Panduan Menaiki Kereta Api Di Jepun Supaya Anda Tak Keliru!

Adhira Dianna
Adhira Dianna
Last updated 25 Okt 2023
BM Image credits: @icydogpod and  @ukat_travel_stroll on Instagram, topcools tee on Unsplash

Panduan kereta api di Jepun 2023

Kereta api-kereta api di Jepun sangat popular sebab kemodenannya, selalu on time, dan sangat mudah untuk digunakan. Bukan tu sahaja, kereta api Jepun adalah di antara kereta api yang paling pantas di dunia tau! Ada enam jenis kereta api yang anda boleh naik: Shinkansen yang terkenal (dikenali sebagai kereta api peluru Jepun), kereta api tempatan, ekspres, ekspres terhad, dan banyak lagi! 🚅
Anda pening? Jangan risau! Kami bantu anda untuk fahami setiap jenis kereta api di Jepun!
  1. Shinkansen
  2. Tempatan
  3. Ekspres
  4. Semi-Ekspres
  5. Rapid
  6. Ekspres Terhad

1. Shinkansen 新幹線

Fun fact: A shinkansen ticket can cost as much as a plane ticket.  Image credits: Fiki Rasyid on Unsplash
Fun fact: A shinkansen ticket can cost as much as a plane ticket. Image credits: Fiki Rasyid on Unsplash
Mesti ramai dah pernah dengar tentang kereta api Shinkansen! Shinkansen (dikenali sebagai kereta api peluru) adalah kereta api paling pantas di Jepun dan mungkin di seluruh dunia! Terima kasih kepada jurutera Jepun yang sangat genius, perjalanan dari Tokyo ke Osaka hanya dalam masa kurang dari tiga jam. Tren peluru Shinkansen mampu mencapai kelajuan mencecah 320 kilometer sejam, tapi rasa sangat lancar semasa menaikinya. Pengalaman yang sepadan dengan harganya!
Japan Shinkansen Map
Secara keseluruhannya, ada sembilan rangkaian kereta api Shinkansen yang boleh anda naiki. Laluan-laluan ini merangkumi pulau di bahagian utara, Hokkaido, hingga ke hujung selatan Jepun, Kyushu. Sistem rel ini menghubungkan hampir setiap bandar utama di negara ini, menjadikannya mudah untuk anda terokai seluruh Jepun, kecuali Tokyo. Anda kini boleh beli tiket Shinkansen satu hala dan boleh hantar tiket terus ke hotel anda di Jepun!

Nama

Laluan

Hentian

Pengendali

Tokaido Shinkansen 

Tokyo - Shin-Osaka

Shinagawa,  Shin-Yokohama, Odawara, Atami, Nagoya, Kyoto

JR Central

Sanyo Shinkansen

Shin-Osaka – Hakata

Shin-Kobe, Himeji, Okayama, Hiroshima, Shin-Shimonoseki

JR West

Tohoku Shinkansen

Tokyo – Shin-Aomori

Utsunomiya, Fukushima, Sendai, Morioka

JR East

Kyushu Shinkansen

Hakata – Kagoshima

Shin-Tosu, Kumamoto

JR Kyushu, JR West

Joetsu Shinkansen

Tokyo – Niigata

Ueno, Takasaki, Echigo-Yuzawa, Tsubame-Sanjo

JR East

Hokuriku Shinkansen

Takasaki – Kanazawa

Ueda, Nagano, Toyama, Shin-Takaoka

JR East, JR West

Hokkaido Shinkansen

Shin-Aomori – Shin-Hakodate-Hokuto

Okutsugaru-Imabetsu, Kikonai

JR Hokkaido

Akita Shinkansen

Morioka – Akita

Morioka, Shizukuishi, Tazawako, Kakunodate

JR East

Yamagata Shinkansen

Fukushima – Shinjo

Yonezawa, Takajata, Akayu, Yamagata, Murayama, Oishida

JR East

#TipKlook: Semua tren Shinkansen adalah milik Syarikat Kereta Api Jepun, jadi anda boleh menggunakan JR Pass untuk Seluruh Jepun untuk menikmati sehingga 21 hari perjalanan kereta api tanpa had di seluruh negara!

2. Tempatan 普通

The JR train chugs along the Yamanote Line in Ikebukuro.  Image credits: @icydogpod on Instagram
The JR train chugs along the Yamanote Line in Ikebukuro. Image credits: @icydogpod on Instagram
Jika rancangan perjalanan anda ada melibatkan setiap bandar di Jepun, anda mungkin akan banyak naik kereta api tempatan. Kereta api tempatan Jepun seperti yang di laluan Yamanote di Tokyo dan laluan Osaka Loop, pergi dari titik A ke titik B dengan ada hentian di setiap stesen sepanjang laluan.
Kereta api ini ada jumlah hentian paling banyak dan merupakan kereta api paling perlahan di antara semua kereta api di Jepun.
#TipKlook: Perhatikan perkataan "各駅停車" (maksudnya: kereta api ini akan berhenti di setiap stesen) di papan tanda untuk ketahui sama ada kereta api yang akan tiba ini adalah tren tempatan."

