10 Taman Tema & Taman Tema Air Terbaik Di Korea Selatan Yang Perlu Anda Lawati Pada 2024

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 29 Jul 2023
Kredit Foto: @_seul._.ki, @luv.jihan, @xingnung

Taman tema di Korea Selatan? 🎢🇰🇷 Jom pergi!

Lotte World Seoul best theme park in South Korea
Photo Credit: @happylotteworld
Wolmi Theme Park best amusement park in South Korea
Photo Credit: @_seul._.ki
Gyeongju World best theme park in Korea
Photo Credit: @chaeeun__vely
Korea Selatan adalah taman permainan terbaik untuk kanak-kanak dan mereka yang masih berjiwa kanak-kanak. Ramai yang melancong ke sini untuk dapatkan makanan yang enak, pemandangan yang indah atau semata-mata untuk membeli-belah pakaian comel dan penjagaan kulit. Tetapi taman tema mereka yang menarik adalah alasan yang cukup kukuh untuk anda menempah tiket penerbangan seterusnya ke Korea Selatan.
Bukan sekadar satu atau dua, tetapi lebih daripada 10 taman tema dan taman tema air di seluruh negara ini. Anda tahu anda akan menikmati pengembaraan yang menyeronokkan di sini. Jika anda sudah merancang untuk perjalanan seterusnya dan masih memutuskan yang mana satu untuk dituju, kami telah menyenaraikan 10 taman tema dan taman tema air terbaik di Korea Selatan yang pasti anda ingin tambahkan ke dalam jadual anda!

10 Taman tema & taman tema air terbaik di Korea Selatan 🇰🇷

1. Everland 

Everland Korea best theme park in South Korea
Photo Credit: @kqrkqrkqr
Everland Korea best amusement park in South Korea
Photo Credit: @dearkoni
Dianggap sebagai Disneyland Korea Selatan oleh orang ramai, Everland ialah seperti kisah dongeng yang nyata dan pastinya berada di senarai teratas dalam pilihan kami. Everland ialah taman tema terbesar di negara ini dan hanya 3 jam pemanduan dari Seoul, tidak hairanlah Everland merupakan tempat yang popular untuk lawatan balik hari. Terokai 5 zon bertemanya - American Adventure, Zoo Topia, Global Fair, Magic Land, European Adventure - yang mempunyai begitu banyak tarikan yang ditawarkan, daripada perarakan bermusim dan zoo mini, kepada T-Express, salah satu roller coaster paling curam dan terpantas di dunia!
  • Alamat: 199, Everland-ro, Pogog-eup, Cheoin-gu, Yongin-si, Gyeonggi-do, South Korea
  • Waktu Operasi: 10am - 10pm, buka setiap hari

2. Lotte World

Lotte World Seoul best theme park in South Korea
Photo Credit: @happylotteworld
Lotte World best theme park in South Korea
Photo Credit: @attirazzahra
Sebuah taman permainan untuk semua peringkat umur, Lotte World di Seoul ialah kompleks rekreasi besar-besaran yang menempatkan taman tema dalam dan luar bangunan, serta pelbagai tarikan lain termasuk tasik dan akuarium! Tidak hairanlah bahawa ia adalah salah satu kegemaran paling utama dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong. Dengan lebih daripada 40 tunggangan untuk anda terokai, pasti ada sesuatu untuk semua orang di sini. Dari tunggangan yang mendebarkan seperti Gyro Swing, kepada tarikan mesra keluarga seperti Balloon Ride.
  • Alamat: 240, Olympic-ro, Songpa-gu, Seoul, South Korea
  • Waktu Operasi: 9.30am - 10pm (hari minggu), 9.30am - 11pm (Jumaat & Sabtu), tutup pada hari Ahad

3. Lotte World Adventure Busan

Lotte World Adventure Busan best theme park in South Korea
Photo Credit: @wb._.s2
Lotte World Magic Forest Busan best theme park in South Korea
Photo Credit: @daisy__s2_
Anda kini boleh merasai keajaiban Lotte World di sini juga - Lotte World Adventure Busan akhirnya dibuka pada tahun 2023 dan kami sangat teruja dengan berita baik ini! Bertemakan Hutan Ajaib, Lotte World ini juga merupakan taman tema gaya Eropah pertama di Asia dengan binaan berinspirasikan Zaman Pertengahan serta taman yang subur dan terawat. Terokai 6 zon bertemanya, seperti Underland yang dipenuhi keterujaan atau Joyful Meadows yang mesra kanak-kanak, kemudian tunggu sehingga malam untuk menyaksikan Magic Forest Parade yang mempesonakan (mesti ditonton, jika anda tanya pendapat kami!).
  • Alamat: 42, Dongbusan Gwangwang-ro, Gijang-eup, Gijang-gun, Busan, South Korea
  • Waktu Operasi: 10am - 9pm, buka setiap hari

4. Seoul Land

Seoul Land best theme park in South Korea
Photo Credit: @aphrose_director
Seoul Land best family friendly theme park in South Korea
Photo Credit: @justcallme_han
Bertentangan dengan namanya, Seoul Land sebenarnya tidak terletak di ibu kota Seoul, tetapi di bandar Gwacheon yang berdekatan dan sebenarnya merupakan taman hiburan pertama di Korea Selatan! Boleh dikatakan taman tema paling mesra kanak-kanak dalam senarai ini, Seoul Land dipenuhi dengan tarikan dan aktiviti yang menyeronokkan untuk anak-anak kecil (dan mereka yang masih kanak-kanak di hati!). Merentasi 5 zon bertema yang berbeza, anda boleh menerokai lebih 40 tunggangan berlainan, taman botani dan juga zoo!
  • Alamat: 181, Gwangmyeong-ro, Gwacheon-si, Gyeonggi-do, South Korea
  • Waktu Operasi: 9.30am - 10pm, buka setiap hari

5. Caribbean Bay

Caribbean Bay best water park in South Korea
Photo Credit: @xingnung
Caribbean Bay best water park in South Korea
Jika anda peminat K-pop OG, anda mungkin mengenali Caribbean Bay daripada penggambaran komersial yang dilakukan SNSD bersama 2PM pada tahun 2010. Carribean Bay merupakan sebahagian daripada Everland Resort dan sering dikunjungi bersama-sama dengan Everland.  Tempat ini menjadi kesukaan orang ramai untuk taman tema air yang menyeronokkan di Korea Selatan. Nikmati keajaiban Carribean Bay yang dipenuhi gelongsor air, kolam renang dan spa panas - dengan tarikan air dalam dan luar bangunan tersedia sepanjang tahun, anda tahu anda boleh berseronok di sini tidak kira musim.
  • Alamat: 199, Everland-ro, Pogog-eup, Cheoin-gu, Yongin-si, Gyeonggi-do, South Korea
  • Waktu Operasi: 9am - 6pm (Isnin-Jumaat), 9am - 7pm (Sabtu & Ahad)

6. Gyeongju World

Gyeongju World best theme park in Korea
Photo Credit: @chaeeun__vely
Lawat bandar bersejarah Gyeongju dan kunjungi Gyeongju World, taman tema terbesar di wilayah selatan Korea. Berbeza dengan bandar pantai yang tenang di sekitar taman tema ini, ia sebenarnya terkenal dengan tunggangan mendebarkan seperti roller coaster keluli yang membawa anda menyelam 90 darjah dan tunggangan berputar 360 darjah.Pada musim sejuk, anda boleh bawa keluarga dan rakan anda ke Snow Sled Garden untuk menaiki andur salji (ice sledging) juga!
  • Alamat: 544, Bomun-ro, Gyeongju-si, Gyeongsangbuk-do, South Korea
  • Waktu Operasi: 10am - 6pm (Isnin – Jumaat), 10am - 8pm (Sabtu – Ahad)

7. LEGOLAND Korea

LEGOLAND Korea best amusement park in South Korea
Photo Credit: @eunstastny
LEGOLAND Korea best theme park in South Korea
Photo Credit: @minluv_st
LEGOLAND Korea best theme park in South Korea
Photo Credit: @minluv_st
Memperkenalkan taman permainan terbaharu, LEGOLAND Korea yang baharu dibuka pada Mei 2022 dan satu fakta yang menyeronokkan: ini sebenarnya Legoland terbesar di Asia dan yang pertama di dunia yang dibina di atas sebuah pulau! Dikelilingi oleh tasik di wilayah Gangwon, anda boleh temui lebih 40 tunggangan dan tarikan merentasi 7 zon bertema di sini. Tetapi apa yang terbaiknya adalah semua struktur dan hiasan yang diperbuat daripada bata Lego - pastikan anda mengambil seberapa banyak gambar semasa anda di sini!
  • Alamat: 128, Hajungdo-gil, Chuncheon-si, Gangwon-do, South Korea
  • Waktu Operasi: 10am - 6pm, buka setiap hari

8. Daegu E-World

Daegu E-World IG worthy theme park in Korea
Photo Credit: @eworld.official
Daegu E-World best theme park in South Korea
Photo Credit: @luv.jihan
E-World Daegu best theme park in South Korea
Photo Credit: @luv.jihan
Daegu E-World dibina di sekitar Menara Woobang yang mempunyai 83 tingkat, merupakan sebuah taman hiburan yang kurang terkenal yang kami percaya adalah salah satu taman hiburan yang tercantik dalam senarai ini! Ramai yang suka melawat taman tema ini pada musim bunga, apabila bunga sakura merah jambu mekar penuh mengelilingi taman. Kami amat mengesyorkan agar anda mendapatkan Pas Malam untuk menikmati E-World selepas gelap - lampu dan tunggangan berwarna-warni merentasi semua 4 zon bertema di sini akan diterangi, menjadikannya pengalaman malam yang mempesonakan semasa berada di Korea Selatan.
  • Alamat: 200, Duryugongwon-ro, Dalseo-gu, Daegu, South Korea
  • Waktu Operasi: 10.30am - 9pm (Isnin – Khamis), 10am - 10pm (Jumaat – Ahad)

9. Vivaldi Park

Vivaldi Park Ski Resort best theme park in South Korea
Vivaldi Park Ocean World best water park in South Korea
Alami alam ajaib musim sejuk di Vivaldi Park, pusat peranginan ski yang paling kerap dikunjungi di Korea Selatan. Taman ini terkenal dengan aktiviti bermain ski pada waktu siang dan malam menuruni cerun menakjubkan yang menarik peminat ski di seluruh dunia. Bukan hanya cerun ski yang menggoda - Snowy Land di resort ini menawarkan aktiviti musim sejuk yang menyeronokkan seperti menaiki kereta luncur salji, bobsleigh dan hoki ais, manakala Ocean World ialah taman tema air yang besar lengkap dengan gelongsor air yang menarik, kolam renang, spa, mandian terbuka dan juga sauna kering Korea!
  • Alamat: 262, Hanchigol-gil, Seo-myeon, Hongcheon-gun, Gangwon-do, South Korea
  • Waktu Operasi: 9am - 9.30pm (Ahad – Khamis), 9am - 10.30pm (Jumaat & Sabtu)

10. Wolmi Theme Park

Wolmi Theme Park best amusement park in South Korea
Photo Credit: @_seul._.ki
Wolmi Theme Park Incheon best theme park in South Korea
Photo Credit: @ghouloria
Taman Tema Wolmi ialah taman hiburan bertemakan karnival yang meriah yang terletak di Incheon, mengingatkan pesta keriangan di tepi jeti yang menawan yang selalu kita lihat dalam filem. Walaupun taman tema ini mungkin tidak sebesar taman-taman lain dalam senarai ini, pengalaman di sini masih menghiburkan - daripada pelbagai tarikan yang menyeronokkan dengan warna-warna terang (seperti roda Ferris ikoniknya), kepada pantai dengan pemandangan yang menakjubkan, ia telah menjadi kegemaran yang sentimental kepada kami terutamanya kerana banyak tempat IG-worthy yang boleh anda temui di sini. 
  • Alamat: 81, Wolmimunhwa-ro, Gaho-dong, Jung-gu, Incheon, South Korea
  • Waktu Operasi: 10am - 10pm (Isnin – Jumaat), 10am - 10.30pm (Sabtu & Ahad)

Sewa pakaian seragam aekolah Korea semasa lawatan anda!

Rent Korean school uniform in Seoul
Pengalaman taman tema anda di Korea Selatan tidak akan lengkap tanpa bergaya - di sini, ini bermakna memakai pakaian sekolah Korea! Sama seperti menyewa hanbok, iaitu pakaian kebangsaan Korea Selatan, memakai pakaian sekolah di sini juga merupakan trend popular dan pengalaman budaya tersendiri tidak kira umur anda.

Lihat tarikan-tarikan popular ini di Korea Selatan! 🇰🇷

💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu | 🔵Telegram