Rancang hujung minggu menyeronokkan di taman tema KL ini!
Rasa bosan di rumah masa weekend? Inilah masanya untuk merancang hujung minggu yang menyeronokkan bersama kawan atau keluarga anda! Kalau sudah bosan melepak di pusat membeli-belah atau di rumah masing-masing, janganlah lepaskan peluang untuk menerokai taman tema menarik yang terletak di Lembah Klang!
Kuala Lumpur kaya dengan taman tema dan tarikan menyeronokkan yang patut anda kunjungi. Anda mungkin belum tahu bahawa ada beberapa lokasi yang kurang mendapat perhatian, tetapi cukup sesuai untuk menghirup udara segar dan berseronok pada tahun ini. Teruskan membaca untuk melihat senarai teman tema kegemaran kami dan bolehlah anda mula merancang hujung minggu yang paling memuaskan!
15 Taman tema paling best di Lembah Klang
1. Berjaya Times Square Theme Park
Tersembunyi di dalam sebuah pusat membeli-belah, Taman Tema Berjaya Times Square ialah sebuah taman tema dalam bangunan di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Ia menawarkan tarikan menarik yang boleh dinikmati di dalam ruang 3 tingkat dan berkeluasan 133,000 kaki persegi. Anda boleh berehat daripada membeli-belah dan kunjungi taman tema ini untuk menerokai dunia yang penuh dengan permainan mendebarkan, berwarna-warni dan hiburan maya.
Taman Tema Berjaya Times Square terbahagi kepada 2 bahagian โ Galaxy Station dan Fantasy Garden yang sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Jika sukakan cabaran, anda boleh menikmati permainan seperti Supersonic Odyssey yang tentunya akan buat jantung berdegup kencang. Tarikan berwarna-warni dan interaktif di Fantasy Garden pula membolehkan ibu bapa meluangkan detik-detik berharga bersama anak-anak mereka.
- Lokasi: Tingkat 5 & 7, Berjaya Times Square, 1, Jalan Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
2. Sunway Lagoon
Sunway Lagoon ialah taman tema yang wajib dikunjungi di Malaysia! Taman tema ini terletak di Bandar Sunway, jauhnya hanyalah 20 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur. Ruangnya yang besar dilengkapi dengan 6 zon pengembaraan yang berbeza. Jadi, sudah tentulah Sunway Lagoon mampu memberikan pengalaman taman tema yang paling memuaskan!
Sama ada anda peminat roller coaster, gelongsor air atau rumah hantu, taman tema ini yakin anda pasti berseronok dipenuhi jeritan dan ketawa. Oleh kerana ia lengkap dengan pelbagai tarikan menarik, salah satu jambatan gantung untuk pejalan kaki terpanjang di dunia dan dinobatkan sebagai taman tema air Nicklodeon Asia pertama, Sunway Lagoon sesuai untuk semua peringkat umur, termasuklah anak-anak kecil!
- Lokasi: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor
3. ESCAPE Challenge Adventure Park
Sekarang peminat Taman Tema ESCAPE di Pulau Pinang bolehlah bergembira kerana cabaran ESCAPE yang menyeronokkan sudah dibawa untuk penduduk Lembah Klang di ESCAPE Challenge Adventure Park. Ia terletak di dalam Paradigm Mall dan berkeluasan 35,000 kaki persegi. Diillhamkan daripada taman pengembaraan luar asal di Pulau Pinang, taman tema ini ialah versi dalam bangunan. Ini bermakna anda boleh berseronok tidak kira panas atau hujan!
ESCAPE Challenge padat dengan aktiviti yang pasti mencabar adrenalin seperti halangan bertali, panjat dinding, zip-line dan banyak lagi! Taman tema dalam bangunan ini sesuai untuk datang bersama keluarga atau kawan. Malah, anda juga boleh memilih aktiviti berdasarkan tahap kesukaran mengikut keselesaan diri.
- Lokasi: GB-07, Paradigm Mall, Petaling Jaya, 47301 Selangor, Malaysia
4. VAR Live
Kalau anda suka bermain permainan video, VAR LIVE memang wajib dikunjungi! Terletak di dalam Pusat Membeli-Belah MyTown, taman tema dalam bangunan ini ialah taman tema VR terbesar di Malaysia. Ia menempatkan 13 tarikan VR seperti Crazy Rush dan Zombie Jail. Dengan penggunaan teknologi Realiti Maya (VR) maju, bersedialah untuk bebas menerokai dunia realiti maya yang menerujakan di arena permainan menarik ini!
- Lokasi: L2-015, MyTOWN Shopping Centre, No. 6, Jalan Cochrane, 55100 Kuala Lumpur
5. Jump Street Asia Trampoline Park
Kalau anda ingin keluar berseronok dengan kawan atau keluarga, Jump Street Asia ialah tempatnya! Jump Street ialah taman trampolin dalam bangunan pertama di Malaysia. Terdapat 17 tarikan dan fasiliti berbeza yang menunggu anda. Bayangkanlah, ada trampolin besar, beg udara dan banyak lagi!
Cabar kawan-kawan anda untuk bermain dodgeball atau bola keranjang di atas trampolin. Uji keseimbangan, refleks dan kekuataan diri sambil melompat, memanjat dan belajar helah baharu. Tarikan utama di tempat ini tentulah lubang busa yang dipenuhi beribu-ribu kiub busa lembut!
- Lokasi: 8A, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor
6. SuperPark Malaysia
Bersedialah untuk menikmati keseronokan di SuperPark Malaysia, sebuah pusat beriadah yang unik, dibina khas dan serba lengkap di Pusat Beli-Belah Avenue K. Pusat riadah dalam bangunan yang besar ini terbahagi kepada 2 tingkat dan 3 zon, dipenuhi dengan pelbagai aktiviti mesra keluarga dan mendebarkan. Sesiapapun mesti akan berseronok, tidak kira umur, tahap kecergasan dan tidak kisahlah anda datang bersama kawan atau keluarga!
Terdapat lebih 25 permainan dan aktiviti menarik di dalam seperti dinding berhalangan, flying fox, skuter dan gelanggang luncur ais. Memang banyaklah aktiviti seronok di sini! Bagi yang suka mencabar adrenalin, kami syorkan Adventure Zone - di sini ada trek lumba, gelongsor tiub dan pelbagai aktiviti lain.
- Lokasi: Unit 4-1, Level 4 Avenue K Shopping Mall, 156, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
7. District 21
Cabar diri anda bersama kawan atau keluarga di District 21, sebuah taman pengembaraan dalam bangunan yang unik bertemakan masa depan dunia pasca-apokaliptik. Terletak di dalam IOI City Mall, atrium seluas 70,000 kaki persegi ini menawarkan 10 tarikan pengembaraan menarik dan cabaran berhalangan untuk anda nikmati.
Bersiap-sedialah untuk memanjat, meluncur, menunggang, melompat, terjun bebas dan terbang. Anda boleh pilih halangan mudah seperti Tubby Ride atau Yoyo Car, sehinggalah halangan lebih mencabar seperti Ninja Warrior dan Roller Glider yang sesuai mengikut kemampuan masing-masing. Cabar diri anda dengan aktiviti yang sukar, dan pergilah bersantai di IOI City Mall selepas puas berseronok di taman tema ini.
- Lokasi: AT 6, IOI City Mall, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
8. KidZania Kuala Lumpur
Selamat datang ke bandar interaktif KidZania, sebuah dunia penuh keajaiban untuk kanak-kanak dan remaja! Di sini, kanak-kanak berumur bawah 16 tahun bebas memilih daripada beberapa jenis kerjaya dan boleh merasai pengalaman menjadi doktor, wartawan, bomba dan banyak lagi! Dengan pengalaman langsung dalam persekitaran yang menyeronokkan ini, kanak-kanak kini bersedia untuk menghadapi dunia luar.
Mereka juga akan dibayar dan wang itu boleh digunakan untuk pelbagai perkhidmatan atau membeli-belah! Tidak kisahlah apapun keputusan atau pilihan kerjaya mereka di KidZania, tauladan dan kemahiran yang dipelajari daripada sesi kerjaya ini pasti berguna untuk masa depan.
- Lokasi: Curve NX Shopping Mall, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, 47810 Selangor
9. Discovery Park at Gamuda Cove
Discovery Park yang terletak di bandar Gamuda Cove ialah sebuah taman tema yang sesuai dikunjungi untuk beriadah dan berhibur. Kawasan seluas 50 ekar ini dibahagikan kepada 2 zon yang menawarkan aktiviti dalaman dan luar, termasuklah tarikan terkenal Cove Aerobar iaitu bar terapung pertama di Asia Tenggara.
Anda juga boleh menaiki bot atau belon udara panas untuk mengunjungi Paya Indah Wetlands, sebuah tempat perlindungan haiwan liar seperti buaya! Nak yang lagi mencabar? Cabarlah diri anda dengan Halangan Bertali Goosebumps atau tunjukkan bakat menunggang basikal lasak atau ATV!
- Lokasi: Persiaran Cove Sentral, Bandar Gamuda Cove, 42700 Dengkil, Selangor
10. Wet World Water Park
Wet World Water Park menjanjikan detik menyeronokkan untuk semua pengunjung dengan harga yang memuaskan dan persekitaran mesra keluarga. Taman tema air bertemakan Carribean yang terletak di Shah Alam ini sesuai bagi pengunjung yang datang berkumpulan untuk meluangkan masa bersama. Malah, pengunjung juga boleh mengadakan acara berkumpulan, hari keluarga, berkelah dan macam-macam lagi!
Anda pasti akan puas berseronok di Wet World Water Park dengan pelbagai jenis tarikan air seperti Super Hurricane, Kiddy Typhoon Lagoon, Caribbean Rider dan banyak lagi! Dengan pelbagai kios makanan dan tempat berteduh, taman tema air ini juga sesuai untuk anda duduk bersantai.
- Lokasi: No. 3A, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
11. 99 Wonderland Park
Nak melawat taman tema tidak semestinya pada waktu siang saja. 99 Wonderland Park ialah taman rekreasi dan taman hidupan liar, khas pada waktu malam yang mengelilingi sebuah tasik seluas 23 ekar. Apabila matahari terbenam, taman ini akan diterangi dengan hiasan berlampu dan tumpuan utamanya iaitu pertunjukan air pancut muzikal.
Menampilkan konsep terbuka, taman berlandskap indah ini menawarkan lebih 30 tarikan dan tanda tempat unik, termasuklah Panda Street yang cukup terkenal, bot cruise di tasik, dan Magical Bridge. Anda juga boleh melihat lebih 99 hidupan liar secara dekat, termasuklah tenuk Malaysia, meerkat, angsa, monyet marmoset, beruang matahari dan banyak lagi!
- Lokasi: Jalan 13a, Pusat Bandar Utara Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor
12. i-City Leisure Park
Kunjungilah dunia penuh keterujaan di i-City Leisure Park, sebuah bandar mini menarik yang dipenuhi teknologi hiburan. Taman tema digital ini menawarkan pelbagai permainan dan tarikan, menjanjikan kepuasan untuk anda datang bersama kawan dan keluarga.
Taman tema ini unik kerana berkonsep terbuka dan pengunjung cuma perlu membayar tiket bagi permainan yang ingin dicuba. Bersantailah pada siang hari dengan menikmati tarikan utamanya - SnoWalk, Red Carpet 2 dan WaterWorld. Pada waktu malam, City of Digital Lights akan dibuka dan anda boleh melihat kilauan lampu berwarna-warni menerangi taman ini.
- Lokasi: AJ CityPark, D-1-G, Jalan Multimedia 7/Ah, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor
13. Genting SkyWorlds Theme Park
Walaupun lokasinya bukan di Lembah Klang, taman tema Genting SkyWorlds yang dinanti-nantikan ini hanya sejam dari pusat bandaraya KL. Jadi, sayanglah kalau ia tidak disenaraikan! Inilah taman tema Genting yang serba baru - taman tema lama yang rakyat Malaysia kenali kini telah diperbaharui, berwarna warni dan pelbagai permainan baru yang menarik disediakan!
Taman tema seluas 26 ekar ini menyediakan 9 dunia unik. Pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis tarikan dan permainan bertemakan filem bertaraf antarabangsa yang sesuai untuk semua peringkat umur. Antaranya termasuklah tema filem terbitan 20th Century Fox seperti Ice Age! Beberapa tempat makan dan membeli-belah turut disediakan. Malah, pertunjukan dan hiburan secara langsung dijadualkan sepanjang hari. Jadi, memang takkan bosanlah di sini!
- Lokasi: Genting Highlands Resort, 69000 Genting Highlands, Pahang
14. Laser Battle
Sudahkah anda mencuba pengalaman menarik di pusat laser tag yang best? Berjaya Times Square dan Tropicana Gardens Mall menawarkan pengalaman yang tiada tandingannya dengan arena berukuran 5000 kaki persegi. Nikmati lebih daripada 55 mod permainan termasuk permainan bendera dan deathmatch pasukan yang menyeronokkan. Anda boleh merasai sensasi seperti bintang filem aksi dengan peralatan Laser Battle yang canggih, lengkap dengan kesan bunyi dan pencahayaan khas.Boleh rasa debaran tu masa main tau! Tunggu apa lagi? Jom teroka dunia taktikal dan interaktif ini untuk pengalaman laser tag yang tidak dapat dilupakan!
- Lokasi: Central Zone, Level 7, Berjaya Times Square, 1, Jln Imbi, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Lot 2F-57, 2nd Floor.2A, Persiaran Surian, Tropicana Indah Tropicana Gardens Mall, 47810 Petaling Jaya, Selangor
15. Hologate VR
Nak rasai pengalaman di dunia virtual seperti anda bermain dalam game? Jom nikmati pengalaman yang luar biasa di Hologate VR, di mana anda boleh merasai dunia yang mengagumkan melalui realiti maya. Di sini, anda boleh pilih permainan kegemaran anda dan jangan risau, panduan profesional sentiasa sedia membantu untuk memastikan anda merasai yang terbaik. Cipta kenangan yang tidak dapat dilupakan dengan rakan atau keluarga anda dalam pengalaman VR yang menarik dan seronok!
- Lokasi: Lot 63A, Level 7, Central Zone, Berjaya Times Square, 1, Jln Imbi, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Terokai tarikan terkenal lain di KL!
๐ก Tip Klook ๐ก Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun ๐ฒ
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. ๐งก
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini: