai dua kolam renang, termasuk kolam kanak-kanak dan skypool, kem hutan, spa dan pusat kecergasan. Semestinya resort ini juga mesra keluarga!

Pelayaran melalui UNESCO Global Geopark Langkawi

Langkawi UNESCO Global Geopark
Photo credit: @not_a_nomadic
langkawi geopark
Photo credit: @e.lleong
Langkawi UNESCO Global Geopar
Photo credit: @ieka.tajudin
Geopark Global UNESCO Langkawi telah dianugerahkan statusnya pada tahun 2007 dan dikenali sebagai Geopark Global pertama di Asia Tenggara. Taman ini menawarkan pemandangan yang tidak boleh dilepaskan ketika anda berada di Langkawi. Dikurniakan dengan keajaiban alam semula jadi seperti formasi batu purba, puncak gunung yang dramatik, serta kekayaan flora dan fauna eksotik. Naiki bot dan temui teluk dan pantai terpencil dengan lawatan peribadi yang boleh ditempah di Klook - kami dengar anda juga mungkin berpeluang melihat ikan lumba-lumba jika anda bertuah!

Makan tengah hari di Restoran Scarborough Fish and Chips

MY BM Scarborough Fish and Chips Restaurant
Kredit Foto: @icint4
MY BM Scarborough Fish and Chips Restaurant
Kredit Foto: @crystalpuiyan
MY BM Scarborough Fish and Chips Restaurant
Kredit Foto: @shereneleong
Rasa lapar selepas lawatan Geopark anda? Pergi ke Restoran Scarborough Fish & Chips untuk makan tengah hari yang memuaskan. Restoran yang terletak di Pantai Tanjung Rhu ini merupakan restoran yang digemari ramai. Anda boleh menikmati hidangan berat mahupun ringan dengan pemandangan panoramik Laut Andaman. Pssst, kami sangat mengesyorkan untuk akhiri makan tengah hari anda dengan merasai aiskrim buatan sendiri pemilik restoran.
  • Alamat: Lot 1388, Jalan Tanjung Rhu, Langkawi
  • Waktu Buka: 10AM - 10PM

Bersiar-siar di Oriental Village

MY BM langkawi oriental village
Kredit Foto: @uatiramisu
Oriental Village 
Photo credit: @yosoykamal
Teruskan pengembaraan hari pertama anda dengan menuju ke perhentian kedua, Oriental Village. Terletak di stesen pangkalan Kereta Kabel Skycab Langkawi, kompleks terbuka ini dipenuhi dengan gerai yang unik, kedai runcit, restoran, spa, taman haiwan dan juga Muzium Seni 3D. Bakar kalori dengan berjalan-jalan santai sepanjang Oriental Village yang menyeronokkan ini.

Naiki Kereta Kabel SkyCab Langkawi

langkawi cable car skycab
MY BM Kereta Kabel Langkawi Skycab Percutian Malaysia
Kredit Foto: @johannakalda
Percutian anda ke Langkawi tidak lengkap tanpa menaiki Kereta Kabel Skycab Langkawi yang terkenal di dunia. Sebuah kereta kabel yang membanggakan kita semua kerana pencapaiannya dalam Malaysia Book of Records sebagai kereta mono-kabel jarak bebas terpanjang. Bagi mereka yang berani, tingkatkan pengalaman anda dengan memilih gondola lantai kaca!
MY BM langkawi cable car skybridge
Kredit Foto: @jiaxern
MY BM Langkawi Skybridge
Kredit Foto: @syaraff
Perjalanan menaiki Langkawi Skycab selama 15 minit akan membawa anda ke Langkawi Skybridge yang mengagumkan, sebuah jambatan pejalan kaki melengkung yang menakjubkan yang terletak 2,300 kaki di atas paras laut. Luangkan sedikit masa di sini menikmati pemandangan panoramik 360 darjah sebelum beransur turun, atau lihat tarikan lain di sini seperti Skydome, Skyrex dan 3D Art Langkawi. Tempah tiket kombo kereta kabel anda di Klook yang disertakan dengan kemasukan ke semua tarikan ini!

Tamatkan hari anda dengan menaiki Sunset Dinner Cruise

MY BM 安达曼Andaman海游艇
Kredit Foto: @huhulin710
MY BM Langkawi Sunset Cruise
Kredit Foto: @ali_shehzad_paul
MY BM Langkawi Sunset Cruise Percutian Pantai Malaysia
Kredit Foto: @rei_f_rachel
What better way to end your first day in Langkawi than catching a breathtaking sunset aboard a luxury yacht? The popular Langkawi Sunset Dinner Cruise is one of our favourite activities in Langkawi. Hop on the cruise and embark on a voyage across the sparkling Andaman Sea with your loved ones. Be sure to pack your swimming attire for a dip in the saltwater jacuzzi to cool it off after a satisfying dinner. If you're lucky, you may even catch sight of spinner dolphins and flying fish!

Hari ke-2

Mulakan hari anda dengan lawatan pulau-pulau

MY BM Langkawi Pulau Payar Snorkelling
Kredit Foto: @andrewchoojh
MY BM Pulau Singa Besar
Kredit Foto: @cy90sgraphy_
MY BM Pulau Singa Besar
Kredit Foto: @inesfabiola22
孕妇岛
Sapukan losen pelindung matahari yang mencukupi, pakai cermin mata hitam, dan mulakan hari anda dengan sempurna di awal pagi! Dengan pulau-pulau yang unik, perairan jernih dan pantai berpasir, Langkawi sesuai untuk mereka yang gemar lawatan pulau-pulau.
Nikmati pengembaraan dengan mudah melalui tempahan Lawatan Bot Laju Lawatan Pulau-pulau yang akan membolehkan anda meneroka tempat-tempat terkenal di seluruh Kedah seperti Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar. Di sini anda boleh menyaksikan helang yang gah sedang makan di hadapan mata anda. Pilih pakej pelancongan yang disertakan dengan pemindahan hotel (jemput dan hantar) untuk pengembaraan yang mudah.

Bersantai di Paradise 101

MY BM paradise 101 langkawi
Kredit Foto: @paradise101langkawi
MY BM paradise 101 langkawi
Kredit Foto: @applelulu
MY BM paradise 101 langkawi
Kredit Foto: @paradise101langkawi
Selepas beberapa jam melawat pulau-pulau, tiba masanya untuk duduk, berehat dan menikmati angin bayu laut. Anda dapat menjauhkan diri dari kesibukan bandar Langkawi dengan menuju ke Paradise 101, sebuah pulau persendirian yang boleh diakses melalui perjalanan bot singkat.
Paradise 101 terletak di tengah laut, amat sesuai untuk bersantai dan pengembaraan. Selain bersantai di pantai persendirian yang berpasir, pulau ini juga dilengkapi dengan pelbagai jenis sukan air dan aktiviti seperti menaiki perahu pisang, jet ski, paralayar, bola tampar, memancing, dan juga taman air kembung untuk kanak-kanak dan golongan yang berhati muda.

Makan malam di Langkawi Fish Farm Restaurant

MY BM Fish Farm Restaurant
Kredit Foto: @fish_farm_restaurant_langkawi
MY BM Fish Farm Restaurant
Kredit Foto: @cathy_food_diary
Tamatkan hari anda dengan hidangan makanan laut yang berbaloi di Langkawi Fish Farm Restaurant, salah satu restoran makanan laut tertua di Langkawi. Kedai makan terbuka yang luas ini terletak hanya lima minit dari bandar Kuah. Di sini pengunjung dapat menjamu selera dengan makanan laut segar bersama pemandangan Laut Andaman yang menakjubkan.
Anda boleh memesan pelbagai hidangan daripada ikan hingga ketam, sotong, udang mantis, udang galah, kerang dan banyak lagi di sini, dan dimasak mengikut pilihan anda. Kami syorkan anda untuk menempah meja di atas jambatan indah di situ untuk menikmati suasana romantis!
  • Alamat: Lot 1986, Jalan Pantai Penarak, Mukim Kuah, 07000 Langkawi,Kedah.
  • Waktu Buka: 1PM - 11PM

Hari ke-3

Mulakan hari anda di Underwater World Langkawi

MY BM Langkawi Underwater World
Kredit Foto: @j_sriselvam
MY BM langkawi underwater world penguins
Mulakan hari terakhir anda di Langkawi dengan mengunjungi Underwater World Langkawi yang menempatkan 4,000 spesies akuatik yang berbeza-beza! Kegemaran kami di sini adalah terowong gergasi sepanjang 15 meter. Anda boleh melihat jerung, pari gergasi, kerapu dan penyu secara dekat. Anda juga boleh berkawan dengan penguin comel di Penguinarium! Tempah tiket masuk bertarikh terbuka anda di Klook untuk menikmati kadar diskaun serta tidak perlu beratur di kaunter tiket.
  • Alamat: Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah.

Berjalan-jalan seperti pelancong di Dataran Lang yang ikonik

MY BM Dataran Lang
Kredit Foto: @luqmann.el
MY BM langkawi dataran lang percutian keluarga bersama anak-anak
Kredit Foto: @zvlaika
Tiba masanya untuk berlagak seperti pelancong di sekitar Langkawi! Bagi mereka yang ingin mengambil gambar untuk Instagram, singgahlah ke bangunan ikonik helang setinggi 12 meter yang terletak di Dataran Helang Langkawi (juga dikenali sebagai Dataran Lang). Helang itu dibina sebagai lambang Langkawi, berdiri dengan bangga di atas platform berbentuk bintang biru dengan sayapnya terbentang, kelihatan bersedia untuk terbang ke langit. Jika anda tidak gemar dengan panas matahari, anda disyorkan untuk melawat semasa matahari terbenam kerana matahari pada sebelah petang sangat terik!

