Ada sesiapa di sini sukakan pantai? 🏖️
Tak ada apa yang dapat tandingi udara laut dan pasir di bawah tapak kaki. Sementara kita impikan lautan jernih di pantai-pantai seperti di Maldives dan Pulau Phi Phi, ramai yang lupa negara kita juga ada pantai-pantai yang terindah di dunia. Mungkin dah tiba masanya untuk kita terokai pantai-pantai dan pulau-pulau di Malaysia untuk percutian yang seronok bersama kawan-kawan dan family!
Diskaun 5% untuk tempahan pertama anda 🧡
Baru kenal Klook? Muat turun Aplikasi Klook dan gunakan kod <BETTERONAPP> untuk nikmati diskaun 5% untuk tempahan pertama anda di Klook! Dari pakej hotel hingga tiket tarikan dan baucar makan, kami ada tawaran dan pengalaman terbaik khas untuk anda.
Muat turun Aplikasi Klook: App Store | Google Play
Pulau-pulau dan pantai-pantai terbaik di Malaysia 🌴
1. Pulau Tioman: Syurga penyelam
Pulau Tioman adalah pulau yang penuh dengan batu-batu karang yang indah - menjadikannya destinasi popular bagi mereka yang meminati selam snorkel atau selam skuba. Terdapat juga banyak hutan untuk anda terokai (bersama air terjun) di seluruh pulau ini kalau anda meminatinya! Kami cadangkan anda menaiki feri dari Mersing ke Pantai Juara, pulau yang jauh sedikit ke pantai timur dari pulau ini.
2. Pulau Redang: Sebuah syurga tropika 🏄🏻♀️
Oh, Pulau Redang yang indah. Sama ada anda mencari pulau dengan suasana yang meriah (bayangkan: kanak-kanak ceria, bola tampar pantai dan kumpulan musik secara langsung!) atau tempat yang lebih sunyi untuk berjemur, semuanya ada di sini. Pulau ini adalah salah satu daripada sembilan pulau di Laut China Selatan yang dilindungi, jadi batu-batu karang serta flora dan fauna di sini dilindungi dengan baik dan sangat cantik.
3. Pulau Perhentian: Seronok untuk semua 👨👩👧👦
Pulau Perhentian terbahagi kepada dua buah pulau - Pulau Perhentian Kecil (tempat penginapan murah dan pilihan makanan yang banyak - sesuai bagi pengembara dengan bajet kecil atau berkumpulan!) dan Pulau Perhentian Besar (tempat resort dan restoran yang lebih mewah - sesuai untuk bulan madu dan percutian romantik). Pilih percutian berdasarkan percutian yang anda inginkan!
4. Pulau Langkawi: Permata Kedah 🦅
Fakta seronok: Tahukah anda yang Langkawi adalah kepulauan yang merangkumi 99 buah pulau? Pulau ini bukan sekadar menawarkan alkohol bebas cukai dan coklat - ia sebuah percutian pantai yang sempurna bagi semua peringkat umur. Kalau anda tak takut tinggi, naiklah kereta kabel paling curam di dunia di mana anda dapat nikmati pemandangan hutan hujan yang tebal di bawah kaki anda. Pra-tempah tiket anda di Klook untuk nikmati harga diskaun - anda juga boleh dapatkan tiket Laluan Ekspres dan Gondola VIP!
5. Batu Ferringhi: Pekan pantai meriah Pulau Pinang
Walaupun tak seindah pulau-pulau lain dalam senarai ini, Batu Ferringhi adalah pantai yang tenang dan meriah di Pulau Pinang. Ia menawarkan keseronokan di siang hari dan kemeriahan di malam hari. Nikmati matahari terbenam selepas kenyang dengan char kuey teow; kami juga cadangkan anda singgah di pasar malam yang buka dari subuh hingga tengah malam!
6. Semporna, Sabah: Percutian air jernih
Semporna wajib disenaraikan dalam senarai ini! Daerah di selatan tenggara Sabah ini pasti membuat anda tergamam dengan air laut kehijauannya yang sangat jernih sampai abda boleh melihat dasarnya. Kami cadangkan anda menaiki bot laju ke Pulau Pom-Pom, pulau tenang yang terkenal dengan penyu-penyu dan chalet di atas air.
7. Pulau Sipadan, Sabah: Tempat selam terbaik di Malaysia 🥽
Pulau Sipadan adalah sebuah pulau kecil di Semporna yang mendapat status perlindungan pada tahun 2002 dan dikatakan salah satu tempat menyelam terbaik di dunia. Anda perlu menaiki kapal terbang, kereta, kemudian bot untuk sampai ke sini, tapi percayalah apabila kami cakap perjalanan ini sangat berbaloi. Semua resort di pulau ini ditutup untuk mengekalkan ekologinya bertahun dulu, jadi anda tak dapat bermalam di sini (kebanyakan orang tinggal di Mabul atau Semporna dan naik bot untuk percutian sehari).
8. Pulau Pangkor: Burung enggang dan pulau kosong
Terletak cuma dua jam dari Ipoh, Pulau Pangkor adalah pulau tenang di mana ia menawarkan ketenangan yang anda inginkan. Berbeza daripada pulau-pulau lain, Pangkor kekal sebagai tempat pelancongan - tenang, tak ramai pelancong, bar pantai dan restoran mewah. Ada masanya, pulau ini kosong untuk anda sahaja kalau anda datang pada bukan musim cuti. Jangan lupa singgah di kubu kolonial Belanda dan beri makan kepada Burung Enggang!
9. Port Dickson: Pantai yang dekat dengan KL
Port Dickson adalah pulau mesra keluarga dan terletak cuma 90 km dari Kuala Lumpur. Kalau anda mahukan percutian singkat yang tak jauh, jomlah ke sini - anda akan dapat nikmati pantai berpasir dalam masa 2 jam! Walaupun airnya tak begitu jernih, anda takkan kecewa dengan suasana pantai dan makanan laut yang sedap.
10. Pulau Rawa, Johor: Pulau peribadi Sultan
Hilangkan keresahan anda dengan pulau-pulau di Pulau Rawa, yang juga dikenali sebagai Maldives Johor (dan dimiliki oleh kerabat Sultan Johor!). Selam snorkel dan selam skuba, kayak, teroka hutan, berkhemah di sepanjang pantai dan nikmati makanan malam barbeku sambil duduk di atas pasir.
11. Pulau Kapas, Terengganu: Permata tersembunyi yang menawan
Pulau Kapas adalah permata yang tersembunyi di Terengganu - memang ada pulau yang dipanggil Pulau Permata (Pulau Gemia) di sini. Berserta dengan pulau-pulau tenang (dan banyak buaian untuk anda bersantai sambil membaca), pulau ini semestinya sebuah syurga tropika. Anda juga mungkin dapat melihat penyu dan jerung jinak semasa berenang!
12. Pulau Lang Tengah, Terengganu: Syurga terpencil
Pulau Lang Tengah adalah pulau terpencil yang terletak di antara Pulau Perhentian dan Pulau Redang, cuma 45 minit menaiki bot laju dari Jeti Merang, Terengganu. Pulau kecil ini tak ada jalan (perlu naik bot, kayak dan selam snorkel untuk berjalan-jalan!), dan cuma ada tiga buah hotel yang beroperasi. Anda pasti dapat percutian yang tenang apabila anda ke sini.
13. Pulau Sembilan, Perak
Pulau Sembilan adalah sekelompok pulau di Perak (tak jauh dengan menaiki bot dari Bagan Datuk) yang anda cuma boleh masuk kalau anda mengikuti pakej percutian. Selain daripada fenomena air mata biru (blue tears), pulau-pulau ini juga kaya dengan hidupan laut yang unik seperti jerung buluh, kuda laut, ikan butterflyfish, ikan taring-pelanduk cincin biru, tuna, batu karang berwarna-warni dan banyak lagi! Malangnya, Pulau Sembilan ditutup untuk orang awam disebabkan kerosakan akibat pelancong yang terlalu ramai. Ada pengumuman yang ia akan dibuka semula selepas kita boleh merentas negeri, jadi pastikan ia dalam senarai anda juga.