Rahsia Terbaik Sabah: 12 Lokasi Idaman Alam Semula Jadi Di Sabah Ini Bakal Mempesonakan Anda

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 30 Ogs 2023
@rj.rongjie, @cabanaretreat, @chuchumom_nazzi

Syurga di bumi buat pencinta alam

bohey dulang sabah semporna
Photo Credit: @aidaaziraaa
Rumah bagi pulau-pulau yang dikelilingi oleh perairan kebiru-biruan dan hutan asli yang dipenuhi dengan hidupan liar, Sabah memiliki permata tersembunyi yang menanti untuk diterokai. Bangun dengan pemandangan Kota Kinabalu yang tersergam megah, berenang bersama jerung kepala tukul, dan meredah denai hutan yang tidak pernah dilalui di 12 lokasi yang indah di Sabah!

12 Lokasi indah untuk ditambah dalam senarai perjalanan Sabah anda

1. Humble Hobbit Home

sabah humble hobbit house
Photo Credit: @orkedmerahjambu02
sabah humble hobbit house
Photo Credit: @orkedmerahjambu02
humble hobbit home sabah kundasang travel
Photo Credit: @humblehobbithome
Dibina secara sederhana dengan bahan yang diperoleh secara semula jadi, Humble Hobbit Home didedikasikan untuk peminat Hobbit dan Lord of the Rings! Homestay selesa ini terletak di Kundasang, ia amat sesuai untuk mereka yang mencari penginapan desa dikelilingi alam semula jadi yang mengagumkan. Bayangkan anda melihat pemandangan penuh Gunung Kinabalu yang indah dan diseliputi oleh kabus pagi sebaik sahaja anda bangun tidur!
Sila ambil perhatian bahawa hanya terdapat satu unit Rumah Humble Hobbit, jadi pastikan anda membuat tempahan lebih awal supaya anda tidak kecewa. Kami ada dengar pemilik Rumah Humble Hobbit berhasrat untuk mengembangkan unit menjadi sebuah perkampungan Hobbit pada masa hadapan - semoga tidak lama lagi impian tersebut menjadi kenyataan agar kita semua dapat menikmati percutian yang tidak dapat dilupakan setelah semuanya selesai.
Alamat: Kg Sinisian, 89308 Ranau, Sabah

2. Umea Glam Kundasang

umea glam kundasang sabah
umea glam kundasang sabah
umea glam kundasang sabah
Photo Credit: @ted.shuttersnap
Umea Glam Kundasang juga terletak di bandar pergunungan Kundasang yang sejuk, selain keindahan yang setaraf dengan Humble Hobbit House. Selain udara yang segar, lokasi glamping ini menawarkan pemandangan landskap menyeluruh yang mengelilingi anda - terdiri daripada empat buah kubah gaya igloo, setiap satunya dengan reka bentuk dan kelengkapan individu yang unik.
Unit-unit ini dilengkapi dengan perabot desa sepertipermaidani berwarna-warni, papan lantai kayu, kerusi selesa dan katil ringkas. Selak tirai untuk melihat pemandangan lembah yang luas terbentang di hadapan anda!
Alamat: Jln Golf Course Mesilou, 89308 Kundasang, Sabah

3. Bohey Dulang

bohey dulang sabah semporna
Photo Credit: @aidaaziraaa
bohey dulang sabah semporna
Photo Credit: @aidaaziraaa
Bohey Dulang terbentuk dari hasil peninggalan gunung berapi purba, terletak di antara Laut Sulu dan Laut Celebes, 23km dari bandar pantai Sabah Semporna. Gunung ini menawarkan pemandangan hebat dari puncak setinggi 353m yang boleh diakses melalui pendakian selama 45 minit.
Kini, kawah yang membentuk Bohey Dulang ini dibanjiri dengan air laut berwarna akua, mencipta lagun biru yang besar dan megah dan ia kelihatan sangat menakjubkan dari pemandangan atas. Walaupun pendakian tidak begitu mudah, ia juga tidak terlalu sukar dan pemandangan dari puncak pasti akan menjadikan pendakian berbaloi. Jika anda kembali lagi ke Semporna, pastikan anda membawa sepasang kasut kembara yang kukuh selain dari pakaian renang dan cermin mata hitam!

4. Pulau Sipadan

sipadan sabah
Photo Credit: @_aweav
sipadan sabah
Photo Credit: @wayne_wayne23
Tahukah anda bahawa Sabah adalah lokasi utama bagi salah satu tapak menyelam yang paling indah di dunia? Terletak satu jam dari jeti Semporna dengan menaiki bot laju, Pulau Sipadan menjadi lokasi utama bagi ratusan spesies batu karang dan lebih 3000 spesies ikan termasuk jerung terumbu, penyu sisik, ikan kakak tua bonggol, manta gergasi, pari helang dan banyak lagi! Untuk mengekalkan keindahan pulau ini, anda perlu mendapatkan permit ke sini untuk menyelam, menjadikannya sebuah dunia bawah laut yang lebih eksklusif.Jika anda masih belum dapat lesen menyelam, semak senarai anda dan rancang perjalanan ke Pulau Sipadan!

5. Pulau Kapalai

pulau kapalai island semporna sabah travel
Photo Credit: @thechelseytan
pulau kapalai island semporna sabah travel
Photo Credit: @lynnl0107
pulau kapalai island semporna sabah travel
Photo Credit: @lynnl0107
Lupakan Maldives, kita ada syurga tersendiri di tanah air kita!
Walaupun Pulau Sipadan terkenal dengan keindahan bawah lautnya, Pulau Kapalai turut terkenal sebagai syurga terapung yang tiada tandingannya. Terdiri daripada 40 buah chalet yang dibina di atas tiang kayu tinggi di tengah lautan, Sipadan Kapalai Dive Resort ialah sebuah perkampungan air mewah yang sangat terkenal bagi mereka yang berbulan madu.
Setiap chalet kayu dilengkapi dengan balkoni peribadi, menjanjikan privasi yang terbaik semasa anda bersama dengan pasangan, menghabiskan bacaan novel anda dengan bunyi ombak yang lembut, atau menghirup kopi pagi dengan pemandangan matahari terbit.
Alamat: Sipadan-Kapalai Dive Resort

6. Cabana Retreat

cabana retreat sabah beach resort
Photo Credit: @cabanaretreat
cabana retreat sabah beach resort
Photo Credit: @ashllnggr
cabana retreat sabah beach resort
Photo Credit: @kfknisa
cabana retreat sabah
Photo Credit: @annurlyn
Dikenali sebagai resort pantai pop-up pertama di Malaysia, Cabana Retreat menawarkan penginapan yang indah untuk pencinta pantai. Resort ini terletak di sepanjang Pantai Rampayan di Kota Belud, terdiri daripada koleksi khemah persendirian seperti khemah intim yang sesuai untuk pasangan, khemah yang lebih besar yang boleh memuatkan sehingga 4 kumpulan (sesuai untuk percutian bersama rakan atau keluarga).
Setiap khemah dilengkapi dengan katil yang selesa, linen segar berserta selimut. Kawasan resort pula dihiasi dengan bangsal kecil, lampu dongeng, buaian santai, serta kolam mandi.
Alamat: 89150 Kota Belud, Sabah

7. The Tip Of Borneo (Tanjung Simpang Mengayau)

tip of borneo kudat sabah travel
Photo Credit: @saygoodbyebae
tip of borneo kudat sabah travel
Photo Credit: @saygoodbyebae
tip of borneo kudat sabah travel
Photo Credit: @yanrouuu__
tip of borneo kudat sabah travel
Photo Credit: @sha_izzat_93
Terletak di daerah Kudat, Tip of Borneo merupakan salah satu tarikan paling terkemuka di Sabah! Bahagian hujungnya menandakan titik pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu - suasananya berangin, pemandangannya indah menjadikannya salah satu lokasi pemandangan matahari terbenam yang paling indah.
Malah, Pesta Muzik Matahari Terbenam diadakan di sini pada setiap tahun. Anda akan disambut oleh artis tempatan dan antarabangsa dalam hembusan bayu laut serta pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan sebagai latar belakang.
Alamat: Simpang Menggayau, Tip of Borneo, 89050 Kudat, Sabah, Malaysia.

8. Le'One Kokol Elf

kokol elf sabah kota kinabalu
Photo Credit: @chuchumom_nazzi
Le'One Kokol Elf Sabah
Photo Credit: @orkedmerahjambu02
kokol elf sabah kota kinabalu
Photo Credit: @percutian_kundasang
Le'One Kokol Elf ialah tempat melepak estetik terbaharu di bandar yang terletak di puncak Bukit Kokol!
Daripada buaian mega hinggalah pemandangan yang indah, tidak hairanlah mengapa orang ramai berpusu-pusu menuju ke sini untuk melepak dan mengambil gambar 'gram mereka. Terdapat juga sebuah restoran dan ruang duduk yang banyak untuk anda bersantai di sini, singgah pada waktu petang untuk menikmati minuman atau makan malam, dan pastikan anda tidak terlepas untuk melihat matahari terbenam - kami dengar pemandangannya sungguh menakjubkan di sini!
Alamat: KM 7, Jalan Kokol, Menggatal, Kota Kinabalu.

9. Kawasan Pemuliharaan Lembangan Maliau

maliau basin conservation area sabah
Photo Credit: @melissasulaiman
maliau basin conservation area sabah
Photo Credit: @flickselkirk
maliau basin tawau sabah travel
Photo Credit: @akieseiko
Terletak di lokasi utama Sabah di bahagian Sandakan, Lembangan Maliau dikenali sebagai Lost World of Sabah kerana cirinya yang terasing serta daya tarikan misterinya. Ia terdiri daripada sebahagian besar hutan asli, digambarkan sebagai salah satu kawasan hutan belantara yang masih belum disentuh di dunia, kawasan besar di dalamnya masih belum diterokai dan belum didokumentasikan.
Lembangan Maliau diiktiraf sebagai lokasi yang mempunyai kepentingan semula jadi dan kekayaan biologi selain diisytiharkan sebagai kawasan pemuliharaan untuk penyelidikan, pendidikan dan latihan pada tahun 1981. Pada hari ini, ia menjadi lokasi yang bagus untuk kembara denai, paling terkenal dengan Air Terjun Maliau setinggi tujuh tingkat. Anda boleh ke sini dengan memandu selama 6 jam dari Kota Kinabalu, atau menempah pakej trekking (merentas) berbilang hari untuk pengembaraan tanpa sebarang kerumitan.

10. Tapak Perkhemahan Polumpung Melangkap View

Polumpung Melangkap View Camp Site
Photo Credit: @sobri_yaacob
Polumpung Melangkap View Camp Site
Photo Credit: @hellosumandakz
Polumpung Melangkap View Camp Site
Photo Credit: @hazwankamisin
Polumpung Melangkap View Camp Site
Photo Credit: @khairmuzz
Tapak Perkhemahan Polumpung Melangkap View memiliki latar belakang megah yang setanding dengan landskap New Zealand, terletak kira-kira 1.5 jam pemanduan yang mudah dari Kota Kinabalu. Tapak ini juga menduduki tempat teratas sebagai salah satu tapak perkhemahan yang paling indah di Malaysia. Dengan pemandangan indah Gunung Kinabalu yang tersergam megah, ia menjadi syurga bagi pencinta alam semula jadi dan terkenal dalam kalangan keluarga.
Bayaran masuk hanya RM3, dan tambahan RM6 jika anda merancang untuk berkhemah semalaman. Anda boleh membawa khemah dan peralatan anda sendiri, atau sewa di tapak perkhemahan pada kadar yang berpatutan (terdapat tilam angin, beg tidur, dan juga periuk gas mudah alih tersedia untuk disewa). Celup kaki anda dalam air yang jernih, bina unggun api sendiri, dan berjaga untuk melihat bintang selepas matahari terbenam.
Alamat: Sabah Kg. Melangkap Baru, 89158 Kota Belud, Sabah

11. Sosodikon Hill

Sosodikon Hill sabah kundasang
Photo Credit: @casseysoo
Sosodikon Hill sabah kundasang
Photo Credit: @casseysoo
sosodikon hill sabah kundasang
Photo Credit: @jessicca.lea
Tidak larat nak mendaki Gunung Kinabalu? Jangan risau, Sabah adalah lokasi utama bagi banyak pendakian yang lebih mudah dengan pemandangan yang sama mengagumkan! Salah satunya ialah Bukit Sosodikoon yang bertaraf sederhana, juga dikenali sebagai Bukit Piramid kerana bentuk landskapnya yang unik.
Lalui trek selama 20 minit dengan pemandangan lembah melengkung dan gunung yang dilitupi kabus - pendakian yang santai menjadikannya tapak pendakian popular untuk semua peringkat umur dan stamina, walaupun untuk keluarga yang mempunyai anak! Udara gunung yang segar serta suhu dingin (biasanya dalam 20°C) menambah daya tarikan dan keseronokan pendakian.
Alamat: Kg Kauluan Peti Surat 873, 89308 Kundasang, Sabah

12. Wind Paradise Mongolian Yurt

Wind Paradise Mongolian Yurt kundasang sabah
Photo Credit: @peddyjay91
Wind Paradise Mongolian Yurt kundasang sabah
Photo Credit: @peddyjay91
Jika anda rasa kami sudah kehabisan lokasi indah di Kundasang - kami ada satu lagi! Wind Paradise Mongolian Yurt merupakan satu lagi pilihan penginapan di kawasan yang sejuk, terletak bersebelahan dengan sempadan Taman Kinabalu di Kundasang. Luangkan satu malam di dalam yurt yang diselubungi kabus pada malam yang penuh dengan bintang mempesonakan - malah terdapat dek pemerhatian bintang yang membolehkan anda melihat Bima Sakti yang memukau pada langit malam yang cerah!
Alamat: 89308 Kundasang, Sabah

Lebih Banyak Inspirasi Untuk Percutian Sabah Anda

Mesti sekarang anda lebih yakin untuk tambah Sabah sebagai destinasi percutian anda!
💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu | 🔵Telegram