Makan tengahari di Yellow Cafe Langkawi

MY BM Yellow Cafe Langkawi
Kredit Foto: @yellowbeachcafe
MY BM Yellow Cafe Langkawi
Kredit Foto: @yellowbeachcafe
Rehatkan kaki anda dan nikmati makan tengah hari di Yellow Cafe Langkawi, sebuah ruang yang selesa dan meriah dengan hiasan yang mengikut trend dan suasana santai. Yellow Cafe terletak di Pantai Cenang, menawarkan hidangan tempatan dan barat  seperti pasta, piza, kepak ayam, sandwic, stik, sate dan banyak lagi dengan harga yang berpatutan.
Anda boleh memilih untuk duduk di tempat teduh di dalam kafe atau menjamu selera dengan beanbag dan buaian di ruang istirahat yang menghadap ke pantai. Pengunjung juga suka datang ke kafe ini pada waktu malam untuk menikmati pemandangan matahari terbenam sambil menikmati koktel tropika atau bir sejuk. Datang pada sebelah petang jika anda ingin menikmati makan tengah hari yang santai, atau pada waktu malam untuk muzik secara langsung dan minuman happy hour.

Berjalan-jalan di sepanjang Pantai Cenang

MY BM pantai cenang pantai terbaik langkawi
Kredit Foto: @bnngy
MY BM Pantai Cenang
Kredit Foto: @vaaalerinaaarenalfred
MY BM Matahari Terbenam Pantai Cenang Langkawi
Kredit Foto: @evelynzhuu ; 📍 Pantai Cenang
Selepas makan tengah hari, bersiar-siar di sepanjang Pantai Cenang yang diketahui sebagai pantai paling terkenal, meriah dan menarik di Langkawi. Dipenuhi dengan restoran, kompleks beli-belah bebas cukai dan rumah urut, terdapat banyak perkara untuk dilihat dan dilakukan semasa anda berada di sini.
Jika anda inginkan sesuatu yang mencabar, daftarlah untuk beberapa sukan air di sepanjang Pantai Cenang. Anda boleh menempah baucar diskaun untuk menaiki perahu pisang, paralayar, atau pengalaman bot donat di Klook! Lebih suka melihat pantai yang lebih terpencil untuk me-time yang mendamaikan? Semak senarai pantai terbaik kami di sekitar Langkawi untuk mencari pantai yang sesuai untuk anda.

Nikmati masa yang menyeronokkan di Taman Tema Air Splash Out

MY BM Taman Tema Air Splash Out Langkawi
Kredit Foto: @splashoutlangkawi_waterpark
MY BM Taman Tema Air Splash Out Langkawi
Kredit Foto: @splashoutlangkawi_waterpark
Jika anda bercuti bersama rakan atau keluarga (terutamanya jika anda mempunyai anak-anak), anda boleh berseronok selama beberapa jam di Splash Out, taman tema air mesra keluarga yang terkenal di Langkawi. Naiki ombak setinggi 5 kaki di Wild Water, nikmati perjalanan santai di atas rakit di sepanjang River of Life, terjun ke bawah gelongsor air yang berpusing, dan bergembira dengan setong air di Big Splash Kingdom. Nikmati diskaun eksklusif apabila anda menempah tiket Taman Tema Air Splash Out anda di Klook.

Berayun seperti Tarzan di Langkawi Skytrex Adventure

MY BM Langkawi Ziplining
Kredit Foto: @rayan.alshali
MY BM Langkawi Ziplining
Kredit Foto: @firdhausrahmat7
MY BM langkawi skytrex
Bukan peminat taman air? Dapatkan pengalaman ghairah anda di Langkawi Skytrex Adventure sebagai gantinya, di mana anda boleh terbang, meluncur, bergoyang, dan bergantung seperti Tarzan ketika digantung di atas hutan hujan tropika yang rimbun. Pilih pakej Pemula, Pertengahan, atau Lanjutan bergantung kepada umur dan tahap stamina anda, dan bersedia untuk menghadapi pelbagai jenis tarikan dan halangan yang berbeza.

Makan malam di Fat Cupid Restaurant

MY BM langkawi restoran makan malam  terbaik fat cupid
Kredit Foto: @seoyeon_ananda
MY BM langkawi restoran makan malam  terbaik fat cupid
Kredit Foto: @seznavs
Fat Cupid Restaurant adalah tempat makan yang aman di Langkawi yang terletak di Pantai Tengah. Daripada laksa nyonya hingga rendang daging lembu, bebola ikan salmon, sandwic stik dan burger, segala-galanya dalam menu Fat Cupid dimasak dengan penuh kasih sayang dan menggunakan bahan-bahan yang paling segar. Sukar untuk mengkategorikan masakan yang mereka sajikan, anda boleh dapatkan makanan Peranakan, Cina, Itali atau Australia yang semuanya dimasak segar dari dapur yang sama! Makan malam di sini dan singgah ke Pantai Tengah untuk bersiar-siar dalam angin bayu malam.

Rancang perjalanan Langkawi anda di Klook

langkawi cable car skycab
Daripada sewa kereta hingga pemindahan lapangan terbang, pakej hotel, lawatan dan tiket masuk berdiskaun, dapatkan tawaran terbaik semasa anda merancang pengembaraan Langkawi anda di Klook!

💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu | 🔵Telegram