Perhentian seterusnya: Jeju? ๐ฐ๐ท
Terletak di luar pantai selatan Semenanjung Korea ๐ฐ๐ท, Pulau Jeju tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Dikenali sebagai Hawaii Korea, Jeju-do yang menawan ini dipenuhi dengan tempat-tempat yang mempesona, Tapak Warisan Dunia UNESCO, tempat-tempat bersejarah dan penuh dengan budaya. Pulau ini juga destinasi yang menarik untuk pencinta alam semula jadi dan pantai. Jika anda merindui suasana dan makanan Korea tetapi masih teragak-agak untuk menaiki kapal terbang dan menuju ke bandar yang sibuk seperti Seoul, Jeju mungkin sesuai untuk anda ๐ต
Mudah untuk anda bersiar-siar di sini dengan kereta sewa. Pulau Jeju juga memiliki pelbagai tarikan di seluruh pulau dan destinasi pascapandemik yang sempurna kerana anda tidak perlu mengambil risiko bergaul dengan orang yang tidak dikenali. Anda juga boleh merancang pengembaraan bersama yang tersayang tanpa rasa bimbang.ย Selain itu, kami berharap pembukaan beberapa tarikan baharu yang menarik di sini dapat meyakinkan anda untuk bercuti ke Pulau Jeju dalam masa terdekat! โจ
8 tarikan baharu untuk ditambah ke dalam senarai semak Pulau Jeju anda
1. Arte Museum Jeju
Muzium seni digital telah menjadi kegilaan hangat di seluruh dunia dan kami gembira Jeju kini mempunyai muzium seni digitalnya sendiri! Jangkakan pengalaman yang mengasyikkan (lengkap dengan visual yang memukau, unjuran cahaya dan kesan bunyi) semasa anda meredah 10 ruang pameran unik di Arte Museum Jeju. Semua ruang pameran ini berkaitan dengan tema yang indah seperti ombak, pantai, hutan, taman, bunga dan banyak lagi - kebanyakannya memberi penghormatan kepada keindahan alam sekitar kita.
Arte Museum Jeju sangat menyeronokkan untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak! Jika anda melancong dengan anak-anak, jangan lupa untuk singgah ke bahagian interaktif di mana mereka boleh melukis haiwan idaman mereka sendiri sambil menjerit keriangan apabila lukisan mereka hidup di skrin besar.
- Alamat: Arte Museum Jeju, South Korea, Jeju-do, Jeju-si, ํน๋ณ์์น๋, Aewol-eup, Eorimbi-ro, 478 KR
2. Snoopy Garden
Dibuka pada pertengahan 2020, Jeju Snoopy Garden ialah tarikan baharu yang menarik dan akan digemari oleh Snoopy, Charlie Brown dan seluruh geng Peanuts. Tersebar luas di ruang dalam dan luar, anda dapat menghabiskan waktu petang berjalan-jalan santai dan mengambil gambar sambil menikmati angin segar di Snoopy Garden.
Fakta menarik: Snoopy Garden semakin popular selepas dikunjungi oleh Jimin BTS pada Disember tahun lalu! Jimin memuat naik beberapa gambar comel bersama watak Snoopy di Instagramnya, dan peminat di seluruh dunia telah berpusu-pusu untuk mengambil gambar yang sama di tempat yang sama (kami cuba melakonkannya dalam foto di atas! ). Jika anda juga ingin melakukannya, ambil peta di pintu masuk supaya anda boleh mencari tempat foto tertentu dengan sewajarnya. โจ
- Alamat: Snoopy Garden, South Korea, Jeju-do, Jeju-si, ํน๋ณ์์น๋, Gujwa-eup, Geumbaekjo-ro, 930 KR
3. Grand Hyatt Jeju, Dream Tower
Jika anda mencari penginapan di mana anda boleh memanjakan diri di Jeju, cubalah Grand Hyatt Jeju yang menakjubkan. Hotel ini merupakan sebahagian daripada Jeju Dream Tower, iaitu sebuah menara berkembar ikonik baharu yang mempesonakan terletak di tengah-tengah Jeju.Menara berkembar dengan 38 tingkat ini menandakan titik tertinggi pulau ini. Ia memiliki bilik dan suite yang luas, 14 buah restoran dan bar serta pelbagai jenis kemudahan mewah termasuk 2 spa premium (salah satunya adalah jjimjilbang tradisional Korea!), dek luar terbesar di Jeju, kolam infiniti dan kedai K-fashion.
Percayalah apabila kami mengatakan bahawa anda akan merasa sukar untuk keluar dari hotel sebaik sahaja anda mendaftar masuk - ia pasti tidak mudah bagi kami, terutamanya apabila mereka telah reka semuanya dengan teliti untuk keselesaan dan kepuasan pengunjung. โจ
- Alamat: 12 Noyeon-ro, Jeju-si, Jeju-do, South Korea
4. Moomin Land Jeju
Melangkah ke dunia fiksyen comel Moomins! Moonmin Land Jeju ialah satu lagi tarikan baharu di pulau Jeju yang terdiri daripada pameran pelbagai dimensi (lengkap dengan Moominhouse setinggi 10 meter, teater, zon bengkel seni dan taman bumbungan yang indah) serta kafe comel, tempat anda boleh rehatkan kaki serta memesan makanan dan minuman bertemakan Moomin.
Ruang interaktif yang didedikasikan untuk watak kartun Finland yang popular ini akan membolehkan anda berimaginasi. Pastikan anda singgah ke sini apabila anda berada di kawasan Seogwipo! โ๏ธ
- Alamat: 930 Geumbaekjo-ro, Gujwa-eup, Jeju-si
5. Penggambaran malam berbintang
Fotografi pada waktu malam sangat popular di Jeju berkat langit berbintang dan cerah di pulau itu tanpa pencemaran. Penggambaran malam berbintang muncul sebagai trend baharu dalam kalangan penduduk tempatan di sini dan sering dilakukan di taman atau hutan yang dalam dengan gangguan yang sedikit daripada lampu bandar.
Tempah Pengalaman Fotografi Malam Berbintang anda di Klook dan tangkap beberapa gambar yang cantik dengan latar belakang yang tidak dapat dilupakan sambil dibimbing oleh jurugambar profesional yang mesra! Anda akan menerima salinan digital foto berkualiti tinggi anda sebagai kenang-kenangan selepas penggambaran.
- Alamat: Pacific Rim Park, Sangmo-ri, Daejeong-eup, Seogwipo, Jeju-do
6. Kafe baharu Lee Hyori
Bintang popular Korea Selatan, iaitu Lee Hyori dan Lee Sang Soon (yang berkahwin dan tinggal di Jeju) dilaporkan telah membuka sebuah kafe peribadi di Pulau Jeju yang telah memupuk minat warga tempatan sejak beberapa minggu lalu!
Dinamakan Longplay dan terletak di Dongbok-ri, kafe itu kini beroperasi melalui sistem tempahan sahaja kerana popularitinya . Kafe ini dikhabarkan mempunyai suasana yang selesa, santai dan damai. Pengunjung bergegas untuk merasainya selepas melihat gambar pasangan selebriti itu membancuh kopi dan melayan pelanggan mereka sendiri. โ๏ธ
- Alamat: 44 Dongbok-ro, ํน๋ณ์์น๋, Jeju-si, Jeju-do, South Korea
7. Andol Oreum Secret Forest
Andol Oreum Secret Forest sebelum ini merupakan kawasan persendirian, namun telah membuka pintunya kepada orang ramai sejak tahun lepas. Ini membolehkan pencinta alam bersiar-siar dengan romantis di tengah-tengah laluan indah syurga kehijauan yang tenang ini.
Secret Forest pernah menjadi permata tersembunyi di Jeju tetapi kini telah meningkat popularitinya dan menjadi salah satu tempat terhangat di Pulau Jeju untuk bergambar kemudian memuat naik di Instagram. Bawa kamera anda untuk merakam beberapa foto gaya KDrama di tengah-tengah medan dan laluan indah yang dipenuhi pokok-pokok.
8. Green Tea Farm Staycation
Jika anda lebih gemar akan penginapan yang unik, anda pasti gembira apabila mengetahui bahawa anda kini boleh bermalam di ladang teh hijau di Jeju! Jeju-do terkenal dengan teh hijau tempatannya yang segar dan organik. Teh hijaunya ditanam di taman teh yang luas dan diiktiraf โtriple crownโ oleh UNESCO. ๐ต
Tahun lepas, jenama kecantikan Korea iaitu Innisfree mengumumkan perkongsian bersama Airbnb untuk menawarkan penginapan unik yang terletak di tengah-tengah beberapa ladang teh hijau utama di pulau itu. Tetamu boleh menginap di bilik (dan juga van perkhemahan!) yang menghadap ke ladang teh hijau. Tetamu juga boleh melibatkan diri dalam aktiviti seperti yoga di luar, sesi foto di ladang teh dan memetik daun teh segar. ๐ Kami tidak pasti sama ada ini penyenaraian penginapan tetap dan kami cadangkan agar anda cuba mencarinya di Airbnb jika anda berminat!
Lain-lain lawatan wajib di Pulau Jeju
Bersedia untuk merancang perjalanan ke Jeju-do?
Anda juga boleh sertakan tarikan-tarikan lain ini pada jadual perjalanan anda dan menempah lawatan atau tiket diskaun di Klook dengan hanya beberapa klik!
๐ก Tip Klook ๐ก Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun ๐ฒ
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. ๐งก
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini: