Percutian 2H1M ke Melaka: Makanan, tarikan dan aktiviti menarik di Melaka!

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 4 Jun 2024
Blogheader - Melaka 2D1N travel itinerary guide

Photo Credits: @chaewonxz, @ilham02lavender, @i._.hwa

Hi, Melaka!

Melaka River Street Art
Photo Credits: @i._.hwa
Kalau anda tak pernah ke Melaka untuk makan-makan, bukan anak jati Malaysia namanya! Negeri ini kaya dengan sejarah, budaya, bangunan kolonial, tanda tempat purba, tarikan menyeronokkan dan masakan tempatan yang lazat. Jom luangkan 2H1M di Melaka dengan panduan lengkap untuk makan-makan, melawat dan beraktiviti.
Perlukan pengangkutan untuk percutian anda? Sewa kenderaan pilihan melalui Klook! Anda boleh pilih daripada kereta kompak, van komersial, SUV, atau trak pikap, bergantung pada saiz penumpang dan pilihan anda. Ketahui lebih lanjut di sini.

Hari Pertama

Hentian 1: Chicken Rice Balls at Kedai Kopi Chung Wah 中華茶室

Chicken Rice Balls Melaka
Photo Credits: @suh_ddong
Kalau ke Melaka, memang wajib mencuba makanan terkenal mereka - bebola nasi ayam! Kedai Kopi Chung Wah yang muslim friendly ini adalah sebuah kedai kopi yang sudah bertahun-tahun menghidangkan bebola nasi ayam sedap. Pastikan anda datang awal kerana pelanggan mereka memang ramai. Anda juga boleh datang pada Hari Kedua untuk mengelak orang ramai. Apabila sudah berjaya mendapatkan meja, bolehlah anda menjamah bebola nasi, ayam kukus, dan jus plum masam.
  • Alamat: 20, Lorong Hang Jebat, 75200 Melaka

Hentian 2: Dataran Belanda

Melaka Dutch Square
Photo Credits: @chaewonxz
Melaka Dutch Square
Photo Credits: @erniebernie
Selepas sarapan, jom berjalan-jalan di Dataran Belanda. Kawasan dataran ini unik dengan bangunan-bangunan kolonial bercat merah yang dibina sekitar tahun 1660 dan 1700 untuk Gabenor Belanda. Pengunjung boleh mengunjungi Stadthuys (dipercayai bangunan Belanda tertua di Timur), Gereja Christ dan menara jam. Bangunan-bangunan di sini juga menjadikannya tempat cantik untuk bergambar!

Hentian 3: Sungai Melaka

Melaka River Trip
Photo Credits: @barelynineties
Melaka River Cruise
Photo Credits: @irwana.naqiyah
Kemudian, anda boleh sambung berjalan-jalan di Sungai Melaka. Sungai Melaka mengalir melalui bandar bersejarah ini dan pernah digelar 'Venice of The East', kerana kecantikannya setanding bandar Venice di Itali. Ia cukup penting dalam sejarah Melaka kerana pada tahun 1500an, sungai ini menjadi tempat persinggahan pedagang dari seluruh dunia. Sekarang, pengunjung boleh melawat kedai, rumah, kafe, restoran dan bangunan yang dihiasi grafiti dan seni jalanan unik. Anda juga boleh menaiki Melaka River Cruise untuk menikmati pemandangan indah di sungai ini!
  • Alamat: Bandar Hilir, 75200 Melaka

Hentian 4: Cendol Kampung Hulu

cendol kampung hulu melaka
cendol kampung hulu melaka
Photo Credit: @yiz____
Memandangkan sudah berada di Sungai Melaka, singgahlah di Cendol Kampung Hulu untuk mencuba salah satu cendol tersedap di sini. Terletak di tebing sungai, pelanggan di kedai tempatan ini boleh menikmati cendol di tempat terbuka. Anda boleh menambah aiskrim kelapa, kiub mangga, buah naga, longan atau durian ke dalam cendol anda. Cendol di sini dipanggil Cendol Bingsu kerana tekstur ais kisarnya yang gebu dan seakan Bingsu!
  • Alamat:  Cendol Kampung Hulu, No 26, Jalan Kampung Hulu, Kampung Hulu, 75200 Melaka

Hentian 5: Backlane Coffee

Backlane Coffee best place to eat in Melaka
📍 Backlane Coffee | Photo Credit: @rvdhidzvlkvfli (Instagram)
Backlane Coffee best place to eat in Melaka
Photo Credit: @rvdhidzvlkvfli (Instagram)
Backlane Coffee best cafe in Melaka
Photo Credit: @xe_nia (Instagram)
Seperti namanya, Backlane Coffee terletak di lorong belakang Jalan Jonker di mana anda boleh menikmati masa yang tenang dan reka bentuk industri yang klasik. Kafe muslim-friendly yang menarik ini memancarkan daya tarik yang santai, melalui dinding batu yang terdedah, aksen kayu dan logam, serta sentuhan hijauan. Berseronoklah di sini sebentar dan isikan tenaga dengan pelbagai pilihan sarapan, pasta, dan hidangan nasi yang menyelerakan.
  • Alamat: No. 129, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka

Hentian 6: Menara Taming Sari

menara taming sari melaka
Photo Credit: @abeymuizz
Nak lihat panorama bandar bersejarah ini dari atas? Anda boleh menaiki kabin kaca ke puncak Menara Taming Sari, sebuah menara giro ikonik dengan balai cerap berpusing setinggi 110m. Nikmati pemandangan 360 darjah bandar ini dan lihat beberapa mercu tanda ikonik seperti Pulau Melaka, Muzium Samudera, Sungai Melaka dan banyak lagi dari atas. Anda juga boleh mengunjungi menara ini pada waktu petang atau malam jika ingin melihat bandar ini diterangi cahaya.

Hentian 7: Pantai Klebang

Pantai Klebang Melaka
Photo Credits: @serene.cy
Pantai Klebang Beach Melaka
Photo Credits: @eerickc
Jom nikmati bayu laut di Pantai Klebang yang terletak hanya 15 minit dari bandar Melaka. Pada waktu petang, pantai ini selalunya meriah. Penduduk tempatan dan pelancong selalu datang untuk bermain layang-layang, berkelah dan makan-makan sambil melihat matahari terbenam. Ada sebuah tarikan unik yang pernah tular di sini, iaitu Pantai Klebang Sand Dune. Gumuk-gumuk pasir di sini nampak seperti di padang pasir. Tetapi, untuk sampai ke sini, anda perlu berjalan sekurang-kurangnya selama 20 minit.

Hentian 8: Klebang Original Coconut Shake

Klebang Original Coconut Shake Melaka
Photo Credits: @minnyminhwa
Kalau anda suka buah kelapa, singgahlah di kedai Klebang Original Coconut Shake! Kedai ini adalah salah satu tempat makan terkenal di Melaka yang menjual coconut shake sedap (ditambah ais krim vanila!) untuk menghilangkan dahaga. Selain coconut shake, anda juga boleh menikmati kuih seperti keropok lekor, karipap, nasi lemak, bihun goreng dan ayam goreng.
  • Alamat: Lot 130, Solok Kampung Bahagia, 75200 Klebang Besar, Melaka

Hentian 9: Makan malam di Nyonya Delight Homestyle Cooked Food

Nyonya Delight Melaka Peranakan Food
Photo Credits: @nyonyadelight
Nyonya Delights Melaka Peranakan Food
Photo Credits: @xiangyanpok
Tamatkan Hari Pertama dengan menjamah makanan asli etnik peranakan di Nyonya Delight Homestyle Cooked Food yang merupakan restoran muslim friendly. Seperti nama kedainya, makanan di sini memang dimasak sendiri dengan penuh kasih sayang. Malah, suasananya membuatkan pelanggan berasa seperti ada di rumah. Dari dulu lagi, Nyonya Delights beroperasi di rumah dengan hanya 10 meja dan beberapa pekerja. Kalau tak pasti apa yang patut dicuba, kami cadangkan Nyonya laksa, mi siam, ladu nasi Nyonya dan rendang ayam!
  • Alamat: 2199-c, KM8, Batang Tiga Barat, Tanjong Keling, 76400 Tanjung Kling, Melaka

Hari Kedua

Hentian 1: Sarapan di The Daily Fix Cafe

The Daily Fix Cafe Melaka
Photo Credits: @thedailyfixcafe
The Daily Fix Cafe Melaka
Photo Credits: @thedailyfixcafe
The Daily Fix, kafe yang merupakan kafe muslim friendly ini salah satu kafe yang paling disukai di Melaka, terkenal dengan kek pandan mereka yang sedap! Kafe cantik ini memang selesa dan terletak di rumah kedai vintaj dua tingkat yang dibina pada tahun 1800an. Pelanggan boleh menikmati kek pandan gebu dengan gula melaka. Mereka juga menghidangkan pelbagai jenis kek, pasta, kopi, teh dan macam-macam lagi.
  • Alamat: 55, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka

Hentian 2: A'Famosa Water Theme Park

melaka a'famosa water park
A'Famosa Water Park Melaka
Photo Credits: @ashraf_suhaimi
Jom berseronok di A'Famosa Water Theme Park, sebuah taman tema akuatik untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Anda boleh menikmati 11 permainan dan tarikan menarik seperti permainan kolam sehinggalah gelongsor air berpusing! Pastikan anda menempah tiket melalui Klook untuk mendapatkan diskaun. Anda juga boleh menempah tiket kombo untuk turut memasuki A'Famosa Safari Wonderland supaya boleh mengunjungi zirafah, flamingo dan harimau. 
  • Alamat: Jalan Kemus, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka

Hentian 3: Makan Tengah Hari di Kedai Kopi Chop Beeng Cheong

Chop Beeng Cheong Melaka Hawker Food
Photo Credits: @lanatir
Lapar selepas seronok bermandi-manda? Singgahlah ke Kedai Makanan & Minuman Chop Beeng Cheong, gerai terkenal di Melaka yang telah dapat sijil halal! Gerai ini menghidangkan juadah enak seperti telur dadar tiram, mi wan tan dan sayap ayam BBQ! Penduduk tempatan memang suka makan di sini. Jadi, datanglah ke sini jika anda mencari tempat yang bukan saja menjadi hentian pelancong. Pa
  • Alamat: Jalan Kampung Lapan, Taman Kenanga, 75200 Melaka

Hentian 4: Tan Kim Hock Product Centre

Tan Kim Hock Durian Cendol Melaka
Photo Credits: @sherlintiew
Sebelum pulang, anda boleh membeli cenderahati di Tan Kim Hock Product Centre! Kedai ini menawarkan lebih 100 produk makanan tempatan dan menjadi tempat membeli-belah terkenal bagi penduduk tempatan dan pelancong. Anda akan disambut oleh pelbagai produk seperti dodol durian, gula-gula kelapa, gula melaka, cencaluk, sambal ikan bilis dan banyak lagi. Kalau anda suka makan durian, singgahlah ke kedai cendol durian yang terletak betul-betul di luar kawasan membeli-belah untuk mencuba semangkuk cendol dengan kacang merah dan pes durian!
  • Alamat: Lot 182, Jalan Laksamana Cheng Ho, 75000 Melaka

Hentian 5: Pasar Malam Jonker Walk

Jonker Walk Melaka
Photo Credits: @christinetaaay
Percutian ke Melaka takkan lengkap kalau anda tidak mengunjungi Pasar Malam Jonker Walk. Dibuka hanya pada hari Jumaat dan Sabtu, di sinilah tempat untuk membeli pelbagai barang daripada makanan jalanan, sehinggalah barang antik dan perhiasan. Nikmati juadah seperti popia nyonya, telur puyuh goreng, dan ais krim goreng sambil bersiar-siar di sini! Jalan Jonker juga dipenuhi dengan kafe, bar dan restoran untuk anda bersantai dengan minuman yang enak selepas seharian berjalan-jalan.

Hentian 6: The Shore Sky Tower

The Shore Sky Tower Melaka
The Shore Sky Tower Melaka
Jika anda mengunjungi The Shore Sky Tower yang setinggi 163 meter, anda boleh menikmati panorama bandar melaka dari balai cerap terbuka. Tempat ini bukan untuk orang penakut. Tapi, pengunjung yang berani pasti suka dek berlantai kaca di menara ini. Kami cadangkan agar anda datang pada waktu petang untuk melihat matahari terbenam dari tingkat atas. Anda juga boleh melihat bandar ini diterangi cahaya!
  • Alamat: Lebuh Ayer Keroh, Kampung Bunga Paya Pantai, 75450 Melaka

Diskaun 5% untuk tempahan pertama anda 🧡

klook kod promo pengguna baru
Baru kenal Klook? Muat turun Aplikasi Klook dan gunakan kod <BETTERONAPP> untuk nikmati diskaun 5% untuk tempahan pertama anda di Klook! Dari pakej hotel hingga tiket tarikan dan baucar makan, kami ada tawaran dan pengalaman terbaik khas untuk anda.
Muat turun Aplikasi Klook: App Store | Google Play

Lebih banyak inspirasi percutian & aktiviti di Melaka

💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu | 🔵Telegram