Ramalan Musim Luruh Korea 2023: 17 Tempat Yang Akan Menyakinkan Anda Untuk Menjelajah Korea Pada Musim Luruh Ini

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 17 Okt 2023
Kredit Foto: @ssteart (kiri)

Jatuh hati dengan Korea Selatan pada musim luruh ini 🇰🇷🍂

autumn korea
naejangsan national park busan autumn spot 2022
Photo Credit: @athulvinodav
Musim luruh sememangnya salah satu musim kegemaran kami untuk melancong ke Korea Selatan. Walaupun negara ini cantik dalam semua musim, terdapat sesuatu yang sangat ajaib dan tenang tentang persekitarannya apabila daun berubah warna lalu mengubah negara ini dengan tona merah, oren dan kuning. 
Dengan panduan perjalanan terkini ke Korea, kini lebih mudah untuk anda merancang perjalanan ke Korea Selatan - tetapi sekiranya anda memerlukan dorongan, kami bersedia untuk meyakinkan anda tentang mengapa anda perlu mendapatkan tiket penerbangan dengan kompilasi tempat yang menjadi tarikan di seluruh negara ini pada musim luruh. 🍁Sama ada anda mahu melancong ke Seoul, Busan, Jeju atau mana-mana wilayah lain, kami pasti ada sesuatu untuk anda di Korea pada musim luruh ini. ✨

17 tempat terbaik pada musim luruh di Korea Selatan 🇰🇷🍂

Seoul

1. Menara Namsan

namsan tower n seoul tower autumn spot 2022
Menara Namsan yang megah ini merupakan mercu tanda Seoul yang ikonik dan tempat terbaik untuk melihat pemandangan bandar yang mempesonakan dari atas. Terletak di tengah-tengah Seoul, ia sangat mudah diakses dan sesuai untuk melihat pemandangan musim luruh - selain daripada pemandangan dari balai cerap, seluruh kawasan di sekitar Namsan akan berubah menjadi hamparan indah dipenuhi dedaun keemasan, kuning dan merah semasa musim luruh bermula sejak Oktober!

2. Gyeongbokgung

gyeongbokgung palace seoul autumn spot 2022
Ada banyak istana di Korea Selatan yang kelihatan menawan pada musim luruh tetapi Gyeongbokgung pasti mendahului senarai teratas kami apabila tiba musim luruh di bandar ini. Tempat terbaik untuk pemandangan pokok mapel dan gingko yang cantik ialah di Gyeonghoeru (Dewan Jamuan Diraja) dan Hyangwonjeong (astaka heksagon). Pssst, untuk visual lebih menarik, anda boleh menyewa dan memakai hanbok untuk gambar kenang-kenangan berkualiti tinggi yang sangat berbaloi.

3. Taman Haneul

haneul park seoul autumn spot 2022
Photo Credit: @ssteart
Terkenal kerana dilitupi silver grass (juga dikenali sebagai Eulalia atau rumput pampas) pada musim luruh, Taman Haneul ialah taman ekologi yang luas. Terdapat banyak tempat yang boleh ditinjau seperti dek pemerhatian berbentuk mangkuk besar. Dek ini menawarkan pemandangan 360 darjah menghadap taman dan padang rumput yang luas lantas akan membuat anda berasa sangat kerdil. Silver grass berada di kemuncak pertumbuhannya pada bulan Oktober malah terdapat Festival Silver Grass tahunan yang diadakan di sini setiap tahun.

4. Taman Seoul Olympic 

south korea 6d5n itinerary seoul olympic park 2
Melancong ke Seoul bersama pasangan? Nikmati pengalaman romantis bersiar-siar dengan pasangan anda di Taman Seoul Olympic. Taman ini merupakan satu lagi kawasan tumpuan pelancong untuk melihat dedaunan musim luruh. ✨ Anda akan disajikan dengan pemandangan padang rumput muhly merah jambu, taman bunga ros, deretan pokok ginkgo kuning dan kosmos kuning yang mekar penuh apabila anda datang pada bulan Oktober dan November. Taman ini sangat luas dan sesuai untuk penerokaan selama beberapa jam - malah terdapat denai sekiranya anda ingin berbasikal juga muzium dan kafe untuk anda berehat.

5. Taman Yangju Nari

yangju nari park seoul autumn spot 2022
Terletak lenih kurang sejam dari pusat bandar Seoul dengan menaiki kereta api, Taman Yangju Nari merupakan salah satu tempat tercantik untuk dikunjungi pada musim luruh. Bunga-bungaan indah mula mekar dari bulan September dan anda akan dapat menyaksikan taman bunga romantis yang luas dipenuhi teratai merah, rumput muhly merah jambu, bunga kosmos oren dan globe amaranths ungu sepanjang musim luruh. Walaupun taman ini terletak di pinggir bandar Seoul namun kami rasa perjalanan selama satu jam untuk ke sini sangat berbaloi!

Gangwon-do

6. Pulau Nami 

nami island
nami island
Musim luruh di Pulau Nami terpancar indah dengan lorong-lorong yang dipenuhi barisan pokok dengan dedaunan oren dan merah yang pasti menceriakan mana-mana suapan Instagram. Semasa anda menerokai Pulau Nami, pastikan anda pergi ke Taman Baekpungmilwon. Anda boleh berkelah di bawah lebih 300 pokok mapel di sini. ✨ Pulau Nami tidak terlalu sukar untuk dilawati dari Seoul tetapi cara paling mudah untuk sampai ke sini adalah dengan menempah lawatan balik hari yang merangkumi semua kemudahan. Anda juga boleh menempah Lawatan ke Chuncheon yang termasuk pemindahan kereta api ITX pergi dan balik dari Seoul, lawatan teksi 3 jam dan tiket masuk ke Pulau Nami!

7. Basikal Rel Gangchon

gangchon rail bike korea
Sering menjadi tempat yang wajib dikunjungi apabila melawat Pulau Nami, Gangchon Rail Park ialah aktiviti basikal rel terbesar di Korea. Dibina di atas laluan kereta api yang telah dihentikan perkhidmatannya, Rail Park membenarkan para pengunjung untuk mengayuh basikal rel dengan 2 atau 4 tempat duduk merentasi kawasan desa di pergunungan sambil dikelilingi pemandangan gunung-ganang, padang dan sungai. Walaupun pemandangannya mengagumkan dalam semua musim, laluan sepanjang 8.5km ini kelihatan sangat menakjubkan pada musim luruh. Basikal rel merupakan aktiviti yang popular terutamanya dalam kalangan keluarga dan mereka yang mempunyai pasangan!

8. Taman Negara Seoraksan

autumn korea
Dengan pemandangan seindah ini, kami boleh jamin bahawa ini adalah satu pendakian yang anda benar-benar akan nikmati.
Orang luar atau tidak, anda tidak akan menyesal berkunjung ke Taman Negara Seoraksan jika anda melancong ke sini pada musim luruh. Cuaca musim luruh yang menyenangkan dan keindahan yang tenang menjanjikan masa yang memuaskan. Taman ini juga menawarkan banyak laluan mendaki dengan pelbagai kesukaran yang mampu dilalui oleh semua peringkat umur dan buat mereka yang memiliki tahap kecergasan berbeza. Taman ini boleh menjadi sesak pada bulan-bulan kemuncak musim luruh, jadi cubalah melawat pada hari bekerja jika boleh!

9. Hutan Ginkgo Hongcheon

alpaca world autumn seoul gangwon-do 2022
alpaca world autumn seoul gangwon-do 2022
Hutan Ginkgo Hongcheon sememangnya penuh keajaiban. Taman ini adalah habitat hutan ginkgo terbesar di Korea Selatan dan 2,000 batang pokok berdaun kuning terang yang mengagumkan dan mekar sepanjang tahun. Pemandangan di sini sangat cantik pada bulan September hingga November. Semasa anda berada di kawasan ini, anda juga boleh mengunjungi Alpaca World untuk mendekati alpaca dan rusa yang mesra secara peribadi! Alpaca World juga sangat cantik pada musim luruh.

Jeollanam-do

10. Taman Negara Naejangsan

Naejangsan National Park busan autumn 2022
korea autumn
Sebuah khazanah pemandangan yang menakjubkan, Taman Negara Naejangsan adalah salah satu kawasan tumpuan ramai paling popular untuk menyaksikan dedaunan musim luruh di Korea Selatan. Ramai juga yang datang ke sini untuk mencari ketenangan rohani dengan melawat tokong yang terletak di dalam taman. Tokong yang paling popular ialah Tokong Baegyangsa dan Tokong Naejangsa. Tempah Lawatan Balik Hari Taman Negara Naejangsan di Klook yang merangkumi kemasukan ke tempat tarikan pelancong di sini dan pemindahan pergi balik dari Seoul!

Busan

11. Gyeongju

gyeongju busan autumn spot 2022 korea
gayasan national park busan autumn spot 2022 korea
Walaupun ada tempat yang anda boleh menikmati pemandangan musim luruh di bandar Busan namun, ada lebih banyak keindahan yang terletak di pinggir bandar dan kawasan kejiranan Busan. Destinasi lawatan balik hari musim luruh yang popular di Busan ialah bandar Gyeongju yang menawan iaitu ibu kota purba Korea Selatan. Terdapat bas yang berlepas dari Busan setiap 15 minit atau lebih baik lagi, tempah sahaja lawatan balik hari dengan mudah di Klook! Kunjungi pelbagai tempat menarik seperti Tokong Bulguksa, Seokguram Grotto, Cheomseongdae dan Bukit Hwarang untuk menikmati suasana musim luruh yang terbaik.

12. Haeundae Blue Line Park

Haeundae Blueline Park busan autumn spot 2022 korea
Photo Credit: @k.taeng_pic
Anda tidak mengikut trend jika anda tidak melihat video klip Sky Capsules yang baru-baru ini tular di media sosial! Terletak di Haeundae Blue Line Park, kereta api yang comel itu bergerak dengan kadar yang santai dan menawarkan pemandangan lautan yang menakjubkan ketika merentasi Mipo dan Cheongsapo. Sebagai alternatif, anda juga boleh menaiki kereta api pantai dengan tempat duduk menghadap laut! Naik kereta api pada musim luruh dan anda akan dapat melihat dedaunan berwarna-warni sementara berada di atas tanah.

13. Taman Negara Juwangsan 

juwangsan national park busan autumn spot 2022 korea
Photo Credit: @min_xtar
juwangsan national park busan autumn spot 2022 korea
Photo Credit: @min_xtar
Taman Negara Juwangsan adalah salah satu tempat terbaik untuk menikmati pemandangan musim luruh di selatan Korea dan hanya mengambil masa 4 jam dengan menaiki kereta api dari Busan. Walaupun ia sebenarnya taman negara terkecil di Korea Selatan, Juwangsan tiada kurangnya dengan taman negara yang lain kerana memiliki laluan pejalan kaki yang indah, gunung yang menakjubkan, sungai dan air terjun yang mengalir membasahi bumi. Jika anda bersedia untuk menikmati beberapa jam keseronokan di luar, maka pertimbangkanlah untuk merasai pendakian yang menyegarkan ini!

Pulau Jeju 

14. Hallasan

hallasan national park jeju island autumn spot 2022 korea
Merancang perjalanan ke Jeju pada musim luruh? Pastikan anda tidak ketinggalan mendaki Gunung Hallasan iaitu gunung tertinggi di Korea Selatan! Terletak betul-betul di tengah-tengah Pulau Jeju, Hallasan ialah sebuah alam ajaib untuk penggemar pengembaraan dan penggemar aktiviti luar. Musim luruh ialah masa yang sesuai untuk mendaki gunung keraba suhunya yang selesa, langit biru yang cerah dan pemandangan yang indah. Walaupun terdapat beberapa laluan yang kurang mencabar, pendakian ini masih memerlukan stamina dan kecergasan yang baik.

15. Seongsan Ilchulbong

seongsan ilchulbong jeju island autumn spot 2022 korea
Photo Credit: @visitjeju.en
seongsan ilchulbong jeju island autumn spot 2022 korea
Photo Credit: @joyfulword_i
Berikut ialah tempat alternatif jika anda tidak meminati pendakian yang sukar! Seongsan Ilchulbong (juga dikenali sebagai Puncak Matahari Terbit Jeju) mesti dikunjungi jika ini adalah kali pertama anda menjejakkan kaki di Jeju. Dibentuk oleh letusan hidrovolkanik kira-kira 5,000 tahun yang lalu, Seongsan Ilchulbong ialah Tapak Warisan Semula Jadi Dunia yang memiliki pemandangan panorama laut dan landskap Jeju yang menakjubkan dari puncaknya. Pendakian ini tidak terlalu sukar dan kebanyakannya terdiri daripada anak tangga dan cerun yang mudah jadi anda boleh menamatkan pendakian dengan mudah dalam masa kurang dari 20 minit.

16. Camellia Hill

camellia hill island autumn spot 2022 korea
camellia hill jeju island autumn spot 2022 korea
Habitat kepada ratusan tumbuhan dan bunga liar, Camellia Hill ialah sebuah bukit yang cantik dan dipenuhi dengan bunga mekar bermusim sepanjang tahun – anda boleh melihat belukar Camellia yang subur pada musim sejuk, bunga ceri dan tulip pada musim bunga, bunga tiga bulan yang indah pada musim panas. Anda juga boleh nampak rumput muhly merah jambu dan rumput pampas pada musim luruh. Dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Hutan Kasih dan Bertaut (Forest for Love and Healing), bukit ini sesuai sekiranya anda magu bersiar-siar dengan tenang ketika musim luruh semakin meluruh.

17. Taman Hueree 

jeju rail park island autumn spot 2022 korea
jeju hueree park island autumn spot 2022 korea
Berikut adalah satu lagi taman yang anda boleh melihat warna-warni musim luruh! Terletak di Seogwipo (sebuah bandar di bahagian selatan Jeju), Hueree Natural Park mempunyai taman khas khusus untuk rumput muhly merah jambu yang indah. Selain dapat bersiar-siar di sepanjang kawasan bunga yang indah ini, terdapat juga aktiviti menyeronokkan di sini mengikut musim seperti memetik sitrus dan menunggang kuda. Muhly merah jambu biasanya mekar dari pertengahan September hingga Oktober setiap tahun.

Tempah keperluan perjalanan anda ke Korea dengan Klook

autumn korea
Terokai dan jatuh cinta dengan Korea Selatan bersama Klook! Pastikan anda membuat pratempahan untuk semua keperluan perjalanan anda dan dalam keadaan tersedia apabila anda tiba. Apa yang perlu anda risaukan ialah keseronokan berpanjangan.
Berikut adalah beberapa keperluan untuk perjalanan anda:
💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu | 🔵Telegram