3. Ekspres 急行

One express train from Haneda Airport to Tokyo!  Image credits: @keos_nissy on Instagram
One express train from Haneda Airport to Tokyo! Image credits: @keos_nissy on Instagram
Bila anda menerokai Jepun, pastikan anda cari kereta api ekspres untuk jimatkan masa perjalanan anda. Kereta api ekspres hanya berhenti di stesen-stesen yang penting. Selalunya, kereta api jenis ini termasuk perkhidmatan pengangkutan lapangan terbang, seperti Tokyo Monorail yang pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Narita Express ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, dan Haruka Express ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai.

4. Semi-Ekspres 準急

Be on the lookout for this sign to ride the semi-express trains! Image credits: @_motty_train on Instagram
Be on the lookout for this sign to ride the semi-express trains! Image credits: @_motty_train on Instagram
Kereta api Semi-Ekspres berbeza daripada kereta api ekspres sebab kereta api Semi-Ekspres hanya akan berhenti di stesen-stesen terpilih supaya tak sesak semasa waktu puncak.

5. Rapid 快速 

Wanna see Japan’s most popular tourist spots before it gets crowded? Take the Rapid train! Rapid trains are similar to semi-express, but it’s much quicker, with fewer stops. And the best thing yet, is you don’t need to pay a special fare! You can just board them using regular train tickets.
Nak tengok tempat-tempat pelancongan paling popular di Jepun? Naik kereta api Rapid! kereta api Rapid sama macam kereta api Semi-Ekspres, tapi lebih pantas, dan kurang berhenti. Anda tak perlu bayar yuran tambahan! Anda boleh naik kereta api ini dengan menggunakan tiket kereta api biasa.

6. Eksres Terhad 特急

Limited express trains are the second fastest trains in Japan, just behind the shinkansen.  Image credits: @ukat_travel_stroll on Instagram
Limited express trains are the second fastest trains in Japan, just behind the shinkansen. Image credits: @ukat_travel_stroll on Instagram
Kereta Api Ekspres Terhad juga dikenali sebagai Ekspres Khas. Kereta api ini hanya berhenti di stesen-stesen kereta api paling sibuk di seluruh Jepun, seperti Sapporo, Nagano, Osaka, Kyoto, dan banyak lagi. Kereta api Terhad Ekspres ada hentian paling sikit, jadi ia akan bawa anda ke destinasi anda lebih pantas, lebih baik untuk perjalanan jarak jauh:
  • Ekspres Terhad Kamui and Lilac (Sapporo dan Asahikawa)
  • Ekspres Terhad Shinano (Nagoya dan Nagano)
  • Ekspres Terhad Shirayuki (Joetsu-Myoko dan Niigata)
  • Ekspres Terhad Hokuto (Sapporo dan Hakodate)
  • Ekspres Terhad Thunderbird (Osaka dan Kyoto)
  • Ekspres Terhad Kawasemi Yamasemi (Kumamoto dan Hitoyoshi)
  • Ekspres Terhad Hitachi dan Tokiwa (Shinagawa, Tokyo, Ueno, Katsuta, dan Iwaki)
  • Ekspres Terhad Inaji (Toyohashi dan Iida)
  • Ekspres Terhad Shiosai (Tokyo, Choshi, Naruto, dan Sakura)
  • Ekspres Terhad Wakashio (Tokyo, Kazusa-Ichinomiya, Katsuura, dan Awa-Kamogawa)
  • Ekspres Terhad Sazanami (Tokyo dan Kimizu)
  • Ekspres Terhad Super Oki (Tottori, Yonago, dan Shin-Yamaguchi)
  • Ekspres Terhad Super Matsukaze (Tottori, Yonago, dan Masuda)
  • Ekspres Terhad Hamakaze (Tottori, Hamasaka, Kasumi, Osaka, Kobe, dan Himeji)
  • Ekspres Terhad Super Hakuto (Tottori, Osaka, dan Kyoto)
  • Ekspres Terhad A Ressha de Ikou/ A-Train (Amakasua dan Kumamoto)
  • Ekspres Terhad Soya (Sapporo, Asahikawa, dan Wakkanai)
  • Ekspres Terhad Ibusuki no Tamatebako (Kagoshima-Chuo dan Ibusuki)
Anda boleh semak senarai penuh kereta api Ekspres Terhad di sini.
Kebanyakan syarikat kereta api yang ada perkhidmatan Ekspres Terhad mengenakan bayaran tambahan kepada penumpang, jadi siap sedia untuk bayar lebih. Tapi jika anda ada JR Pass, bayaran tambang tambahan dah termasuk. Jadi, anda tak perlu risau!

Ada jenis-jenis kereta api lain di Jepun yang perlu anda tahu?

Phew tak banyak pun jenis kereta api kan? Selain daripada enam jenis utama kereta api, anda juga perlu perhatikan kereta api komuter rapid yang beroperasi semasa waktu sibuk atau puncak dan kereta api kereta api rapid musim cuti yang berjalan pada hujung minggu dan hari-hari cuti. Pening? Kami tahu, tapi percayalah bila anda makin mahir dalam kereta api Jepun, perjalanan akan menjadi lebih mudah!

Jenis Pengendali Keretapi

Japan Railway (JR)

 From Tokyo, ride the shinkansen train straight to the JR Osaka Station.  Image credits: @toyamakanna on Unsplash
From Tokyo, ride the shinkansen train straight to the JR Osaka Station. Image credits: @toyamakanna on Unsplash
Japan Railways (JR) pernah dimiliki oleh kerajaan. Hari ini, ia adalah syarikat kereta api terkemuka di Jepun, dengan rangkaian keretapi yang luas di seluruh negara. Dari kereta api panoramik dan kereta api tempatan ke kereta api ekspres terhad dan shinkansen, anda mungkin akan naik sekurang-kurangnya satu atau dua kereta api JR sepanjang perjalanan.
#TipKlook: Jadikan perjalanan anda di Jepun lebih memukau dengan JR Pass, dan gerak dari bandar ke bandar hanya dengan satu tiket kereta api. JR Pass membolehkan anda menaiki semua kereta api JR dan menikmati perjalanan tanpa had dari tujuh hingga 21 hari!
Ingin tahu lebih lanjut mengenai JR Pass? Lihat panduan kami yang berguna:

Kereta api Peribadi 

Perjalanan dengan kereta api di Jepun tidak terhad kepada kereta api JR sahaja; ada juga 16 rangkaian kereta api utama yang dimiliki oleh syarikat peribadi yang boleh anda naiki. Kereta api-kereta api ini selalu menyediakan perkhidmatan penumpang antara bandar utama dan perkhidmatan pengangkutan harian di kawasan bandar. Setiap syarikat kereta api ada laluan sendiri dan yang berkongsi dengan kereta api JR dan trek kereta api lain untuk perjalanan yang lebih mudah:
  • Keretapi Tobu
  • Keretapi Seibu
  • Keretapi Elektrik Keisei
  • Korporat Keio
  • Keretapi Elektrik Odakyu
  • Keretapi Tokyu
  • Korporat Keikyu
  • Metro Tokyo
  • Sotetsu Holdings
  • Keretapi Nagoya
  • Keretapi Kintetsu
  • Keretapi Elektrik Nankai
  • Keretapi Elektrik Keihan
  • Keretapi Hankyu
  • Keretapi Elektrik Hanshin
  • Keretapi Nishi-Nippon
#TipKlook: Laluan-laluan ini tak tertutup oleh JR Pass. Kad keretapi berasingan mungkin boleh didapati daripada syarikat-syarikat terpilih dan selalunya lebih murah daripada JR Pass, tapi anda masih boleh pergi ke banyak bandar yang nak dilawati.

Kereta api awam

The golden rule aboard Japanese trains: keep silent! Image credits: @billchizekphotography on Instagram
The golden rule aboard Japanese trains: keep silent! Image credits: @billchizekphotography on Instagram
Kereta api-kereta api awam di Jepun dikendalikan oleh kerajaan. Di Tokyo, anda boleh dapatkan Tiket Subway Tokyo dan dapat 3 hari perjalanan tanpa had di laluan Subway Tokyo Metro dan Toei. Terdapat juga Pas Metro Osaka yang sama dan akan bawa anda ke banyak tempat lain yang anda nak lawati di Osaka!
#TipKlook: Kalau anda rancang untuk menggunakan banyak pengangkutan awam di Jepun, dapatkan kad Suica atau ICOCA yang akan jadikan segalanya lebih mudah. Sama seperti kad EZ-Link Jepun. Anda tak perlu dapatkan kad fizikal sebab sekarang boleh tambahkan terus ke dalam aplikasi domplet iPhone anda dan topup bila guna Apple Pay.

Macam mana saya nak tahu tiket kereta api mana yang perlu dibeli?

Ride the rails with the right tickets! Image credits: @kenjioogada on Instagram
Ride the rails with the right tickets! Image credits: @kenjioogada on Instagram
With so many trains in Japan, buying the correct train tickets can sound like a tough job. Well great news, it doesn’t have to be! Check out our nifty search tool to filter out which is the best JR Pass for you!
Dengan adanya banyak kereta api di Jepun, nak beli tiket kereta api yang betul boleh jadi mencabar. Tapi berita baik, anda boleh gunakan alat pencarian canggih kami untuk menapis dan mencari JR Pass yang terbaik untuk anda!
#TipKlook: Muat turun Japan Travel oleh Navitime. Jika anda rancang untuk melancong dengan tren dan bas, aplikasi ini akan berikan anda cadangan laluan terbaik. Anda juga boleh pilih JR Pass yang anda ada supaya ia boleh tunjuk pilihan yang termasuk dengan pas anda. [Apple Store | Google Play]

Terokai Jepun dengan kami!

💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu | 🔵Telegram