Mengapakah pembayaran saya gagal?
Jika anda mengalami masalah semasa membuat pembayaran, sila cuba langkah berikut:
1.Semak semula butiran pembayaran yang anda masukkan (nombor kad, tarikh luput, kod CVV 2, dsb.) dengan betul.
- Semak sama ada kad anda memberikan kebenaran untuk pembelian antarabangsa dan dalam talian. Hubungi terus pihak bank untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara ini.
- Cuba gunakan pelayar yang berbeza atau aplikasi mudah alih Klook untuk membuat tempahan.
- Cuba gunakan kad lain atau pilih cara pembayaran lain.
- Jika anda telah menggunakan kod promosi untuk tempahan, sila semak Terma & Syarat kod promosi untuk mengesahkan bahawa kaedah pembayaran pilihan anda boleh digunakan bersama-sama dengan kod promosi.
Sekiranya anda masih tidak dapat melengkapkan pembelian anda, sila hubungi Sokongan Pelanggan Klook untuk bantuan lanjut dan kami akan mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikan isu anda.