10 Destinasi Sejuk Di Malaysia Untuk Percutian Yang Menyegarkan Jauh Dari Bandar

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 14 Jun 2023
Chilly Getaways Malaysia

Photo Credits: @najihahrhadzi, @calvert.wl, @celeste.chingyee

Lari dari cuaca panas! Jom ke destinasi-destinasi sejuk di Malaysia 🌨️

Laban Rata Kundasang Sabah
Photo Credits: @adlybilly
Masih belum mampu untuk bercuti ke luar negara? Jangan risau, kita masih boleh lari dari cuaca panas terik di Malaysia ni! Ini dia senarai tempat yang anda boleh kunjungi untuk nikmati udara segar dan cuaca yang sejuk ❄️ - bolehlah pakai pakaian tebal dan bersedia untuk pengembaraan sejuk bersama keluarga, kawan-kawan, atau pasangan anda 💙
Tempat sejuk yang best di Malaysia:
  1. Cameron Highlands
  2. Genting Highlands
  3. Fraser's Hill
  4. Bukit Tinggi
  5. Janda Baik
  6. Bukit Larut
  7. Penang Hill
  8. Kundasang
  9. Tambunan
  10. Kelabit Highlands

Dapatkan diskaun 5% untuk tempahan pertama anda!

klook kod promo pengguna baru
Baru kenal Klook? Muat turun Aplikasi Klook dan gunakan kod <BETTERONAPP> untuk nikmati diskaun 5% untuk tempahan pertama anda di Klook! Dari pakej hotel hingga tiket tarikan dan baucar makan, kami ada tawaran dan pengalaman terbaik khas untuk anda.
Muat turun Aplikasi Klook: App Store | Google Play

Destinasi-destinasi sejuk di Malaysia ❄️

1. Cameron Highlands

Cameron Highlands Trip
Photo Credits: @celeste.chingyee
Cameron Highlands Trip
Photo Credits: @najihahrhadzi
Cameron Highlands memang sangat terkenal di kalangan rakyat Malaysia! Dengan udara segar, tanaman teh, taman bunga dan ladang strawberi, inilah percutian hujung minggu yang popular sejak berabad lamanya. Antara aktiviti yang kami suka buat di sini termasuk makan stimbot (sup panas pada waktu malam memang menyegarkan) dan petik strawberi.
Kalau anda nak tahu, Cameron Highlands juga tempat terletaknya Mossy Forest indah dan misteri macam dalam filem. Terletak di Gunung Brinchang, ia berada di tempat kelima dalam senarai Lonely Planet bagi Hutan Paling Indah Untuk Bergambar Di Dunia.

2. Genting Highlands

Genting Highlands
Photo Credits: @antungyau
genting skytropolis indoor theme park
Photo Credit: @yasmatthews
云顶高原 景色
Genting Highlands adalah sebuah lagi tempat percutian sejuk yang mudah untuk dikunjungi. Sejak Resorts World Genting diubah suai, Genting memang dah lain. Sebab dah ada penambahan tarikan baru dan aktiviti-aktiviti baru! 🎢
Jom berseronok dengan permainan gaya pesta ria di Taman Tema Genting Skytropolis, membeli-belah sepuasnya di Pusat Beli-Belah Premium Genting, atau nikmati secawan kopi di kedai Starbucks unik ini yang dikelilingi dengan gunung-ganang dan kabus!
Tempah keperluan perjalanan Genting anda di Klook!

3. Fraser's Hill

fraser hill 景色
Fraser's Hill adalah sebuah lagi tempat indah yang terletak di pergunungan Pahang. Dengan koleksi bangunan gaya Tudor, ia masih kekal dengan tarikan zaman kolonial yang kelihatan seperti kampung Inggeris lama.
Peminat alam semula jadi pasti seronok menerokai Fraser’s Hill, destinasi yang menawarkan pelbagai keseronokan daripada melihat burung kepada merentas hutan (laluan mesra keluarga di mana anda boleh melihat pemandangan indah di penghujungnya!) dan menunggang kuda.

4. Colmar Tropicale, Bukit Tinggi

Bukit Tinggi French Village at Colmar Tropicale Berjaya Hills
Photo Credit: @glenescapes (Instagram)
Bukit Tinggi French Village at Colmar Tropicale Resort Berjaya Hills
Photo Credit: @shafikkkkka_ (Instagram)
bukit tinggi 法国村 气候
Photo Credits: @syazlinzainal (Instagram)
Terletak pada 2,700 kaki di aras laut di tengah-tengah hutan hujan semula jadi, Colmar Tropicale adalah sebuah resort yang bertemakan Perancis dan berdasarkan kota Colmar abad ke-18 di Perancis! Bersiar-siar di atas jalan batu buntar di mana terdapat kafe Perancis, galeri seni dan kedai butik menawan untuk merasai suasana Perancis tanpa perlu menaiki penerbangan selama 13 jam. Jangan lupa singgah di Japanese Village yang tenang dan terletak berhampiran di situ, serta nikmati pastri segar dari kedai roti Perancis.

5. Janda Baik

eighty seven janda baik nature retreat malaysia
Photo Credit: @mariafarlina
Tiarasa Escapes Glamping Janda Baik Malaysia
Photo Credits: @mimalyahya
Tiarasa Escapes Glamping Janda Baik Malaysia
Photo Credits: @sharonliwei
Terletak cuma 45 minit dari KL dan jauh dari kesibukan bandar, Janda Baik adalah tempat percutian yang dikelilingi alam semula jadi. Bermalamlah sambil dikelilingi pokok-pokok dan kebun buah-buahan di sini!

6. Bukit Larut, Perak

Maxwell Hill Taiping Malaysia
Photo Credits: @taslemraziff
Maxwell Hill Taiping Malaysia
Photo Credits: @hanis.suhaimi
Bukit Larut (dahulunya dikenali sebagai Bukit Maxwell) terletak di altitud 1,250 meter di paras laut dan mempunyai cuaca sejuk dan pemandangan indah bandar Taiping. Bukit ini adalah tempat percutian ideal bagi mereka yang mahu lari dari tempat lembap di Malaysia dan jauh dari kesibukan bandar. Pssst, Bukit Larut cuma terletak sejam dari Ipoh!

7. Penang Hill, Penang

Penang Hill Trip
Photo Credits: @calvert.wl
Penang Hill Trip
Photo Credits: @atirayusoff_
Terletak pada 821 meter di atas ibu kota Pulau Pinang, Penang Hill merupakan tempat kolonial atas bukit pertama yang dibina di Semenanjung Malaysia! Juga dikenali sebagai Bukit Bendera, anda boleh menaiki funikular lama gaya Swiss (yang dibina pada tahun 1923 dan dikenali sebagai salah satu sistem funikular paling tua di dunia!) untuk naik ke atas.
Suhu di puncak Penang Hill selalunya adalah 5-10 darjah lebih sejuk daripada di Georgetown, cuaca sejuk dan udara dingin tanpa pencemaran. Anda juga boleh melihat gunung-ganang ⛰️ Langkawi dan Kedah semasa cuaca cerah dan pemandangan indah Georgetown yang bercahaya pada waktu malam.
The Habitat Penang Hill
Jangan lupa singgah ke The Habitat Penang Hill untuk belajar sambil menikmati pemandangan panorama Pulau Pinang dari Laluan Kanopi 230 meter yang popular. Kami juga menawarkan pakej eksklusif Klook bersama luncur gantung untuk peminat cabaran.

8. Kundasang, Sabah

Amazing Grace Lodge Kundasang Sabah
Photo Credits: @olywer
Laban Rata Kundasang Sabah
Photo Credits: @adlybilly
Dikenali sebagai New Zealand atau Scotland Borneo, Kundasang di Sabah menjanjikan pemandangan menakjubkan yang pasti akan memukau anda. Nikmati udara segar gunung dan terokai seluruh kota kecil ini daripada teh yang enak di Taman Teh Sabah kepada gelato segar di Taman Tenusu Desa dan berendam di dalam mata air panas. Suhu di sini boleh turun serendah 13 darjah pada waktu malam!

9. Tambunan, Sabah

tambunan sabah
Photo Credits: @bryanchrislim
mahua waterfall tambunan
Photo Credits: @chelseaporletay (Instagram)
Tambunan adalah sebuah kota terpencil di Sabah yang dipenuhi dengan sawah padi yang indah, hutan yang tebal dan air terjun Mahua yang mengagumkan yang setinggi hampir 17 meter! Terletak cuma sejam dari Kota Kinabalu, Tambunan merupakan tempat percutian yang sempurna yang jauh dari bandar. Kami cadangkan anda bermalam di kota ini supaya anda dapat meneroka semuanya di sini. Jangan lupa wain beras untuk dibawa pulang juga!

10. Kelabit Highlands, Sarawak

Kelabit Highlands view
Photo Credits: @thenomadjo (Instagram)
Terletak di antara Taman Negara Gunung Mul dan Timur Kalimantan di bahagian timur laut yang terpencil, Tanah Tinggi Kalabit adalah tempat yang sempurna bagi pengembara. Lembah-lembah di sekitar tempat ini penuh dengan rumah gaya kotej di mana penduduk tempatan tinggal serta sawah padi dan puncak-puncak tinggi termasuk gunung paling tinggi Sarawak - Gunung Murud. Suhu di Tanah Tinggi Kelabit boleh jatuh kepada 15 darjah pada waktu malam.

Lebih banyak inspirasi pengembaraan


💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu | 🔵Telegram