Luangkan hari anda bersama rakan-rakan comel!
Wahai semua pencinta haiwan! Pada hujung minggu ini, apa kata anda bawa teman atau keluarga berseronok dengan rakan berbulu? Dari zoo kecil yang anda boleh membelai haiwan comel sehinggalah taman hidupan liar yang luas untuk anda menyaksikan ciptaan menakjubkan, terdapat banyak tempat seperti ini di Malaysia untuk anda berseronok sambil menambah pengetahuan. Skrol ke bawah untuk melihat senarai beberapa zoo dan taman hidupan liar terbaik dalam negara yang kami telah susun dan rancang kunjungan anda secepat mungkin!
10 Zoo & taman hidupan liar terbaik di Malaysia
1. Zoo Negara
Yang teratas dalam senarai kami ialah Zoo Negara Malaysia! Secara rasminya dibuka pada November 1963, Zoo Negara menempatkan lebih 400 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Zoo konsep terbuka ini meliputi 110 ekar tanah dan ditujukan untuk pemuliharaan, rekreasi, pendidikan dan penyelidikan pelbagai jenis spesies haiwan dan tumbuhan termasuk spesies terancam dan eksotik seperti orang utan, Harimau Malaya, tapir dan sebagainya. Pastikan anda singgah di Pusat Konservasi Panda Gergasi untuk melawat pasangan panda gergasi yang comel semasa anda berada di sini!
- Alamat: Jalan Taman Zooview, Taman Zooview, 68000 Ampang, Selangor
- Harga Tiket: dari RM37 di Klook
2. Langkawi Wildlife Park
Dengan suasana hutan hujan tropika, Langkawi Wildlife Park menempatkan lebih 150 spesies haiwan dan burung dari seluruh dunia seperti benturung, kancil, burung unta, rakun, tikus belanda dan sangkar burung yang penuh dengan burung yang bebas berterbangan. Kami juga tertarik dengan taman ini kerana ruangnya luas dengan laluan pejalan kaki yang berbumbung dan kawasan pameran terlindung. Dengan ini, anda dapat mengelak dari matahari dan meneroka sama ada hujan atau panas. Pastikan anda menyemak jadual taman dan jangan lepaskan waktu istimewa untuk menyuap haiwan sepanjang hari!
- Alamat: Lot 1485, Kampung Belanga Pecah, Jalan Ayer Hangat, 07000 Langkawi, Kedah
- Harga Tiket: dari RM43 di Klook
3. Farm In The City
Terletak di Seri Kembangan, Farm In The City sememangnya syurga dunia untuk pencinta haiwan. Tidak seperti zoo biasa yang dikurung di dalam sangkar dan tidak dapat dicapai, zoo ini berusaha untuk menjadi lebih daripada sebuah pameran semata-mata. Malah, misi utama zoo haiwan peliharaan adalah untuk menggalakkan interaksi antara pelawat dengan haiwan dalam persekitaran semula jadi. Suap, belai dan berkawan dengan arnab, tikus belanda, rusa, alpaka, kuda padi, rakun dan banyak lagi haiwan jinak!
- Alamat: Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor
- Harga Tiket: dari RM37 di Klook
4. Zoo Taiping & Night Safari
Terletak di Taiping, Perak, Zoo Taiping telah dibina pada tahun 1961 yang merupakan salah satu zoo tertua di negara ini dan juga salah satu kesukaan peribadi kami! Taman zoologi ini meliputi lebih daripada 36 ekar dan menempatkan kira-kira 180 spesies haiwan, dengan lebih daripada 1300 ekor si bulu yang sedang menunggu untuk bertemu dengan anda. Kesukaan kami semestinya safari malam - semasa matahari terbenam, naiki trem yang akan membawa anda pergi melawat pemandangan berbeza di dunia haiwan sambil memerhati haiwan nokturnal di habitat semula jadi mereka.
- Alamat: W.D.T No.63, Jalan Penampang, 89507 Penampang, Sabah
- Harga tiket: dari RM10 untuk orang dewasa
5. Taman Hidupan Liar Lok Kawi
Sabah yang kaya dengan flora dan fauna subur, jadi tidak peliklah jika negeri ini juga menempatkan salah satu taman hidupan liar yang dikendalikan dengan baik di Malaysia. Taman Hidupan Liar Lok Kawi merentasi 280 ekar tanah dan ditujukan untuk menawarkan 2 komponen yang terbaik - zoologi dan botani. Antara penghuni yang menganggap zoo ini sebagai rumah mereka ialah monyet Proboscis, gajah Pigmi Borneo, harimau Malaya dan banyak lagi. Di sini, pelawat juga boleh mengambil peluang untuk bersiar-siar secara santai atau meredah hutan di laluan botani sepanjang 1.4km yang berturap di taman ini.
- Alamat: Jalan Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak
- Harga Tiket: dari RM10 setiap orang dewasa
6. Zoo Johor
Apabila berada di bandar JB, jangan lepaskan peluang untuk ke Zoo Johor! Dibina pada tahun 1928, zoo ini adalah yang tertua di Malaysia, malah dikatakan antara yang tertua di Asia. Luangkan masa dengan orang yang tersayang di sini sambil melihat lebih daripada 100 spesies haiwan yang berbeza, termasuk harimau Indo-Cina, gajah, badak air dan yang paling kami sukai, unta yang sangat mesra. Untuk lebih keseronokan, anda boleh berdayung di atas bot di tasik mini atau ambil gambar bersama rakan berbulu di sini. Pssst... bayaran masuk ke zoo ini juga antara yang paling murah di Malaysia, sebab itulah ia terkenal sebagai tempat bersiar-siar bersama keluarga pada hujung minggu!
- Alamat: Jalan Gertak Merah, Taman Istana, 80000 Johor Bahru, Johor
- Harga Tiket: dari RM2 setiap orang dewasa
*dijangka untuk dibuka semula menjelang akhir tahun ini
8. Sunway Wildlife Park
Kebanyakan orang mengenali Sunway Lagoon dengan gelongsor air dan permainan yang memberi adrenalin, tetapi tahukah anda bahawa terdapat taman hidupan liar yang terletak di taman tema tersebut? Sunway Lagoon Wildlife Park merupakan rumah kepada lebih daripada 150 spesies haiwan seperti singa putih, kuda kecil, memerang, beruang lebah, harimau kumbang, burung enggang dan pelbagai lagi. Wildlife Park ini dibahagikan kepada beberapa bahagian termasuk zoo haiwan peliharaan dan pentas untuk pertunjukan pelbagai haiwan setiap hari. Daftar tiket diskaun Sunway Lagoon anda di Klook dan dapatkan akses ke semua 6 taman untuk hari yang menyeronokkan!
- Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor.
- Harga Tiket: dari RM150 di Klook
9. Zoo Melaka
Melaka mungkin dikenali sebagai tempat bersejarah dan bebola nasi ayam, tetapi anda juga perlu melawat Zoo Melaka yang menawan, secara rasminya dikenali sebagai Zoo Melaka & Night Safari. Rumah kepada lebih 1200 haiwan daripada 215 spesies berbeza, zoo ini juga merupakan zoo kedua terbesar di Malaysia, selepas zoo negara. Temui pelbagai haiwan di sini seperti Badak Sumatera, panda merah, gajah Asia, serigala kelabu dan banyak lagi - malah, terdapat safari pada waktu malam untuk anda alami dan 'taman dinosaur' berinteraktif terbesar di Asia Tenggara!
- Alamat: Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka
- Harga Tiket: dari RM17.80 setiap orang dewasa
10. Crocodile Adventureland Langkawi
Walaupun bukan zoo yang betul, kami perlu masukkan Crocodile Adventureland Langkawi dalam senarai ini! Ladang buaya ini terletak di kawasan Teluk Datai di hujung barat laut pulau dan tersebar di kawasan seluas 20 ekar. Di sini, anda boleh melihat secara dekat salah satu koleksi terbesar buaya air masin Malaysia yang terdiri daripada pelbagai spesies dan saiz yang berbeza di sini! Ladang ini dijaga dengan baik dan menjaminkan lawatan yang menyeronokkan dan berpendidikan. Pelawat juga boleh memberikan buaya muda makanan dan melihat mereka beraksi.
- Alamat: Mukim Air Hangat, Jalan Datai, Kampung Kubang Badak, 07000 Langkawi, Kedah
- Harga Tiket: dari RM37.80 di Klook
Ketahui banyak tempat lagi untuk pencinta haiwan
Teroka banyak lagi tempat menarik di Malaysia
💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini: