Makanan halal, sedap & tempat menarik di Ipoh
Ipoh adalah sebuah kota tenang di Malaysia dengan makanan, budaya dan pemandangan indah. Selain daripada kopi putih Ipoh, tau fu fah dan lukisan dinding, Ipoh juga mempunyai gunung kars batu kapur, gua dan mata air panas yang tenang.
Sama ada anda mencari pengembaraan atau ketenangan, semuanya pasti ada di sini. Lihat panduan untuk perkara terbaik untuk dilakukan di Ipoh, termasuk tarikan yang wajib dikunjungi dan restoran, kafe bersama makanan tempatan yang terbaik di sini!
Diskaun 5% untuk tempahan pertama anda 🧡
Baru kenal Klook? Muat turun Aplikasi Klook dan gunakan kod <BETTERONAPP> untuk nikmati diskaun 5% untuk tempahan pertama anda di Klook! Dari pakej hotel hingga tiket tarikan dan baucar makan, kami ada tawaran dan pengalaman terbaik khas untuk anda.
Tempat yang wajib dikunjungi di Ipoh
1. Concubine Lane
Dua jalan ini wajib dikunjungi apabila anda berada di Ipoh. Berjalan di lorong-lorong dengan kedai-kedai butik comel, kafe yang tenang, kedai-kedai pencuci mulut dan dinding-dinding yang dihiasi dengan lukisan dan seni jalanan.
Bersedialah untuk bergambar dengan latar belakang yang cantik dan pastikan anda singgah ke kedai yang menarik minat anda - anda boleh membeli perhiasan kecil dan cenderamata tempatan, tau fu fah, roti bakar keju pelangi, dan juga aiskrim di sepanjang jalan ini.
2. Kong Heng Square
Terletak tak jauh daripada Concubine Lane, Kong Heng Square adalah tempat yang menawarkan pelbagai jenis makanan (termasuk restoran, kafe Plan B), butik pakaian dan barang perhiasan. Tempat ini pernah diabaikan, tapi telah dibina semula sebagai tempat melepak yang ceria dan menarik di tengah-tengah kota Ipoh.
Ramai orang akan singgah ke Kong Heng Square Artisan Market di mana anda boleh temui gerai-gerai kecil yang menjual cenderamata, seni tangan, makanan dan banyak lagi!
Alamat: 75a, Jalan Bandar Timah, 30000 Ipoh, Perak
3. BookXcess Kong Heng
Terletak di Kong Heng Square, BookXcess Kong Heng hanya mula dibuka pada April 2019 dan telah menjadi tempat menarik di sini. Yang uniknya, ruang ini dahulunya merupakan salah satu bank paling sibuk di Ipoh!
Diubah suai menjadi kedai buku yang baru, buku-buku di sini diletakkan di dalam peti simpanan bank dan kotak-kotak deposit lama. Elemen bank dari zaman 1980-an dikekalkan dalam keadaan asalnya, yang memberikan pengalaman unik kepada pengunjung.
Alamat: 91, Jalan Sultan Yusof, 30000 Ipoh, Perak
4. Muzium Yasmin Ahmad
Bagi mereka yang menonton (dan meminati) filem-filem yang diarahkan oleh Allahyarhamah Yasmin Ahmad, anda patut mengunjungi ke Muzium Yasmin Ahmad, sebuah muzium kecil dan unik (sekarang terletak di tingkat bawah BookXcess Kong Heng) yang dibina untuk mengajar dan memberi inspirasi kepada pengunjung untuk mencipta filem dan skrip iklan sendiri, sama seperti Allahyarhamah Yasmin.
Walaupun ia merupakan ruang yang kecil, ia penuh dengan puisi, filem-filem dan gambar-gambar nostalgia- anda boleh habiskan sejam di sini untuk melihat semuanya.
Alamat: 91, Jalan Sultan Yusof, 30000 Ipoh, Perak
5. Lukisan Dinding di Ipoh Old Town
Bangunan-bangunan lama Ipoh dihiasi semula dengan beberapa lukisan dinding gaya tempatan dan unik oleh pelukis Lithuania, Ernest Zacharevic pada tahun 2014. Karya seninya ada di seluruh kota ini, di lorong-lorong dan di belakang bangunan-bangunan. Dapatkan peta dari Pusat Maklumat Pelancong yang akan membantu anda mencari semuanya!
Ini antara seni kegemaran kami yang anda patut cari:
- Kopi O Ikat Tepi (tempat letak kereta di Jalan Tun Sambanthan)
- Pak Cik Tua Minum Kopi (bertentangan Pusat Maklumat Pelancong Ipoh)
- Lelaki Dengan Beca (di sudut Jalan Market)
- Burung Madu Kuning (di Jalan Panglima)
- Kanak-kanak Menaiki Kapal Terbang Kertas (di Jalan Tun Sambanthan)
6. Lost World of Tambun
Bagi mereka yang meminati taman tema, pastikan anda ke Lost World of Tambun apabila anda ke Ipoh! Dikenali sebagai salah satu tarikan mesra keluarga di Malaysia, Lost World of Tambun menawarkan aktiviti dan permainan di tengah-tengah landskap semula jadi yang indah.
Berseronoklah dengan menaiki roller coaster, berendam di mata air panas dan melihat rakun, rusa, dan arnab secara dekat di zoo haiwan jinak ini. Kami mencadangkan anda untuk meluangkan seharian bagi meneroka seluruh taman ini yang dilengkapi dengan persembahan api dan hutan berkilau yang misteri.
Alamat: 1, Persiaran Lagun Sunway, Sunway City, 31150 Ipoh, Perak
7. Banjaran Hotsprings Retreat
Anda tak meminati taman tema? Bersantailah bersama alam semula jadi. Banjaran Hotsprings Retreat adalah tempat kecergasan tenang yang terletak di sebuah lembah 22.7 ekar yang dikelilingi oleh gua-gua batu kapur yang telah wujud lebih 400 juta tahun.
Dapatkan pas sehari anda yang akan memberi anda akses kepada semua kemudahan tanpa perlu bermalam di sini, termasuklah mata air panas geoterma, kolam tempat berendam, gua hangat, gua kristal, mandian ais, kolam renang bebas dan banyak lagi.
8. Taman Rekreasi Gunung Lang
Taman Rekreasi Gunung Lang terletak sejauh 5 km dari bandar Ipoh dan sebuah kawasan batu kapur dengan pembentukan batu kapur unik yang menawarkan pemandangan indah untuk bergambar.
Terdapat tasik yang cantik, menara yang menawarkan pemandangan alam semula jadi yang indah, air terjun dan kemudahan-kemudahan lain seperti taman permainan, tapak perkelahan dan zoo mini! Bersedialah untuk pengembaraan bersama alam semula jadi di sini.
Alamat: Jalan Damai, 30100 Ipoh, Negeri Perak
9. Qing Xin Ling Leisure and Cultural Village
Qing Xin Ling Leisure and Cultural Village adalah sebuah tempat tersembunyi di Ipoh. Namanya diterjemahkan kepada “bukit tenang” dalam bahasa Mandarin, suasana dan landskap di sini memang sesuai dengan namanya.
Taman rekreasi ini menawarkan pelbagai jenis aktiviti menyeronokkan yang sesuai bagi semua peringkat usia, anda boleh mengelilingi taman ini dengan menaiki beca atau basikal, bergambar di tempat-tempat seni di seluruh kawasan ini, melihat keindahan hiasan antik, berkelah, membuat hajat di pokok Banyan purba dan banyak lagi. Kami mencadangkan anda meluangkan sekurang-kurangnya dua jam di sini.
Alamat: 22A, Persiaran Pinggir Rapat 5a, Taman Saikat, 31350 Ipoh, Perak
10. Kellie's Castle
Teruskan pengembaraan anda di Istana Kellie (Kellie's Castle), sebuah tarikan terkenal Ipoh yang menggabungkan keindahan, misteri dan tragedi. Istana ini dibina oleh pemilik ladang Scotland untuk isteri kesayangannya (sama seperti kisah Taj Mahal!) tapi malangnya tak siap dibina selepas dia meninggal dunia.
Tanah istana ini menjadi sebuah misteri selama bertahun-tahun lamanya, tiga terowong rahsia ditemui dan terdapat kisah seram, dan juga khabar angin penampakan benda ghaib di sini.
Alamat: 31000 Batu Gajah, Perak
11. Gua Tempurung
Kalau anda mencari lebih banyak pengembaraan, anda boleh ke Gua Tempurung! Gua ini merupakan salah satu gua batu kapur paling besar di semenanjung Malaysia, terletak di Gopeng, kira-kira 24 km selatan Ipoh.
Ia terkenal di kalangan peminat gua dan anda boleh sertai lawatan pelbagai saiz dan kesukaran. Gua ini mempunyai kubah besar, laluan sungai sempit, kebuk besar dan pembentukan batu-batu yang hebat yang cuma boleh ditemui di sini.
Alamat: Pusat Pelancongan Gua Tempurung, 31600 Gopeng, Negeri Perak
12. Sam Poh Tong Temple
Terletak tak jauh dari kota di hujung selatan Ipoh, Tokong Sam Poh Tong adalah tokong gua indah yang terletak dalam bukit batu kapur semula jadi. Ia dikatakan merupakan salah satu tokong gua paling besar di Malaysia dan ditemui oleh seorang sami Buddha dari China pada tahun 1921.
Terokai pavilion yang dihiasi dengan cantik, landskap indah, kolam ikan yang besar, tempat sembahyang dan anda boleh mendaki tangga untuk melihat pemandangan Ipoh dari puncak!
Alamat: Kampung Gunung Rapat, 31350 Ipoh, Perak
Percutian Day Trip Dari Ipoh
13. Gopeng
Gopeng adalah bekas tempat pelombongan timah Perak yang terletak cuma 17 km (sejauh 30 minit) di tenggara Ipoh. Kota tenang ini sesuai untuk pencinta alam semula jadi yang ingin menerokai hutan hujan yang indah, sungai, gua dan cenuram batu kapur.
Anda boleh menaiki rakit air putih di Sungai Kampar, mendaki laluan Bukit Batu Putih atau pelajari sejarah Gopeng di Muzium Gopeng yang menempatkan lebih 300 barang antik dari zaman pelombongan timah.
14. Taiping
Taiping adalah bandar kedua paling besar di Perak, sering menjadi pilihan kedua selepas Ipoh, namun menawarkan banyak benda di sini. Kota lama yang menawan ini menawarkan seni bina kolonial yang dijaga dengan rapi, bangunan-bangunan bersejarah, taman-taman yang indah, resort bukit paling lama di negara ini dan juga muzium paling tua di Semenanjung Malaysia.
Singgah ke Taiping untuk bersantai di Taman Tasik Taiping, mendekati lebih 1,200 haiwan di Zoo Taiping, melawat Kilang Kopi Antong dan mengunjungi Menara Jam Taiping yang ikonik.
Restoran, kafe & makanan halal yang best di Ipoh
15. New Hollywood Canning Garden
Ini merupakan tempat terbaik untuk menikmati makanan Cina halal di Ipoh. New Hollywood Canning Garden terkenal dengan chee cheong fun Hong Kong yang disediakan bersama udang atau ayam segar. Antara makanan yang enak di sini adalah mi wonton, cakoi dan mi kari. Pastikan anda datang awal sebelum orang mula ramai. Kalau tak, anda perlu beratur panjang!
Alamat: Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak
16. Funny Mountain Tau Fu Fah
Tau fu fah (tauhu soya) adalah pencuci mulut yang wajib dicuba di Ipoh! Ia dikatakan yang tau fu fah di sini diperbuat dengan mata air di Ipoh, memberikan rasa dan tekstur yang unik. Tempat kegemaran kami untuk menikmati tau fu fah adalah di Funny Mountain, kedai yang diuruskan oleh keluarga yang menjual tau fu fah sejak lebih 60 tahun lalu. Anda juga boleh “pandu lalu” untuk mendapatkan tau fu fah dan makan di dalam kereta!
Alamat: 50, Jalan Mustapha Al-Bakri, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak
17. Kedai Kopi Yong Suan
Nasi Ganja sebenarnya adalah Nasi Kandar, perkataan yang dicipta oleh penduduk tempatan sebab ia boleh jadi satu ketagihan. Mulakan hari anda dengan nasi ganja terbaik di Kedai Kopi Yong Suan, sebuah kedai kopi lama yang telah dijalankan sejak lebih 60 tahun lalu.
Walaupun ada masanya ia penuh dengan ramai orang, perkhidmatan di sini cepat dan efisien, jadi anda tak perlu risau kalau anda nampak orang beratur panjang (malah, kebanyakan orang beratur untuk bungkus makanan). Nikmati nasi ganja dengan ayam merah, telur masin, sayur dan kari yang enak.
Alamat: 2, Jalan Yang Kalsom, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Negeri Perak
18. Mee Kari Kak Yah
Restoran Mee Kari Kak Yah adalah tempat sarapan halal yang terkenal di Ipoh, digemari sebab ia menawarkan pelbagai jenis makanan yang enak. Sama ada anda nak makan mi kari, bihun sup, cheong fun, nasi lemak, roti bakar atau kuih-muih, anda pasti akan temui semuanya di sini. Anda pasti kekenyangan kalau anda singgah ke sini!
Alamat: Jalan Jelapang Selatan 1, Kampung Tengku Husin Hujong, 30020, Ipoh
19. Platf9rm Coffee Café
Peminat Harry Potter, anda wajib ke kafe ini apabila berada di Ipoh. Terletak di Concubine Lane, Platf9rm Coffee Cafe menarik ramai peminat sejak ia dibuka disebabkan hiasan dalaman indah yang seolah-olah anda berada dalam filem Harry Potter.
Sementara anda di sini, pastikan anda dapatkan segelas butterbeer yang diperbuat daripada kombinasi karamel dan butterscotch (0% alkohol, 100% halal!) - sesuai untuk menghilangkan dahaga.
Alamat: 22, Lorong Panglima, Concubine Ln, 30000 Ipoh, Negeri Perak
20. Asow Eatery Station
Anda pasti akan temui ketenangan di Asow Eatery Station, kafe rumah kaca pertama di Ipoh. Kafe ini nampak seperti tapak semaian pokok dari luar dan dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan, kaunter batu bata dan tingkap kaca yang besar di dalam. Di sini mempunyai pelbagai pilihan makanan dan minuman dalam menu, sesuai untuk minum petang, minum kopi atau makan tengah hari mahupun makan malam.
Alamat: PT 188913 Jalan Tambun Baru, Ampang Baru 6, Ampang Baru New Village, Ipoh, Perak
Dah bersedia untuk percutian Ipoh anda?
Tempah tiket tarikan, pakej hotel, lawatan sehari dan keperluan percutian lain dengan diskaun untuk percutian Ipoh anda di Klook! Dapatkan tawaran terbaik di sini.