Panduan Perjalanan Lengkap Ke Semporna: Penginapan, Perkara Boleh Dilakukan, Dan Banyak Lagi Tips Perjalanan!

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 31 Ogs 2023
Semporna Sabah Trip

Kredit Foto: @thechelseytan, @anastruncnik, @by___fia

Ini bukan Maldives!

Semporna Pulau Mataking Island Sabah
Photo Credits: @by__fia
Semporna Sabah Sipadan Kapalai Dive Resort
Photo Credits: @thechelseytan
Semporna terletak di pantai tenggara Sabah di Malaysia, merupakan sebuah kesempurnaan dalam bentuk himpunan pulau-pulau yang indah. Seperti namanya yang bermaksud "sempurna" dalam bahasa Melayu.
Dilimpahi dengan perairan kebiru-biruan, pantai berpasir, serta beberapa tempat menyelam yang paling indah di dunia. Semporna boleh dikatakan setara dengan Maldives yang menakjubkan. Jika anda ingin merancang percutian ke Semporna, sila simpan panduan poket ini! Kami telah melakukan kajian untuk anda agar anda boleh fokus untuk menyusun jadual perjalanan yang sesuai. 💙

Masa terbaik untuk melawat Semporna

semporna sabah
Photo Credits: IG @by__fia
Cuaca dan suhu di Semporna sedikit berbeza untuk sepanjang tahun. Rantau ini biasanya panas dan cerah, waktu paling panas adalah pada bulan April, Mei dan Jun. Manakala pada November hingga Januari, merupakan bulan paling sibuk di pulau. Walaupun cuacanya panas, Semporna juga menerima hujan yang agak lebat, jadi pastikan anda melihat ramalan cuaca dan membawa keperluan yang sewajarnya.

Menuju ke Semporna

Semporna Flight KK KL Airport Sabah
Photo Credits: Unsplash
  • Dari KL: naiki penerbangan ke Lapangan Terbang Tawau
  • Dari Kota Kinabalu: naiki penerbangan ke Lapangan Terbang Tawau atau bas jarak jauh yang akan mengambil masa kira-kira 9 jam
Setibanya di Lapangan Terbang Tawau, Semporna berada dalam jarak lebih kurang satu jam pemanduan. Tempah perjalanan persendirian (RM160/kereta di Klook) yang akan membawa anda dari Lapangan Terbang Tawau ke Jeti Semporna, pintu masuk ke pengembaraan pantai anda. Pilih kenderaan yang sesuai dengan keperluan anda - daripada sedan yang boleh memuatkan sehingga 3 orang kepada van yang boleh memuatkan kumpulan besar seramai 6 orang.

Perjalanan di Semporna

Semporna Sabah Boat Transfers
Pekan Semporna agak kecil dan mudah diterokai dengan berjalan kaki. Biasanya bot bertolak dari Jeti Semporna ke pulau-pulau di sekitarnya antara jam 8AM - 4PM pada setiap hari (pastikan anda merancang perjalanan anda dengan sewajarnya dan tempah tiket lebih awal agar anda tidak mengambil risiko terlepas bot terakhir!).
#TipKlook: tempah perjalanan menaiki bot di Klook lebih awal untuk perjalanan tanpa kerumitan! Anda boleh mendapatkan perjalanan menaiki bot dari Jeti Semporna ke pulau-pulau indah yang lain seperti Mataking, Pom Pom, Timba-Timba, Mabul, Sibuan, Manukan, dan Kapalai! Perjalanan menaiki bot ini biasanya berlepas pada pukul 8 pagi setiap hari dan tersedia pada kadar diskaun di Klook.

Tempat menginap di Semporna

Semporna Sabah The Reef Dive Resort Mataking
Semporna Sabah Sipadan Kapalai Dive Resort
Photo Credits: @thechelseytan
Tidak kira berapa bajet anda, terdapat banyak pilihan penginapan pilihan penginapan untuk anda di Semporna - daripada rumah penginapan mesra bajet berhampiran jeti hinggalah ke chalet mewah yang dibina di atas tiang di atas air laut jernih, anda pasti akan menemui sesuatu di syurga bumi ini.
Ramai pengembara lebih suka berada di Pekan Semporna dan merancang aktiviti harian mereka di sana, tetapi anda juga boleh memilih penginapan di salah satu pusat peranginan persendirian eksklusif yang terletak di pulau-pulau di kawasan sekitar.

Hotel

Harga

The Reef Dive Resort, Pulau Mataking

Pakej 3H2M bermula dari RM1,500

ND Divers, Bum Bum Island

bermula dari RM300/satu malam

Green World Hotel

bermula dari RM210/satu malam

Chan's Smart Living Inn

bermula dari RM175/satu malam

A Hotel (bilik keluarga tersedia)

bermula dari RM122/satu malam

Cube Bed Station

bermula dari RM83/satu malam

Dragon Inn Floating Resort

bermula dari RM222/satu malam

Luna Guesthouse

bermula dari RM67/satu malam

Sipadan Kapalai Dive Resort

bermula dari RM1,400/satu malam

Aktiviti terbaik untuk dilakukan di Semporna 1. Menyelam

Semporna Sabah Diving License Padi
Semporna Sabah Sipadan Diving
Photo Credits: IG @wayne_wayne23
Semporna telah menjadi lokasi utama bagi beberapa tapak menyelam yang paling indah di dunia. Berenang bersama penyu, jerung tukul, ikan pari, terumbu karang yang cantik dan pelbagai jenis hidupan marin yang menarik semasa anda berada di sini.
Sila ambil perhatian, bagi salah satu pulau paling terkenal untuk aktiviti menyelam di Semporna - Pulau Sipadan memerlukan penyelam memohon permit menyelam sebagai usaha untuk memulihara terumbu karang. Hanya 120 permit menyelam dikeluarkan pada setiap hari - jadi pastikan anda membuat aturan yang diperlukan terlebih dahulu.
Tidak mempunyai lesen menyelam tetapi masih ingin melihat dunia bawah air? Tempah pengalaman bersiar-siar di laut di Klook dan dekati hidupan marin yang indah dalam persekitaran selamat dan berpandu!

2. Dapatkan lesen menyelam PADI anda

Semporna Sabah Diving License Padi
Rugilah jika anda ke Semporna tanpa menerokai tapak menyelam yang indah - namun jika anda belum memiliki lesen menyelam, anda boleh merebut peluang keemasan untuk mendapatkannya di sini! Tempah Kursus Menyelam Perairan Terbuka PADI (untuk pemula) atau Kursus Perairan Terbuka Lanjutan di Klook dan bersedia untuk meneroka keindahan dalam air dengan bimbingan daripada pengajar profesional.
Pakej kursus PADI ini termasuk yuran pelesenan, bahan pengajaran, peralatan menyelam profesional, yuran bot, makan tengah hari dan banyak lagi - anda akan dijaga dengan baik apabila anda membuat tempahan!

3. Snorkeling dan lawatan ke pulau-pulau

Snorkelling Sabah Semporna Mataking Island
Photo Credits: @anastruncnik
Jika anda tidak gemar menyelam, anda masih boleh melihat terumbu karang serta hidupan marin yang indah di Semporna melalui pengembaraan snorkeling. Naiki bot laju dan pergi ke pulau pilihan anda untuk menghabiskan hari yang menyeronokkan di dalam air!
Lokasi snorkeling kegemaran kami di Semporna termasuklah Pulau Mataking, Pulau Mabul, Kapalai, Pulau Pom Pom, Timba-Timba, dan Pulau Sibuan! Untuk perjalanan snorkeling tanpa sebarang kerumitan, tempah lawatan pulau atau snorkeling anda di Klook yang termasuk perjalanan, semua peralatan yang diperlukan, pemandu profesional, makan tengah hari, bayaran pemuliharaan dan semua yang anda perlukan untuk pengembaraan yang menyeronokkan.

4. Aktiviti kembara dan alam semula jadi

bukit tengkorak sabah semporna hiking
Photo Credits: @keithtraveldiary
bukit tengkorak sabah semporna hiking
Photo Credits: @aaronalpero
Selain bergembira di laut, anda juga bakal dimanjakan dengan pelbagai aktiviti alam semula jadi yang dapat dilakukan di Semporna. Pakai kasut yang kukuh dan mulakan kembara mendaki ke puncak pulau Bohey Dulang yang indah atau terokai tapak arkeologi di Bukit Tengkorak (juga dikenali sebagai Skull Hill). Satu lagi laluan kembara yang terkenal ialah Taman Bukit Tawau. Terdapat banyak kolam air dalam semula jadi serta air terjun yang anda boleh berenang.

5. Perhatikan gipsi laut

Bajau Laut Sea Gypsies Semporna Sabah
Alami budaya menarik masyarakat Bajau Laut - juga dikenali sebagai gipsi laut - yang tinggal di pondok kayu atau bot panjang di kampung terapung di Semporna. Orang Bajau menghabiskan sebahagian besar daripada masa mereka di dalam dan di bawah laut dan secara umumnya mereka adalah penyelam pakar dan nelayan yang hebat! Apa yang kami dengar kebanyakan dari mereka boleh tahan nafas melebihi 5 minit di dalam air dan boleh turun jauh ke dalam laut dengan hanya menggunakan sepasang gogal yang diperbuat daripada kayu.

6. Bersantai di resort terpencil

Semporna Sabah Sipadan Kapalai Dive Resort
Photo Credits: @lynnl0107
Semporna Sabah Sipadan Kapalai Dive Resort
Photo Credits: @lynnl0107
Semporna adalah tempat yang hebat untuk pengembaraan dalam air, tetapi sesuai juga kalau anda tidak mahu lakukan apa-apa. Jika anda sanggup berbelanja lebih, kami mengesyorkan anda menempah penginapan di resort terpencil yang sangat indah. Sinaran matahari, pasir, laut, segalanya tersedia untuk anda sendiri.
Sipadan Kapalai Dive Resort yang indah menjadi kegemaran kami (sebuah perkampungan air mewah yang dibina di atas tiang di atas perairan kebiru-biruan!) dan juga The Reef Dive Resort di Pulau Mataking (destinasi yang sangat romantis terletak hanya 40 minit dari Jeti Semporna melalui bot laju).
Tawau mungkin bukan bandar yang paling menarik, namun ia memiliki daya tarikan serba santai dan masih berbaloi untuk meluangkan sedikit masa bersiar-siar di kawasan sekitarnya. Menjamu selera dengan masakan tempatan di pelbagai restoran makanan laut dan kedai kopi lama di sekitar bandar semasa anda berada di sini - kami mengesyorkan agar anda pergi ke Jalan Budi (juga dikenali sebagai Jalan Yum Cha dalam istilah tempatan) untuk menikmati kopi dan roti yang baru dibakar sebagai sarapan.
Perkara lain yang boleh dilakukan di sini termasuklah melawat pasar tempatan atau Muzium Koko Teck Guan yang terkenal. Di sini anda boleh belajar mengenai pemprosesan koko menjadi minuman dan coklat yang enak.

8. Ikuti pelayaran alam semula jadi melihat kelip-kelip di Sungai Klias

semporna river cruise
semporna river cruise
Rasai sendiri pengalaman perubahan ombak laut yang bergelora dengan pelayaran sungai yang menenangkan sambil mencari Monyet Proboscis, spesies yang hanya boleh ditemui di pulau Borneo!
Bergantung kepada nasib, anda akan dapat melihat sepintas lalu makhluk nakal ini berayun dari pokok ke pokok, serta haiwan lain termasuk kera ekor panjang, kelip-kelip, burung eksotik dan juga buaya. Akhiri pengembaraan pelayaran anda dengan melihat keindahan matahari terbenam di sungai yang tenang, dan rasai keterujaan melihat kelip-kelip menari di langit malam.

Adakah selamat untuk pergi ke Semporna?

Semporna Sabah
Photo Credits: IG @juicychuck
Keselamatan di Semporna telah menjadi keutamaan kerajaan sejak timbulnya insiden menggerunkan yang melibatkan penculikan pada awal tahun 2000-an. Sejak dari itu, pangkalan tentera dan rondaan telah ditubuhkan di rantau ini, dengan tumpuan utama berpusat di tempat pelancongan dan pulau-pulau terkemuka. Pasukan khas juga telah dikerahkan untuk mengawal keselamatan pantai Semporna. Peningkatan rondaan di kawasan tersebut membolehkan pengembara menginap dan berjemur di bawah sinaran matahari tanpa rasa risau. ☀️

Rancang perjalanan Sabah anda di Klook!

semporna sabah
Photo Credits: IG @by__fia
Sabah merupakan permata indah yang menanti untuk diterokai. Sama ada anda merancang perjalanan ke Semporna atau bandar seperti Kota Kinabalu atau Sandakan, tempah keperluan perjalanan anda termasuk lawatan sehari, perjalanan dari lapangan terbang, sewaan kereta dan pengalaman unik lain di Klook untuk pengembaraan tanpa sebarang kerumitan.
💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu | 🔵Telegram