8 Pulau Terbaik di Kota Kinabalu yang Boleh Dituju dengan Hanya Menaiki Bot dari Bandar

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 31 Ogs 2023
MY BM blogheader - pulau terbaik di kk kota kinabalu sabah

Kredit Foto: @anaiispo (left), @cathychuanggg (kanan di bawah)

Jom kita melarikan diri ke pulau-pulau di KK?

dinawan island boat day trip glamping package
Kota Kinabalu merupakan salah satu bandar kegemaran kami sekiranya ingin melancong dalam Malaysia. Kota Kinabalu menjadi lokasi utama kepada makanan laut yang murah, pemandangan matahari terbenam yang indah, hutan hujan yang subur, pantai berpasir, kafe-kafe menawan dan warga tempatan yang mesra. Mudah saja jika anda mahu mengubah jadual perjalanan di KK agar sesuai dengan jenis perjalanan yang anda cari kerana segalanya ada serba sedikit dalam satu destinasi.
Lawatan pulau-pulau menjadi aktiviti popular di KK kerana ia berdekatan dengan beberapa buah pulau yang indah. Kebanyakannya terletak dalam hanya 20 minit perjalanan dengan menaiki bot. Kami telah mengumpulkan 8 pulau kegemaran kami yang berada di luar pantai KK untuk ditambah dalam jadual perjalanan anda - kesemuanya mudah diakses dan sesuai untuk lawatan balik hari bagi lawatan pulau-pulau. Ada juga hotel di sesetengah pulau jika anda mahu bermalam dan meluangkan lebih banyak masa di sana.

8 Pulau terbaik di luar Pantai Kota Kinabalu

1. Pulau Mantanani

MY BM pulau Mantanani Island kota kinabalu kk sabah
Kredit Foto: @jccliew
MY BM pulau Mantanani Island kota kinabalu kk sabah
Kredit Foto: @kingston_chan
Pulau Mantanani mungkin bukan pulau yang paling mudah untuk dikunjungi, namun ramai pengunjung yang pernah tiba di sini mengakui bahawa perjalanan tersebut sangat berbaloi. Mantanani terdiri daripada gugusan tiga pulau terpencil dan merupakan syurga di bumi bagi pencinta laut terutamanya jika anda mempunyai lesen menyelam. Perairan di sini merupakan habitat pelbagai hidupan laut, bangkai kapal karam lama, spesies burung terancam serta dugong yang menjadi pemastautin di sini bernama Nicky! Terdapat beberapa buah pusat peranginan di pulau-pulau ini sekiranya anda mahu menginap selama satu atau dua malam tanpa perlu bergegas pulang ke KK pada hari yang sama.

2. Pulau Dinawan

pulau dinawan Island kota kinabalu kk sabah
pulau dinawan Island kota kinabalu kk sabah
MY BM pulau dinawan Island kota kinabalu kk sabah
Kredit Foto: @eileennicolee
Sukar untuk membayangkan permata seperti ini terletak 20 minit sahaja dari bandar. Pulau Dinawan adalah permata yang agak tersembunyi di Sabah. Pulau ini dikenali sebagai 'pulau berbentuk kuda laut' dengan pasirnya berwarna krim, perairan biru kehijauan serta hutan hujan yang subur menghijau. Tempah perjalanan balik hari di Klook, semuanya disertakan tanpa sebarang kerumitan termasuk perjalanan menaiki bot percuma, makan tengah hari berupa bufet makanan laut serta aktiviti seperti berkayak, berkanu, mendayung dan selam snorkel!
dinawan island glamping package sabah kk kota kinabalu
dinawan island glamping package sabah kk kota kinabalu
Ingin meluangkan lebih banyak masa di syurga dunia? Tempah penginapan perkhemahan mewah Pulau Dinawan 2H1M yang eksklusif di Klook bermula dari RM265 seorang! Pakej termasuk sarapan pagi dan akses kepada semua aktiviti di pulau. โœจ

3. Pulau Gaya

MY BM pulau gaya Island kota kinabalu kk sabah
Kredit Foto: @gayaislandresort
MY BM pulau gaya Island kota kinabalu kk sabah
Kredit Foto: @anaiispo
Pulau Gaya ialah pulau terbesar daripada lima pulau di bawah naungan Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Terdapat banyak yang boleh dilihat dan dilakukan di Pulau Gaya daripada teluk terpencil hinggalah ke pantai berpasir dan denai kembara. Anda boleh melakukan lawatan balik hari atau bermalam di salah satu pusat peranginan mewah di pulau. Ada vila yang sangat indah terletak di atas bukit dan chalet yang dibina di atas ombak yang beralun.

4. Pulau Sapi

du-lich-Kota-Kinabalu
MY BM pulau gaya Island kota kinabalu kk sabah
Kredit Foto: @wg.kaori
Pulau Sapi turut menjadi sebahagian daripada Taman Laut Tunku Abdul Rahman dan boleh dianggap sebagai pulau paling popular. Pulau ini dihubungkan dengan Pulau Gaya melalui beting pasir โ€“ malahan, anda boleh mengharungi laluan beting kedua-dua buah pulau apabila air pasang surut.
Walaupun saiznya lebih kecil (hanya 200 meter lebar dan setengah kilometer panjang), Pulau Sapi popular kerana aktiviti yang meningkatkan adrenalin termasuklah zipline ikonik (juga dikenali sebagai flying fox) yang merentasi kedua-dua pulau! Dikenali sebagai Coral Flyer, ia merupakan zipline terpanjang di Borneo dan sudah tentu anda perlu mencubanya apabila berada di sana.

5. Pulau Mamutik & Manukan

MY BM pulau mamutik manukan Island kota kinabalu kk sabah
Kredit Foto: @dji_malaysia_official
MY BM pulau mamutik manukan Island kota kinabalu kk sabah
Dinobatkan sebagai permata kembar Taman Laut Tunku Abdul Rahman, Pulau Mamutik dan Manukan sering dikunjungi bersama semasa lawatan balik hari bagi aktiviti lawatan pulau-pulau kerana ia berdekatan antara satu sama lain. Perairan di sini jernih dan dipenuhi dengan ikan yang berwarna-warni. Anda juga boleh menghabiskan beberapa jam dengan mencuba aktiviti seperti berjalan dalam laut, selam snorkel serta paralayar di pulau ini.
Antara kedua-dua pulau ini, Pulau Manukan lebih besar dan mempunyai lebih banyak kemudahan (termasuklah restoran, penginapan, serta kemudahan lokar) manakala Mamutik lebih kecil dan kurang lengkap - namun kami nampak lebih banyak ikan dan batu karang di sini berbanding di Manukan!

6. Pulau Sepanggar

MY BM pulau sepenggar Island kota kinabalu kk sabah
Kredit Foto: @theglowingedge
  • Jarak dari Kota Kinabalu: 15 minit perjalanan menaiki bot dari Terminal Feri Jesselton Point
Pulau Sepanggar adalah permata sebenar KK yang tersembunyi kerana ia masih belum dipenuhi pengunjung walaupun terletak hanya 15 minit dari Kota Kinabalu. Jika anda lebih suka keadaan tenang dan tidak sesak serta lebih privasi, lupakan pulau lain dalam senarai ini dan tambahkan Pulau Sepanggar dalam jadual perjalanan anda. Aktiviti yang boleh dilakukan di sini termasuk menyelam skuba, berkayak, memancing dan meredah hutan.

7. Pulau Mengalum

MY BM pulau mengalum Island kota kinabalu kk sabah
Kredit Foto: @cathychuanggg
  • Jarak dari Kota Kinabalu: 1 jam perjalanan menaiki bot dari Jeti Sutera Harbour
Terletak kira-kira 60km di Barat Laut Kota Kinabalu, Pulau Mengalum merupakan syurga pantai yang jauh dari pulau-pulau lain. Berjemur di atas pasir putih dan berenang dalam air yang jernih - kami dengar kejernihan air di pulau ini sangat baik dan perairannya dikunjungi banyak ikan seperti kerapu, ikan merah, ikan rama-rama serta batu karang yang sedang mekar!

8. Pulau Tiga

MY BM pulau tiga Island kota kinabalu kk sabah
Kredit Foto: @yunn.tang
  • Jarak dari Kota Kinabalu: 2 Jam pemanduan ke Kuala Penyu & 40 minit perjalanan menaiki bot
  • ๐Ÿš— Keperluan perjalanan: Sewa kereta di Klook bermula dari RM150 sehari!
Digelar sebagai 'Pulau Survivor' selepas dipaparkan dalam siri TV realiti popular 'Survivor', Pulau Tiga adalah pulau yang sesuai untuk merasai pengembaraan. Terbentuk selepas letusan gunung berapi pada tahun 1980-an, pulau ini terkenal kerana memiliki lumpur gunung berapi semula jadi yang terapeutik. Ciri geologi ini membezakannya daripada pulau-pulau lain di Sabah! Perjalanan ke sini tidak lengkap tanpa mandi lumpur gunung berapi. Aktiviti ini bukan sekadar pengalaman yang menyeronokkan tetapi ia juga baik untuk kulit anda. ๐Ÿ˜‰

Aktiviti-aktiviti menyeronokkan di Kota Kinabalu, Sabah

๐Ÿ’ก Petua Klook ๐Ÿ’กMuat turun aplikasi Klook sekarang untuk mendapatkan maklumat tawaran pelancongan yang terkini dan terbaik khas untuk anda! Anda juga akan mendapat diskaun 5% untuk tempahan aplikasi pertama anda apabila menggunakan kod promosi <BETTERONAPP>. Terma dan syarat dikenakan.
Tersedia untuk dimuat turun di App Store dan Play Store. Sudah ada pada peranti mudah alih anda? Klik di sini untuk muat turun ๐Ÿ“ฒ
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. ๐Ÿงก
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
โœ๏ธ Blog | ๐Ÿ“˜ Facebook | ๐Ÿ“ท Instagram | ๐Ÿ“ฑ TikTok | ๐Ÿ“• Xiaohongshu | ๐Ÿ”ตTelegram