Anda mencari taman tema terbaik di Malaysia?
Anda telah datang ke tempat yang betul! Malaysia yang indah ini dipenuhi dengan banyak taman tema yang penuh keseronokan dan tarikan yang anda mesti lawati. Ini termasuk taman hiburan unik dan taman air yang sesuai untuk pengembaraan hujung minggu yang menyeronokkan.
Sekiranya anda teruja untuk mendapatkan udara segar dan menyeronokkan, leret ke bawah untuk melihat senarai taman tema paling terkenal di Malaysia dan masukkan mana-mana satu (atau semua) daripadanya dalam rancangan hujung minggu atau percutian anda yang akan datang!
20 Taman Tema terbaik di Malaysia 🎢🎡
1. Sunway Lagoon
Sunway Lagoon berada dalam senarai teratas kami untuk taman tema yang mesti dilawati di Malaysia! Terletak di Bandar Sunway yang meriah dan hanya 20 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur, Sunway Lagoon menyediakan pengalaman taman tema terunggul dalam ruangnya yang besar lengkap dengan 6 zon pengembaraan yang berbeza.
Sama ada anda seorang peminat roller coaster, gelongsor air atau rumah berhantu, taman ini pasti akan membuatkan hari anda lebih menyeronokkan dengan jeritan dan gelak ketawa. Taman tema ini memiliki pelbagai tarikan yang mengujakan. Salah satu daripadanya ialah jambatan gantung pejalan kaki terpanjang di dunia dan taman tema air Nickelodeon pertama di Asia. Taman tema ini sangat sesuai untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak!
- Lokasi: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor
2. Taman Tema Genting SkyWorlds
Genting SkyWorlds yang sangat dinanti-nantikan akhirnya dibuka dan kami juga sangat teruja! Temui taman ajaib baharu di Genting - mengingatkan taman tema lama yang ramai rakyat Malaysia kenali sewaktu membesar tetapi dengan penampilan yang segar, berwarna-warni dan begitu banyak tunggangan baharu yang lebih menarik.
Taman tema ini menempatkan 9 dunia dengan tema unik di seluruh taman tema berkeluasan 26 ekar. Terokai pelbagai jenis tunggangan dan tarikan bertemakan filem antarabangsa (termasuk tema filem 20th Century Fox seperti Ice Age!) yang sesuai untuk semua peringkat umur. Terdapat pelbagai tempat makan, kedai runcit serta pertunjukan dan hiburan secara langsung yang dijadualkan sepanjang hari. Yang pasti, ada banyak perkara yang ditunggu-tunggu di sini!
- Lokasi: Genting Highlands Resort, 69000 Genting Highlands, Pahang
3. Taman Tema ESCAPE
Merupakan taman tema yang memiliki gelongsor air tiub terpanjang di dunia, sepanjang 1,111m yang luar biasa, Taman Tema ESCAPE ialah tempat yang menyeronokkan dan mesti dilawati. Luangkan masa selama sehari di sini untuk merasai lebih 30 aktiviti mendebarkan di Taman Adventureplay dan Taman Waterplay termasuk luncur keluang, gelongsor air, aktiviti
bertali, memanjat batu dan banyak lagi.
Pengasas ESCAPE ingin membina taman tema untuk kanak-kanak dan orang dewasa dengan keseronokan dan pengembaraan yang paling semula jadi. Oleh itu, taman tema ini diwujudkan di tengah-tengah alam semula jadi (dikelilingi oleh tumbuhan hijau yang subur!) dan ada banyak aktiviti yang boleh anda terokai semuanya dalam satu ruang!
- Lokasi: 828, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
4. LEGOLAND Malaysia
Realisasikan imaginasi anda dengan mengunjungi LEGOLAND di Johor Bahru. Ia sebuah taman tema yang penuh pengembaraan dengan lebih 40 tarikan yang sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak tanpa mengira umur. Dipenuhi dengan 8 Kawasan Bertema, taman air, akuarium dan juga Hotel Legoland, pengalaman LEGOLAND® pastinya akan menjadi hari yang menyeronokkan untuk anda dan orang tersayang.
LEGOLAND Malaysia Resort adalah yang pertama seumpamanya di Asia dan merupakan sebuah kawasan ajaib LEGO, menjangkau ruang seluas 50 padang bola sepak bersaiz penuh dan menempatkan lebih daripada 15,000 model LEGO yang diperbuat daripada lebih 60 juta batu bata LEGO!
- Lokasi: No 7, Persiaran Medini Utara 3, Bandar, 79250 Johor Bahru, Johor
5. SplashMania
Selamat datang ke tarikan terbaharu di bandar ini! SplashMania baru sahaja dibuka pada Februari 2023 dan merupakan taman air terbaru di Malaysia. Ia mempunyai 39 tarikan yang berbeza termasuk gelongsor air pertama seumpamanya! Taman ini terletak di Gamuda Cove. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur terletak berhampiran dengan taman tema air ini.
Anda boleh nampak taman tema air ini dari jauh dengan mudah kerana ia memiliki kapal lanun gergasi ikonik yang berdiri teguh dan bangga! Tunggangan yang paling kami nanti-nantikan di sini pastinya ialah Atlantis VR, gelongsor air VR pertama di Malaysia serta Shaka Waka, gelongsor air sepanjang 78 meter dengan kesan cahaya LED yang boleh disesuaikan dan muzik untuk perjalanan yang mengasyikkan.
- Lokasi: Jalan Cove Sentral 4, Bandar Gamuda Cove, 42700 Banting, Selangor
6. FunPark Gamuda Luge Gardens
Nikmati keseronokan tanpa had di FunPark dengan FunPass, tiket anda untuk keseronokan yang tidak terhingga dan gelak ketawa! Dengan FunPass, anda dapat menikmati keseronokan tanpa had di setiap permainan, memastikan setiap detik berharga.
Sama ada anda menaiki permainan yang mendebarkan atau mencuba perkara yang baru, FunPark menjanjikan hari yang dipenuhi dengan kenangan yang tidak dapat dilupakan. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati kegembiraan dan pengembaraan tanpa had yang ditawarkan oleh FunPass di FunPark untuk semua orang!
Ferris Wheel merupakan tarikan yang baru dibuka pada pertengahan 2024, tarikan ini merupakan Ferris Wheel tertinggi di Malaysia. View daripada Ferris Wheel ini akan membuatkan anda terpegun dengan kecantikan view yang menampakkan seluruh Skyline Luge. Yang menarik, Ferris Wheel kat sini ada aircond. Best kan? Anda disarankan untuk pergi ke sini pada waktu malam kerana view malam lebih cantik pada waktu siang.
- Lokasi: 7HF2+7JQ Gamuda Luge Gardens, 48050 Rawang, Selangor
7.Lost World Of Tambun
Perjalanan ke Ipoh anda tidak akan lengkap tanpa meluangkan masa di bawah sinar matahari di Lost World of Tambun. Ia merupakan destinasi pengembaraan yang sihat dan dikelilingi alam semula jadi untuk semua peringkat umur. Taman tema ini tidak seperti taman tema yang lain - ia terletak di kaki bukit batu kapur purba berusia 400 juta tahun dan menempatkan lebih 12 buah kolam mata air panas semula jadi!
Taman tema yang penuh dengan pengembaraan ini mempunyai tarikan dan aktiviti menarik yang disediakan untuk anda terokai sepanjang hari. Temui aktiviti-aktiviti taman air yang menyeronokkan, mandian air panas penyembuhan, bertemu dengan haiwan yang menarik dan banyak lagi. Pasti ada sesuatu yang menarik untuk semua orang tidak kira pada waktu siang atau malam!
- Lokasi: No 1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Perak, 31150 Ipoh, Perak
8. Taman Tema Tertutup Skytropolis
Buat perjalanan singkat ke Genting Highlands bersama orang tersayang dan singgah ke Genting Skytropolis yang meriah untuk merasai pengalaman mengujakan. Berkeluasan lebih 400,000 kaki persegi dengan ketinggian empat tingkat, taman tema tertutup yang besar ini adalah tempat yang sesuai untuk anda berehat dari kesejukan di luar dan meneroka pelbagai aktiviti di dalamnya.
Skytropolis menyerupai karnival futuristik dengan pelbagai tarikan menarik dan lampu berwarna-warni. Sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan, taman tema tertutup ini menawarkan pelbagai tarikan untuk tetamu untuk semua peringkat umur. Ia dibahagikan kepada tiga kategori - Kanak-kanak, Keluarga dan Keseronokan. Melangkah ke alam ajaib yang meriah ini dan bersedialah untuk nikmati lebih daripada 20 tunggangan menarik menanti anda.
- Lokasi: First World Plaza, Genting Highlands, 69000 Pahang
- Tawaran Klook: Pas 1 hari tanpa had
9. Taman Tema Air Splash Out
Anda sedang merancang perjalanan ke Permata Kedah? Jika anda melancong dengan kanak-kanak, anda mesti kunjungi Splash Out! Splash Out ialah taman tema air yang terkenal di Langkawi. Ia diilhamkan oleh dunia penjelajah dan pengembara marin dengan pelbagai tunggangan dan tarikan yang menyeronokkan untuk golongan muda serta mereka yang berjiwa muda.
Terdapat 12 aktiviti menarik untuk anda cuba semasa berada di sini - menikmati ombak setinggi 5 kaki di Wild Water, terjun ke bawah gelongsor air yang berpusing atau menangkap
setong air di Big Splash Kingdom! Anda boleh menghabiskan setengah hari dengan mudah di sini dengan melalui tunggangan yang mendebarkan.
- Lokasi: Persiaran Mutiara 2, Pusat Dagangan Kelana Mas, 07000 Langkawi, Kedah
10. Desaru Coast Adventure Waterpark
Jika anda peminat taman air, anda tidak boleh meninggalkan Pantai Desaru tanpa meluangkan sekurang-kurangnya setengah hari di Desaru Coast Adventure Waterpark. Taman air di Johor ini menempatkan salah satu kolam ombak terbesar di dunia - ia berkeluasan hampir tiga ekar dan dipenuhi dengan lebih empat juta gelen air!
Taman air mesra keluarga ini juga menempatkan banyak tunggangan dan tarikan lain termasuk kapal lanun yang melengkung sehingga 180 darjah, roller coaster yang melalui gelung
mendatar 360° penuh, pelbagai gelongsor air serta keseimbangan yang mendebarkan juga tarikan mesra kanak-kanak.
- Lokasi: No 4, Jalan Danau, Pantai Desaru, 81930 Bandar Penawar, Johor
11. ESCAPE Challenge Indoor Park
Bagi peminat Taman Tema ESCAPE di Pulau Pinang, anda kini boleh menikmati cabaran menyeronokkan ESCAPE di Lembah Klang sendiri di ESCAPE Challenge Park, PJ. Terletak di dalam Paradigm Mall, keseluruhan ruang seluas 35,000 kaki persegi adalah versi tertutup untuk taman pengembaraan luar yang asal. Ini bermakna anda akan dapat berseronok sama ada ketika hujan atau panas!
ESCAPE Challenge PJ dipenuhi dengan aktiviti yang akan memacu adrenalin anda seperti halangan bertali, memanjat tembok, luncur keluang dan banyak lagi! Taman rekreasi tertutup
ini sesuai untuk pelbagai acara sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan. Anda juga boleh memilih aktiviti berdasarkan tahap kesukaran mengikut keselesaan anda.
- Lokasi: GB-07, Paradigm Mall, Petaling Jaya, 47301 Selangor, Malaysia
12. Taman Air Wet World
Wet World Malaysia mengotakan janjinya agar semua orang boleh menikmati detik-detik menyeronokkan dengan membuka Taman Air Wet World yang berbaloi untuk dikunjungi dan mesra keluarga. Taman air ini terletak di Shah Alam dan dihias dengan tema Caribbean merupakan tempat yang sesuai untuk kumpulan besar menghabiskan masa berkualiti bersama-sama. Para pengunjung juga boleh menganjurkan sebarang majlis berkumpulan, hari keluarga, berkelah dan banyak lagi!
Anda pastinya akan menikmati keseronokan dengan pelbagai aktiviti basah dan liar di taman air ini seperti Super Hurricane, Kiddy Typhoon Lagoon, Caribbean Rider dan banyak lagi! Turut menempatkan pelbagai kiosk makanan dan tempat berteduh yang mencukupi, taman air ini juga mempunyai banyak tempat berehat dan bersantai jika anda tidak terasa terlalu aktif.
- Lokasi: No 3A, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
13. Taman Tema Berjaya Times Square
Tersembunyi di dalam pusat beli-belah, Taman Tema Berjaya Times Square ialah taman tema tertutup yang besar di tengah-tengah KL. Taman tema ini menawarkan tarikan yang mengujakan merentasi ruang 3 tingkat, 133,000 kaki persegi. Berehat seketika daripada aktiviti membeli-belah dan pergi ke taman tema untuk meneroka dunia yang penuh dengan tunggangan mendebarkan, berwarna-warni dan hiburan maya.
Taman tema ini dibahagikan kepada 2 bahagian - Galaxy Station dan Fantasy Garden - memenuhi keperluan orang dewasa dan kanak-kanak. Galaxy Station dicipta untuk pencari keseronokan dengan tunggangan seperti Supersonic Odyssey yang pasti akan membuatkan jantung anda berdebar-debar. Ibu bapa dan anak-anak boleh menikmati tarikan berwarna-warni dan interaktif di Fantasy Garden.
- Lokasi: Tingkat 5 & 7, Berjaya Times Square, 1, Jalan Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
14. Taman Tema Air A'Famosa
Apabila berkunjung ke Melaka apa kata singgah ke taman tema air terbesar di Malaysia? Terletak di bandar bersejarah, Taman Tema Air A'Famosa menawarkan banyak tarikan air yang mendebarkan dan sesuai untuk semua peringkat umur. Ini menjadikan taman tema air ini sebagai pilihan popular dalam kalangan pengunjung yang berkeluarga dan rakan-rakan.
Terdapat lebih 11 tunggangan dan tarikan yang menyeronokkan di sini untuk anda nikmati - berenang di kolam yang sejuk, cuba gelongsor air yang mendebarkan (termasuk gelongsor
penembak 7 tingkat berkelajuan tinggi!), atau berehat sambil terapung di sepanjang sungai tenang yang indah.
- Lokasi: Jalan Kemus, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka
15. VAR Live
Jika anda minat bermain permainan video, VAR LIVE adalah tempat yang terbaik untuk anda! Terletak di Pusat Beli-belah MyTown, taman tema tertutup ini merupakan taman tema VR terbesar di Malaysia dan mempunyai 13 tarikan VR dalaman yang menarik seperti Crazy Rush
dan Zombie Jail. Bersedia untuk menyelami dunia realiti maya yang mendebarkan dalam arena permainan hebat dengan penggunaan teknologi Realiti Maya (VR) yang canggih!
- Alamat: L2-015, MyTOWN Shopping Centre, No. 6, Jalan Cochrane, 55100 Kuala Lumpur
- Tawaran Klook: Diskaun 9% dengan Pakej Kombo Triple Game
16. Taman Tema Melaka Wonderland
Satu lagi taman tema popular yang patut anda lawati di Melaka Bandaraya Bersejarah ialah Melaka Wonderland Theme Park & Resort. Dibina sesuai untuk keluarga, rakan dan juga pasangan, anda pasti akan menikmati pengalaman taman air yang menyeronokkan dan lengkap di sini tanpa mengira umur atau dengan siapa anda melancong!
Ketika berada di sini, kami mengesyorkan agar anda meluangkan masa sepanjang hari untuk mencuba semua 11 tarikan dengan percikan air yang menyeronokkan. Antara tarikan yang terdapat di sini termasuk Tornado Chaser, Kamikaze Racer, Adventure Island dan banyak lagi! Anda juga boleh menikmati aktiviti tasik seperti menaiki bot kayuh serta memberi makan ikan.
- Lokasi: Lot PT17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka
- Tawaran Klook: Diskaun sehingga 24% untuk tiket masuk & pakej kombo
17. Taman Air Borneo Samariang
Kami pastinya perlu memasukkan salah satu taman air terbaik di Malaysia Timur dalam senarai kami. Juga dikenali sebagai Taman Air Kuching dalam kalangan penduduk tempatan, Taman Air Borneo Samariang terletak di Sarawak dan merupakan taman tema terbesar di negeri ini.
Dibina di atas tanah seluas 35 ekar yang dikelilingi hutan bakau, taman air ini terbahagi kepada 4 bahagian utama - Pintu Masuk Taman Air, Pulau Enggang, Pantai Salak dan Gelongsor Menara Santubong. Tarikan kegemaran peribadi kami ialah gelongsor di Menara Santubong. Anda boleh memilih daripada 6 gelongsor yang menarik termasuk Gelongsor Sky Drop yang mengujakan.
- Lokasi: Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak
18. Bukit Merah Laketown Waterpark
Ramai penduduk tempatan telah mengunjungi Taman Air Bukit Merah Laketown sejak zaman kanak-kanak dan ia kekal sehingga hari ini sebagai salah satu taman air terbaik di Malaysia. Taman air yang besar ini memiliki keluasan sebanyak 11 ekar dan hanya sejam masa pemanduan dari bandar Ipoh, Perak.
Terdapat lebih 14 aktiviti air yang menarik untuk anda dan orang tersayang nikmati semasa mengunjungi taman air ini termasuk Crazee Cone (kegemaran peribadi kami) dan Racer Slides. Ramai pengunjung akan turut singgah di Ecopark iaitu zoo mini mereka sendiri. Anda akan dapat berinteraksi dengan haiwan dan menikmati pengalaman pendidikan!
- Lokasi: Jalan Bukit Merah, 33400 Simpang Empat Semanggol, Perak
- Tawaran Klook: Tiket masuk Bukit Merah Laketown Waterpark
19. Taman Rekreasi i-City
Melangkah ke dunia penuh keterujaan dan kekaguman di Taman Rekreasi i-City iaitu sebuah bandar mini yang menarik dipenuhi dengan teknologi hiburan. Pembangunan taman tema
mesra keluarga ini disepadukan secara digital dengan pelbagai tunggangan dan tarikan, dijamin hari penuh keseronokan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda.
Pembangunan taman ini unik kerana taman rekreasi ini merupakan taman tema terbuka dan
beroperasi dengan konsep bayar untuk setiap tunggangan. Sejukkan diri pada hari yang hangat dengan menikmati tarikan utama yang ada di sini - SnoWalk, Red Carpet 2 dan WaterWorld. Pada waktu malam, City of Digital Lights menjadi hidup dan anda boleh menonton dengan penuh kagum apabila seluruh kawasan mula diterangi lampu berwarna-warni dan memukau.
- Lokasi: AJ CityPark, D-1-G, Jalan Multimedia 7/Ah, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor
20. Taman Air Bukit Gambang
Taman Air Bukit Gambang terletak di sebelah pantai timur Pahang. Taman air ini direka dan dibina di tengah-tengah persekitaran hutan sekunder yang subur. Taman tema air ini adalah sebahagian daripada Bukit Gambang Resort City (BGRC), sebuah destinasi peranginan bersepadu yang dijadikan sebagai destinasi sehenti di negeri ini untuk aktiviti rekreasi.
Taman air ini juga telah diiktiraf sebagai Taman Air Terbaik di Malaysia pada tahun 2011 dan tidak hairanlah - beberapa tarikan popular di sini termasuk kolam ombak terbesar di Malaysia dengan 8 corak ombak yang berbeza, tunggangan rakit keluarga terpanjang, gelongsor kanopi terpanjang serta pelumba 6 lorong terpanjang di Malaysia.
- Lokasi: Bukit Gambang Resort City, 26300 Gambang, Pahang
Dapatkan harga terbaik untuk pelbagai tempat menarik di Klook 🎟
Lebih banyak inspirasi perjalanan untuk anda!
💡 Petua Klook 💡Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk mendapatkan maklumat tawaran pelancongan yang terkini dan terbaik khas untuk anda! Anda juga akan mendapat diskaun 5% untuk tempahan aplikasi pertama anda apabila menggunakan kod promosi <BETTERONAPP>. Terma dan syarat dikenakan.
Tersedia untuk dimuat turun di App Store dan Play Store. Sudah ada pada peranti mudah alih anda? Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini: