Tarikan dan aktiviti pada hujung minggu atau cuti sekolah!
Siapa kata tiada aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Malaysia? Terdapat banyak destinasi yang boleh diterokai di negara ini kerana kini telah muncul lebih banyak tarikan baharu manakala tarikan yang sudah lama bertapak pula giat diubahsuai. Apa kata anda cuba melawat ke beberapa tempat yang kurang dikenali ini untuk memenuhi hujung minggu anda?
13 tarikan dan aktiviti yang tersembunyi di sekitar Lembah Klang ini sangat sesuai untuk anda meluangkan masa bersama rakan dan keluarga pada hujung minggu mahupun cuti sekolah akan datang! Mula merancang aktiviti anda sekarang.
Taman tema dan tarikan yang tersembunyi di KL
1. Farm In The City, Seri Kembangan
Ketika orang ramai memenuhi Zoo Negara untuk bertemu dan berinteraksi dengan hidupan liar serta alam semula jadi, Farm In The City ialah permata tersembunyi kerana anda akan dikelilingi oleh lebih 100 spesies haiwan yang jinak (dan eksotik!). Farm In The City yang terletak di Seri Kembangan ini hanya sejauh 30 minit dari KL dan merupakan sebuah zoo haiwan peliharaan bertemakan perkampungan kerana haiwan di sini bebas berkeliaran tanpa terperangkap di dalam sangkar atau pagar.
Anda boleh berinteraksi, membelai dan memberi makan kepada haiwan seperti kuda, landak, kambing, anak buaya, kura-kura gergasi, alpaka serta kuda padi! Kanak-kanak dan pencinta haiwan dari semua peringkat umur pasti akan berseronok di sini.
- Alamat: Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan
- Harga Tiket: bermula dari RM37 di Klook
2. ESCAPE Challenge Park, Paradigm Mall
Taman Tema ESCAPE di Pulau Pinang telah lama menempa nama sebagai taman tema popular yang menempatkan gelongsor air tiub terpanjang di dunia. Namun begitu, tahukah anda bahawa ESCAPE Challenge Park yang serba baharu ini telah dibuka di Paradigm Mall, Petaling Jaya pada tahun lepas?
Taman dalam bangunan ini sesuai untuk aktiviti bersama rakan mahupun keluarga. Taman ini juga mempunyai pilihan aktiviti menarik yang sesuai untuk tahap stamina dan kecergasan berbeza. Kanak-kanak dijamin akan berseronok dengan pelbagai aktiviti di sini!
- Alamat: Level GB, Lot 16B & 16(ES), Paradigm Mall Petaling Jaya, 1, Jalan SS 7/26a, Ss 7, 47301 Petaling Jaya, Selangor.
- Harga Tiket: bermula dari RM88 di Klook
3. Wet World Water Park, Shah Alam
Taman Tema Air Wet World yang terletak di Shah Alam ialah sebuah taman air bertemakan Caribbean. Ini adalah tempat yang sesuai untuk meluangkan masa berkualiti bersama-sama dalam satu kumpulan besar! Sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga, taman tema ini pasti memenuhkan hari anda dengan penuh keriangan melalui barisan tarikan yang luar biasa seperti Super Hurricane, Kiddy Typhoon Lagoon, Caribbean Rider dan banyak lagi gelongsor, kolam renang dan tunggangan menyeronokkan.
Jika anda sudah puas pergi ke Sunway Lagoon, mungkin kini anda boleh pergi ke Taman Tema Air Wet World pula! Anda boleh menikmati diskaun 10% apabila menempah tiket di Klook.
- Alamat: No. 3A, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.
- Harga: RM33 di Klook (potongan 10%)
4. 99 Wonderland Park
99 Wonderland Park di Selayang merupakan sebuah taman rekreasi dengan konsep terbuka yang menampilkan lebih 99 spesies haiwan, air pancut muzikal, lampu LED dan landskap cantik seluas 25 ekar. Di sini juga terdapat kawasan bertemakan Jurassic Park yang akan menggembirakan kanak-kanak penggemar dinosaur!
Anda boleh bergembira sambil belajar tentang haiwan liar seperti beruang matahari, tapir Malaya, buaya air masin dan banyak lagi. Terdapat banyak haiwan jinak seperti itik, rusa dan burung yang anda boleh beri makan serta belai! Tempah tiket dengan tarikh terbuka di Klook untuk berseronok bersama keluarga anda.
- Alamat: Jalan 13a, Pusat Bandar Utara Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor
- Harga: RM45 di Klook
5. MinNature Malaysia
MinNature ialah tempat bersiar-siar yang menyeronokkan jika anda mahu membawa anak-anak anda berjalan. Tempat ini terkenal dengan pameran miniatur dalaman dan kereta api kekal terbesar di Asia (dan yang ketiga terbesar di dunia!). Ruang pameran MinNature terbahagi kepada beberapa zon berbeza menampilkan model rumit yang dibina sendiri menggunakan pencetak 3D. Model-model ini kebanyakannya mengambil masa bertahun-tahun untuk dihasilkan.
Anda boleh menikmati dan mengagumi pameran pelbagai mercu tanda Malaysia yang ikonik seperti Menara KL dan Masjid Negara yang megah. Taman tema air mini, taman hiburan (lengkap dengan tunggangan bergerak!), kampung tempatan dan banyak lagi juga turut dipamerkan di sini.
- Alamat: Jalan Sultan Ismail Sungei Wang Plaza, Level 1, 50250 Kuala Lumpur
- Harga: RM30 di Klook
6. District 21, IOI City Mall
Masih ramai yang belum tahu tentang taman kembara dalam bangunan District 21 di IOI City Mall Putrajaya. Jika anda sedang mencari tempat untuk mendaki, meluncur, menunggang, melompat termasuk terbang, maka District 21 ada semua itu dalam satu tempat.
Direka dengan tema dunia pascamalapetaka pada masa hadapan, atrium dalam bangunan seluas 70,000 kaki persegi ini menampilkan tarikan pengembaraan yang mendebarkan termasuk laluan berhalangan untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Terdapat aktiviti yang kurang sukar untuk kanak-kanak seperti Tubby Ride atau Yoyo Car dan tarikan yang lebih mencabar seperti Ninja Warrior dan Roller Glider buat remaja serta orang dewasa yang lebih kuat.
- Alamat: AT 6, IOI City Mall, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
- Harga Tiket: bermula RM64 di Klook
7. Royal Selangor Visitor Centre
Royal Selangor Visitor Centre sememangnya salah satu tarikan yang tersembunyi di KL! Ruang seluas 40,000 kaki persegi ini menempatkan pameran interaktif pembuatan piuter dan menempatkan beberapa siri galeri, kilang serta kedai untuk jualan. Pusat pelawat ini memiliki reka bentuk yang cantik dan diurus dengan sangat baik serta turut menyediakan lawatan berpandu percuma yang boleh didapati dalam beberapa bahasa.
Anda juga boleh menyertai salah satu bengkel unik mereka untuk mempelajari cara membuat pinggan atau aksesori piuter anda sendiri dari awal dengan menggunakan peralatan dan kelengkapan tradisional! Bengkel yang menarik ini dikendalikan oleh barisan tenaga pengajar profesional yang mesra. Bengkel ini juga sesuai untuk mereka yang baru mencuba. Bawa pulang karya agung anda sendiri bersama apron khas dan sijil tamat yang anda boleh tunjukkan kepada rakan-rakan selepas sesi penuh keseronokan ini.
- Alamat: Royal Selangor Visitor Centre, 4, Jalan Usahawan 6, Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur.
- Harga Tiket: bermula RM180 di Klook
8. Bengkel Membuat Kek di Good Times DIY & Lifestyle Cafe
Lokasi ini mungkin akan menarik hati penggemar kek berbanding tembikar dan cat! Selain bengkel tembikar, Good Times Studio di Paradigm Mall juga menawarkan bengkel membuat kek untuk anda merapatkan hubungan bersama rakan-rakan atau pasangan dengan bermain tepung dan gula.
Pilih kek yang ingin anda pelajari sama ada Strawberry Victoria Sponge Cake, Japanese Soft Cheese Cake, Cookies and Cream Chocolate Tarte atau Classic French Cheese Tart. Tempah pengalaman anda di Klook yang turut dilengkapi dengan peralatan membuat kek dan sesi membuat kek dengan tunjuk ajar sepenuhnya selama 2 jam. Mereka turut mempunyai cawangan di Pusat Beli-Belah MyTown, Cheras!
- Alamat: Paradigm Mall, Level 2F-03, 47301 Petaling Jaya || Level 2-052, MyTOWN Shopping Centre, 55100 KL
- Harga: bermula RM110/orang
9. Bengkel Mencanting Batik di Jadi Batek Gallery, KL
Pernahkah anda mencanting batik di sekolah? Luangkan masa penuh ketenangan ditemani lilin dan pewarna dengan mendaftar untuk menyertai bengkel mencanting batik di pusat bandar KL. Selain dibimbing oleh barisan artis batik profesional, anda juga akan belajar tentang sejarah dan inspirasi di sebalik hasil seni tangan yang diiktiraf oleh UNESCO ini. Bengkel ini hanya berharga RM35 seorang dan menjanjikan masa yang menyeronokkan untuk orang dewasa serta kanak-kanak.
- Alamat: 30, Jalan Inai, Off Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur
- Harga: RM35/orang
10. Windlab Indoor Skydiving, 1 Utama
Pernahkah anda dengar tentang terjun udara tetapi di dalam bangunan? Di Windlab, anda boleh merasai deruan adrenalina terjun udara tanpa perlu melompat dari kapal terbang! Bersiap sedia untuk menikmati simulasi jatuh bebas yang mendebarkan sambil dibimbing oleh ahli profesional bertauliah untuk pengalaman terjun udara pertama anda.
Aktiviti ini dilakukan di dalam terowong angin bulat yang selamat dan canggih. Ia merupakan kemudahan dalam bangunan yang pertama seumpamanya di Malaysia dan semestinya selamat untuk semua peringkat umur daripada kanak-kanak hingga warga emas.
- Alamat: 1 Utama Shopping Centre, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
- Harga: bermula RM81 di Klook
11. VAR LIVE, MyTOWN
Terus tuju ke VAR LIVE jika anda suka bermain permainan video! Dengan penggunaan teknologi canggih seperti teknik penentududukan inframerah, konsol bergetar dan prop, mereka pastinya akan mempunyai pengalaman yang mengujakan dalam setiap permainan.
Terdapat 13 tarikan dalaman yang mengujakan seperti Overkill, Crazy Rush, Zombie Jail dan lain-lain. Anda juga berpeluang untuk mengukuhkan ikatan kekeluargaan dengan bekerjasama untuk membunuh zombi atau musuh lain (anggap mereka sebagai mak cik bawang yang menyibuk) dengan aktiviti ini! Terletak di Pusat Beli-Belah MyTown, VAR LIVE sesuai untuk aktiviti hujung minggu yang penuh keterujaan.
- Alamat: L2-015, MyTOWN Shopping Centre, No. 6, Jalan Cochrane, 55100, Kuala Lumpur.
- Harga: bermula RM42 di Klook
12. Taman Burung Kuala Lumpur
Syurga tropika di Taman Burung Kuala Lumpur ini menempatkan lebih 3,000 ekor burung yang luar biasa dan terletak betul-betul di pusat bandar Kuala Lumpur. Anda pasti tidak mahu lepaskan peluang melawat taman burung ini. Masuk saja dan anda akan dikelilingi oleh lebih 200 spesies burung tempatan dan asing yang terbang bebas dalam persekitaran berlandskap indah. Taman Burung Kuala Lumpur ini juga mempunyai kandang burung terbang bebas terbesar di dunia. Hebat bukan?
Luangkan masa untuk bersiar-siar di ruang yang diilhamkan oleh alam semula jadi ini dan jangan terlepas aktiviti memberi makan serta pertunjukan burung yang dijadualkan sepanjang hari! Taman burung yang besar ini dibahagikan kepada 4 zon dan anda boleh menemui spesies burung yang berbeza seperti burung flamingo, burung kakak tua, burung enggang, burung botak, burung merpati, sekendi, burung unta dan banyak lagi.
- Alamat: 920, Jalan Cenderawasih, Perdana Botanical Gardens, 50480 Kuala Lumpur.
- Harga Tiket: bermula RM32 di Klook
13. Beast Park, JUMPA
Bagi sesiapa sahaja yang teringin untuk mencuba aktiviti memanjat batu atau memanjat dinding, anda boleh melunaskan keinginan anda di taman pengembaraan dan aktiviti dalam bangunan ini. Lokasinya terletak di zon JUMPA, Sungei Wang (yang telah dirombak sepenuhnya - sekiranya sudah lama anda tidak ke sana!). Beast Park menawarkan pelbagai tarikan yang sesuai untuk semua orang tanpa mengira sama ada anda baru bermula mahupun pendaki berpengalaman.
Terdapat tembok batu yang mudah dan mencabar, laluan berhalangan mesra kanak-kanak serta gua dan aktiviti cabaran ninja yang menyeronokkan. Beast Park ini menjadi pilihan kami kerana kawasannya yang luas dan tidak terlalu sesak. Oleh itu, anda akan dapat bergembira dan menjalani aktiviti tanpa berlanggar dengan orang lain!
- Alamat: Lot MUT-1, Sungei Wang Plaza, Jl Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
- Harga Tiket: bermula RM42
Aktiviti menyeronokkan lain di KL
Tarikan mesra keluarga lain di Malaysia
Lebih banyak inspirasi untuk percutian keluarga yang menyeronokkan!
💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini: