Restoran & makanan halal di Korea Selatan: Seoul, Busan & Jeju

Adhira Dianna
Adhira Dianna
Last updated 28 Mei 2024
Restoran & makanan halal di Korea Selatan: Seoul, Busan & Jeju

Ini dia restoran yang menawarkan makanan mesra Muslim di Korea!

makanan halal di korea selatan
Nak bercuti ke Korea tak lama lagi? Kalau anda risau sama ada mudah atau tak nak cari kedai makan halal dan mesra Muslim di sana, tak perlu risau! Tambahkan tempat-tempat makan dari senarai ini ke dalam itinerari anda - sama ada anda nak bercuti ke Seoul, Busan atau Jeju, ada restoran halal yang anda boleh cuba di bandar-bandar ini. Plan percutian anda ke Korea dengan Klook 🇰🇷

Restoran halal & mesra Muslim di Seoul 🍥

1. Busan Jib Halal Food

Busan Jib Restaurant Halal Korea
Kredit : tripadvisor.com
Busan Jib Halal Food merupakan tempat makan yang wajib anda kunjungi bila tiba di Seoul. Selepas hari yang panjang dan penat, tiada apa yang lagi best berbanding hidangan sedap yang boleh korang nikmati. Walaupun namanya Busan, restoran ini yang terletak di tengah-tengah Seoul dan menawarkan menu hidangan tempatan yang sangat sedap! Kedai ini juga merupakan kedai yang mesra muslim! Senang kan bila jumpa kedai makan di tengah - tengah Seoul yang muslim-friendly.
  • Alamat: 11-4 Myeongdong 8-gil, Myeong-dong, Jung-gu, Seoul, South Korea
  • Waktu Operasi: Setiap Hari, (10:00am to 10:00pm)

2. EID – 이드 Halal Korean Food

EID Halal Korean Food seoul korea
Photo Credit: EID Facebook Page
Apabila bercakap tentang makanan Halal dan Seoul, satu nama yang akan sering anda tengok adalah EID. EID merupakan kedai Halal Korea yang terletak berdekatan dengan Masjid Tengah Seoul, restoran ini diuruskan oleh keluarga Korea-Muslim. Restoran ini adalah kegemaran ramai pengembara Muslim.
Nikmatilah masakan Korea asli mereka seperti bibimbap, bulgogi, dan pelbagai hidangan sampingan (banchan) yang tidak terhad di sini. Korang kena cuba makanan kat sini okay!
  • Alamat: 67 Usadan-ro 10-gil, Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul, South Korea
  • Waktu Operasi: Setiap Hari, (11:30AM - 9:00PM)

3. Makan Halal Restaurant

Makan Halal Korea Food
Kredit: Makan Halal Korean Restaurant
Hanya beberapa pintu dari EID, anda akan menemui restoran mesra Muslim lain dengan nama Makan Halal Restaurant. Restoran di Itaewon ini menawarkan pelbagai hidangan tempatan seperti bulgogi daging lembu, dakdoritang (ayam masak pedas), mulnaengmyeon (mi sejuk), dan banyak lagi, serta dosirak (bekas makan tengah hari Korea) jika anda lebih suka makanan take away!
  • Alamat: 52, Usadan-ro 10 gil, Yongsan-gu, Seoul, South Korea 140-911
  • Waktu Operasi Setiap Hari (11:00AM - 9:30PM)

4. Kampungku Restaurant

Restoran Kampungku Halal Korean Food seoul korea
Photo Credit: @kampungkuseoul
Rasa nak makan ayam goreng Korea yang sedap dan halal? Restoran Kampungku adalah salah satu tempat terbaik untuk memuaskan craving anda. Terletak hanya beberapa langkah dari Stesen Myeongdong, Restoran Kampungku juga menawarkan menu yang autentik yang terdiri daripada hidangan Korea dan Malaysia. Kami dengar ayam goreng Korea mereka sangat sedap!
Restoran Kampungku Halal Korean Food seoul korea
Photo Credit: @kampungkuseoul
Catatan sampingan: Restoran ini juga mempunyai bilik solat yang luas yang tersedia untuk sesiapa yang perlu solat atau berehat! Mudah kan?
  • Alamat: 16-4 Namsandong 2(i)-ga, Jung-gu, Seoul, South Korea
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (11:00AM to 9:00PM)

5. Chunja Daegutang

 Chunja Daegutang Halal Korea
Kredit: mangoplate.com
Di tengah-tengah kesibukan jalan-jalan Hongdae, anda boleh menemui sebuah restoran muslim-friendly sederhana yang khusus dalam sup ikan kod. Chunja Daegutang menggunakan ikan kod sebagai bahan utamanya dan menjadikan ikan kod sebagai hidangan yang menyelerakan seperti daegu-ppoljjim (paha ikan kod kukus) hingga daegu-jeongol (periuk ikan kod). Jadi, jika anda berada di kawasan tersebut, pastikan untuk singgah ke restoran ini.
  • Alamat: 375-44, Seogyo-dong, Mapo-gu, Seoul
  • Waktu Operasi: Setiap Hari, (11:30AM to 3:00PM) & (5:00PM to 10:00pm)

6. Yang Good BBQ

yang good bbq seoul korea halal food restaurant
Photo Credit: @yanggood
Sebuah lawatan ke Korea tidak lengkap tanpa BBQ, betul kan? Walaupun agak sukar untuk mencari restoran yang mesra Halal, harapan korang masih belum pupus! Yang Good BBQ di Gangnam menggunakan daging yang disahkan Halal yang diimport dari Australia. Daging kambing mereka terdapat dalam versi yang telah di marinated kan dan juga ada yang tidak.
Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa kerana restoran ini juga popular di kalangan penduduk tempatan, mereka juga menyajikan minuman beralkohol jadi kedai ni merupakan kedai yang muslim-friendly sahaja.
  • Alamat: 15, Nonhyeon-ro 95-gil, Gangnam-gu, Seoul, South Korea
  • Waktu Operasi: Isnin-Sabtu, (4:00PM to 11:30PM)

7. Osegyehyang

Osegyehyang Korea Halal Food
Kredit: Visit Korea
Source: Visit Korea
Walaupun Osegyehyang tidak secara rasmi merupakan restoran yang disahkan Halal, namun ia adalah sebuah restoran vegan berasaskan soy. Terletak di Insadong, anda boleh makan dengan tenang dan mencuba beberapa hidangan berasaskan tumbuhan seperti ttukbulgui (daging sayuran dalam mangkuk batu), bulgui deopbap (nasi dengan daging sayuran) dan lain-lain.
Menggunakan soy protein berkualiti tinggi dan minyak perilla dalam bahan-bahan mereka, anda pasti akan berasa segar selepas makan di kedai muslim friendly ini.
  • Alamat: 14-5 Insadong 12-gil, Jongno-gu, Seoul
  • Waktu Operasi: Setiap Hari, (11:30AM to 3:30PM) & (5:00PM to 9:00PM)

8. Balwoo Gongyang

Balwoo Gongyang Halal Korea
Kredit: Visit Korea
Source: Visit Korea Satu lagi restoran berasaskan tumbuhan yang sangat layak untuk dilawati di Seoul adalah Balwoo Gongyang. Mengikuti prinsip-prinsip Buddha dan masakan tradisional Korea, mereka hanya menggunakan makanan vegetarian organik dalam masakan mereka.
Mereka juga mengelakkan penggunaan sayur-sayuran yang berbau kuat seperti daun bawang, bawang, cili bawang, daun bawang besar, dan bawang putih. Walaupun tidak kelihatan begitu menarik di atas kertas, makanannya sangat enak seperti yang dapat disaksikan oleh panduan Michelin.
  • Alamat: 56 Ujeongguk-ro, Jongno 1(il).2(i).3(sam).4(sa), Jongno-gu, Seoul, South Korea
  • Waktu Operasi: Setiap Hari, (11:30AM-3:00PM & (6:00PM-9:30PM)

9. BoA Travel House

BoA Travel House Korea
Kredit : Halal Korea Food (Facebook)
Source: Halal Korean Food (Facebook) Walaupun ia bukan sebuah restoran sepenuhnya, penginapan tetamu di Hongdae ini terkenal dengan dosirak halal buatan sendiri (bekas makan tengah hari Korea). Tidak hanya melayani pelanggan Muslim di BoA Travel House, tetapi anda juga boleh makan di restoran penginapan tetamu atau memesan dosirak untuk dibawa pulang! Jadi, senang untuk anda makan makanan muslim-friendly di sini
  • Alamat: 15, Sinchon-ro 1-gil, Seodaemun-gu, Seoul, South Korea 120836
  • Waktu Operasi: Rabu-Ahad, (12:00PM- to 9:00PM)

10. Dongmoon in Nami Island

Dongmoon in Nami Island Halal Food
Kredit: namisum.com
Source: namisum.com
Walaupun Nami Island tidak terletak di Seoul, ramai pelancong yang mengunjungi bandar ini kemungkinan besar juga akan membuat lawatan ke tempat yang terkenal ini. Walaupun restoran dan kafe banyak di Nami Island, mencari tempat yang Halal mungkin agak mencabar. Di Dongmoon, anda boleh menemui pelbagai hidangan tempatan kegemaran serta masakan Asia lainnya. Di kedai ini juga terdapat sijil halal!
  • Alamat: 198 Bangha-ri, Namsan-myeon, Chuncheon, Gangwon-do, South Korea
  • Waktu Operasi: Isnin - Jumaat, (10:00AM - 7:00 PM) | Sabtu & Ahad, (10:00AM to 8:00PM)

Restoran halal & mesra Muslim di Busan 🍲

1. WonJo Halmae Bokguk

Wonjo Halmae Bokguk (원조할매복국) muslim friendly busan
Credits: Visit Korea
Anda pasti sangat bersemangat untuk mencuba hidangan Korea yang asli, bukan? Jom ke Busan! Masakan mereka adalah salah satu dari banyak sebab mengapa para pelancong memilih untuk mengunjungi negara mereka berulang kali. Segera ke Wonjo Halmae Bokguk, sebuah restoran yang terkenal dengan ikan buntalnya. Restoran mesra muslim ini terletak di Pantai Haeundae, dan telah beroperasi selama 50 tahun. Hidangan yang wajib dicuba adalah sup ikan mereka! Restoran ini popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong, dan sering penuh semasa waktu makan tengah hari. Jadi, jika anda berada di Busan dan ingin mencuba sesuatu yang unik dan lazat, Wonjo Halmae Bokguk adalah tempat yang perlu anda kunjungi.
  • Alamat: 1, Dalmaji-gil 62beon-gil, Haeundae-gu, Busan(부산 해운대구 달맞이길62번길 1)
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (7:00AM – 9:00PM ,tutup pada Hari Chuseok dan Seollal

2. Jagalchi Market

jagalchi market muslim friendly busan
Credits: Frank Zhang (Unsplash)
Apabila berada di Busan, Pasar Jagalchi adalah satu-satunya destinasi wajib yang harus anda cuba. Jagalachi Market mempunyai 2 tingkat syurga makanan laut! Tingkat bawah merupakan pasar basah yangf jual makanan laut fresh from the ocean! Tingkat atas pula dikhaskan untuk restoran yang dengan senang hati akan memasak makanan laut yang anda beli dari bawah!
 Jagalchi Market muslim friendly restaurant
Ini juga peluang anda untuk mencuba sotong mentah—biasanya anda akan mendapati ekornya bergerak di pinggan apabila disajikan, itu menandakan makanan anda sangat segar! Menarik kan? Jangan risau, sebab Jagalchi Market ni mesra muslim.
  • Alamat: 52 Jagalchihaean-ro, Jung-gu, Busan
  • Waktu Operasi: Setiap Hari, (5:00AM – 10:00PM)

3. Dongpirang Jeonbok Maeul

Dongpirang Jeonbok Maeul Muslim Friendly Restaurant Busan
Dongpirang Jeonbok Maeul merupakan kedai mesra muslim yang menghidangkan abalon sebagai hidangan utama mereka. Kat sini, abalon disajikan dengan pelbagai cara yang berbeza. Boleh dijadikan sup atau bibimpap! Sedap dan menarik kan? Lagi best, kedai mesra muslim di Busan ini bukan sahaja menawarkan makanana segar dan lazat, view kat restoran ni membuatkan anda tambah selera. Bayangkan makan sambil menikmati laut Busan yang cantik. Sambil makan, sambil healing! Best nya makan sambil tengok keindahan laut Busan! anda. 🐚🍽️🌅✨
  • Alamat: 경남 통영시 해송정2길 29 대풍관 2층 2nd floor of Daepunggwan, 29, Haesongjeong 2-gil, Tongyeong, Gyeongsangnam-do
  • Waktu Operasi: (Setiap Hari 9:00AM - 9:00PM)

4.Tongyeong Haemul Cheonguk

Tongyeong Haemul Cheonguk muslim friendly restaurant
Kalau dah sampai kat Tongyeong, anda mesti singgah ke Tongyeong Haemul Cheonguk, salah satu restoran makanan laut yang paling popular dan mesra muslim di bandar ini. Kat restoran ini ada banyak rempah udang, sotong dan udang! Sesuai sangat untuk peminat makanan laut.
Bagi sesiapa yang menyukai rasa makanan laut tetapi tidak suka dengan kerja yang diperlukan (mengupas kulit udang boleh mengambil masa yang lama), Tongyeong Haemul Cheonguk adalah tempat yang tepat untuk anda.
  • Alamat: 198-6, Donam-dong, Tongyeong-si, Gyeongsangnam-do
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (10:00AM-9:30PM)

5.P.Ark Cafe and Bakery

P.ark Cafe Muslim Friendly Busan
P.ark Cafe di Busan adalah tempat yang sempurna untuk berehat dan menikmati kopi. Kafe mesra muslim ini menawarkan suasana yang santai dengan dekorasi yang stylish dan kontemporari. Sambil menikmati kopi atau teh, anda juga boleh menikmati pemandangan laut yang menenangkan.Yang menarik tentang P.ark Cafe adalah variasi menu mereka, dari kopi khas hingga pencuci mulut yang unik. Memang rambang mata nak pilih! Pelbagai jenis, warna, bentuk dan rasa.
  • Alamat: 4F, 180, Haeyang-ro 195beon-gil, Yeongdo-gu
  • Waktu Operasi: 9:00AM - 6:00PM

6. Goraesa Fish Cake Shop Haeundae 

Goraesa Fish Cake Shop Haeundae Busan
Tempat wajib singgah iaitu, Goraesa Fish Cake Shop. Kedai fish cake terbesar ini merupakan kedai yang mesra muslim dan menawarkan pelbagai jenis fish cake (eomuk) yang sedap dan segar. Fish cake di sini dibuat menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi! Anda boleh makan di situ atau beli vacuum packed untuk dibawa pulang ke Malaysia. Ada macam-macam jenis fish cake yang diperbuat dari sotong, udang, ikan dan banyak lagi
  • Alamat: 14 Gunam-ro, Haeundae-gu, Busan, South Korea
  • .Waktu Operasi: Ahad - Khamis (9:30AM - 9:30PM) , Jumaat & Sabtu (9:30AM - 10:00PM)

7.  Namaste Haeundae

Namaste Haeundae Restaurant Busan Muslim Friendly
Kalau anda mencari makan malam yang berbeza di Busan, Namaste Haeundae adalah pilihan yang tepat. Restoran ini menawarkan masakan India yang autentik dan penuh perisa. Dari briyani hingga curry, semua hidangan disediakan dengan rempah yang kaya dan menggugah selera. Namaste Haeundae juga menawarkan suasana yang hangat dan mesra. Staf di sini ramah dan bersedia membantu anda memilih hidangan yang sesuai dengan selera. Wajib cuba butter chicken dan teh masala! Paling best, makanan kat sini mesra muslim!
  • Alamat: 7 Haeundaehaebyeon-ro 265beon-gil, Haeundae-gu, Busan, South Korea
  • Waktu Operasi: Setiap hari, (11AM-11:30PM)

8. Avant Garde Café

Avant Garde Café
Korang tak boleh lepas lawat ke Gamcheon Culture Village tanpa singgah kat Cafe Avant Garde, tempat yang best kat Busan. Cafe ni terletak di jalan utama bersebelahan dengan hentian bas dan pintu masuk ke Gamcheon Culture Village. So dekat je.
Avant Garde Cafe kat Busan ni best sebab view dia nampak Gamcheon Culture Village dan boleh jadi tempat rehat yang baik lepas jalan/jalan kaki kat Gamcheon Culture Village. Kalau korang penat atau terlalu ramai kat Gamcheon Culture Village, korang boleh datang kat cafe muslim friendly ni okay!
  • Lokasi:121 Okcheon-ro, Saha-gu, Busan, South Korea

9.  Edge 993

Edge 993
Kalau korang nak pergi cafe kat Busan, korang boleh pergi Edge 993. Korang boleh cuba coffee dan manisan yang ada kat kedai ni. Paling best boleh healing kat sini sambil tengok pemadangan laut dari cafe. Cafe ni korang boleh pergi sebab mesra muslim!
  • Lokasi: 78 Dalmaji-gil 62beon-gil, Haeundae-gu, Busan, South Korea

Restoran halal & mesra Muslim di Jeju 🌊

1. Bada Punggyeong

Muslim Friendly Restaurant Jeju Bada Punggyeong
Setelah tiba di Jeju, anda boleh mulakan pengembaraan dengan makan tengah hari di restoran mesra muslim iaitu Bada Punggyeong. Restoran ini terletak berhadapan dengan laut biru yang sangat cantik. Di Bada Punggyeong, jangan lepaskan peluang untuk rasa pelbagai jenis makanan laut di Jeju. Semua makanan di sini dihidangkan fresh dan anda boleh makan sambil menikmati pemandangan yang indah.
Muslim Friendly Restaurant Jeju Bada Punggyeong
Menu wajib cuba iaitu Seaweed soup with Sea Urchin, makan panas-panas masa cuaca sejuk memang best! Selain itu, anda kena cuba cultlassfish yang dimasak dalam sos kicap yang pedas dan boleh juga order grilled cutlassfish. Kalau anda peminat sashimi, anda boleh cuba raw cutlassfish! Menu mereka hanya menawarkan makanan laut jadi restoran ini adalah pork free dan mesra Muslim!
  • Alamat: 제주특별자치도 제주시 서해안로 654, 513-2 Yongdamsam-dong, Jeju-si, Jeju-do, South Korea
  • Waktu Operasi: Setiap hari, (10:00AM - 11:00PM)

2. Sagye Bada (사계바다) 🐟

Choonshim's House Muslim Friendly Restaurant Jeju
Makan tengahari di salah satu lagi restoran yang mesra Muslim (pork free) iaitu Sagye Bada 사계바다! Restoran ini menawarkan menu Korea yang menarik dengan hidangan wajib cuba seperti Grilled Whole Cutlassfish dan Braised Cutlassfish. Ikan yang dihidangkan memang sangat fresh. Bila hidangan diletak di atas meja, anda jangan terus ambil ya! Pekerja restoran itu akan bantu untuk keluarkan tulang sebab ikan ni memang banyak tulang. Jadi, biar mereka keluarkan tulang dulu barulah anda boleh enjoy!
  • Alamat: 26 Hyeongjehaean-ro, Andeok-myeon, Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea 제주 서귀포시 안덕면 형제해안로 26 1층 사계바다
  • Waktu Operasi: Dibuka setiap hari, (10:00AM - 8:00PM) (Waktu rehat: 3:30PM - 5PM)

3.  Manor Blanc 🫖

Manor Blanc Cafe Jeju
Manor Blanc iaitu sebuah kafe mesra Muslim yang dikelilingi dengan taman bunga dan silver grass. Tempat ini juga sangat romantik untuk anda datang dengan pasangan dan bergambar di photo spot yang ada di kafe ini.Dekorasi dalam kafe ini penuh dengan set teh dan china dari Eropah dan UK, mak-mak mesti suka tengok!
Manor Blanc Muslim Friendly Jeju Itinerary
Selain dari teh Camellia, ada juga minuman lain seperti kopi dan ada juga pelbagai jenis kek untuk dicuba. Anda juga boleh nampak pemandangan gunung Hallasan dan Sanbangsan dan pulau kecil Hyeongjaeseom. Kafe ini hanya menawarkan minuman seperti teh dan kopi serta pastri dan ianya muslim friendly!
  • Alamat: 46 Iljuseo-ro 2100beon-gil, Andeok-myeon, 특별자치도, Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea
  • Waktu Operasi: Dibuka setiap hari, 9:30AM - 6:30PM, (Waktu rehat: 3:30PM - 5PM)

4. Dasoni

Dasoni Restoran Jeju Muslim Friendly
Sebelum kita balik hotel dan berehat, jom kita akhiri malam kedua di Jeju dengan makan malam di restoran mesra Muslim, Dasoni iaitu sebuah restoran lokal yang berkonsepkan hanok tradisional. Anda akan duduk bersila di bawah di atas alas tatami dan restoran ini penuh dengan perabot kayu-kayu tradisional.Restoran ini menghidangkan menu-menu vegan, jadi tiada sebarang ikan atau daging ada dalam menu (pork free).
Hidangan yang wajib untuk anda cuba iaitu nasi teratai (lotus rice), bibimbap, dan perilla sujebi. Bila anda buka daun teratai, anda boleh lihat nasi pulut berserta kacang gingko dan jujube. Sebagai makanan tambahan, anda wajib cuba pancake dan kimchi mereka juga! Wajib cuba teh jujube dan sitrus juga.
  • Alamat: 24, Onam-ro 6-gil, Jeju-si, Jeju-do
  • Waktu Operasi: 11:00AM – 9:00PM (Waktu rehat: 3:00PM – 5:00PM)

5. Jeju Iyagi Café

Jeju Iyagi Café Muslim Friendly
Nikmati secawan teh di Jeju Iyagi Café yang mesra Muslim sambil melihat kapal terbang berlepas setiap 5 minit dari lapangan terbang Jeju! Kafe ini juga berhadapan dengan laut yang sangat biru dan menenangkan.
Anda boleh cuba teh Camelia dan kopi Americano mereka, ada juga pelbagai kek untuk anda nikmati. Kafe comel ini juga terletak di atas kedai cenderahati, jadi bolehlah anda beli-belah buah tangan popular di Jeju seperti sabun, lilin, poskad dan sebagainya.
  • Alamat: 18-2, Sunae1-dong, Bundang-gu, Seongnam, Gyeonggi-do South Korea
  • Waktu Operasi: 10AM - 7PM

6. Bagdad Halal Jeju  🍗

Bagdad Halal Jeju Muslim Friendly Restaurant
Teringin hidangan India dan Middle East? Datang ke Bagdad Halal Jeju yang menggunakan bahan-bahan masakan halal. Anda boleh cuba naan, ayam tandoori, butter chicken dan mutton masala!
Semua makan dihidang panas-panas dan memang best untuk dinikmati lagi-lagi bila cuaca sejuk. Anda juga perlu cuba teh masala dan mango lassi! Buat anda rindu nak pergi mamak di Malaysia. Ada juga pilihan hidangan vegeterian di sini.
  • Alamat: South Korea, Jeju-do, Jeju-si, 특별자치도, Gwandeok-ro, 8길 34
  • Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, (11:00AM - 11:00PM)

7. Jeju Mihyang

Jeju Mihyang Jeju merupakan restoran muslim friendly yang mewah, pemandangan menakjubkan, dan hidangan laut yang menjilat jari! Tak kira suka manis atau masin, hidangan mereka memuaskan semua selera.
Dan jangan risau, tempat letak kereta luas untuk kira-kira 15-20 kereta. Harganya juga berpatutan. Mencari rasa sebenar Jeju? Datanglah ke restoran Jeju Mihyang. Ia adalah tempat wajib bagi peminat makanan laut yang mengidamkan pengalaman makan Jeju sejati. Dari sup ikan cutlass yang sedap hingga atmosfera santai.
  • Alamat: 99 Cheonjeyeon-ro, Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (9:00AM-10:00PM)

8. Negeori Restaurant

Restoran Negeori merupakan restoran yang menawarkan pengalaman makan yang memuaskan. Ayam bakar dan ikan tenggiri bakarnya sungguh lazat, dan mereka turut memperkayakan pengalaman dengan menyediakan ikan tenggiri bakar secara percuma. . Walaupun harganya agak mahal, tetapi setiap sen yang dibelanjakan pasti berbaloi dengan nikmat makanan yang dihidangkan.
Perkhidmatan yang cepat serta kemudahan akses melalui pengangkutan awam juga menjadi kelebihan. Dengan menu yang mesra muslim, restoran ini menjadi pilihan yang disyorkan terutama untuk pelancong Islam. Jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba restoran ini apabila berada di Jeju!
  • Alamat: South Korea, Jeju-do, Jeju-si, 특별자치도, Gwandeok-ro, 8길 34
  • Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, (11:00AM-11:00PM)

9. Chunshimine

Restoran Chunshimine dikenali dengan hidangan Ikan Belanak yang memikat hati. Selain daripada hidangan utama, restoran ini juga menawarkan pelbagai hidangan sampingan yang lazat semasa menunggu hidangan tiba di meja. Rasanya? Sungguh luar biasa!
Restoran ini pastinya memberikan pengalaman makan yang luar biasa. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba hidangan yang ditawarkan di Restoran Chunsimine yang mesra Muslim ini.
  • Alamat: South Korea, Jeju-do, Jeju-si, 특별자치도, Gwandeok-ro, 8길 34
  • Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, (11:00AM - 11:00PM)

10. Jeju Ttukbaegi

Jeju Ttukbaegi Halal Food Korea
Kredit: Visit Jeju
Makanan di restoran ini memang sedap sangat. Lagi best, tempat ni mesra Muslim. Yang menarik di restoran ini ialah sizzling abalon – kuahnya memang sedap sangat! Dan jangan cakap pasal nasi sotong pedas yang dihidangkan di sini, memang sangat mengenyangkan! Pilihan terbaik lepas hiking kat Seongsan Ilchulbong.
Staff kat Jeju Tteukbaegi juga friendly. Paling best, matahari terbenam kat sini sangat cantik. Jadi, kalau nak makanan laut Korea yang sedap sambil tengok matahari terbenam, tempat ni memang terbaik! 😊
  • Alamat: South Korea, Jeju-do, Seogwipo-si, 특별자치도, Seongsan-eup, Ilchul-ro, 255 KR
  • Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, (11:00AM - 11:00PM)

Panduan Makanan Halal di Korea 🍲🍢🍜

Ketika anda melawat restoran yang sesuai untuk pelancong Muslim, anda mungkin akan melihat beberapa label ini. Terdapat 4 kategori utama yang menentukan sebuah restoran itu halal atau tidak.
Empat kategori tersebut ialah:
  • Halal-certified (paling selamat kerana restoran tersebut disahkan Halal oleh Persatuan Islam Korea)
  • Self certified (secara asasnya bermaksud restoran itu dimiliki oleh orang Islam)
  • Muslim Friendly (menyajikan makanan Halal tetapi mungkin juga menyajikan minuman beralkohol) paling biasa
  • Pork Free (restoran tidak menyediakan Daging Khinzir tetapi mungkin menyajikan daging bukan-Halal dan/atau minuman beralkohol)

Diskaun 5% untuk tempahan pertama anda 🧡

Baru kenal Klook? Muat turun Aplikasi Klook dan gunakan kod <BETTERONAPP> untuk nikmati diskaun 5% untuk tempahan pertama anda di Klook! Dari pakej hotel hingga tiket tarikan dan baucar makan, kami ada tawaran dan pengalaman terbaik khas untuk anda.
klook kod promo pengguna baru
Muat turun Aplikasi Klook: App Store | Google Play

Lebih banyak inspirasi dan panduan Muslim Friendly Korea di sini!✈️✨