Nikmati detik terbaik di Pulau Pinang bersama keluarga
Pulau Pinang ialah hab budaya dan alam semula jadi yang menarik untuk anda terokai. Anda juga boleh menikmati makanan dan seni Malaysia yang terbaik di sini! Ada banyak sekali yang anda perlu terokai di sini dan kami percaya bahawa cara terbaik untuk merasai sendiri tempat-tempat menarik di pulau ini adalah dengan mengunjunginya bersama keluarga tercinta.
Kami telah menyusun dan mengatur jadual aktiviti yang lengkap untuk anda nikmati. Jadual ini tidak terlalu padat dan anda boleh menggunakannya sebagai panduan untuk lawatan pendek ketika cuti sekolah atau sekadar mahu meluangkan masa pada hujung minggu. Teruskan membaca cadangan jadual perjalanan 3H2M Pulau Pinang ini yang sesuai untuk keluarga dengan anak-anak!
Jadual perjalanan 3H2M untuk perjalanan keluarga di Pulau Pinang
Hari pertama - Terokai bandar Georgetown
1. Assam Laksa Ayer Itam
Anda tak boleh mengaku pernah ke Pulau Pinang jika tidak mencuba Assam Laksa. Kuahnya berperisa masam dan pedas yang menyelerakan menjadi kebanggaan Pulau Pinang dan anda boleh nikmati semangkuk assam laksa terbaik di Air Itam Laksa Bisu. Ini hidangan enak yang sempurna untuk memulakan perjalanan anda di Pulau Pinang.
Rasa ikan yang masam dan manis digandingkan dengan sayur-sayuran segar dan ikan tenggiri yang banyak pasti membuatkan keluarga anda ingin mencubanya lagi. Gerai penjaja ini terletak di tepi Medan Selera Ayer Itam. Anda juga boleh menemui pelbagai juadah tempatan yang menyelerakan di medan selera ini.
Address: Ayer Itam Market Food Court, Jalan Air Itam, Pekan Air Itam, 11500 Air Itam, Pulau Pinang
Temui lebih banyak makanan penjaja Pulau Pinang di sini:
2. Menaiki beca warisan
Mula terokai pulau ini dengan menaiki beca yang menyeronokkan di sekitar bandar Georgetown, Pulau Pinang. Inilah cara terbaik untuk meraikan sejarah bandar ini yang kaya dengan bangunan-bangunan zaman penjajah, tapak-tapak keagamaan dan tarikan dari zaman lampau. Turut mesra dipanggil 'beca' oleh penduduk tempatan, beca ialah teksi beroda tiga yang membentuk pengangkutan bandar sejak tahun 1950-an.
Tempah sesi Menaiki Beca Warisan (Heritage Trishaw Ride) di Klook dan biar penunggang beca anda membawa anda mengelilingi Tapak Warisan Dunia UNESCO seperti Fort Cornwallis, Khoo Kongsi dan banyak lagi! Kanak-kanak berumur 0 - 3 tahun boleh menyertai aktiviti ini secara percuma dan ada juga diskaun untuk kanak-kanak berumur bawah 12 tahun.
3. Muzium Interaktif Georgetown
Muzium-muzium interaktif di pulau ini terletak di sekitar Georgetown dan menjanjikan keseronokan buat para pengunjung tanpa mengira usia. Salah satu muzium yang menjadi kegemaran kami ialah Muzium WonderFood iaitu sebuah muzium yang didedikasikan untuk semua benda berkaitan makanan! Ambil gambar lucu di sini bersama pameran hidangan Malaysia yang bersaiz besar dan dihasilkan dengan tangan menggunakan teknik replikasi makanan dari Jepun seperti laksa, durian, kuih-muih dan banyak lagi!
Ada tiga galeri boleh dilawati yang menjanjikan pengalaman menarik sambil mempelajari tentang tradisi masakan tempatan dan mengambil gambar yang menyeronokkan. Tempah tiket berdiskaun di Klook dan nikmati kemasukan mudah dengan hanya mempamerkan kod baucar anda di kaunter.
Alamat: 49, Lebuh Pantai, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Satu lagi muzium interaktif di Georgetown yang kami gemari ialah Dark Mansion iaitu muzium glow-in-the-dark yang pertama dan satu-satunya di Malaysia. Pameran seni moden yang bergaya ini menggabungkan teknologi secara kreatif dengan karya seni, mengubah lukisan 2D kepada ilusi optik 3D yang hebat!
Ia akan menjadi pengalaman yang menyeronokkan apabila anda menyelami pameran interaktif cahaya dalam gelap dan mengambil gambar di sini bersama yang tersayang di hadapan karya seni bercahaya yang unik. Nikmati tiket diskaun ke Dark Mansion dengan membeli melalui Klook!
Alamat: 145, Lebuh Kimberley, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang
4. Penang Road Famous Teochew Chendul
Pada hari yang panas terik, anda mesti singgah untuk berehat sambil minum cendol! Semangkuk cendol ais terbaik boleh ditemui di Penang Road Famous Teochew Chendul. Kanak-kanak pasti akan suka keenakan gabungan santan sejuk, cendol, kacang merah dan gula Melaka yang manis serta dapat menghilangkan dahaga.
Memang berbaloi untuk beratur panjang menunggu pencuci mulut ais kisar sejuk yang terkenal di Pulau Pinang ini. Namun barisan panjang di sini bergerak agak pantas jadi anda tidak perlu risau!
Address: Jalan Penang, George Town, 10450 George Town, Pulau Pinang
5. Bukit Bendera
Luangkan malam pertama anda di Pulau Pinang dengan membawa keluarga anda mendaki Bukit Bendera untuk menikmati pemandangan bandar Georgetown yang menakjubkan dari atas serta udara yang sejuk dan tidak tercemar. Menaiki Kereta Api Funikular Bukit Bendera yang ikonik adalah satu kemestian. Terutamanya bagi kanak-kanak - mereka pasti akan terpukau kerana funikular rekaan Switzerland ini akan membawa mereka ke puncak dan melintasi kawasan hijau yang subur di sepanjang laluan.
Banyak lagi keseronokan menanti di puncak. Bukan sahaja makan malam di kafe tertinggi di Pulau Pinang bahkan anda boleh menerokai The Habitat Penang Hill iaitu ruang yang membolehkan pengunjung berhubung semula dengan alam semula jadi dalam bentuk yang paling murni. Bawa anak-anak anda berjalan-jalan dalam alam semula jadi dan bersedia untuk dikelilingi dengan pelbagai flora dan fauna termasuk lotong yang comel, tupai hitam gergasi, lemur terbang dan banyak lagi!
Alamat: Jalan Bukit Bendera, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang
Hari kedua - Berseronok di luar
1. Roti Canai Transfer Road
Mulakan hari kedua dengan hidangan yang enak untuk mengisi perut keluarga anda sebelum memulakan aktiviti lain. Gerai roti canai di Transfer Road telah menjadi persinggahan klasik bagi penduduk tempatan dan para pelancong sejak ia mula beroperasi di sini dua dekad lalu.
Kami tidak boleh memikirkan kombo yang lebih baik daripada menggandingkan roti di sini dengan kari ayam yang beraroma dan berempah. Lengkapkan hidangan anda dengan secawan teh tarik yang manis. Roti bakar yang digandingkan dengan telur separuh masak juga menjadi kegemaran kami untuk pilihan sarapan yang sempurna!
Alamat: 110-114, Jalan Transfer, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang
2. ESCAPE Penang
Merupakan lokasi utama bagi gelongsor air tiub terpanjang di dunia (sepanjang 1,111m!), Taman Tema ESCAPE pastinya tempat yang mesti dikunjungi bersama anak-anak! Taman tema ini menawarkan lebih 30 aktiviti mendebarkan termasuk luncur keluang, gelongsor air berpintal, laluan bertali yang mencabar, mendaki tembok, kolam yang menyegarkan dan banyak lagi - semuanya dalam satu ruang sambil dikelilingi persekitaran yang menghijau.
Kebanyakan permainan dalam taman tema ini direka untuk pelbagai kumpulan umur, kebolehan dan tahap tenaga. Oleh itu, anda dan anak kecil anda akan sama-sama berseronok di sini. Lihat panduan lengkap kami untuk ke Taman Tema ESCAPE dan dapatkan tiket masuk berdiskaun anda di Klook!
Alamat: 828, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
3. Pantai Batu Ferringhi
Selepas lawatan yang penuh dengan keseronokan di ESCAPE, tiba masanya untuk bersantai di tepi pantai. Batu Ferringhi terdiri daripada pantai berpasir yang panjang dan merupakan salah satu destinasi paling popular di Pulau Pinang!
Cuaca di sini sangat cerah dan menyeronokkan pada waktu siang. Biarkan anak kecil anda berlari bebas di pasir lembut, menerbangkan layang-layang, membina istana pasir atau mencuba pelbagai sukan air yang ada di sini seperti jet-ski, paralayar, bot pisang dan banyak lagi. Kami juga mencadangkan agar anda menyaksikan matahari terbenam (bawa tikar dan makanan ringan untuk berkelah jika anda mahu!).
Alamat: Jalan Batu Ferringhi, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
4. Makanan penjaja & pasar malam Pulau Pinang
Pengalaman waktu malam di Malaysia yang tulen tidak akan lengkap tanpa mengunjungi mana-mana pasar malam tempatan. Pada waktu malam, singgahlah ke Pasar Malam Batu Ferringhi yang popular dan dibuka sehingga lewat tengah malam. Terdapat khemah-khemah menjual makanan panas dan pelbagai barangan mampu milik.
Alamat: Jalan Batu Ferringhi, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Jika anda mencari pelbagai jenis barangan penjaja, kami cadangkan agar anda pergi ke Pusat Penjaja Gurney Drive. Biarkan anak-anak anda merasai cita rasa Pulau Pinang di pusat penjaja luar sehenti ini. Anda boleh merasai beberapa hidangan tempatan terbaik seperti char kuey teow, ikan bakar dan banyak lagi!
Alamat: 172, Solok Gurney 1, Pulau Tikus, 10250 Jelutong, Pulau Pinang
5. Avatar Secret Garden
Tiada cara yang lebih baik untuk mengakhiri malam anda selain daripada mengunjungi alam ajaib di Avatar Secret Garden Pulau Pinang. Terletak di belakang Kuil Pak Koong Thai ini merupakan sebuah kawasan tanah hijau yang berubah menjadi alam fantasi neon.
Lampu LED menutupi dahan dan melilit batang pokok sementara ladang tulip bercahaya indah dengan lampu LED terang - pemandangan ajaib yang membuatkan anda berasa seolah-olah anda berada di Pandora, dunia Avatar yang sebenar.
Alamat: 336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Hari ketiga - Berinteraksi dengan rakan berbulu
1.
2. TeddyVille Museum
Apabila sudah kenyang dan gembira, kunjungilah Muzium Teddyville yang comel. Muzium ini menempatkan koleksi beruang teddy pertama dan terbesar di Malaysia dari pelbagai negara serta era. Koleksi ini termasuk salah satu kumpulan pertama beruang teddy yang pernah dibuat dan teddy dari semua saiz daripada yang kecil hinggalah beruang bersaiz manusia!
Bagi anak-anak yang sukakan beruang teddy, mereka pasti akan seronok berjalan sambil melihat rakan-rakan gebu ini. Anda dan anak-anak anda juga boleh membuat beruang teddy anda sendiri di sini sebagai cenderahati untuk dibawa pulang!
Alamat: DoubleTree Resort by Hilton Penang, 56, Jalan Low Yat, Puncak Ria, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
3. Taman Rama-rama Entopia Penang
Taman Rama-rama Entopia Penang merupakan tempat yang bagus untuk ditambah pada rancangan ke Pulau Pinang anda. Entopia adalah sebuah taman rama-rama terbesar di Malaysia dan menjadi rumah yang selamat bagi 15,000 rama-rama yang dapat terbang bebas. Terdapat lebih 200 spesies tumbuhan di tengah-tengah air terjun, kolam, gua dan taman artistik.
Kanak-kanak boleh luangkan masa selama berjam-jam di sini dengan belajar dan berseronok sambil bersiar-siar melalui taman yang disinari cahaya matahari terang. Taman ini juga memiliki pusat penemuan dalam bangunan yang terdiri daripada dua tingkat pameran pembelajaran, stesen pendidikan interaktif dan aktiviti dalaman yang sesuai untuk anak-anak kecil yang ingin tahu!
Alamat: No.830, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
4. Audi Dream Farm
Tamatkan perjalanan Pulau Pinang anda dengan melakukan perjalanan singkat ke wilayah Barat Daya Pulau Pinang yang lebih tenang dan kunjungi Balik Pulau, sebuah bandar menarik yang patut anda kunjungi. Salah satu aktiviti yang menjadi kegemaran kami di sini ialah meluangkan sedikit masa di Audi Dream Farm. Ia sebuah zoo mini yang menawan dan ladang yang sesuai untuk lawatan keluarga.
Luangkan satu hari bersama yang tersayang dengan menikmati alam semula jadi di ladang ini. Anda boleh menikmati pelbagai aktiviti yang menyeronokkan di sini seperti menanam tumbuhan di dalam pasu, memberi makan burung dan banyak lagi. Tempah tiket masuk Eksklusif Klook ke Audi Dream Farm termasuk pakej makanan haiwan!
Diskaun 5% untuk tempahan pertama anda 🧡
Baru kenal Klook? Muat turun Aplikasi Klook dan gunakan kod <BETTERONAPP> untuk nikmati diskaun 5% untuk tempahan pertama anda di Klook! Dari pakej hotel hingga tiket tarikan dan baucar makan, kami ada tawaran dan pengalaman terbaik khas untuk anda.
Klook: App Store | Google Play
Banyak lagi inspirasi percutian ke Pulau Pinang 🌴
💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini: