19 Tempat menarik di Cameron Highlands: Taman bunga, ladang strawberi, glamping dan banyak lagi!

Adhira Dianna
Adhira Dianna
Last updated 19 Jan 2024
tempat menarik di cameron highlands

Photo Credits: @cindezielah, @anashkrh

Panduan percutian Cameron Highlands ๐Ÿ“

cameron highlands resort hotel
Photo Credit: @cameronhighlandsresort
Dengan udara segar, pemandangan yang indah dan cuaca sejuk sepanjang tahun, Cameron Highlands adalah salah satu daripada destinasi paling popular dan digemari di Malaysia. Korang nak lari daripada cuaca panas dan bercuti di tempat sejuk bersama orang tersayang, keluarga atau kawan-kawan?
Kami sediakan senarai tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi dan aktiviti yang menyeronokkan untuk dibuat di Cameron Highlands!

Tempat yang wajib dilawati & aktiviti menyeronokkan di Cameron Highlands ๐Ÿ“

1. Taman Teh BOH

Cameron Highlands Trip
Photo Credits: @celeste.chingyee
cameron highlands boh tea plantation
Photo Credit: @jiayeeeeeeeeee
Taman Teh BOH semestinya salah satu pemandangan paling ikonik di Cameron Highlands, menawarkan ladang teh yang terbentang luas. Taman teh ini penuh dengan sejarah dari sejak hampir seabad lalu dan menempatkan kilang teh BOH yang pertama yang mana dibina pada tahun 1930-an. Selain daripada berjalan-jalan di ladang ini, anda juga boleh melawat kilang teh, membeli cenderamata di kedai cenderamata di sini dan hirup teh sambil menikmati pemandangan ladang teh.

2. Mossy Forest

Mossy Forest Cameron Highlands
Photo Credits: @lazmanlee
Mossy Forest Cameron Highlands
Photo Credits: @aika.daniel
Mossy Forest Cameron Highlands
Photo Credits: @144ontour
Anda pernah dengar tentang Mossy Forest yang bermisteri di Gunung Brinchang? Dengan suasana seperti kisah dongeng, anda boleh terokai Mossy Forest Cameron Highlands. Terletak di ketinggian 2,032 meter, hutan yang dipenuhi lumut ini kelihatan seperti dari filem Lord Of The Rings atau Avatar. Ia sukar untuk anda datang sendiri, jadi kami cadangkan untuk anda sertai lawatan (bersama pemandu arah profesional dan pengangkutan hotel) supaya perjalanan anda lebih mudah.

3. Gunung Jasar

cameron highlands gunung jasar
Photo Credit: @aiman.azims
Anda nak mulakan hari anda dengan senaman? Anda boleh mendaki Gunung Jasar, sebuah gunung yang popular bagi pencinta alam semula jadi dan pendaki gunung! Laluannya taklah terlalu sukar dan anda boleh menghirup udara segar sambil menikmati pemandangan indah Tanah Rata dan Cameron Highlands dari atas, menjadikannya sangat berbaloi. Tempah lawatan mendaki Gunung Jasar di Klook yang termasuk dengan perkhidmatan pengangkutan hotel, pemandu arah profesional, juga singgah di Taman Camellia Tan, taman Camellia yang sangat indah.

4. Taman Flora Cameron (Cameron Flora Park)

cameron flora park cameron highlands new picnic spot
Photo Credit: @betty_1023
cameron flora park cameron highlands new picnic spot
Photo Credit: @ch_flora_park
cameron flora park cameron highlands new picnic spot
Photo Credit: @ch_flora_park
Taman Flora Cameron adalah sebuah taman bunga yang terletak di Ladang Kea, sebuah kawasan pertanian di Cameron Highlands. Jika anda sukakan bunga, anda pasti akan gembira melihat semua jenis bunga yang mekar di sini. Selain daripada dapat berjalan-jalan di laluan dan tangga di taman ini, pelawat juga boleh berkelah sambil dikelilingi bunga merah jambu yang terbentang luas. Anda boleh bawa snek, berpakaian cantik dan bersedia untuk bergambar di Taman Flora Cameron!

Itinerari 2H1M Cameron Highlands ๐Ÿ“

5. Taman Lavender Cameron

cameron highlands lavender garden
Photo Credit: @sffafaiii.daud
cameron highlands lavender garden
Photo Credit: @sffafaiii.daud
lavender garden cameron highlands
Photo Credit: @maysha.maliat
Ada satu lagi tempat untuk pencinta bunga! Taman Lavender (juga dikenali sebagai Cameron Lavender) adalah sebuah tarikan popular di Cameron Highlands. Terletak cuma 10km daripada pekan Brinchang, Taman Lavender ini bukan saja dipenuhi dengan pelbagai jenis lavender, tapi juga ros Jepun, bunga seri pagi, bunga tiga bulan dan bunga daisy pelbagai warna. Taman ini juga dihiasi dengan comel untuk anda bergambar dan mempunyai kedai-kedai yang menjual segalanya, daripada cenderamata kepada aiskrim perasa lavender buatan sendiri.

6. Kea Farm Market

cameron highlands kea farm market
Photo Credit: @riana_mdnor
cameron highlands kea farm market
Photo Credit: @riana_mdnor
cameron highlands kea farm market
Photo Credit: @riana_mdnor
Anda boleh melihat kehidupan warga tempatan di Pasar Ladang Kea (Kea Farm Market), salah satu pasar terbesar di Cameron Highlands. Pasar yang popular ini buka kebanyakannya pada waktu siang dan dikenali sebagai tempat terbaik untuk membeli sayur-sayuran segar, buah-buahan, bunga, snek (seperti jagung kukus, aiskrim buatan sendiri dan ubi keledek goreng!) dan pelbagai jenis perhiasan kecil yang dijual oleh penjual tempatan dan petani. Berseronoklah sambil menerokai pasar ini dan cuba kemahiran tawar-menawar anda di sini!

7. The Sheep Sanctuary

the sheep sanctuary cameron highlands
Photo Credit: @_cindezielah
Sambil anda berjalan-jalan di Pasar Ladang Kea, perhatikan papan tanda besar dengan kartun kambing biri-biri dan singgahlah di The Sheep Sanctuary - tempat ini menempatkan kambing biri-biri yang gebu dan comel! Pelawat boleh membelai, memberi makan dan bermain dengan kambing biri-biri yang sama ada berada dalam kurungan atau yang bebas berjalan di sini. Terdapat juga sebuah kafe kecil dengan pemandangan taman ini di mana anda boleh berehat selepas penat berjalan. Dapatkan tiket anda ke The Sheep Sanctuary di Klook tanpa perlu beratur - kami juga ada pakej kombo keluarga dengan harga diskaun.ย 

8. Ladang Strawberi

Cameron Highlands Trip
Photo Credits: @najihahrhadzi
big red strawberry farm cameron highlands
Photo Credit: @bazilahazmi
Selain daripada teh dan sayur yang segar, strawberi juga merupakan ikon Cameron Highlands. Cuaca sejuk di tanah tinggi ini menjadikannya tempat yang sempurna untuk menanam strawberi sepanjang tahun, jadi sebab itulah Cameron Highlands penuh dengan ladang strawberi yang luas sama ada di Tanah Rata, Brinchang, mahupun Ladang Kea. Rasai pengalaman mengutip strawberi yang besar dan berjus, nikmati produk-produk strawberi seperti wafel, aiskrim, biskut, jem, minuman dan banyak lagi!
๐Ÿ“ Ladang strawberi popular termasuklah 7 Strawberry Farm, Raju's Hill Strawberry Farm, dan Big Red Strawberry Farm.

9. Cactus Valley

cameron highlands cactus point valley
Photo credit: @giorgiacpr_
cactus valley cactus point cameron highlands
Photo Credit: @giorgiacpr_
Bawa pulang pasu-pasu kecil kaktus sebagai buah tangan daripada percutian anda, sama ada untuk diri anda, mahupun untuk kawan-kawan dan keluarga. Cactus Valley ini berada di cerun bukit dengan pemandangan pekan Brinchang dan mempunyai beberapa koleksi kaktus, bunga dan pelbagai jenis tumbuhan hiasan. Kami dengar ada beberapa spesis kaktus di sini tak pernah ditemui di negara lain! Pelajari sepsis kaktus yang unik di sini dan bawa pulang pokok kaktus bersama anda. Anda juga boleh melawat Cactus Point, kawasan tanaman yang seiras yang terletak di beberapa batu daripada Brinchang.

10. Glamping di Stellar GoldenHill Cameron Highlands

Stellar GoldenHill in Cameron Highlands
Glamping experience at Stellar GoldenHill Cameron Highlands
Glamping at Cameron Highlands in Stellar GoldenHill Cameron
Manjakan diri anda dengan pemandangan bukit yang menakjubkan dan penginapan yang tak terlupa dalam caravan yang selesa! Stellar GoldenHill Cameron adalah tapak glamping caravan di bukit untuk pelarian alam yang tidak konvensional, sesuai untuk pasangan, keluarga dan kawan-kawan. Stellar GoldenHill juga menawarkan khemah menarik untuk penginapan, tetapi jika anda ada lebih untuk berbelanja, kami sangat mengesyorkan anda untuk menempah caravan tanda tangan mereka, yang menyediakan pengalaman penginapan yang unik dalam ruang yang menawan dan bergaya, dilengkapi dengan perabot mewah dan hiasan rustic. Yang terbaik ialah setiap unit juga mempunyai ruang luaran peribadi sendiri dengan tempat duduk dan meja, diatur khas untuk anda bersantai di luar dan menikmati udara sejuk!

11. Jim Thompson Tea Room, Cameron Highlands Resort

cameron highlands resort hotel
Photo Credit: @cameronhighlandsresort
Anda mencari tempat untuk minum petang? Anda boleh melawat Jim Thompson Tea Room yang terletak di Resort Cameron Highlands yang ikonik ini. Ruang elegan bersama tingkap besar, perabot vintaj dan hiasan klasik - kebanyakan orang datang ke sini sama ada untuk set minum petang (bersama pemanis mulut atau hidangan savuri tiga tingkat) atau makan tengah hari. Jika anda datang pada hujung minggu atau pada musim cuti, kami cadangkan untuk anda buat tempahan dahulu. Bersantailah bersama orang tersayang sambil menikmati hidangan dan teh yang enak. Alami pengalaman yang tak dapat dilupakan dengan menempah penginapan anda di Resort Cameron Highlands yang indah ini!

12. The Lakehouse

the lakehouse cameron highlands
Photo Credits: @ashlynn.beh
the lakehouse cameron highlands
Photo Credits: @fasihahmohamedsidek
the lakehouse cameron highlands hotel
Photo Credit: @thelakehousecameronhighlands
Diinspirasi oleh warisan Inggeris, The Lakehouseย  adalah sebuah lagi hotel butik gaya kolonial yang menawan di Cameron Highlands. Terletak di taman yang cantik dan bilik gaya rumah dan suite yang dihiasi dengan hiasan antik, anda boleh menempah penginapan anda di sini atau makan di salah satu restoran, ruang rehat atau bar di sini. Salah satu tempat makan kegemaran kami di The Lakehouse adalah Lakeview Terrace, sebuah ruang yang indah di mana anda boleh menikmati makan tengah hari, snek atau minum petang gaya Inggeris dan skon sambil berjemur di bawah matahari.

13. Pasar Malam Golden Hill (Golden Hill Night Market)

golden hill night market
Photo Credit: @seetyngggjoy
golden hill night market
Photo Credit: @seetyngggjoy
Pasar Malam Cameron Highlands dibuka setiap Jumaat sehingga Ahad di Golden Hills, sebuah kawasan kediaman di Tanah Rata. Bagi mereka yang sukakan pasar malam, singgahlah ke gerai yang menjual tanaman segar, buah-buahan, tanaman hiasan, permainan, cenderamata dan snek (cendawan goreng, strawberi bersalut coklat, apam balik, jagung barbeku dan banyak lagi!). Pasar malam ini dibuka dari 5 petang sehingga 11 malam - kami cadangkan anda datang awal sebelum ia sesak.

14. Taman Rama-Rama

butterfly farm butterfly garden cameron highlands
Photo Credit: @capucrl
butterfly farm butterfly garden cameron highlands
Photo Credit: @capucrl
Juga terletak di Ladang Kea di Brinchang, Taman Rama-Rama adalah satu lagi tarikan mesra keluarga di Cameron Highlands. Malah, ia merupakan salah satu tarikan yang paling lama di sini dan bermula sebagai hobi salah seorang pengasasnya yang mahu mencipta ruang indah untuk membiak rama-rama yang cantik. Terokai taman bunga yang penuh dengan rama-rama yang terbang bebas dan beri makan kepada haiwan yang jinak seperti arnab, itik dan tikus belanda! Terdapat satu lagi taman rama-rama dipanggil Butterfly Garden yang terletak berdekatan.

15. O&R Garden

O&R Garden Cameron Highlands
Photo credit: O&R Garden Cameron Highlands
O&R Garden things to do in Cameron Highlands
O&R Garden things to do in Cameron Highlands
Photo credit: O&R Garden Cameron Highlands
Terletak di Brinchang, O&R Garden merupakan sebuah ladang dan taman yang luas. Permata terpendam ini menjadi rumah kepada lebih daripada 100 spesies orkid dan 30 spesies mawar, syurga bagi mereka yang suka melihat bunga-bunga yang berwarna-warni ini. Kanak-kanak juga pasti akan menikmati zoo mini di sini kerana mereka boleh berinteraksi dengan haiwan berbulu seperti kambing, landak, arnab, musang, kalkun dan banyak lagi!

16. The Time Tunnel Museum

cameron highlands time tunnel museum
Photo Credit: @antlee.lla
Time Tunnel adalah sebuah muzium comel yang terletak di Brinchang, yang menempatkan koleksi-koleksi memorabilia, artifak dan barang koleksi daripada zaman dahulu! Mengembaralah ke zaman dahulu kala dan terokai muzium ini bersama kawan-kawan atau keluarga dan bergambarlah di sudut bergambar yang direka berdasarkan suasana nostalgia seperti kedai gunting rambut tradisional, dapur gaya lama, kopitiam klasik dan banyak lagi. Jika anda merancang untuk bercuti di Cameron Highlands bersama anak-anak, pastikan anda bawa mereka untuk terokai zaman sebelum mereka dilahirkan.

17. Honey bee farms

cameron highlands honey bee farm
Terdapat beberapa ladang lebah madu di Cameron Highlands, seperti Cameron Tringkap Bee Farm, Ee Feng Gu Bee Farm dan Melipoly Cameron Highland Bee Gallery. Anda boleh belajar lebih lanjut mengenai lebah madu, bagaimana mereka dipelihara dan dijaga di sarang lebah ini (tempat di mana sarang lebah madu disimpan) serta membeli madu yang sedap sebagai hadiah dan cenderahati!

18. Jim's Vegetable Farm

Jim's Vegetable Farm di Cameron Highlands
Jim's Vegetable Farm di Cameron Highlands adalah tempat best untuk mereka yang nak rasa pengalaman pertanian sebenar dan nikmati kesegaran alam. Di sini, korang boleh belajar tentang cara-cara tanam sayuran yang baik dan sihat, malah ada peluang untuk petik sayur sendiri! Ladang ni penuh dengan sayur-sayuran yang segar, dan kadang-kadang ada juga buah-buahan atau bunga. Selain tu, korang juga boleh rasa jus atau salad terus dari hasil tanaman di ladang. Memang sesuai untuk sesiapa yang cari aktiviti santai sambil belajar lebih tentang pertanian berkelanjutan.

19. Glamping di The Backyard Glamping

the Backyard Glamping Cameron Highlands
The Backyard Glamping di Cameron Highlands menawarkan cara seronok dan mewah untuk berkhemah sambil nikmati alam. Tent-tent di sini dilengkapi dengan segala kemudahan macam katil yang comfy, bilik mandi sendiri, dan hiasan yang cantik, jadi korang dapat rasai pengalaman 'glamping' yang selesa. Lokasinya yang strategik memudahkan korang untuk jelajah tempat menarik sekitar seperti ladang teh dan kebun sayur. Ada juga aktiviti macam hiking dan duduk santai dekat api unggun. Kalau nak escape dari kesibukan bandar dan chill dalam alam, tempat ni memang sesuai!

Lawatan di Cameron Highlands โ›ฐ


Apa itu Klook? ๐Ÿคณ๐Ÿป

klook kod promo pengguna baru
Anda baru sahaja kenal aplikasi Klook? Merancang perjalanan dalam masa terdekat? Kami ada segala-galanya dari A hingga Z untuk anda! Tempah tiket masuk, hotel, lawatan, insurans perjalanan, pas perjalanan, dan semua keperluan di Klook hanya dengan beberapa klik. Gunakan kod <BETTERONAPP> untuk potongan 5% bagi tempahan pertama anda melalui aplikasi Klook! ๐Ÿ“ฑ

๐Ÿ’ก Tip Klook ๐Ÿ’ก Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun ๐Ÿ“ฒ
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. ๐Ÿงก
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
โœ๏ธ Blog | ๐Ÿ“˜ Facebook | ๐Ÿ“ท Instagram | ๐Ÿ“ฑ TikTok | ๐Ÿ“• Xiaohongshu | ๐Ÿ”ตTelegram