Zoo, ladang, taman & akuarium terbaik di Lembah Klang!
Ingin merancang hujung minggu yang spontan atau percutian keluarga yang menyeronokkan bersama anak-anak anda? Luangkan hari anda dengan rakan haiwan baharu! Kami telah susun senarai tempat tarikan seperti zoo, ladang, taman dan tarikan lain kegemaran kami di sekitar KL dan Selangor! Luangkan satu hari yang penuh keseronokan bersama haiwan jinak dan eksotik pada hujung minggu ini!
- Lolo Mike's Eco Farm
- Aves World Eco Farm
Diskaun 5% untuk tempahan pertama anda 🧡
Baru kenal Klook? Muat turun Aplikasi Klook dan gunakan kod <BETTERONAPP> untuk nikmati diskaun 5% untuk tempahan pertama anda di Klook! Dari pakej hotel hingga tiket tarikan dan baucar makan, kami ada tawaran dan pengalaman terbaik khas untuk anda.
Muat turun Aplikasi Klook: App Store | Google Play
7 Tempat Untuk Pencinta Haiwan Di KL & Selangor
1. Farm In The City
Farm In The City yang terletak di Seri Kembangan ini sememangnya syurga bagi pencinta haiwan. Berbeza dengan zoo biasa yang menempatkan haiwan di dalam sangkar dan kandang, Farm In The City berusaha untuk menjadi lebih daripada sekadar pameran dan tontonan dengan menggalakkan interaksi pelawat bersama haiwan dalam persekitaran yang santai. Memberi makan, membelai dan berkawan dengan arnab, tikus belanda, rusa, alpaka, kuda, rakun dan lebih banyak haiwan yang jinak di sini!
- Alamat: Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
- Harga Tiket: dari RM37 di Klook
2. Zoo Negara
Senarai ini tidak akan lengkap tanpa Zoo Negara! Dibuka secara rasmi pada November 1963, Zoo Negara Malaysia menempatkan lebih 400 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Zoo dengan konsep terbuka ini meliputi 110 ekar tanah dan didedikasikan untuk pemuliharaan, rekreasi, pendidikan dan penyelidikan pelbagai jenis spesies haiwan serta tumbuhan termasuk spesies terancam dan eksotik seperti orang utan, Harimau Malaya, tapir dan banyak lagi. Pastikan anda singgah di Pusat Pemuliharaan Panda Gergasi untuk melihat sepasang panda gergasi yang comel semasa anda berada di sini!
- Alamat: Jalan Taman Zooview, Taman Zooview, 68000 Ampang, Selangor.
- Harga Tiket: dari RM38 di Klook
3. Utama Farm
Jika anda mencari pengalaman santai yang seronok untuk sekeluarga, tidak ada tempat yang lebih baik untuk melawat haiwan di Utama Farm. Kat sini, korang bukan je boleh tengok haiwan-haiwan yang menarik, tetapi juga boleh berinteraksi dan bermain dengan lebih daripada 30 jenis haiwan yang mesra.
Anda juga boleh buat aktiviti farming dengan memilih sayur organik sendiri tanpa perlu risau tentang racun perosak. Kat Utama Farm ni juga terdapat pengembaraan menarik iaitu memancing udang dan ikan di mana anda boleh menikmati hasil tangkapan anda dalam hidangan mewah yang sedap. Bagi mereka yang nak release stress, jangan lepaskan peluang untuk mencuba aktiviti baseball yang terdapat di Utama Farm ini.
Dengan pelbagai pakej yang ditawarkan, jangan lupa untuk pergi ke Utama Farm untuk pengalaman yang tidak akan anda lupakan!
- Alamat: Hotel & Shell Station, Between Avanté, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
- Harga Tiket: RM 9.50 (Petting Zoo)
4.Just Farm
Just Farm di Tropicana Gardens, tempat di mana penduduk bandar boleh menunujukkan minat mereka terhadap haiwan dalam suasana dalaman yang inovatif. Bayangkan memasuki sebuah oasis hijau di tengah-tengah bandar, di mana setiap butirannya direka dengan teliti untuk meniru habitat semula jadi penduduk haiwan. Just Farm sangat sesuai sekiranya anda ingin membawa anak yang kecil untuk melihat haiwan kerana tempatnya tidak panas dan mempunyai aircond.
Dari alpaca yang comel, kambing yang riang kepada burung-burung yang megah dan penghuni kolam yang tenang, Just Farm menawarkan peluang unik untuk berhubung dengan alam tanpa meninggalkan keselesaan bandar. Sama ada anda merupakan pencinta haiwan, seorang peminat alam semula jadi, atau ingin release stress, Just Farm menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk semua peringkat umur. Yang lagi menarik, anda juga boleh pergi ke Just Cats yang terletak bersebelahan dengan Just Farm. Menarik kan? Jadi jangan lpeaskan peluang anda unutk terokai keajaiban alam di hujung jari anda di Just Farm, Tropicana Gardens Mall.
- Alamat: Lot 1F-01, First Floor, Tropicana Gardens Mall, 2A, Persiaran Surian, Tropicana Indah, 47810 Petaling Jaya, Selangor
- Harga Tiket: RM68
5. Aquaria KLCC
Terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur, Aquaria KLCC ialah oceanarium bertaraf dunia yang menempatkan lebih 5,000 hidupan akuatik dan darat. Akuarium ini disenaraikan sebagai salah satu daripada lima akuarium terbaik di Asia dan menyediakan ruang untuk pengunjung mendekati ratusan jenis ikan, jerung, ikan pari, obor-obor, penyu laut dan makhluk laut eksotik lain yang berwarna-warni. Luangkan hari yang penuh keterujaan dan belajar bersama anak kecil anda atau jadikan tempat ini sebagai lokasi janji temu romantik anda!
- Alamat: Kuala Lumpur Convention Centre, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur.
- Harga Tiket: dari RM39 di Klook
6. Sunway Wildlife Zoo
Kebanyakan orang mengenali Sunway Lagoon dengan gelongsor air dan permainan adrenalin (kapal lanun ialah salah satu tunggangan kegemaran kami!), tetapi tahukah anda bahawa terdapat taman hidupan liar di taman tema itu? Taman Hidupan Liar Sunway Lagoon menempatkan lebih 150 spesies haiwan daripada singa putih yang mengagumkan kepada kuda padi, memerang, beruang madu, harimau kumbang, burung enggang dan banyak lagi. Taman Hidupan Liar ini dibahagikan kepada beberapa bahagian termasuk zoo haiwan peliharaan dan pentas dengan pertunjukan pelbagai jenis haiwan setiap hari. Tempah tiket Sunway Lagoon pada harga diskaun anda di Klook dan dapatkan akses ke semua 6 taman untuk hari yang menyeronokkan!
- Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor.
- Harga Tiket: dari RM128 di Klook
7. Taman Burung KL
Tahukah anda bahawa Taman Burung KL merupakan kandang burung terbesar di dunia? Dibuka pada tahun 1991, Taman Burung KL ini terletak di atas kawasan tertutup seluas 20 ekar dan menempatkan 3,000 jenis burung tempatan dan eksotik yang berwarna-warni serta terbang bebas. Sekiranya anda penggemar makhluk terbang ini, anda pasti akan berseronok dikelilingi pelbagai jenis burung! Luangkan masa dengan bersiar-siar di ruang berinspirasikan alam semula jadi ini. Taman ini dibahagikan kepada 4 zon dan lihat pelbagai jenis spesies burung seperti flamingo, burung kakak tua, burung enggang, bangau, burung merpati, sekendi, burung unta dan banyak lagi. Pssst, pastikan anda tidak terlepas jadual makan dan pertunjukan burung yang telah ditetapkan sepanjang hari. Semasa anda berada di sini, jangan terlepas untuk mengunjungi Taman Rusa dan Taman Rama-rama yang juga terletak di sekitar Taman Tasik ini!
- Alamat: KL Bird Park, 920, Jalan Cenderawasih, Perdana Botanical Gardens, 50480 Kuala Lumpur.
- Harga Tiket: dari RM33 di Klook
8. Lolo Mike's Eco Farm
Larikan diri daripada kesibukan bandar dengan meluangkan masa bersama alam semula jadi! Kami telah menemui permata tersembunyi yang terletak di Hulu Selangor dalam jarak hanya sejam pemanduan dari KL. Dikelilingi oleh padang hijau yang subur, Lolo Mike's Eco Farm ialah ladang eko seluas 15 ekar. Menawarkan pengalaman alam semula jadi yang tiada tandingannya. Hirup udara segar semasa anda bermalam di rumah ladang, chalet desa atau khemah dan penuhi hari anda dengan pelbagai aktiviti seperti menanam, menuai, menoreh getah, berakit buluh, flying fox dan melawat ke ladang haiwan ternakan untuk melihat ayam kampung, itik dan ikan!
- Alamat: Lot 201, Jalan Besar, Kampung Pasir, 44000 Kerling, Selangor.
9. Aves World 农的传人, Semenyih Eco Venture
Semenyih biasanya mengingatkan orang ramai kepada Bukit Broga, tetapi tahukah anda bahawa terdapat juga sebuah zoo haiwan peliharaan kecil yang terletak di sini? Bawa anak-anak anda ke sini selepas anda selesai mendaki Bukit Broga! Aves World telah dibina dengan tujuan untuk memupuk rasa cinta kanak-kana kepada haiwan serta menjanjikan masa yang menyeronokkan dengan pendidikan untuk anak-anak anda. Yang paling menarik? Harga tiket masuk di sini sangat berpatutan dan kanak-kanak di bawah umur 2 tahun boleh masuk secara percuma! Dapatkan baldi makanan haiwan dan beri makan kepada haiwan yang jinak seperti biri-biri, arnab, itik, kambing, kuda serta kuda padi. Aktiviti mesra keluarga lain yang menyeronokkan di sini termasuk melawat kebun sayur, menunggang kuda padi, mengumpul telur segar dari ladang, menyusukan anak lembu dan banyak lagi.
- Alamat: Lot PT, 1351, Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih, Selangor.
10. IOI City Farm
Jom lawati IOI City Farm, sebuah farm "planet hidup indoor" yang terletak di IOI City Mall. Dengan luas ruang sebesar 18,000 kaki persegi, tempat ini terbahagi kepada tiga zon utama di mana pengunjung dapat berinteraksi dan melihat mati lebih daripada 70 spesies tumbuhan, haiwan kecil, dan ikan yang menarik.
Para ahli zoologi, penjaga akuarium, dan ahli botani yang berpengalaman di sana akan memastikan bahawa pengunjung tidak hanya mendapat pengalaman yang menyeronokkan tetapi juga mendapatkan pendidikan yang mendalam mengenai dunia semula jadi, dari flora hingga fauna. Tempat ini tidak hanya menyediakan hiburan yang menarik tetapi juga menjadi sumber ilmu yang bernilai untuk semua generasi. Jadi tunggu apa lagi, jomlah jelajahi dan nikmati keajaiban kehidupan planet di IOI City Farm!
- Alamat:City, AT-6, Level 2 IOI City Mall, Lbh IRC, Ioi Resort, 62502 Sepang, Putrajaya
- Harga Tiket: RM45
Tempah tarikan lain untuk pencinta haiwan di sekitar Malaysia
Banyak lagi aktiviti menyeronokkan untuk dilakukan di KL & Selangor
💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini: