Trip budget pergi Korea untuk student: Tempat menarik & restoran di Seoul dan Busan

Aisyah Farhanah
Aisyah Farhanah
Last updated 13 Mei 2024
Trip budget pergi Korea untuk student:  Tempat menarik & restoran di Seoul dan Busan

Kredit: @sofeaneesa , @syaminejuriman

South Korea

Jom pergi ke Korea – sebuah negara yang penuh dengan budaya, kegembiraan, dan pelbagai tempat menarik untuk dijelajahi! Bayangkan suasana jalan yang sibuk dengan aroma makanan jalanan yang menyelerakan lampu neon berkelipan di langit malam, dan gabungan seni bina tradisional dan moden yang menarik. Paling menarik, Korea merupakan syurga bagi Kdrama fans!
Seoul. Bandar ini ibarat sebuah kotak harta yang menanti untuk ditemui. Dari istana-istana megah seperti Istana Gyeongbokgung hingga kawasan-kawasan trendi di Gangnam, terdapat sesuatu untuk semua orang. Dan oh, jangan sampai terlepas peluang untuk mencuba pelbagai hidangan lazat! Seoul adalah syurga bagi para peminat makanan, dengan pilihan yang tidak terbatas untuk memuaskan selera anda. Pastikan untuk melawat pasar yang sibuk dan kafe-kafe yang selesa yang tersembunyi di setiap sudut.
Naiklah kereta api atau penerbangan singkat, dan anda akan tiba di Busan – bandar pelabuhan yang bersemangat di Korea. Bayangkan pantai-pantai yang bersih, pencakar langit menjulang tinggi, dan atmosfera santai yang mengasyikkan. Sama ada anda menikmati matahari di Pantai Haeundae atau menerokai pasar-pasar sibuk di Pasar Ikan Jagalchi, Busan mempunyai daya tarikan yang sukar untuk ditolak.

Pengangkutan di South Korea

Sebagai student, pasti anda tertanya - tanya pengangkutan yang korang boleh naik di Korea. Yang paling penting murah! Jangan risau sebab anda boleh gunakan KTX untuk ke Busan ataupun anda boleh menaiki bus.

Jom ke Seoul & Busan ✈️🇰🇷

Annyeong Seoul ~🗼🗼

Seoul merupakan bandar K-drama yang sering dikunjungi oleh para pelancong yang ingin ke Korea. Ibu kota Korea Selatan ini merupakan bandar yang penuh dengan orang muda. Sebagai seorang pelancong atau seorang pelajar yang ingin ke Korea, anda boleh jimatkan percutian anda dengan menggunakan Pas Klook di Seoul.

1. Pergi ke Myeondong Street

BM Myeondong Street Korea
Kredit : @syaminejuriman
Untuk menjimatkan wang, korang boleh pergi Myeondong Street yang terletak di daerah Seoul. Di Myeondong Street terdapat banyak makanan dan tempat membeli - belah yang murah. Myeondong Street juga boleh menjadi titik permulaan untuk korang jalan - jalan kat Seoul. Tempat ni sangat student friendly untuk dikujungi. Para pelancong juga sering datang ke sini untuk merasakan vibes Korea yang sering dipaparkan di media sosial. Anda juga boleh jumpa barang - barang best Kpop kat sini! Lagi best bila Myeondong Street ni 24 Jam.
  • Lokasi: Myeong-dong, Jung-gu, Seoul, South Korea
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (24 Jam)

2. Melawat Starfield Library

Starfield Library Seoul
Another place, another free admission! Kalau korang nak jimat duit, tapi nak berjalan - jalan di Korea, korang boleh pergi ke Startfield Library to get the Korean vibes ~ berada di tengah-tengah COEX Mall, Starfield Library ni macam syurga untuk penggemar buku. Paling menarik, anda boleh baca e-buku guna iPad yang disediakan.
Starfield Library Seoul
Kredit: @syaminejuriman
Yang paling best, Starfield Library ni bukan pasal baca buku je. Ada banyak event juga. Jadi, kalau korang suka baca atau nak santai-santai sambil explore dunia literature, tempat ni memang kena masuk dalam list korang! Apa - apa pun, tempat ni famous untuk ootd and ambil gambar!
  • Lokasi: South Korea, Seoul, Gangnam-gu, Yeongdong-daero, 513 스타필드 코엑스몰 B1
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (10:30AM-10:00PM)

3. Bersiar- siar di Seoul Forest Park

Seoul Forest Park boleh jadi tempat healing anda kat tengah-tengah bandar Seoul. Luasnya kira-kira 595,000 meter persegi, dan ada lima taman tema yang berbeza. Setiap taman ada ciri-ciri unik yang pasti memikat minat korang yang pergi ke Seoul. Dari tasik yang memukau hingga laluan berjalan yang cantik, tempat ni sesuai sangat untuk korang healing.
Seoul Forest Park
Kat sini banyak aktiviti yang korang boleh buat, dari picnic sampai kayuh basikal. Taman ni pun tengah berkembang maju, jadi jangan lepaskan peluang korang untuk tengok perubahan yang berlaku. Kalau nak luangkan masa dengan keluarga atau kawan-kawan, Seoul Forest Park ni memang tempat yang sesuai! Paling best, boleh ambil gambar cantik - cantik kat sini.
  • Lokasi: 273 Ttukseom-ro, Seongdong-gu, Seoul, South Korea
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (24 Jam)

4. Pergi ke Everland!

BM Everland Korea
Kredit: @sofeaneesa
Kalau anda suka tengok taman tema dalam Kdrama, korang boleh pergi ke Everland yang terletak di Yongin, korang boleh naik bas dari Seoul menggunakan app Klook. Sebagai salah satu taman tema terbesar dan paling popular di Korea, Everland tawarkan pengalaman yang mendebarkan. Jom rasa pengalaman bila naik T Express, roller coaster kayu terkenal kat Korea Selatan.
BM Everland Korea
Kredit: @sofeaneesa
Korang boleh jumpa dengan panda comel di Panda World, dan nikmati pemandangan cantik dari gondola Sky Cruise dan Skyway Chairlift. Dengan pelbagai tarikan, permainan yang best, Everland boleh jadi taman tema yang anda tak boleh lupa, dari semua peringkat umur. Harga Everland ni bermula dengan RM136 di Klook. Berbaloi kan? Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk lawat Everland jika anda mencari keseronokan di Korea Selatan!
  • Lokasi: 199 Everland-ro, Yongin-si, Gyeonggi-do, South Korea
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (10:00AM-9/10PM)

5. Makan di Gwangjang Market

Pasar Gwangjang adalah satu tarikan wajib di Seoul, Korea Selatan. Pasar yang sentiasa sibuk ini adalah syurga bagi peminat makanan, menawarkan pelbagai makanan jalanan tradisional Korea. Dari pelbagai jenis dumpling yang menyelerakan hingga ke pancake yang lazat, dan juga serta hidangan laut segar, pasar ini pasti membuatkan anda terliur. Vibes kat sini best tau, jadi banyak penduduk tempatan dan pelancong datang ke sini. Paling penting, banyak yang muslim friendly. Tambahan pula, Pasar Gwangjang terletak berdekatan dengan tarikan popular lain seperti Dongdaemun Plaza dan Sungai Cheonggyecheon, menjadikannya tempat yang ideal untuk meneroka dan menikmati budaya yang menarik di Seoul.
  • Lokasi: 88 Changgyeonggung-ro, Jongno-gu, Seoul, South Korea
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (9:30AM-10:30PM)

5. Gyeongbokgung Palace

Gyeongbokgung Palace
Kredit : @sofeaneesa
Kalau anda selalu tengok istana Korea dalam Kdrama, korang kena pergi visit Gyeongbokgung Palace dan pakai Hanbok. Korang boleh jalan - jalan kat istana ni, dan paling best Klook ada tawarkan perkhidmatan sewa Hanbok Gyeongbokgung yang menarik! Dengan bahan yang berkualiti tinggi, reka bentuk tradisional – memang akan buat korang rasa macam travel time machine!
Ada banyak pilihan Hanbok, so pilih yang paling kena dengan style korang. Pastu, snap gambar cantik kat Istana Gyeongbokgung atau feel the traditional Korean vibes pakai Hanbok. Sewa Hanbok Gyeongbokgung ni confirm akan bagi anda pengalaman yang tak boleh dilupakan. Harga bermula dengan RM30 je! Murah sangat, yang penting boleh post ootd kat Instagram!
  • Lokasi: Myeong-dong, Jung-gu, Seoul, South Korea
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (24 Jam)

6. Bukchon Hanok Village

Bukchon Village Korea
Bukchon Hanok Village memang spot wajib kalau anda travel ke Seoul, Korea Selatan! Tempat ni memang nampak kaya dengan warisan budaya. Rumah-rumah hanok kat sini sangat cantik, ada lorong-lorong kecil, dan view yang cantik untuk tengok bandar. Korang akan dapat feel experience yang lain dari yang lain kat sini. Boleh la explore seni bina tradisional, jalan-jalan kat galeri seni, dan cuba pakai baju tradisional Korea.
Lagi best, kampung ni dekat dengan tempat-tempat popular macam Istana Gyeongbokgung dan Istana Changdeokgung, so senang je nak explore banyak tempat dalam satu trip. Klook ada tawarkan pakej ketiga-tiga tempat ni kalau korang ada budget yang lebih. Bila dah sampai sini, boleh la korang ambil gambar untuk kenang-kenangan. Jadi jangan lupa untuk datang ke sini dan rasai sejarah Bukchon Hanok Village!
  • Lokasi: Gyedong-gil, Jongno-gu, Seoul, South Korea

7. The Halal Guys Itaewon

Kalau korang dah bosan dengan makanan Korea tradisional, jom cuba The Halal Guys! Kat sini korang boleh rasa falafel, gyros, dan sandwich ayam yang famous. Tak lupa jugak nasi dan mangkuk ayam yang memang kenyang dan sedap gila. Harga pun berpatutan. Yang bestnya, semua bahan diorang 100% halal dan popular juga dikalangan vegetarian dan vegan kat Seoul ni. So, jangan lupa letak The Halal Guys dalam list kedai makan korang okay!
  • Lokasi: South Korea, Seoul, Yongsan-gu, Itaewon-ro, 187 이태원역 2번출구 2층
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (11:00AM-10:00PM)

8. Melawat lokasi Our Beloved Summer~

Kdrama film location Korea
Kalau anda peminat Kdrama Our Beloved Summer, korang boleh pergi ke lokasi Our Beloved Summer ni dan datang ambil gambar. Free je, sambil - sambil on the way ke destinasi anda, boleh singgah kat sini. Feeling - feeling macam anda tengah berlakon Kdrama!
Kdrama's location Korea
Kredit : @syaminejuriman
  • Lokasi: 75-5 Changnyongmun-ro, Paldal-gu, Suwon, Gyeonggi-do

9. Pergi ke Ewha Women University

Ewha Women University
Kredit :@kamalia.kay
Kalau anda nak jimat duit lagi tapi nak rasa that korean vibes, korang boleh pergi melawat ke Ewha Women University. Ewha Women University ni memang famous dan sering dikunjungi para pelacong. Sebagai student, korang boleh la bertukar angin untuk tengok kelainan universiti di Korea dan Malaysia.
Ewha Women University
Lagi best, pengunjung boleh masuk certain area dalam universiti ni. Boleh la anda ambil gambar untuk kenang - kenangan dan jalan - jalan kat area universiti ni sebab tempat ni cantik sangat. Rugi kalau tak visit sebab free je!
  • Lokasi:  52 Ewhayeodae-gil, Seodaemun-gu, Seoul, South Korea

10. Hongdae Street Food

Anda pencinta makanan Korea? Kalau ya, anda kena pergi ke Hongdae Street Food yang kaya dengan makanan Kdrama! Ada macam - macam makanan seperti Ttteokbokki, Odeng, Korean Fried Chicken, Dakkochi, Hotteok, Tornado Potato, dan Soondae. Kat sini banyak sangat makanan, korang kena jalan je. Jangan lupa untuk check status halal okay!
  • Lokasi: 365-13 서교동 Mapo-gu, Seoul, South Korea
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (12:00PM-11:00PM)

Annyeong Busan ~ 🚠🌊

Busan merupakan bandar kedua terbesar di Korea. Busan adalah sebuah bandar yang menakjubkan di tepi laut, penuh dengan kepelbagaian alam yang menarik. Terdapat pantai-pantai yang cantik dan gunung-gunung yang menawan. Ia juga terkenal dengan hidangan lautnya yang lazat, terutama sotongnya yang terkenal. Jangan lepaskan peluang untuk melawat Haeundae Beach, di mana anda boleh menikmati suasana santai dan pemandangan yang menakjubkan.
Busan adalah destinasi yang menarik untuk menjelajah! Dari Seoul anda boleh pergi ke Busan menaiki KTX . Kalau ada budget yang lebih, anda boleh ambil servis kereta berserta pemandu peribadi untuk sehala atau dua hala yang akan membuat perjalanan anda lebih mudah.

1. Gamcheon Cultural Village

Gamcheon Cultural Village
Gamcheon Cultural Village boleh jadi salah satu tempat yang korang kena pergi kalau ke Busan. Boleh feeling - feeling macam pergi Santorini, tapi kat sini bangunan dia warna - warni bukan biru putih. Tempat ni merupakan hot spot untuk para pelancong yang datang ke Busan. Kalau anda suka ambil gambar, wajib datang ke sini sebab Gamcheon Cultural Village ni cantik dan free. Kat sini pun ada banyak cafe aesthetic!
  • Lokasi: 203 Gamnae 2-ro, Saha-gu, Busan, South Korea
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (9:00AM-6:00PM)

2.Jagalchi Seafood Market

jagalchi market muslim friendly busan
Kredit: Frank Zhang (Unsplash)
Kalau dah sampai Busan, anda wajib pergi ke Jagalchi Seafood Market. Jagalchi Seafood Market ni merupakan pasar ikan terbesar di South Korea tau. Kat sini ada banyak seafood yang fresh, ada Giant Snow Crab! Paling best anda boleh pilih dan mereka akan masak untuk korang. Pasar ni pun muslim friendly. Harga pun berpatutan dan tak semahal di restoran.
  • Lokasi:  52 Jagalchihaean-ro, Jung-gu, Busan, South Korea

3. Busan Sky Capsule

Haeundae Blueline Park Sky Capsule Busan Muslim Friendly
Busan Sky Capsule boleh jadi salah satu aktiviti yang paling best kalau anda pergi ke Busan. Perjalanan anda akan bermula di Stesen Mipo dan berakhir di Stesen Cheongsapo yang berjarak 2km, jadi anda ada dalam 30 minit untuk melihat keindahan laut dan langit biru. View bila dalam Busan Sky Capsule ni cantik sangat.

4. Haeundae Beach

Haeundae Beach Busan
Haeundae Beach merupakan pantai yang bukan je terkenal kat Busan tetapi sering menjadi tumpuang pelancong. Pantai ni terletak di tengah - tengah bandar pencakar langit Busan. Ada banyak tarikan lain yang dekat dengan Haeundae Beach ni. Kalau anda nak tahu, Klook ada tawarkan lawatan peribadi menaiki Haeundae Beach Train & Gamcheon Village. Bermula dari RM 65 je tau.

5. Haeundae Traditional Market

Haeundae Traditional Market merupakan salah satu tempat yang paling murah untuk mencuba hidangan laut dan daging di Busan, dan tempat ni sangat popular di kalangan penduduk tempatan serta pelancong.
Selain restoran, banyak bar oden dan makanan manis di sini, serta pelbagai kedai comel macam kedai stokin dan photobooth! Biasanya bar Tteokbokki/oden akan jadi yang kedua buka. Pasar Tradisional Haeundae adalah yang pertama dibuka pada waktu pagi dan juga yang terakhir ditutup setiap petang.
  • Lokasi: 22-1 Gunam-ro 41beon-gil, Haeundae-gu, Busan, South Korea
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (9:00AM-10:00PM)
6. Avant Garde Café
Korang tak boleh lepas lawat ke Gamcheon Culture Village tanpa singgah kat Cafe Avant Garde, tempat yang best kat Busan. Cafe ni terletak di jalan utama bersebelahan dengan hentian bas dan pintu masuk ke Gamcheon Culture Village. So dekat je.
Avant Garde Café
Avant Garde Cafe kat Busan ni best sebab view dia nampak Gamcheon Culture Village dan boleh jadi tempat rehat yang baik lepas jalan/jalan kaki kat Gamcheon Culture Village. Kalau korang penat atau terlalu ramai kat Gamcheon Culture Village, korang boleh datang kat sini.
  • Lokasi:121 Okcheon-ro, Saha-gu, Busan, South Korea
7. Somang Stairs Monorail
Somang Stairs merupakan tangga yang penuh warna yang terletak di Busan, Korea Selatan. Somang Stairs of Wishes mempunyai pelbagai mural berwarna di anak tangganya dan dinding yang berseni. Korang boleh tengok visual - visual yang menarik dan cantik di setiap anak tangga Somang Stairs. Cantik sangat bila ambil gambar.
Monorel kat sini terdiri daripada dua bahagian dan walaupun lebih cepat untuk berjalan menaiki tangga, pengalaman unik menaiki monorel Somang adalah satu pengalaman yang menarik. Jadi anda kena try tau! Perjalanan di kedua-dua bahagian akan mengambil masa kira-kira 6 minit je.
  • Lokasi: 87-176 Dongdaesin-dong, Seo-gu, Busan, South Korea

8. Haedong Yonggungsa Temple

Busan Temple
Kredit: @Juichichan on Unsplash
Haedong Yonggungsa Temple ni free place yang korang boleh pergi dan tengok tempat penganut agama Buddha mendapatkan ilmu tentang agama mereka. Tempat ni sering menjadi hentian dalam pelancongan bas pelancongan di Busan. View kat sini pun cantik.
  • Lokasi: 86 Yonggung-gil, Gijang-gun, Busan, South Korea
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (5:00AM-7:30PM)

9. Dara Park

Dara Park Busan Muslim Friendly
Kalau dah sampai Busan, korang kena pergi Dara Park. Tempat ni famous sebagai spot yang best untuk tengok matahari terbenam. Bayangkan duduk di atas bukit sambil menunggu langit berubah warna. Dari sini, korang boleh lihat matahari terbenam dengan pemandangan yang memukau, di mana langit berubah jadi pelbagai warna merah jingga dan ungu. Sesuai untuk sesiapa yang nak lepas dari hiruk-pikuk bandar dan nikmati ketenangan alam.Biasanya, waktu terbaik untuk tangkap momen matahari terbenam di Dara Park adalah sekitar jam 6 petang hingga 7 malam, bergantung pada musim.
Dara Park Busan Muslim Friendly
Korang boleh bawa kamera untuk ambil gambar saat indah ini. Selain tu, taman ini juga menyediakan ruang yang luas untuk berkelah atau sekadar bersantai. Jadi, kalau korang plan untuk meluangkan masa petang yang indah dan menenangkan, jangan lupa untuk singgah ke Dara Park dan saksikan sendiri keajaiban matahari terbenam yang tak akan korang lupakan!
  • Lokasi:1115, Sanyangilju-ro, Tongyeong-si, Gyeongsangnam-do 경상남도 통영시 산양읍 산양일주로 1115

10. Edge 993

Edge 993
Kalau korang nak pergi cafe kat Busan, korang boleh pergi Edge 993. Korang boleh cuba coffee dan manisan yang ada kat kedai ni. Paling best boleh healing kat sini sambil tengok pemadangan laut dari cafe.
Edge 993 Busan
  • Lokasi: 78 Dalmaji-gil 62beon-gil, Haeundae-gu, Busan, South Korea

Dapatkan Pas Klook Seoul di sini! 🥢✨

Pas melawat tarikan di Busan! 🥢✨


Baru kenal Klook? Muat turun Aplikasi Klook dan gunakan kod <BETTERONAPP> untuk nikmati diskaun 5% untuk tempahan pertama anda di Klook! Dari pakej hotel hingga tiket tarikan dan baucar makan, kami ada tawaran dan pengalaman terbaik khas untuk anda.
klook kod promo pengguna baru
Muat turun Aplikasi Klook: App Store | Google Play

Lebih banyak inspirasi menarik di Seoul dan Busan ~ 🧋🍢🍜