Dah tak ada idea nak masak untuk iftar? Buka puasa dengan promosi bufet Ramadan yang best!
Salam Ramadhan semua! Tak sangka Ramadhan 2025 dah tiba, cepat kan masa berlalu? Haa, korang dah boleh mula rancang tempat nak buka puasa tau. Tak boleh lambat-lambat, tahu tahu nanti dah habis puasa..Jom luangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan sambil nikmati juadah berbuka puasa di bufet Ramadan hotel yang lazat tak terhingga!
Sama ada korang nak hidangan tempatan atau mewah untuk iftar tahun ini, hotel-hotel di KL & Selangor ada tawarkan bufet Ramadan eksklusif untuk memenuhi citarasa korang! Tengok senarai bufet hotel terbaik dan restoran halal di KL & Selangor untuk anda berbuka puasa Ramadan tahun ini.
Tahun ni, kita sambut Raya dengan JOY! ๐
Pasti ramai yang dah sibuk buat persiapan untuk Raya bila masuk bulan Ramadan ni - nak beli baju baru, kasut baru, langsir baru, perabot baru. Kalau boleh, semua lah nak baru! ๐คช Apa kata tahun ni, kita Raya cara baru? Tahun ini, kita Raya dengan JOY! ๐คฉ Nampak tak Cik JOY dah siap pegang kuih-muih kat atas tu? ๐ช
Cik JOY dah tak sabar-sabar nak sambut Raya cara Klook dan Cik JOY pun nak bagitahu yang anda boleh nikmati diskaun 7% bufet ramadan & flash deals 90%. Anda juga berpeluang untuk rebut diskaun sehingga RM120! Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk memenangi bufet Ramadan sebanyak 40 pax di Klook! Menarik kan? paling best, korang boleh menang duit raya RM20 bila main Raya Bingo dan juga percutian ke Penang! Sponsored by Klook! ๐
Ada banyak flash deals yang akan berlangsung sepanjang Ramadan dan Raya ini di Klook, pastikan anda set reminder ok!
- 5 Mac : Diskaun 90% Restoran & Baucar Makan
- 12 Mac : Diskaun 90% Restoran & Baucar Makan
- 19 Mac : Diskaun 90% Tarikan & Lawatan
- 26 Mac : Diskaun 90% Tarikan & Lawatan
Senarai tempat berbuka puasa bufet Ramadan best 2025
1. Palms Cafe & Ballroom, Palm Garden Hotel Putrajaya
Terletak di bandar Putrajaya, Hotel Palm Garden adalah sebuah bangunan kontemporari yang dikelilingi dengan alam semula jadi! Ada beberapa restoran atau tempat makan di sini termasuk Palms Cafe yang elegan. Kat sini korang boleh pilih untuk berbuka di Cafe atau Ballroom tau! Bagi Klook, dua dua selesa dan sedap!
Ramadan ini, berbuka puasa dengan orang tersayang di sini. Mereka ada tawarkan pelbagai jenis hidangan, lebih dari 50 jenis hidangan seperti Kambing Bakar, Murtabak, Satay Ayam, Asam Laksa, Char Kuey Teow serta banyak lagi, Ruang solat lelaki dan perempuan pun disediakan! Senang sangat untuk solat maghrib dulu. Kalau korang nak tahu, Klook ada buat giveaway tau! Klook dan Palm Garden nak belanja 40 orang yang bertuah untuk berbuka kat Palm Garden! Kalau nak tahu lebih lanjut, jangan lupa follow social media Klook okay!
Eh ada benda lagi best tau, tahun ni Palm Garden bagi free durian! Korang suka tak berbuka puasa lepastu dapat unlimited durian? Tunggu apa lagi? Cepat book Bufet Palm Garden. Berbaloi dan best sangat.
- Harga promosi: RM134/pax (Diskaun 7% di Klook)
- Alamat: Palm Garden Hotel, IOI Resort City, 62502 Putrajaya
2. Lemon Garden Cafe, Shangri-La Hotel
Nikmati hidangan masakan oleh cef-cef di Lemon Garden - restoran utama Hotel Shangri-La yang menyajikan selera antarabangsa dan tempatan. Nikmati pemandangan panorama taman di hotel yang indah ini sambil menikmati pelbagai hidangan yang ditawarkan seperti menu panggang, makanan laut dan sushi.... dan sashimi! Macam kita tahu, Lemon Garden Cafe ni famous dengan seafood tau. Apa lagi hehehe! Paling best Lemon Garden Cafe ada 15% off hanya di Klook, dan tambah pula 7% diskaun sedia ada dari Klook.
Lemon Garden menjemput anda untuk berbuka puasa dengan Bufet Sajian Istimewa, di mana anda boleh menikmati pelbagai jenis makanan laut premium, hidangan antarabangsa dan tempatan. Bawa orang tersayang untuk menikmati hidangan yang enak, termasuk tiram segar, kambing bakar, lemang, pulut, aneka pilihan hidangan barbeku dan banyak lagi! Klook paling suka desserts mereka tahun ni! Habis la diet... memang menarik!
Eh.... kejap! Korang tengah cari hadiah raya tak untuk orang tersayang? or hadiah sempena bulan ramadan? Nak tahu tak, anda boleh dapatkan gift set dari Shangri-La? Yang paling penting, memang cantik dan banyak pilihan. Jom Klook listkan untuk anda! Tinggal pilih je.
Ada banyak pilihan yang korang boleh pilih, dari Salam Lebaran Gift Set, Salam Aidilfitri, Aidilfitri Luxe/Raya Delight Hamper dan Hari Raya Themed Designer Cake. Korang pilih je okay! Memang cantik untuk bagi kat orang tersayang.
- Harga promosi: RM234/pax (Diskaun 15% + 7% di Klook)
- Alamat: Lobby Level, Shangri-La Hotel, 11, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
3.Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral
Terletak di tingkat dua Aloft Kuala Lumpur Sentral, Nook menawarkan pengalaman buka puasa yang santai! Restoran ini bukan je dikenali dengan bufet yang hebat tapi dah pernah mendapat banyak pujias atas rekaan futuristiknya juga.
Nook ada tawarkan bufet berbuka puasa bertemakan Santapan Selat Melaka. Mereka ada menawarkan hidangan asam pedas yang sedap tau! Klook dah cuba tau! Memang banyak hidangan yang sedap. Fav Klook, serawa durian dan desserts yang lain! Memang sedap sangat. Nikmati diskaun sehingga 7% bila korang tempah bufet buka puasa Nook di Klook!
- Harga Promosi : RM138 per pax (Diskaun 7% di Klook)
- Alamat: Aloft Kuala Lumpur Sentral, 5, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur
4. The Arce Farm Fresh di UPM
Bersempena dengan bulan Ramadan, The Acre Farm Fresh di UPM menawarkan bufet Ramadan yang istimewa, penuh dengan hidangan kampung yang menyelerakan. Nikmati hidangan kegemaran tradisi seperti Nasi Kerabu dengan Ayam Percik, Gulai Kawah, Daging Salai Masak Lemak, dan Bubur Lambuk, semuanya disediakan dengan bahan-bahan segar dan sumber tempatan. Ni aktiviti baru kat Klook tau, menarik tak? Bila lagi nak picnic sambil berbuka kan?
Dengan suasana ladang yang tenang, anda juga boleh menikmati aktiviti ladang interaktif yang pastinya menjadikan pengalaman berbuka puasa ini lebih bermakna. Jangan lupa manjakan diri dengan pencuci mulut buatan sendiri serta minuman menyegarkan yang menggunakan produk tenusu Farm Fresh yang terkenal.
- Harga Promosi: RM125 โ Bufet Ramadan Ja-Moo Selera (Diskaun 7% dengan Klook)
- RM138 โ Kombo Bufet Ramadan + Tiket Masuk (Diskaun 7% dengan Klook)
- Alamat: The Acre by Farm Fresh, Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor.
5. Latest Recipe, Le Meridien
Hayati hidangan yang mewah dan sedap di Latest Recipe, Le Meridien yang bertemakan Destinasi Rasa. Cawangan di Putrajaya ni ada menawarkan lima stesen dapur masakan langsung berbeza dan chef-chef yang dah pernah menang anugerah tau!
Atas permintaan ramai, bufet Destinasi Rasa kembali lagi tahun ni! Latest Recipe, Le Meridien Putrajaya akan menawarkan hidangan Santapan Raja Sehari. Kalau korang nak feeling-feeling berbuka puasa seperti seoarang raja, pasti Le Merdien menjadi pilihan hati! Ada macam-macam menu yang mereka hidangkan rendang pucuk ubi, kari kambing bakar, masak lemak belimbing, kuih getas dan banyak lagi, bersama dengan hidangan klasik lain seperti udang masak ros dan sup ekor.
- Harga promosi: RM178/pax (Diskaun 7% di Klook)
- Alamat: Le Mรฉridien Putrajaya, IOI City Mall, Lebuh IRC IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Selangor.
6.The Mesh di Four Points, Sheraton Kuala Lumpur
Terletak di tengah-tengah KL, korang wajib pergi ke The Mesh di Four Points, Sheraton Kuala Lumpur untuk berbuka puasa!
Terokai Nostalgia Desa di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur yang menawarkan korang pengalaman berbuka puasa dengan masakan kampung. Anda akan rasa seperti throwback ke masa lalu dengan lebih dari 60 hidangan asli dan stesen dapur langsung. Anda juga dapat menikmati pelbagai jenis 'masakan desa' tradisional seperti Sup Gear Box Raja, Bubur Lambuk, klasik Dulang Kampung, Nasi Apollo, Kambing Golek dan banyak lagi!
- Harga promosi: RM185.30 pax (Diskaun 7% di Klook)
- Alamat: Four Points by Sheraton, No. 2, Jalan Balai Polis, City Centre, 50000 Kuala Lumpur
7. Cinnamon Coffee House di One World Hotel
Bufet berbuka puasa dengan tema Seribu Satu Rasa di Cinnamon Coffee House, One World Hotel merupakan pengalaman iftar yang sangat menarik! Bufet ini menghidangkan pelbagai pilihan tradisional, termasuk hidangan utama Kambing Golek Berisi Briyani, yang menangkap semangat perayaan Ramadan dengan dagingnya yang lembut dan rempah aromatik.
Selain itu, korang pun dapat menikmati berbagai hidangan khas lain seperti Sup Gear Box Campur, yang kaya dan penuh rasa, serta Rendang Belanga Tradisional, yang menunjukkan keindahan masakan Malaysiaโโโโโโ. Pengalaman makan disempurnakan dengan pertunjukan musik Ghazal langsung, menambah suasana hangat dan menyambut yang menjadikan Cinnamon Coffee House tempat yang sempurna untuk keluarga dan kawan-kawan berkumpul dan merayakan semangat Ramadanโโโโ! Memang sedap makanan kat sini!
- Harga Klook: RM119.85/pax (Diskaun 7% di Klook)
- Alamat: One World Hotel, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
8. Zest Lifestyle Restaurant di Putrajaya Marriott Hotel
Ramadan 2025 dah mula, dan di Zest Lifestyle Restaurant, Putrajaya Marriott Hotel, mereka menyediakan pengalaman bufet Iftar yang istimewa untuk anda dan keluarga. Dengan pelbagai hidangan tradisional dan moden yang memikat, bufet Ramadan kami adalah pilihan tepat untuk berbuka puasa dalam suasana yang selesa dan elegan.
Dengan suasana yang santai namun penuh gaya, anda pasti akan menikmati pengalaman berbuka puasa bersama orang tersayang di sini.
Ramadan ini, Restoran Zest Lifestyle ada tawarkan bufet Ramadan Pentas Citarasa, lebih 100 aneka hidangan tradisional Melayu dan Asia Tenggara untuk berbuka puasa. Dari beberapa jenis Lauk Kawah yang dihidangkan bersama nasi wangi, ulam dan sambal belacan, kepada hidangan tempatan seperti Sate Kajang, Mee Warung dan pencuci mulut durian. Korang memang confirm kenyang!
- Harga promosi: RM151/pax (Diskaun 7% di Klook)
- Alamat : IOI RESORT CITY, Persiaran Utara, 62502 Sepang, Putrajaya
9. Hotel Dining at Hotel Royal Signature Kuala Lumpur
Nikmati pengalaman berbuka puasa yang istimewa di Hotel Royal Signature Kuala Lumpur, di mana kemewahan dan keselesaan bertemu dengan kelezatan makanan. Setiap malam, anda akan disambut dengan persembahan live band oleh Zul2bye2 & MayaThe Girls Suka Music, menjadikan suasana makan malam anda lebih meriah dan menghiburkan.
Bufet ramadan ni menawarkan pelbagai pilihan hidangan yang pasti kena dengan selera anda. Bufet malam di Hotel Royal Signature Kuala Lumpur menampilkan menu yang kaya dengan rasa dan cita rasa unik, termasuk hidangan-hidangan klasik yang sangat disukai ramai iaitu, Lamb Shank Kabsa Hidangan kambing shank yang dimasak dengan rempah Kabsa yang harum, disajikan dengan nasi beraroma yang sempurna. Celup-Celup Tepung , Lamb Khouzi: , Live BBQ Grill Station, Ayam Gunting, Ulam-Ulaman, Jeruk. Mana nak cari kan bufet ramadan macam ni? Best sangat!
Selain itu, mereka juga menawarkan pelbagai hidangan lain yang menarik, termasuk pilihan sup, salad, dan pencuci mulut yang pasti memuaskan selera anda selepas berbuka puasa.
Jom, raikan bulan Ramadan di Hotel Royal Signature Kuala Lumpur dan nikmati hidangan bufet yang lazat sambil menikmati muzik live yang menghiburkan. Kami menanti kedatangan anda untuk berkongsi pengalaman berbuka puasa yang penuh keceriaan!
- Harga promosi: RM151/pax (Diskaun 7% di Klook)
- Alamat : IOI RESORT CITY, Persiaran Utara, 62502 Sepang, Putrajaya
10. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Tahun ini, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya kembali dengan bufet Ramadan berkonsepkan Cita Rasa Klasik. Mereka akan mhidangkan lauk-lauk Melayu klasik Kerabu, Acar Buah, Gado-Gado, Jeruk Cermai, Sambal Belacan, Sup Tulang Lembu Kampung dan banyak lagi!
Kambing Golek bakal menjadi sajian utama para pengunjung yang pastinya akan buat korang jatuh cinta! Berbuka puasa bersama orang tersayang di PICC bulan Ramadan ini dan dapatkan pakej bufet dengan harga diskaun di Klook.
- Harga promosi: RM98/pax (Diskaun 7% di Klook)
- Alamat: Jalan P5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
11. The Den di Capri by Fraser, Bukit Bintang
Sambut bulan yang penuh keberkatan ini dengan pengalaman berbuka puasa yang istimewa di The Den, Capri by Fraser, Bukit Bintang. Bufet ramadan ni menyajikan bufet Ramadan yang menggabungkan pelbagai hidangan tradisional dan moden yang pasti memuaskan selera anda.
Di The Den, mereka menyediakan suasana yang nyaman dan mesra untuk anda berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan. Dengan suasana yang santai dan moden, kami pastikan setiap hidangan dinikmati dalam persekitaran yang tenang dan penuh kemeriahan Ramadan.
- Harga promosi: RM161/pax (Diskaun 7% di Klook)
- Alamat: 160, Jln Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
12.Link All Day Dining di Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur
Selamat datang ke Link All Day Dining di Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur, tempat di mana anda boleh menikmati pengalaman berbuka puasa yang luar biasa sepanjang bulan Ramadan 2025. Tahun ini, kami menyajikan Sajian Nusantara Timur, dengan pelbagai hidangan tradisional dari pelbagai negara di rantau Asia Tenggara yang pasti menggugah selera anda.
Di Link All Day Dining, kami menyediakan bufet Ramadan yang meriah dan penuh cita rasa, dengan fokus pada masakan Nusantara Timur yang kaya dengan rempah ratus dan bahan-bahan segar. Suasana yang selesa dan moden menjadikan setiap saat berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan sesuatu yang lebih bermakna.
- Harga Promosi : RM 159 (Diskaun 7% di Klook)
- Alamat: No 1, Jalan Pantai Jaya Tower 3, 59200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
13. Ramadan Buffet at Sunset Terrace Restaurant in Sunway Resort Hotel
Sambut bulan Ramadan 2025 dengan suasana yang memukau di Sunset Terrace Restaurant, Sunway Resort Hotel. Tahun ini, bufet ramadan ini mengajak anda untuk menikmati pengalaman berbuka puasa yang penuh keajaiban dengan tema "Jemput Makan 1001 Arabian Nights". Nikmati pelbagai hidangan bertemakan masakan Arab yang memikat selera dalam suasana yang santai dan elegan.
Dengan pemandangan indah dan suasana yang nyaman, Sunset Terrace Restaurant menawarkan lebih daripada sekadar bufet biasa. Di sini, anda akan dibawa ke dunia 1001 Arabian Nights, di mana hidangan-hidangan istimewa yang kaya dengan rempah ratus dan kelezatan masakan Timur Tengah disajikan dengan penuh rasa dan keindahan.
- Harga promosi: RM248/pax (Diskaun 7% di Klook)
- Alamat: Level 1, Sunway Resort Hotel, 1, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor
Kalau korang nak tahu, kat sini ada sediakan Exclusive Gift Set juga tau! Mana yang tengah cari hadiah untuk orang tersayang, mak mertua ke, girlfriend or boyfriend.. ha boleh la beli dari Sunway Resort!
Ada pelbagai pilihan yang anda boleh pilih tau. Antaranya Shahryar's Gift Box, Scheherazade's Gift Box, Barakah Chocolate Box dan Mubarak Arabic Ma'amoul & Karabeej Cookie Box.
14. Bufet Ramadhan di Resorts World Awana
Selamat datang ke Resorts World Awana, tempat di mana keindahan alam semula jadi bertemu dengan pengalaman makan yang memukau. Sambut bulan Ramadan 2025 dengan Bufet Ramadan yang penuh dengan kelezatan di Jom Makan Awana, restoran yang terkenal dengan pelbagai hidangan istimewa yang pasti memenuhi selera anda.
Dikelilingi oleh pemandangan hijau yang menenangkan dan udara segar, Resorts World Awana menawarkan suasana yang tenang dan santai untuk berbuka puasa bersama keluarga, sahabat, atau rakan sekerja. Bufet Ramadan kami menawarkan pilihan hidangan yang beraneka, dari masakan tradisional Melayu hingga hidangan kontemporari yang pasti memberi kepuasan dalam setiap suapan.
- Harga promosi: RM106/pax (Diskaun 7% dengan Klook)
- Alamat: Lobby Floor, Jom Makan Awana, Resorts World Awana, 69000 Genting Highlands, Pahang
15. Kwee Zeen di Sofitel Kuala Lumpur Damansara
Ramadan ini, Kwee Zeen di Sofitel Kuala Lumpur Damansara menjemput anda untuk merasai pengalaman berbuka puasa yang luar biasa dalam suasana yang penuh dengan gaya seni Paris. Menawarkan buffet serantau yang kaya dengan cita rasa, Kwee Zeen membawa anda dalam perjalanan kulinari yang kreatif, sesuai untuk mereka yang ingin mencuba hidangan-hidangan baru dan tradisional dalam satu tempat.
Restoran ini juga mesra OKU, jadi semua orang boleh menikmati hidangan dengan selesa. Dengan harga serendah RM198, pastikan anda membawa keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati hidangan berbuka yang memikat selera di Kwee Zeen.
- Harga promosi: RM198/pax (Dapatkan diskaun 7% di sini)
- Alamat: Sofitel Kuala Lumpur Damansara, Jalan Damansara, Kuala Lumpur.
16. PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur
Di PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur, pengalaman berbuka puasa tahun ini pasti akan memberi anda nostalgia dengan pelbagai pilihan hidangan bufet Ramadan yang lazat. Restoran Thyme menawarkan aneka juadah tradisional yang pasti menggugah selera. Dengan suasana yang elegan dan selesa, restoran ini merupakan tempat yang ideal untuk berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan. Nikmati hidangan dengan citarasa Malaysia yang autentik dan pencuci mulut yang memuaskan.
- Harga Promosi: RM148/pax (Dapatkan diskaun 7%)
- Alamat: PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
17. The Kitchen by Melia Kuala Lumpur
The Kitchen by Melia Kuala Lumpur mengajak anda untuk merasai citarasa asli Malaysia dalam suasana yang mesra dan nyaman. Dengan harga RM169, anda boleh menikmati aneka juadah tradisi Ramadan yang disediakan oleh cef-cef pakar, menggunakan bahan-bahan premium.
Bufet ini menawarkan hidangan kampung klasik yang lazat, termasuk hidangan panggang dan pencuci mulut yang tidak boleh dilepaskan.
Tempat yang sesuai untuk majlis berbuka puasa bersama keluarga atau rakan-rakan.
- Harga Promosi: RM169/pax (Dapatkan diskaun 7% dengan Klook)
- Alamat: The Kitchen, Melia Kuala Lumpur, 16, Jalan Imbi, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
18. Serena Braserrie di InterContinental Kuala Lumpur
Serena Brasserie di InterContinental Kuala Lumpur menawarkan buffet Ramadan yang penuh dengan pelbagai pilihan hidangan yang lazat. Dengan harga RM216, restoran ini memastikan setiap hidangan disediakan dengan bahan berkualiti tinggi, membawa rasa yang terbaik untuk anda berbuka puasa. Suasana yang elegan dan layanan yang mesra menjadikan ia pilihan tepat untuk berbuka puasa dalam suasana yang lebih eksklusif.
- Harga Promosi : RM216/pax (Dapatkan diskaun 7% di Klook)
- Alamat: Serena Brasserie, InterContinental Kuala Lumpur, Jalan Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Nak menangi bufet Ramadan yang sebanyak 40 Pax di Ballroom, Palm Garden? ๐ฅ
Mesti best kalau dapat berbuka puasa dengan bufet Ramadan di hotel bersama yang tersayang, kan? Tapi lagi best kalau dapat pakej bufet Ramadan tu secara PERCUMA! ๐คฉ Ya, kami nak bagi pakej bufet Ramadan kepada 40 pemenang bertuah secara percuma. Klook dah bagi kepada 30 pax dah minggu pertama ramadan, pemenang dah enjoy dah.. tapi jangan risau ada chance lagi untuk menang! Sentiasa follow social media Klook tau!
Diskaun 5% untuk tempahan pertama anda ๐งก
Baru kenal Klook? Muat turun Aplikasi Klook dan gunakan kod <BETTERONAPP> untuk nikmati diskaun 5% untuk tempahan pertama anda di Klook! Dari pakej hotel hingga tiket tarikan dan baucar makan, kami ada tawaran dan pengalaman terbaik khas untuk anda.
Muat turun Aplikasi Klook: App Store | Google Play
๐ก Tip Klook ๐ก Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun ๐ฒ
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. ๐งก
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini: