Panduan perjalanan ke Pulau Pinang buat anda yang sibuk!
Pulau Pinang sentiasa menjadi destinasi percutian popular yang dikenali kerana makanannya yang enak, mural yang artistik serta suasana bandar lama yang menawan. Mudah sahaja jika anda mahu merancang pengembaraan ke Pulau Pinang tetapi jika anda seorang yang malas atau tidak pasti tempat untuk bermula, kami telah mengumpulkan panduan lengkap yang terdiri daripada semua yang anda perlu tahu untuk merancang perjalanan anda. Ia bermula dari tempat yang mesti dikunjungi hinggalah ke tempat makanan terbaik, cadangan hotel serta petua perjalanan yang lain!
Pergerakan di sekitar Pulau Pinang
Perjalanan dari Lapangan Terbang 🚗
Anda sudah mendarat di lapangan terbang dan sedia untuk daftar masuk ke tempat penginapan? Tempah perjalanan dari lapangan terbang yang sangat mudah di Klook untuk menikmati perjalanan tanpa sebarang kerumitan dari lapangan terbang ke hotel atau Airbnb anda! Dengan cara ini anda tidak perlu bimbang untuk mendapatkan teksi dan dikenakan caj berlebihan di bandar yang tidak biasa anda kunjungi.
Anda juga boleh menempah kereta persendirian dan meneroka tempat-tempat terbaik di Pulau Pinang sambil dipandu oleh pemandu profesional dalam kenderaan yang selesa dan berhawa dingin. Pilih sewa kenderaan sama ada sehari atau separuh hari di Klook.
Kereta sewa 🚙
Jika anda lebih suka meneroka bandar tanpa terikat dengan apa-apa jadual, sewa saja kereta untuk meneroka Pulau Pinang! Pilih kereta yang sesuai dengan keperluan anda dan buat pilihan daripada pelbagai pilihan kenderaan yang tersedia. Anda boleh pilih kereta kompak mahu pun SUV atau van yang boleh memuatkan lebih daripada 7 orang penumpang. Ambil dan hantar kenderaan anda dengan mudah di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Penginapan di Pulau Pinang 🛌🏻
Pulau Pinang menjadi lokasi utama bagi senarai penginapan yang menarik. Tempat penginapan di sini bukan sahaja terdiri daripada pusat peranginan pantai mewah di sepanjang Batu Ferringhi bahkan anda juga boleh menjumpai hotel butik dan hotel yang bertempat di bangunan warisan yang unik. Nikmati kadar diskaun apabila anda menempah penginapan Pulau Pinang anda di Klook!
Makanan terbaik di Pulau Pinang
Pulau Pinang merupakan syurga makanan yang menyajikan pelbagai juadah enak yang lain selain daripada char kuey teow yang dijamin lazat. Anda bukan sahaja dapat menikmati makanan penjaja yang menyelerakan bahkan Pulau Pinang turut dipenuhi dengan banyak kafe santai. Lihat panduan makanan Pulau Pinang kami untuk mendapatkan inspirasi kafe terbaik, bar yang santai, makanan penjaja, minum petang, restoran halal dan banyak lagi di bandar:
Tempat yang mesti dilawati di Pulau Pinang
1. Penang Hill (Bukit Bendera)
Penang Hill atau Bukit Bendera merupakan tempat yang perlu dikunjungi apabila berada di Pulau Pinang. Naiki Funikular Bukit Bendera melalui terowong kereta api sepanjang 258 kaki. Terowong ini dipercayai antara terowong paling curam di dunia!
Anda akan dibawa sejauh 833 meter ke puncak Bukit Bendera yang indah.
Datanglah sekitar waktu matahari terbenam atau selepas waktu malam untuk menyaksikan kemeriahan lampu-lampu bandar. Ambil maklum bahawa suhu di puncak bukit adalah 5 - 10 darjah lebih sejuk daripada di bandar, jadi pastikan anda membawa jaket jika anda tidak tahan sejuk.
Semasa berada di Bukit Bendera, kunjungi The Habitat Penang Hill dan nikmati pemandangan panorama 360 darjah Pulau Pinang yang mengagumkan serta keindahan hutan hujan Pulau Pinang yang berusia 130 juta tahun. Rasai debaran berjalan kaki yang menyegarkan di Langur Way Canopy Walk sepanjang 230m di sini!
2. Kedai Starbucks yang unik di Pulau Pinang
Pulau Pinang turut menjadi lokasi utama bagi beberapa kedai Starbucks yang unik termasuk kedai yang menonjol di sepanjang Batu Ferringhi. Di sini anda boleh mencelup jari kaki anda dalam pasir hangat sambil menghirup latte ais, dan satu lagi kedai terletak di bangunan warisan yang menawan. Singgah ke sini untuk menikmati secawan kopi pagi sebelum memulakan penerokaan anda!
Lihat senarai penuh kami bagi kedai Starbucks yang unik di Malaysia:
3. Taman Tema ESCAPE Pulau Pinang
Menjadi lokasi bagi gelongsor air tiub terpanjang di dunia – Taman Tema ESCAPE merupakan tempat menyeronokkan yang mesti dilawati semasa berada di Pulau Pinang. Luangkan satu hari di sini untuk merasai lebih 30 aktiviti mendebarkan termasuk luncur keluang, gelongsor air, laluan bertali, memanjat tembok dan banyak lagi.
Taman Tema ESCAPE terletak di tengah-tengah alam semula jadi (dikelilingi kehijauan yang subur!) dan cukup untuk anda terokai serta menghabiskan sepanjang hari di sini. Tempah tiket diskaun anda di Klook untuk keseronokan tanpa sebarang kerumitan!
4. Entopia Penang Butterfly Farm
Entopia adalah sebuah tempat terbaik untuk ditambah dalam jadual perjalanan anda ke Pulau Pinang sekiranya anda pencinta rama-rama dan keluarganya. Menjadi habitat bagi 15,000 rama-rama yang terbang bebas serta lebih 200 spesies tumbuhan di tengah-tengah air terjun, kolam, gua dan taman artistik, Entopia merupakan salah satu taman rama-rama terbesar di Malaysia. Tempah tiket diskaun Entopia anda di Klook di sini.
5. TOP Komtar
TOP Komtar merupakan menara hiburan ikonik tertinggi di Pulau Pinang. Rasai pengalaman berjalan di atas kaca setinggi 816 kaki di atas paras laut di sepanjang Rainbow Skywalk dan Dek Balai Cerap. Anda boleh saksikan pemandangan bandar raya George Town yang menakjubkan. Ada juga beberapa tarikan lain di sini termasuk 7D Motion Theater, akuarium butik dan bar serta bistro yang menyajikan makanan tapas serta koktel yang hebat!
6. Tropical Spice Garden
Tropical Spice Garden ialah permata tersembunyi di Pulau Pinang dan ia merupakan yang pertama dibina di Asia Tenggara. Terokai taman-taman subur pemenang anugerah yang terletak di lembah hutan sekunder seluas lebih 8 ekar - terdapat lebih 500 spesies flora dan fauna yang anda boleh kunjungi di sini. Anda boleh belajar memasak makanan asli Malaysia dengan bimbingan chef profesional!
7. Pulau Jerejak
Pulau Jerejak merupakan pulau yang penuh bersejarah dan terletak dalam jarak 10 minit dengan menaiki feri dari Pulau. Permata tersembunyi ini memiliki tempat mengambil gambar yang cantik termasuk jeti pelangi dan buaian romantis di pantai - ia juga terkenal dengan pemandangan matahari terbenam yang tiada tandingan dek lakaran latar langit merah jambu, kuning dan oren!
8. Kampung Agong
Jika anda fikir Pulau Pinang hanya menawarkan kehidupan bandar, kami bakal mengubah pandangan anda! Baru-baru ini kami telah menemui permata tersembunyi di Pulau Pinang yang akan membawa anda ke sebuah kampung yang kelihatan seperti poskad dari Bali.
Terletak di tanah besar Pulau Pinang yang hanya 14 kilometer (20 minit pemanduan) dari terminal jeti Butterworth, Kampung Agong adalah sebuah tempat indah. Ia dikelilingi pokok kelapa nan melambai dan rumah kampung kayu tradisional yang dibina di atas kaki bajang.
9. Cheong Fatt Tze Mansion
Rumah Agam Biru yang ikonik di Pulau Pinang ini adalah keajaiban seni bina dan sejarah. Ia dipenuhi daya tarikan seni bina lama yang tulen dan pastinya tidak puas dipandang. Rumah agam biru indigo ini merupakan gabungan unik elemen reka bentuk Timur dan Barat yang menjadikannya menonjol daripada bangunan lain di sepanjang jalan. Bangunan ikonik ini turut dipaparkan dalam filem-filem seperti Crazy Rich Asians, Indochine dan banyak lagi! Anda juga boleh menempah penginapan di bangunan indah ini melalui Klook di sini.
10. Chew Jetty (Jeti Chew)
Chew Jetty menjadi bukti dan peringatan bagi sejarah penghijrahan warga China dalam sejarah Pulau Pinang. Anda boleh berjalan-jalan di sekitar lantai kayu dan mengimbas kehidupan warga tempatan yang masih tinggal dalam rumah kayu yang dibina atas kaki bajang di permukaan air.
Ingatlah bahawa masih ada warga tempatan yang tinggal di rumah-rumah ini. Oleh itu, sila hormati mereka dan perlahankan suara anda semasa meneroka kawasan ini. Kami dengar matahari terbenam di sini sangat indah - anda juga boleh pertimbangkan untuk melihat panorama ini di Lim Jetty yang kurang sesak atau di Tan Jetty yang lebih aman.
Jadual perjalanan ke Pulau Pinang
Lihat jadual perjalanan Pulau Pinang yang kami cadangkan jika anda berasa malas untuk merancangnya sendiri:
💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini: