Terokai Switzerland dalam hanya 7 hari! 🇨🇭
Landskap dramatik dan pergunungan Switzerland 🇨🇭 yang dilitupi salji megah menanti anda! Sempadan Switzerland kini dibuka kepada semua pengembara antarabangsa. Mula merancang percutian anda yang tidak akan dapat dilupakan ke negara fondue, jam tangan dan pemandangan salji yang tiada penghujung ini.
Merancang jadual perjalanan dan laluan perjalanan terbaik semasa lawatan ke Switzerland mungkin agak membebankan dengan banyak tempat dan tarikan yang menarik untuk dikunjungi. Kami telah menghasilkan jadual perjalanan 7 hari ke Switzerland yang lengkap. Dalam masa satu minggu sahaja, Pas Perjalanan Switzerland meliputi semua tempat terbaik yang wajib dilawati.
Apa tu Pas Perjalanan Switzerland? 🎟
Permudahkan urusan perjalanan anda dengan Pas Perjalanan Switzerland, pas semua dalam satu ini membawa anda mengembara dengan menaiki kereta api, bas dan juga bot merentasi Switzerland selagi kawasan tersebut berada di bawah Sistem Perjalanan Switzerland. Anda tidak perlu bersusah payah membeli tiket perjalanan tunggal dan sekali gus menjimatkan masa serta wang anda!
Dengan Pas Perjalanan Switzerland, anda akan menerima faedah-faedah hebat berikut:
- - Perjalanan tanpa had dengan menaiki kereta api, bas dan bot (tidak termasuk tempahan tempat duduk atau surcaj)
- - Penggunaan pengangkutan awam tanpa had merentasi lebih 90 pekan dan bandar
- - Diskaun sehingga 50% untuk lawatan ke kawasan pergunungan
- - Kemasukan percuma ke lebih daripada 500 muzium dan pameran
- - Kad Keluarga Switzerland percuma dan perjalanan percuma untuk semua kanak-kanak berumur 0-16 tahun yang ditemani oleh orang dewasa dengan tiket yang sah
- - Pembatalan fleksibel – duit akan dipulangkan sepenuhnya sehingga 1 hari sebelum tarikh sah pertama
Jika anda belum memutuskan tarikh perjalanan dan memilih fleksibiliti dalam jadual perjalanan
anda, boleh tengok kad Tambang Separuh Switzerland! Nikmati diskaun sehingga 50% untuk tiket sistem pengangkutan awam Switzerland selama satu bulan kalendar dan berjalan-jalan di sekitar Switzerland dengan mudah.
Jadual perjalanan 7 hari ke Switzerland terbaik Hari Pertama: Zürich
Perjalanan dari Lapangan Terbang Zürich ke Zürich: Naik kereta api dari Lapangan Terbang Zurich (ZRH) ke Zürich Hauptbahnhof (Zurich Hb). Masa perjalanan lebih kurang 11 minit.
Bandar Zürich terkenal sebagai pusat budaya dan ekonomi Switzerland serta merupakan bandar terbesar di negara itu! Bandar ini menempatkan seni bina yang indah, sejarah yang kaya dan kawasan beli-belah paling mewah di dunia maka menjadi bandar yang wajib dikunjungi.
Aktiviti terbaik di Zürich 🛍️
- Terokai Bandar Lama Zürich, Altstadt
- Cuba pengalaman Cruise Limmat River
- Melawat tapak keagamaan - Grossmünster, Fraumunster
- Naik kereta api ke Gunung Uetliberg
- Membeli-belah di Bahnhofstrasse
- Bersiar-siar di sepanjang Lake Zürich
- Melawat muzium seni - Rietberg, Kunsthaus Zurich
Tempat penginapan di Zürich 🏩
- Crowne Plaza Zürich (dari RM617 semalam)
- Hotel Glärnischhof (dari RM643 semalam)
- Kameha Grand Zurich, Autograph Collection (dari RM911 semalam)
- Marktgasse Hotel (dari RM1070 semalam)
- Boutique Hotel Wellenberg (dari RM1077 semalam)
Day 2: Lucerne
Perjalanan dari Zürich ke Lucerne: Naik kereta api dari Zürich Hauptbahnhof ke stesen kereta api Lucerne. Masa perjalanan lebih kurang 50 minit.
Terkenal dengan seni bina zaman pertengahan dan gunung yang dilitupi salji, Lucerne adalah salah satu bandar Switzerland yang paling popular untuk dikunjungi. Bahagian terbaik tentang
bandar kecil ini ialah kawasan pekan lama dan semua pemandangan utamanya berada dalam jarak berjalan kaki dari stesen kereta api. Tarikan utama di sini sudah semestinya perjalanan ke Alpine yang menakjubkan dengan sambungan mudah ke Gunung Titlis, Gunung Pilatus, Gunung Rigi dan Jungfraujoch.
Aktiviti terbaik di Lucerne 🖼️
- Naik kereta kabel berputar pertama di dunia ke Gunung Titlis
- Turun ke Gunung Pilatus di landasan kereta api roda gear paling curam di dunia
- Berjalan merentasi Jambatan Chapel yang terkenal, Kapellbrücke
- Pergi bersiar-siar dengan menaiki cruise atau bot di Tasik Lucerne
- Terokai Pekan Lama Lucerne, Altstadt
- Melawat muzium - Muzium Pengangkutan Swiss, Sammlung Rosengart, Gletschergarten
- Melihat monumen batu Lion of Lucerne yang hampir mati
Tempat penginapan di Lucerne 🏩
- Hotel Continental Park (dari RM783 semalam)
- Hotel Rebstock Luzern (dari RM824 semalam)
- Hotel Central Luzern (dari RM865 semalam)
- Art Deco Hotel Montana (dari RM1053 semalam)
- Grand Hotel National (dari RM1169 semalam)
Hari ke-3: Interlaken
Perjalanan dari Lucerne ke Interlaken: Naik kereta api dari stesen kereta api Lucerne ke Interlaken Ost. Masa perjalanan lebih kurang 1 jam 50 minit.
Bandar peranginan tradisional Interlaken menjadi tarikan bagi mereka yang sukakan aktiviti luar yang mencabar. Selain daripada landskap alpine yang menakjubkan, terdapat pelbagai jenis sukan lasak di Switzerland ini. Alami luncur udara merentasi langit sambil menikmati pemandangan pergunungan alps! Nikmati pengalaman bagai di syurga di sini.
Aktiviti terbaik di Interlaken 🗻
- Nikmati pemandangan indah dari Harder Kulm
- Cuba luncur udara dari Beatenberg ke Interlaken
- Sertai sunset cruise di Tasik Thun
- Naik kereta api sehingga ke Schynige Platte
- Berkayak atau mendayung merentasi Tasik Brienz
- Melawat Gua St. Beatus
- Terokai bandar Spiez yang indah
Tempat penginapan di Interlaken 🏩
- Boutique Hotel Bellevue (dari RM680 semalam)
- Hotel Du Nord (dari RM743 semalam)
- Hotel Royal St Georges Interlaken (dari RM859 semalam)
- Lindner Grand Hotel Beau Rivage (dari RM983 semalam)
Hari ke-4: Jungfraujoch
Perjalanan dari Interlaken ke Jungfraujoch: Naik kereta api dari Interlaken Ost ke Grindelwald Bahnhof, kemudian transit ke Kleine Scheidegg, kemudian transit ke Jungfraujoch. Jumlah masa perjalanan lebih kurang 1 jam 50 minit.
Anda tidak boleh meninggalkan Switzerland tanpa melawat puncak Eropah, Jungfraujoch. Bandar ini menempatkan stesen kereta api tertinggi di dunia, istana ais dan beberapa pemandangan terbaik Eropah dan mesti dikunjungi jika anda ke Switzerland. Jungfrau dikatakan diberkati malaikat, jadi tidak hairanlah anda boleh menemui Glasier Aletsch yang disenaraikan oleh UNESCO sebagai salah satu glasier terbesar di pergunungan.
Aktiviti terbaik di Jungfraujoch 🚉
- Naik kereta api ke puncak Eropah
- Melawat Istana Ais yang indah
- Nikmati pemandangan panoramik dari Balai Cerap Sphinx
- Beli coklat di Lindt Chocolate Shop
#TipKlook: Tempah lawatan sehari ke Jungfraujoch dari Zurich, Lucerne atau Interlaken di Klook. Ini bukan sahaja merangkumi lawatan ke Puncak Jungfrau namun anda juga berpeluang untuk menaiki kereta api roda gear yang terkenal di dunia! Setiap lawatan mempunyai kemasukan dan jadual perjalanan yang berbeza, jadi semak jadual di bawah dan lihat jadual yang paling sesuai dengan keperluan anda.
Hari ke-5: Montreux
Perjalanan dari Interlaken ke Montreux: Naik kereta api dari Interlaken Ost ke stesen Spiez, kemudian transit ke stesen Visp, kemudian transit ke stesen kereta api Montreux. Jumlah masa perjalanan lebih kurang 2 jam 20 minit.
Lawatan ke bandar Montreux merupakan lawatan sehari yang indah untuk bersantai kerana destinasi ini dikelilingi ladang anggur dan berlatarkan pergunungan bersalji yang menakjubkan. Luangkan hari yang nyaman di sini sambil bersiar-siar di bandar yang dipenuhi bunga berwarna-warni, pokok, bangunan dan arca Belle Époque yang megah. Anda mungkin terjumpa patung arca dengan nama ikonik dalam dunia hiburan di Vaud Riviera!
Aktiviti terbaik di Montreux 🧗🏻♀️
- Melawat Château de Chillon yang bersejarah
- Bersiar-siar di sepanjang laluan tepi tasik
- Pergi mendaki di Narcissus Trail
- Berkanu atau belayar di Tasik Geneva
- Bergambar dengan patung Freddie Mercury
- Hadiri Festival Jazz Montreux
- Melawat pesta Krismas Montreux Noël
Tempat penginapan di Montreux 🏩
- Hôtel Bristol (dari RM408 semalam)
- Eurotel Montreux (dari RM688 semalam)
- Hotel Eden Palace Au Lac (dari RM738 semalam)
- Grand Hotel Suisse Majestic (dar RM1079 semalam)
- Fairmont Le Montreux Palace (dari RM1358 semalam)
Hari ke-6: Zermatt
Menuju ke Zermatt: Naik kereta api ke Visp kemudian anda akan naik kereta api sambungan ke Zermatt. Perjalanan akan mengambil masa sekitar 2 jam 30 minit.
Zermatt adalah destinasi impian para pelancong. Bandar ini memiliki latar belakang Matterhorn yang megah, melaksanakan dasar tiada kereta dan bermacam-macam aktiviti yang boleh dicuba sepanjang tahun. Bandar ini sememangnya tempat terbaik untuk anda bercuti. Pada musim sejuk, anda boleh meluncur salji dan memanfaatkan kawasan yang dipenuhi salji ini. Anda mungkin akan terserempak dengan atlet-atket kebangsaan yang sedang berlatih untuk pertadingan ketika meluncur salji. Jika anda mahukan kelainan, anda boleh cuba luncur salji-heli dan luncur udara.
Aktiviti terbaik di Zermatt 🏂🏻
- Meluncur salji pada musim sejuk
- Berbasikal menerusi lembah-lembah pada musim panas
- Mendaki sepanjang Gornergrat
- Naik Kereta Api Gornergrat menuju puncak
- Temui biri-biri berhidung hitam yang terkenal
- Menyaksikan pantulan Matterhorn terkenal di Tasik Riffelsee
Tempat penginapan terbaik di Zermatt 🏩
- Annex Antika (dari RM1050 semalam)
- Hotel Bellerive (dari RM1030 semalam)
- Walliserhof Zermatt (dari RM940 semalam)
- Best Western Hotel Butterfly (dari RM1050 semalam)
- Mont Cervin Palace (dari RM2400 semalam)
Hari ke-7: Geneva
Perjalanan ke Genva: Naik kereta api dari stesen kereta api Montreux ke Genève Cornavin. Masa perjalanan lebih kurang 1 jam 15 minit.
Ada antara anda mungkin mengenali Geneva kerana bandar ini merupakan bandar tempat persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan keputusan yang mengubah dunia dibuat. Terletak antara puncak Alpine, bandar penutur bahasa Perancis di tepi teluk ini merupakan bandar klasik serta pusat perniagaan moden yang meriah. Simbol bandar ini ialah Jet d'Eau iaitu air pancut dengan pancutan air setinggi 140 meter di tengah-tengah Tasik Geneva.
Aktiviti terbaik di Geneva 🖼️
- Melawat Palais Des Nations, Ibu Pejabat PBB Eropah
- Terokai Bandar Lama Geneva
- Bergambar di Flower Clock yang terkenal
- Melawat Katedral St. Peter di Geneva
- Bersiar-siar di taman awam di Geneva - Parc de La Grange, Parc des Eaux-vives
- Berenang di tempat mandi awam Bains des Pâquis
- Melawat Muzium Palang Merah Antarabangsa
Tempat penginapan di Geneva 🏩
- Hotel Suisse (dari RM556 semalam)
- Hotel Kipling (dari RM837 semalam)
- Hotel N'vY (dari RM934 semalam)
- Hotel Bristol (dari RM1668 semalam)
- Hôtel Les Armures (dari RM1699 semalam)
Dapatkan Pas Kereta Api Swiss anda di Klook hari ini!
Pas Perjalanan Switzerland kini boleh didapati di Klook - pilih untuk mendapatkan Pas Perjalanan Berturut-turut selama 3, 4, 8 atau 15 Hari. Berbeza dengan Pas Eurail, anda boleh mencetak tiket Pas Perjalanan Switzerland di rumah. Anda hanya perlu buat pesanan, cetak pas dan bersedia untuk memulakan perjalanan ke Switzerland! Sebagai alternatif, anda boleh mendapatkan Kad Tambang Separuh Switzerland.
Tempah Kelengkapan Perjalanan Anda di Klook!
Mulakan pengembaraan perjalanan antarabangsa anda dengan mendapatkan kelengkapan perjalanan anda di Klook seperti Kad SIM dan pas kereta api. Kami juga ada berita baik. Kini, anda boleh merancang lebih awal dengan menempah tiket kereta api dengan lebih mudah di platform Klook!
💡 Petua Klook 💡Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk mendapatkan maklumat tawaran pelancongan yang terkini dan terbaik khas untuk anda! Anda juga akan mendapat diskaun 5% untuk tempahan aplikasi pertama anda apabila menggunakan kod promosi <BETTERONAPP>. Terma dan syarat dikenakan.
Tersedia untuk dimuat turun di App Store dan Play Store. Sudah ada pada peranti mudah alih anda? Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini: